Archive for February, 2007

terbiasa bersama.

Posted by chika under Uncategorized
saya macam letih lah dengan contengan kedewasaan.
sbb.. saya rasa ‘histeria’ menjadi orang dewasa. Tapi saya ingin sbb saya memang perlu menjadi orang dewasa yang sebenar. *oyya… saya sangat sarcastic kan? mentang-mentang ingin berlagak menjadi dewasa, saya mula berbahasakan diri sebagai ‘SAYA’* errrk… :-s

Ok, split identity!

Hari ini :

  • Bangun pagi makan roti canai sardin. Aku bukan ‘hantu’ roti canai sebenarnya. Lagi-lagi kuah dhal. Yucks! Mmg langsung aku tak jamah. Tapi roti sardin aku suka jugakla. Dan breakfast roti canai sardin pagi tadi… membuatkan aku sedikit kesal mengenang pergaduhan dan masam muka antara aku dan kekasih minggu lepas. Ngam-ngam la seblom masing2 balik bercuti CNY ni, aku pon carik pasal. Marah2 bagai sbb si kekasih tak dapat bawak pi mkn roti canai. Sbbnya, dia dah janji ngan member dia nak balik hometown pagi tu. Dia cuma sempat temankan aku breakfast kat cafe sahaja. Cis cis cis! Apa punya aku lah. Saja je tarik muka empat belas. Last2 aku sedih sendiri sbb buat dia begitu. And his last word sgt la melankolik “everytime nak balik cuti, mesti mcm ni. aih…” Dan aku? Terus tarik muka muka belas. *buduh okay perbuatan ini*
  • Lepas ayahanda balik sembahyang, kami ronda-ronda ke Ikea. Sangat letih.
  • Malam… habiskan waktu mendownload lagu dan berkaroke bersama adek-beradek.

  • Bernafas dan menghidu udara seperti biasa. Hiarghht! Aktiviti harian aku kosong sebenarnya. Tapi waktu bersama keluarga yang membuatkan hari-hari menjadi sgt berkualiti. *yer, aku mmg hebat susun ayat tatabahasa!*
And by the way.. sbg tanda penyesalan dan rasa kesal juga bersalah aku atas perbuatan melampau aku kepada kekasih sejak kebelakangan ini (yes, i know kita selalu gadoh-gadoh ubi) … jadi… aku ingin luahkan terima kasih kepadanya kerna…

  • bawak saya jalan-jalan ke merata tempat sampai naik muak dibuatnya
  • belikan saya bracelet yang funky itu (eventhough i know its totally not ur taste. But THAT IS my taste wo!)
  • hadiah purse ROXY yang lama saya idam-idamkan. (its okay about the GUESS thing yg tak kesampaian bcoz ROXY is better)
  • hadiahkan saya t-shirt RADIOACTIVE masa trip ke JB last time.
  • Thanx jugak sbb invest some dolar masa kat Singapore demi mencapaikan cita-cita saya membeli perfume Gucci itu
  • Sanggop korbankan one of the souvenir ( yang dia beli utk kwn dia) kepada saya kerna kasihankan saya yang frust menonggeng sbb barang saya tercicir kat Singapore.
  • And of course la BIG THANKS utk dinner kat Secret Recipe last 14th Feb. Makan besar! Saya suka!!!
  • juga terima kasih tak terhingga sbb sentiasa update nota-nota kuliah kat laptop saya. Muahahaha…. enak sungguh rasanya.
  • I was impressed about… my assignment is his assignment. and his assignment is his assignment. No no! He helped me a lot. Kasihan… sejak bersama saya, kehidupannya jadi ‘ganda dua’. *tapi dia garanglah dalam hal-hal assignment and class. takotttt! kecut! ketaq kat dia!*
  • Dan jutaan penghargaan kerna menjadi PA saya yang disayangi. Tolong print setiap kali assignment saya, tolong hantarkan ke lecturer, tolong photostat semua nota, tolong online kan untuk saya untuk buat semua pengesahan, dan terakhir ni… terpaksa risau-risau pasal praktikal saya. (juga menghabiskan resume yg saya buat separuh jalan :p) Sedang saya… masih enak goyang kaki tak hingat apa-apa dah kecuali cuti. *dia juga garang tentang ini. sekali kena tengking, memang mati aku diam terusssss…. hahaha*
Aih. Kesal dengan perbuatan sendiri.

Ah, hari-hari pon kesal.
Ada je benda nak dikesalkan.
Baik pergi tido.
Pasti tak menyesal.

