The Interview
INTERVIEW!
yeay!
belum dapat…
belum….
firm tu akan call aku as soon as possible.
TAPI!
aku suka firm tu. Based on few reasons la.
- Dekat dengan kediaman
- Office bersih (which is you have to leave ur shoes outside. aku sukakan tradisi membuka kasut ini) Oleh itu rasa jijik dan geli-geleman akan berkurangan sebab aku mmg ada sindrom geli-geli. Selalunya pada lantai dan aku sentiasa benci nak pegang benda2 yg dah jatuh ke lantai. (sometimes aku buang few barang yang dah jatuh tu dan yang aku syaki dah kena pijak-pijak)
- tak ramai staf (adalah 5, 6 orang)
- firm kecik, keje tak banyak. Jadi tak perlu over nite mengalahkan arkitek hebat ala-ala Calatrava atau Frank Gehry maupun Zaha Hadid.
- Office hour bermula jam 9 pagi. Syukur.
- Assistant architect (yang aku baru kenal so far) agak sporting. Aku benci boss/ ketua/ atasan yang garang dan budget hebat. Sbb aku kuat melawan. Kalau boss garang, pasti aku lawan. Lepas tu, pasti boss akan geram. Bila geram, dia pasti report pada lecturer dan siapkan laporan LI aku yang tidak baik. Maka, aku akan fail. Oh, natijahnya sgt melankolik. Oleh itu, boss yang terbaik buat aku adalah boss yang tidak garang. (aku demand mengalahkan aku ni seorang Zaha Hadid eyh?) Siapa Zaha Hadid?
- Kurang staf, kurang projek dan menjadi satu-satunya budak praktikal pasti memberikan fokus yg lebih ke aku. Dan aku dapat belajar lebih banyak! Semangat ni! Target aku adalah seperti apa yang dah aku lafazkan pada kedua-dua lelaki peng-interview tadi. Aku mau belajar working drawing, design process dan presentation.
Amoi secutary tu cun
Dan kalau ada rezeki…
Aku tidak berminat untuk berusaha ke Ken Yeang. (aduh, bongkak btol aku). Berani aku buat statement berlagak ni. Apsal aku menulis macam aku ni arkitek hebat sgt eyh malam ni? Ampun lagi! Tak.. maksud aku, priority aku pada NK @ Ngai Architect ni so far. Since prof tgh tolong apply kan aku ke TR Hamzah & Yeang Architect, tapi aku tak sure lagi keadaan kat sana. Entah aku entah tidak. Kalau dapat, entah aku suka atau tidak situasi gila kerja dan sebok kat sana. So, samada dapat atau tak, aku tak kisah sgt. I wanna try in NK. Lagipon aku mmg takutkan kejutan budaya yg bakal aku jumpa kalau aku pergi Ken Yeang. Company gergasi okay! Tapi macam bunda kata, Ken Yeang mungkin satu experience yang sgt besar. Yer, besar la sangat. Tapi mungkin peluang belajar akan terbantut dek anasir-anasir kejutan budaya dan juga ketakutan dan rasa rendah diri yang extreme nanti. Sorry Syah, you go working with Ken Yeang alone la eyh. uhuhuhu… Congratz sbb dapat praktikal kat kompani hebat.
Doakan saya. Terima kasih atas doanya.
Jual Air!
Ye, kawan-kawan…
Sejak saya tenggelam timbul dari arena blog ni, macam-macam perkara aneh dah saya lakukan termasuklah menjual air tin di tepi tasek Kejut dan juga sekitar Stadium UKM. AHAHA! Bayangkan camner aku jual air tin. Aku tak jual sebenarnya. Aku paksa orang beli dan mereka rata-ratanya terpengaruh. Entah camner aku leh terjerumus aku pon tak tau. Aku bukan dok bawah group jual air. Aku group jual T-shirt. Tapi pa8 (boss air) dah pengaruh aku supaya jadi pelaris katanya. Bingai. Disebabkan nak assist dia melariskan air-air dia yang tak berkhasiat tu, dua high heels aku rosak. Aku harap dia akan sedar tanggungjawapnya terhadap kebajikan staf. Lalu membelikan aku 4 high heels baru (kantoi jual air pakai high heels)
Demi trip ke Bandung yang menelan ringgit malaysia yang agak banyak, kami satu studio pakat-pakat buat kerja amal mencari wang halal hasil keringat kami rather than MEMINTA-MINTA. Come on la! Kami bukan pengemis okay nak kena merayu pada jabatan-jabatan yang … yang… (ops.. terlajak kata binasa…. )Tapi begitulah… Oho.. bangga tau tgk effort yang ada. Antara aktiviti yang kami lakukan untuk mengisi dana :
- Basuh kereta (Farah la boss nyer)
- Jual air
- Jual Rose & Chocolate to dedicate kepada kekasih-kekasih sejati
- Banner and multimedia
- Jual dan design T-shirt
- Jual cekedisssssss (part ni memang enjoy! macam tadika asuhan kanak-kanak. Memang happy melihat proses jualan)
Aku pon nak amek kesempatan nak promote ni. Kalau ada readers dari UKM, meh la beramal jariah bantu kami ni. Pi la hantar kenderaan2 anda samada yang kotor maupun bersih ke kami untuk dicuci. (Kalau yang sedia bersih lagi bagus). Murah dan sgt berpatutan. TAK PATUT sebenarnya harga serendah yang kami tawarkan ni. Cuma RM4 bagi kereta dan RM2 bagi motosikal. Lori? Ih… tak ada student pakai lori kan…??? Untuk perkara2 lain ataupun maklumat lanjut, silalah ke Fakulti kejuruteraan UKM, kat ruang legar, ground floor. Studio kami adalah yang paling RUNSING di situ. Di mana kalian terperasan ada sudut yang SANGAT SEBOK dan SESAK, di situlah studio kami. :D
Selamat membantu kami! :p




April 11th, 2007 at 1:31 am
bos carwash hoay san la cik nurul!aku konconya jer….
