Posted by chika under
Kosong KISAH SATU
semalam. dekat office. Amoi secretary office aku ni agak sengal orangnya. Kesengalannya berkadar songsang dengan rupa parasnya yang cantek menawan. Dia selalu sengal. Lebih kerap membuat sengal dari aku. Sekurang-kurangnya tahap sengal aku berkurangan tanpa supervision teman-teman sengal yang lain. Tapi amoi ni boleh bangkit sengal dengan sendirinya.
Dia duduk depan, terpisah dengan kami semua. Bila bosan dia akan menziarahi zon kami dan mengubah zon kami yang gila hentak keyboard main autocad ni, kepada zon sengal sensasinya. Semalam… dia muncul dari bilik arkitek kanan ke zon kami dengan mengucapkan sesuatu yang sangat IMPRESSIVE.
amoi itu : Cilakak!
kami : HUH? (kami tecengang dibuatnya bila tiba2 saja dipekikkan sebagai cilakak)
kakak autocad : tak baik cakap macam tu. mencarut. berbahasa kesat boleh buat orang rasa lain dan buat orang berpandangan buruk kat you.
arkitek kanan : you tau ke you cakap apa?
amoi : tak tau. i dengar sedap. i ikut je.
arkitek pembantu : sukati you je
arkitek kanan : you orang kasi tau dia.Jgn kasi dia cakap lagi.
amoi : hahaha! (gelak gila) cilakak! (dia ulang lagi sambil gelak sakan).
kami semua pon tak tahan nak gelak. sebab dia bukan bercakap dengan gaya carutan, tetapi bercakap dengan enjoy dan bergembira sekali. Dan sebelum kembali ke tempat kerjanya, dia ulang lagi sekali carutan tersebut. Aku dah tak tahan nak gelak tergolek-terlentang.
Tak lama lepas tu, dia muncul lagi ke zon kami…
amoi : hey, baru i perasan. i kan orang cina. i boleh mencarut bahas melayu punya. sebab tuhan i mana faham bahasa melayu. dia faham mandarin je. AHAHAHA! i boleh la cakap cilakak sukati i. AHAHAH!
kakak autocad : oh, tuhan u tak tau bahasa melayu ke? alamak.. tuhan i tau semua bahasa. so kitorang tak boleh mencarut versi apa-apa pon la.
dalam otak aku : aku terbayang diri aku tengah gelak tergolek-golek sampai perut kembung.
KISAH DUA
dulu-dulu. masa tahun satu. masa bulan puasa kalau tak silap aku. aku dan kawan-kawan bersahur kat mapley. Kami pon main-main sms. Sebab waktu tu ada sms free. Seperti biasa, kebanykan sahabat handai aku ni memang kaki ‘carutan’ pelbagai gaya dan format. Kebiasaannya mereka menggunakan format lucu bagi tujuan hiburan semata-mata.
Sementara tunggu makanan sampai, kami main sms sesama sendiri. Entah apa tah yang aku cakap kat Ainul, kalau tak silap aku, aku terbahankan dia. Dia pon nak balas balik. Dia sms aku. Sebelum sms dia sampai, dia bitau aku..
“tengok henpon tu, kang sms aku sampai”
Aku : (excited tunggu sms dia)
tunggu punya tunggu…
tak sampai.
tunggu punya tunggu…
tak sampai…
rupa-rupanya….
member aku ni punyalah sengal terhantar sms tu kat ayah dia! Dia punyalah menjerit kat khalayak ramai tu. Sampai aku jadi bertambah excited nak tau apa yang dia nak send kat aku tapi ter’send kat ayah dia. Dia sua handphone dia kat aku. Aku pon baca apa yang sepatutnya dia nak hantar kat aku…
‘KAU MEMANG HINA!…’
Ok, imagine apa perasaan ayah dia setelah menerima sms tersebut dari anaknya.Mesti shock.
kami pon apa lagi.. pakat gelak sakan. Dia pulak pucat-pucat lesi. Aku masih ingat macam mana reaksi dia terketar-ketar time tu.
esoknya mak dia call. Dan menyoal… apa punya bahasa dia hantar kat ayah dia.
dan aku masih ingat kes tu sampai hari ni. Bila ingat je, aku gelak sendiri.
