perfume

Entry ini merupakan kesinambungan filem PERFUME

perfume

Minggu terakhir sebelum liburan akhir semester, aku dah bekas rumet (kak Dell) bersiar-siar ke Jusco Tmn Equine. Ia berlaku secara tidak disengajakan apabila kenderaan yang dipandu oleh saya ‘tersasar’ ke satu daerah yang aneh. Ia berlaku pada jam lebih kurang 9 malam. Niat nak ke Mines. Tapi dengan magiknya, kami terjumpa Jaya Jusco Tmn Equine. Kami sesat sebenarnya. Maka kami berasa sangat gembira dan melonjak ketakutan. Tapi kami tetap enjoy berbelanja di Jaya Jusco tersebut. (Kami sebenarnya hanya merujuk kepada aku seorang)

Elok je kaki saiz S aku jejak masuk JJ tu, rasa ghairah wangian Bodyshop menggoda hidung. Woh, Kak Dell, ayuh! … Dan kami keluar dari lot kedai tu setelah aku membayar untuk 2 botol perfume. Dah lama aku tak layan Bodyshop. Zaman sekolah dulu je aku gila kentang dengan White Musk. Bila sampai je era maju, aku semakin lupakan Bodyshop sehinggalah aku tergoda dengan scent baru dia iaitu Zestini. Juga aku mabukcendawan sebentar dengan logo MTV yang ada pada botol Rougeberry. Tapi ketika aku membeli, edisi MTV sudah tamat. Tapi aku tetap beli. Kerna baunya sudah pikat aku secara halus. Dan secara halus juga aku telah membelanjakan wang, iaitu ketika aku sedang kegawatan ekonomi peribadi. Maka, aku muflis sudah.

u&i

(kuning untuk saya, merah untuk kekasih. saya harap dia suka. saya tak suka lelaki pakai perfume lelaki yang kasar-kasar tu. sebab tu saya hanya suka kekasih berbau lembut sahaja. Ye, macam saya juger :p Tapi saya lebih suka wangian Burberry kerana itu lebih mengingatkan saya tentang dia :p)

Selepas muflis, kami berjalan-jalan dan membeli belah dengan mata sahaja. Nasib baik Jaya Jusco tidak charge harga setiap pandangan. Kalau tak, dah lama aku kabur dari situ. Tapi aku tau wang aku masih berbaki lagi sedikit. Ia cukup untuk menampung sisa kehidupan aku di UKM sebelum tiba semester break. Maka, aku tergoda lagi sekali. Kali ini dengan sepasang kemeja. Oleh kerana hatiku memang mudah dicuri orang ketika membeli belah, aku korbankan wang baki itu untuk mendapatkan kemeja tersebut. Bukanlah lawa sangat. Biasa je. Bukanlah aku suka sangat. Suka sikit je. Tapi kemahuan untuk memiliki adalah… tinggi! Dan selepas membayar utk kemeja yang bukanlah aku suka sgt tu, aku diumumkan muflis , bankrap, pokai, gulung tikar, gulung lidah dan semuanya bergulung. Ayuh, Kak Dell kita teruskan kembaraan mata!

Dan.. sekali lagi!
Yer, sekali…. je lagi..
Aku tergoda lagi. Oleh perfume lagi. Disebabkan aku sangat tidak boleh bertahan lagi, aku menyambar ke mesin ATM dracula wang itu dan menuntut supaya wang simpanan aku dikeluarkan semuanya *bukan.bukan semuanya.nak mati kena lempang dgn ibubapa?* Kalian tahu the ending of the stories kan? Memang aku beli lagi satu perfume. Tapi kali ni, harganya berkali ganda dari harga dua perfume Bodyshop tadi. Dan kegembiraan aku juga berkali-kali ganda. Kemuflisan turut tumpang sekaki menjadi berganda-ganda-ganda-ganda… AKU MISKIN SUDAH! Tapi impian bagaikan tercapai setelah perfume Miss Sixty bersama clutch Miss Sixty berjaya aku kauk bawa pulang.

Selepas jatuh miskin, kami pulang. Hanya dalam masa 2 jam aku boleh jatuh miskin. Cepat betul nak miskin. Tapi sungguh lama untuk kaya. Selepas menjadi miskin, perut yang kosong pon bagi signal supaya ia dipenuhkan. Sebagai orang miskin, kami pon pulang ke Bangi untuk makan malam. Hasrat mau makan enak-enak di restoren lampu kuning romantis tidak kesampaian. Dan malam itu juga adalah malam ketika perlawanan MU menentang Everton. MU menang! Yeay! Malam kemenangan MU merupakan malam kemuflisan aku. Tamat.

Recent Entries

12 Responses to “perfume”

  1. Nashrex Says:

    akunyer perfume pun br abis mnggu lpas..
    skrg br pakai perfume yg DP blikan utk birhtday aku 2 thn lepas..
    jahat giler!!

    dah takde br nak guna org bg.. haha

  2. lila Says:

    agak cemas aku dgn kegilaan mu dgn perfume~
    hehe!

  3. faisal Says:

    hehe, ni org paling bahaya pernah dijumpai..kekekekee..:P nasib bf kayo…

  4. haziQah Says:

    wahhaha..kegilaan mu mmbeli perfume mmg mnjadi2..
    jgn jd mcm cite perfume sudah la..heee
    owh aku pon mmg tergile2 kn perfume
    tp..ku bkn jenis yg akan mmbelanja wang ku kepade perfume yg wangi..
    cukup la perfume tiruan yg konon2 sma mc perfume sbnar..
    sapa x suke bau wangi kn..
    ahha..minom la power root utk mng dan mng lagi dan beli perfume leagi..heeeeeee

  5. Tenno Miyake Says:

    kalau bau busuk jugak tak tau la..

    anyway.. dah lama tak visit sini.. color udah tukar eh?

  6. mohdismail Says:

    haih..sy pakai fantasia je.. yang iklan mawi tu.. lantak la mawi ke hapa.. janji wangi pada hidung sy & selesa buat poket sy yang sedia nipis adanya..

    :)

    burberry tu wangi tak?

  7. kasyah Says:

    sungguh bahaya kalo sape2 laki yg kuar dgn gadis camni..konpom pokai habis.jgn balik xde baju dah…ahahaks

  8. coops Says:

    hey, u shud get urself the latest (coming soon) hugo boss femme!!! u’re gonna like it, i bet!

  9. ~JviperS2~ Says:

    OMG…
    Tu lah, malas nak mandi…asyik cover guna perfume…
    Wakakakaka!!! :P

  10. neeziee Says:

    aku tak pernah pakai minyak wangi rilek je.

  11. shay Says:

    wah wanginya… penuh la ngan wangian minah nih…

  12. daineso Says:

    apa yg bes perfume ek..

Leave a Reply