April 11th, 2007 at 6:26 am
o ye ke? dia boss eyh? tp ko cam lagi BOSS je… :-s
April 11th, 2007 at 9:15 am
ahaha.. sebab ko ade kereta kot. hehehe. cari-mencari income ni sgt best. tambah2 bile design dah abis. yuuuhuuu…
April 11th, 2007 at 10:45 am
4 ringgit, wah tawaran menarik nie…tnggu kete koto giler ckit nanti saya hntar gi car wash saner tu..
April 11th, 2007 at 2:17 pm
adian – klu esemen suma penderitaan dah abes, lagi masyuk… :(
kemat – ler… kete tak koto pon kami terima. sungguh… kami tak kesah… :D
April 11th, 2007 at 4:04 pm
Nurul jual air? Pasti laku…. Nakkkk :p
Tapi cuci kete lagi best ;)
April 11th, 2007 at 9:06 pm
macam tu boleh la saya hantar kereta utk di basuh yer? 4wd pick up truck boleh tak? RM4 murah giler tu.. kilat tayar sekali ke?
April 12th, 2007 at 2:51 am
shaira – nurul kan lembek… kang baru basuh kete sebijik, terus ICU… parah pulak kang. ehehehe…
tenno miyake – umak aih… kami cuci kenderaan cc rendah je. truck, kapal terbang sumer kami lom usahakan lg. modal dan tenaga sumber manusia blom cukup
April 12th, 2007 at 7:09 am
smlm sy ke UKM, raond habis satu kawasan tmasuk fakulti engineering. ooo no wonder ade ramai budak2 kat ground floor, amek2 gmbr segala heheh
x nmpk chika pon?
April 13th, 2007 at 4:25 pm
uih…..kete apa pon bleh cuci!! cuma rege nye UP sket kalo kete nye lebih UP….spt contoh…CRV…nyeh nyeh!!!
~fara d guna id a-D… ^_^
April 14th, 2007 at 7:26 am
wooo.. best ni tawaran.. tp jauh sgt la.. kalo tak boleh anta moto aku tuh suh korang cuci.. huhuh…
aku pelik, nape salah satu alasan tuh, ko tulis amoi tuh cun… mcm sesuatu je bunyi nye :p
April 15th, 2007 at 8:59 am
zaha hadid tak garang. dia cuma perempuan yang defensif. dan praktikal di tr hamzah & yeang tidak begitu hebat; sebenarnya.
hullo. btw.
April 15th, 2007 at 9:09 am
gud lak!
April 15th, 2007 at 6:49 pm
gudluck untuk praktikal nanti~
kerja molek2 deh…
*mahu hantar cuci kereta,tapi mahu Chika yang basuh luar dalam…eh..RM4 luar dalam ke? :)
April 18th, 2007 at 7:08 am
semoga berjaya dengan Interview tu…nnt kalau dpt first payment jgn lupa blanja kitorang peminat setia blog chika ni…ehhehe
April 19th, 2007 at 8:22 pm
Laa.. Tak Tau Pulak Ader Bisnes Basuh² Kete Ni. Bisnes Basuh Umah Ader Tak? Umah Sewa Hamba Nie Perlukan Belaian Yang Sewajarnya. Almaklumlah Rumah Bujang. Hihi..
Slamat Berpraktikal. I Tak Suka Praktikal Sebab Kene Bangun Pagi. Setiap Pagi 5 Hari Seminggu. Wah.. Tak Bestnye Keje Pjabat.
April 25th, 2007 at 4:10 am
Uish bagus-bagus, akak dulu duduk kat law faculty atas tasek kejut tue, hari2 lalu depan kejut tengok budak2 kejut sebab ‘ter’isolated di atas faculty atas angin tuh…huhuhuhu. Nak anta kete utk dicuci, Dah lama tak cuci kete tuh kat maner nak anta tu lingkungan 2, rahim kajai? Burhanuddin ? Dectar?
May 1st, 2007 at 7:22 am
zaha hadid adalah one of top female architect kan.. if i’m not mistaken la