Kejadian sengal kadang-kadang berlaku di luar kawalan. Dan kesengalan orang lain selalunya menjadi bahan jenaka buat kita. Aku senang punya teman-teman sengal seperti ini.
entri ini tiada motif.
Posted by chika under
Uncategorized Beylo,fikiran aku makin tumpul untuk mengisi ruang
‘title’ entri.
sebab ada macam2 benda yg berlaku dlm satu hari …
dan aku jadi rambang mata nuntuk memilih,
yang mana satu paling cocok dijadikan ‘headline’.
untuk berlaku adil dgn kehidupan,
aku memilih tajuk yang tidak berkaitan.
seperti di atas.
Aku telah flu. Suara sudah sengau. Ketat semacam je suara. Dah 2 minggu suara aku alami masalah teknikal. Dah 2 minggu lamanya jugaklah suara aku seperti bukan suaraku. (
apa itu?) Minggu lepas, suara tergendala disebabkan tekak terluka. Maka, suara aku menjadi besar!
Macam pondan. Maksud aku, suara aku. Bukan aku. Selepas suara aku puas hidup dalam kancah pondan, dia jadi rockers pulak. Kalau ptg2 tu jln sesak nak balik keje, pekena pulak suara aku terpekik nyanyi lagu KESAL, woh! Ngam sangat. Rockers sejati.
Tup-tup mulai semalam, suara aku sengau ja mengalahkan MANJALARA (oyya, aku mabuk cendawan pulak dgn drama ni). Dengan ini, aku umumkan yang suara aku secara officialnya sedang mengalami kekeliruan identiti. Dia keliru nak jadi apa. Runsing betul aku.Ikutkan hati, aku minum ubat-ubatan klinik swasta tu sampai kembung. Tapi ikut hati, mati. Disebabkan aku belum mau mati, aku redha je dengan apa jua jenis suara yang akan aku miliki.
Hari ni ke kantor macam biasa. Main-main lego, main injit-injit semut, main dam haji, lepas tu pulang. (Tolonglah jangan bayangkan aku betul2 pegi main lego dan sebagainya di kantor pulak). Hari ini game AUTOCAD STRIKE dan SKETCHUP FIGHTING naik ke level yang lebih mencabar. Sakit bahu aku mengadap game-game aksi ni. Tapi syukur. Hari ni belajar few things. Aku tak la buat apa sangat, tapi mengadap muka desktop memang meloyakan. Aku harap satu hari nanti, muka desktop yang bosan akan diteknologikan menyerupai wajah lelaki-lelaki hensem dan jambu. (bukan jambu air!).
Tapikan, pernah tak kau rasa bengang lepas tau sesuatu? Maksud aku, dulu kau tak tahu. Kau pun bersusah payah melakukan sesuatu untuk mencapai target. Tapi tiba2, kau sudah tau sbb kau sudah diberitahu. Rupa2nya, ada cara mudah mencapai target dan ia lebih berkesan, lebih praktikal dan lebih bijak. Aku rasa sedih dengan kubuduhan masa lalu. Iaitu ketika aku bertungkus-lumus menyiapkan autocad 3d untuk final sem lepas. Sepatutnya… dengan pengetahuan yang aku dapat hari ini, aku tak perlu bertungkus. Berlumus apatah lagi. Aku boleh siapkan 3D dlm masa satu hari saja dengan AUTODESK. Siapa nak bertanggungjawap atas kebuduhan aku ni? (sms jawapan ke rakan-rakan terdekat) KENAPAKAH ‘cikgu saya’ tidak pernah ajar saya kesemua yang diajar oleh Ismail tadi? KENAPAKAH??? Rasa nak pukul gendang Jepun je sambil buat tarian naga!
HAR HAR HAR!
Cuba kau bayangkan aku buat tarian naga. Sambi menyanyi lagu rakyat versi sengau. Okay, aku sudah baca kembali apa yang aku conteng di atas tadi. Seperti sebuah contengan cetek akal.Pegi tidur lah!
Posted by chika under
design,
layout,
template,
theme
mungkin ini yang berlaku nanti.
MUNGKIN.
lihatlah kalau aku rajin.
Posted by chika under
perfume,
shopping Entry ini merupakan kesinambungan filem PERFUME…
Minggu terakhir sebelum liburan akhir semester, aku dah bekas rumet (
kak Dell) bersiar-siar ke
Jusco Tmn Equine. Ia berlaku secara tidak disengajakan apabila kenderaan yang dipandu oleh saya ‘tersasar’ ke satu daerah yang aneh. Ia berlaku pada jam lebih kurang 9 malam. Niat nak ke Mines. Tapi dengan magiknya, kami terjumpa Jaya Jusco Tmn Equine. Kami sesat sebenarnya. Maka kami berasa sangat gembira dan melonjak ketakutan. Tapi kami tetap enjoy berbelanja di Jaya Jusco tersebut.
(Kami sebenarnya hanya merujuk kepada aku seorang)
Elok je kaki saiz S aku jejak masuk JJ tu, rasa ghairah wangian Bodyshop menggoda hidung. Woh, Kak Dell, ayuh! … Dan kami keluar dari lot kedai tu setelah aku membayar untuk 2 botol perfume. Dah lama aku tak layan Bodyshop. Zaman sekolah dulu je aku gila kentang dengan White Musk. Bila sampai je era maju, aku semakin lupakan Bodyshop sehinggalah aku tergoda dengan scent baru dia iaitu Zestini. Juga aku mabukcendawan sebentar dengan logo MTV yang ada pada botol Rougeberry. Tapi ketika aku membeli, edisi MTV sudah tamat. Tapi aku tetap beli. Kerna baunya sudah pikat aku secara halus. Dan secara halus juga aku telah membelanjakan wang, iaitu ketika aku sedang kegawatan ekonomi peribadi. Maka, aku muflis sudah.

(kuning untuk saya, merah untuk kekasih. saya harap dia suka. saya tak suka lelaki pakai perfume lelaki yang kasar-kasar tu. sebab tu saya hanya suka kekasih berbau lembut sahaja. Ye, macam saya juger :p Tapi saya lebih suka wangian Burberry kerana itu lebih mengingatkan saya tentang dia :p)
Selepas muflis, kami berjalan-jalan dan membeli belah dengan mata sahaja. Nasib baik Jaya Jusco tidak charge harga setiap pandangan. Kalau tak, dah lama aku kabur dari situ. Tapi aku tau wang aku masih berbaki lagi sedikit. Ia cukup untuk menampung sisa kehidupan aku di UKM sebelum tiba semester break. Maka, aku tergoda lagi sekali. Kali ini dengan sepasang kemeja. Oleh kerana hatiku memang mudah dicuri orang ketika membeli belah, aku korbankan wang baki itu untuk mendapatkan kemeja tersebut. Bukanlah lawa sangat. Biasa je. Bukanlah aku suka sangat. Suka sikit je. Tapi kemahuan untuk memiliki adalah… tinggi! Dan selepas membayar utk kemeja yang bukanlah aku suka sgt tu, aku diumumkan muflis , bankrap, pokai, gulung tikar, gulung lidah dan semuanya bergulung. Ayuh, Kak Dell kita teruskan kembaraan mata!
Dan.. sekali lagi!
Yer, sekali…. je lagi..
Aku tergoda lagi. Oleh perfume lagi. Disebabkan aku sangat tidak boleh bertahan lagi, aku menyambar ke mesin ATM dracula wang itu dan menuntut supaya wang simpanan aku dikeluarkan semuanya *bukan.bukan semuanya.nak mati kena lempang dgn ibubapa?* Kalian tahu the ending of the stories kan? Memang aku beli lagi satu perfume. Tapi kali ni, harganya berkali ganda dari harga dua perfume Bodyshop tadi. Dan kegembiraan aku juga berkali-kali ganda. Kemuflisan turut tumpang sekaki menjadi berganda-ganda-ganda-ganda… AKU MISKIN SUDAH! Tapi impian bagaikan tercapai setelah perfume Miss Sixty bersama clutch Miss Sixty berjaya aku kauk bawa pulang.

Selepas jatuh miskin, kami pulang. Hanya dalam masa 2 jam aku boleh jatuh miskin. Cepat betul nak miskin. Tapi sungguh lama untuk kaya. Selepas menjadi miskin, perut yang kosong pon bagi signal supaya ia dipenuhkan. Sebagai orang miskin, kami pon pulang ke Bangi untuk makan malam. Hasrat mau makan enak-enak di restoren lampu kuning romantis tidak kesampaian. Dan malam itu juga adalah malam ketika perlawanan MU menentang Everton. MU menang! Yeay! Malam kemenangan MU merupakan malam kemuflisan aku. Tamat.
Posted by chika under
Uncategorized
Tarikh perbualan di atas : 21May2005
Ini cerita lama. Yang mungkin dah berulat-ulat kalau ia adalah bahan kimia. Tapi persahabatan bukan bahan kimia. Dia tak seharusnya punya tarikh luput. Basi apatah lagi. Ia patutnya bersifat tahan lama. Bukan tahan lama. Tahan selama-lamanya. Tapi sejak tarikh aku mengeluarkan entry
21 & 22 May 2005 yang lalu, semua prinsip aku tentang sahabat dah berubah sama sekali. Pada tarikh tu lah aku pergi kutip semua sisa persahabatan, aku bungkus elok-elok dan aku pergi buang jauh-jauh istilah ‘
friends forever‘. Dan aku gantikan dengan teori baru yang waktu itu lebih memenuhi kehendak dan persekitaran ;
persahabatan boleh berlaku dan berakhir pada bila-bila masa sahaja kerna perkara paling sulit dalam persahabatan itu ialah mempertahankannya.
Pada ketika tu (dalam tempoh 2 tahun yang lalu), aku betul-betul kecewa. Waktu tu ada ada keyakinan bahawa semua tentang kita sudah hilang. Kita tidak lagi mengejar matahari yang sama. Mungkin kita sudah punya matahari yang tersendiri maka ‘kiblat’ kita juga tidak sama lagi. Mungkin kehendak kita saling bercanggah, mungkin juga kedewasaan membataskan semua agenda kita ketika masih kecil. Mungkin. Mungkin aku yang tak dapat terima kenyataan waktu tu. Atau mungkin juga aku terlalu kurang bersabar. Banyak sangat mungkin. Banyaknya sampai boleh buat manusia lemas dalam kemungkinan. Maka, untuk mengelakkan aku mati lemas, aku mengambil kata akhir untuk bermain dengan selamat. Iaitu jangan lagi mengajak sesiapa pun atas nama ’sahabat’ menyertai aku mengejar matahari. Sebab aku takut… kalau satu hari nanti, sekali lagi aku ditinggalkan sorang-sorang mengejar matahari. Sangat tak seronok rasanya berlari sendirian. Tidak mengejar mahupun dikejar. Sakit.
Disebabkan kami sudah berhenti mengejar matahari yang sama, maka hingga ke hari ini aku tekad tidak mahu ditinggalkan terkontang-kanting lagi. Walaupun aku tidak pernah menunjukkan kesakitan aku dalam bentuk air mata, (kerna aku memang manusia yang punya ego), namun the deepest part of me aku sangat terpukul. Aku tidak peduli kalau dikhianati oleh jiran tetangga, oleh masyarakat maupun sesiapa pun. Sebab perkara yang paling menyakitkan ialah dikhianati orang yang paling disayangi. Dan salah satu kumpulan manusia yang aku sayangi ialah sahabat-sahabat terpilihku.
Aku mohon maaf kerana sudah 2 tahun lamanya aku paksa diri aku untuk berkeras dengan semua orang yang datang atas nama sahabat. Aku paksa diri aku supaya jangan memberikan sepenuh persahabatan aku. Aku paksa diri supaya menjauhkan semua manusia yang berpotensi menjadi sahabat karib. Aku pura-pura dengan bertingkah laku biasa dengan semua orang supaya tiada sesiapa merasakan dia adalah teman istimewa bagi aku.Sedangkan kini, aku telah temui banyak manusia yang sangat baik dan sangat aku sayangi. Sebab semua teman yang aku anggap paling istimewa pasti pergi tinggalkan aku. Kalau setakat pergi, aku boleh temankan dia sampai dia berangkat. Tapi sebelum pergi, mereka main tikam-tikam. Sesungguhnya, sejahat-jahat aku, aku tak pernah tikam sahabat-sahabat pilihan aku. Kalau ada aku menikam, percayalah bahawa orang itu memang bukan yang menjadi pilihan. Sakit mana pun hati aku, aku paling berjaga-jaga dari menikam sahabat dari belakang.
Walaupun semua rasa tak terzahirkan, tapi aku ada rasa sayang yang dalam. Yang aku simpan dalam-dalam. Sekarang perasaan aku pada semua ‘mereka’ yang pernah mengejar matahari bersama aku suatu masa yang silam adalah sangat plain. Cuma ada seorang dua sahaja yang masih bersisa rasa sayangnya bagi aku. Dan aku tetap akan sayang walaupun keadaan mungkin akan berubah secara perlahan-lahan. Biarlah proses tu lambat sebab aku tak akan merasa sakit yang amat.
Dan pagi ni air mata au menitik bila aku terbaca semula kata-kata seorang sahabat ni. Kata2 yang dia tulis pada blog ni, (ye, blog ni saksi). Dua tahun lalu….

Aku sayang sahabat yang ini juga. Hard for me to stop the feelings because only nature can stop me.
Aku bukan orangnya yang gemar meluah-luah rasa yang melankolik lagi puitis. Tapi akulah orangnya yang melankolik, dramatis lagi puitis itu. Sayang aku mungkin tak dirasai oleh orang yang aku sayangi. Tapi sayang tu memang ada.
Buat masa ini, aku syukur pada Allah SWT sebab temukan aku dengan ramai insan-insan yang membahagiakan. Sekurang-kurangnya aku tau perlu carik siapa untuk mengadu-domba. Dearest Farah Diana, i can’t hide how grateful i’m to have u. Kita punya krisis, tapi kita selalu tahu bagaimana untuk mengatasi kerna kita memang mahu mengatasinya. Alangkah baiknya kalau dua tahun lalu, kami semua dapat lakukan perkara yang sama.
Maka, kemungkinan-kemungkinan yang melemaskan pun muncul lagi.
Mungkin waktu itu kami sama-sama tidak cukup dewasa maka permikiran sangat terbatas dek kemahuan.
Mungkin waktu itu kami semua memang jenis hati batu. Mungkin batu pon kalah.
Mungkin juga… mereka memang sekumpulan manusia yang tidak sama dengan manusia yang aku temui kini.
Dearest Astri … i love the way we keep our friendship. Its slow and steady. AHAHA… ;-)
Dan aku juga gembira punya my dearest, Dear :p Where i can talk and tell him everything tanpa meragui kalau-kalau dia akan mencanangkan cerita aku ke orang lain. *with lots of luv*
Contengan ini adalah sempena memperingati kesemua orang yang pernah, sedang dan bakal mengejar matahri bersama aku :)
contengan cebisan : hari ini saya mc. Migrain pagi tadi. Dari petang semalam saya tidur sampai lah ke pagi. Saya tidak sehat. Faktor cuaca barangkali. Mungkin juga kerna rindukan kekasih dan teman-teman seangkatan. Mungkin juga kerna lama tidak berlaku hyperactive. Farah, i can’t live my day without doing sengal-sengal. Camner? Tak buat sengal, rasa tak sehat laa… :(
Posted by chika under
Uncategorized Rahsia naga hitam hanyalah sebagai tajuk yang tidak berkaitan sama sekali. Ia sekadar mengisi tempat kosong yang tak seronok kalau tidak diisi. Tapi bercakap tentang naga, hari ini saya menghabiskan waktu-waktu yang semakin tidak mencukupi dengan mengumpul bola naga. Tak tau bola naga? Dragon ball tau? Ha… ia adalah
‘menatang’ yang sama.
*sebenarnya perenggan ini adalah perenggan membazir dan langsong tak ada makna. Boleh abaikan perenggan ini*
Masih melakukan kerjaan kantor dengan peristiwa-peristiwa harian yang sama. Dan secara ajaibnya, aku merasakan aku seakan-akan dah menjadi manusia yang bosan lagi membosankan. Peristiwa semuanya berlaku secara berulang-ulang setiap hari. Sangat tidak asyik. Ia seperti makan nasik lauk kicap setiap hari. Seronok ke? mesti jemu kan?
- bagi pagi, gosok gigi, siap-siap
- panaskan enjin kereta dan go, ke kantor!
- bersiar-siar atas tar selama 15 minit.
- masuk lorong yang ada sign NO ENTRY *nasib ko la polis ada rakyat Malaysia jiwa kental lagi tak berdisiplin macam aku ni*. Untuk mengelakkan polis mengecam kenderaan aku sebagai pesalah jalanraya, sebaik je aku ‘rempuh’ lorong NO ENTRY tu, aku akan reverse dan pusingkan kereta aku supaya bila aku parking kat tepian gantang tu nanti, kenderaan nampak seperti tidak melanggar peraturan jalan sehala. Pandainyaaa… mabeles…
- Breakfast dalam kereta sambil perhatikan muka2 foreigner kulit gelap. Bukan sebab aku jatuh hati atau terbunga cinta di dada. Tapi aku main game dekat muka dorang. Nama game tu, SPOT THE DIFFERENCES. Dan hari-hari aku gagal. Sebab aku tak dapat spot apa-apa perbezaan pun antara dua atau tiga orang foreigner tersebut. Muka dorang memang satu acuan, satu cop dan satu brand. HAR HAR HAR! Muka sama je…
- Naik ke kantor, dan bermulalah riwayat hidup sebagai seorang pekerja bawahan. Dan terpaksalah aku main game-game yang ada dalam perisian komputer kantor. Game tersebut lebih gempak aksinya dari Counter strike!!. Nama game tu Autocad Strike. Ada juga game Photoshop Fighting, Sketchup Rally, dan banyak lagi game-game aksi yang lain. Kalau dah bosan main game, boleh main conteng-conteng pulak. Conteng pelan bangunan, conteng elevation dan sebagainya. Puas main conteng-conteng, boleh main menung-menung pulak. Oh… Sangat lah menyeronokkan. Seronok sampai aku rasa nak teriak sakan.
- Penat. Dan setiap hari, bila celik je bijik mata subuh-subuh pagi tu, hati aku bergelora tak sabar nak tunggu jam 6 petang supaya aku dapat pulang dari kantor dan sambung semula episod tiduran aku.
- Aku terasa sangat tak bermaya. Sekarang boleh nyanyi lagu Teratai Layu di Tasik Madu untuk aku.
Sepenat-penat aku, penat lagi kekasih. Sebab saya cuma seorang pekerja bawahan yang banyak main game Autocad Strike dan Photoshop Fighting sampai pukul 6 ptg je. Kekasih pula ialah seorang arkitek berjaya yang terpaksa stay up dekat kantor dia sampai ke pagi. Kesian kekasih. Sapa suruh pegang jawatan tinggi. Dan ini ada sedikit pesanan penaja buat kekasih :
kalau u tak dapat gaji RM10 000 hujung bulan ni, I bom firm tempat u keje tu. *m a f i a w a n n a b e *
Kepala saya dah hilang pertimbangan. Kepala saya dah tak sabar nak henyak bantal. Penat betul main game setiap hari.
Rahsia Naga Hitam tamat.
Posted by chika under
Uncategorized
Sekarang boleh jilat jari and lick your lips deliciously. Kerna strawberry-strawberry sudah habis musimnya. Diharap kesemua kita cukup-cukuplah tu menikmati kehidupan lampau yang masam dan manis macam stramberry juga. Ya… puitis.
Theme : Colors
Version : 6.0
Published on : 13th May 2007
Designer : Chikadior
Setiap kali aku tukar layout baru, sebakul dualah mesej aku dapat orang tanya-tanya mana aku dapat template tu. Kalini seblom aku menerima bakul-bakul soklan sebegitu, biar aku kasi jawapan sebakul dua terlebih dahulu supaya kita sama-sama senang. Untuk makluman semua, buruk baik, cantik huduhnya template aku, semua adalah datang dari hasil kerjaan aku sendiri. Oleh itu, cacat cela dan sifat-sifat paralympic yang ada pada fizikal blog aku harapnya mendapat kefahaman dari kalian. Kerna aku sebenarnya… bukanlah seorang web designer yang cemerlang. Terbilang apatah lagi.
Aku cuma seorang tukang conteng yang tidak berdosa. Cuma obsesi aku pada design dan objek-objek cantik lagi artistik sahaja yang membolehkan aku terjerumus ke arena webdesign. Sekali lagi aku tegaskan, aku
BUKAN web designer profesional. Nak aku ulangkan sekali lagi?
*bagus, pergi duduk diam-diam*
Letih aku melakukan kerjaan tak berfaedah ni. Bukannya dapat untung pun. Sakit tengkuk aku lagi adalah dok renovate si Beylo ni.Dah lah. Tidur lagi baik. Aku harap, Beylo tahu ertinya mengenang budi dan membalas jasa. Semoga Beylo dapat menjagaku di hari tua ku nanti. Itulah harapanku sebelum aku tiduran.