1, 2, 3…. tido!

saya tak reti lah…

Posted by chika under Uncategorized
Lama aku tak conteng rakus-rakus.
Bukan sbb aku tak ada mood atau tengah bermalas-malas…
tapi sebab…
aku sebok design template baru.

Cis cis cis!
Aku sangat lampi dengan sistem blogger yang baru ni. Dah dekat seminggu aku adjust coding aku sana sini, tapi langsung tak ngam. Macam kena ribut blog aku jadinya. Aku terasa aku ni dah macam ahli baru pulak dalam dunia blog ni. Sebabnya, aku langsung kekejutan melihat dashboard yang lain macam. Kena sign in guna account Googles (sorry, saya dah outdated). Juga maaf kepada pembaca-pembaca, pengunjung-pengunjung mau pun penyemak dan penyamun semua. Sesungguhnya aku tidak melawat ke mana-mana blog pon kebelakangan ini. Ya ampun! Aku lagi sebal memikirkan template yang belum langsai. Aku janji, sebaik saja aku menyiapkan sebuah CONTENGAN MAUT kelak, aku pasti merayap-rayap ‘menghantui’ kalian. HAR HAR HAR!

Hiarght!
Kasi aku waktu.
Aku harus kerja keras.
Hingga ke titisan keringat terakhir.
Bila aku muak nanti,
Aku lesing je BLOGGER.COM.

Ada nak join?
Mari-mari…
Mari kita buat rapat umum melesing BLOGGER.COM.
(hello, aku gurau SAHAJA okey!)

3 malam tanpa bintang

Posted by chika under Uncategorized
tapi saya tak kesah.
saya macam rasa … enak jugak malam-malam yg dilalui tanpa bintang.
sbb saya harap..
bila bintang muncul nanti…
cahaya dia lebih terang.
Insyaallah.

kalau tak terang?
kalau lebih malap?
pun saya tak kesah.
sbb saya dah ada keyakinan sendiri.

Kepada seisi dunia…
saya tak perlukan bantuan hayat ketika ini. Saya sememangnya okay dan baik-baik sahaja. Malah lebih baik dari kehidupan-kehidupan yang lalu. Saya juga tidak lagi dirundung kesedihan maupun penyesalan. Saya betul-betul berterima kasih kepada kehidupan. Saya dah jumpa sebahagian besar masalah saya. Saya mengalami kegawatan motivasi yang kronik. Pulang rumah, ada ibubapa.Kelas agama yang abah buat setiap malam selepas isyak utk anak-anak dah lama aku tak join. Tiap kali weekends bila pulang umah, aku jarang sekali join ahli keluarga. Sbb aku lagi suka nak tido besar-besaran. Tapi cuti2 ni, alhamdulillah. Banyak btol update yg aku tertinggal. Termasuklah adek-adek yg dah potong aku hafal surah Yaasin. =( Saya rasa terharu sgt. Sbb betapa lama rasanya tak dengar nasihat-nasihat agama dari ayahanda. Betapa lama rasanya tak sembahyang jemaah dengan ahli keluarga. Yer, masalah aku adalah… aku tak boleh jauh dari keluarga. Aku jarang pulang semester ni. Kalau pulang pon setakat satu hari. Telinga aku jadi jarang mendengar nasihat yg baik-baik. Oleh itu, aku jadi asyik melakukan yang tidak baik belaka.

Semalam, ayahanda kata … kalau jarang baca al-quran, nanti jadi orang yg busuk hati. Asyik dengki kat orang lain. (patotpon aku selalu nak naya org. Selalu naik angin. Selalu carik pasal) kalau tak rajin baca tafsir al-quran, minat nak baca al-quran jadi hambar. Sekali, abah bagi soklan maut! “tafsir Quran yg Tok Wan bagi dulu mana? ada baca? ada guna ayat-ayat yg dia bagi? Kan ada ayat-ayat utk elakkan sakit kepala, ayat pendinding… mana?” lalu aku terdiam. Sesungguhnya aku tak tau kat mana aku letakkannya. Dulu masa zaman matriks, sgt la rajin baca-baca perkara baik. Sekarang, sgt la ghairah baca magazine2 lagha. Astaghfirullah…

Sesungguhnya aku mmg kegawatan motivasi rohani.

Bunda pesan… jangan tinggal solat. Jangan solat laju-laju (seperti yg sering dilakukan oleh kami adek-beradek masa dulu-dulu. Solat laju-laju sbb nak kejar rancangan TV). Lepas solat jgn lupa doa. Nanti Allah murka. Org tak doa lepas solat ialah orang yang riak sbb tak mau meminta pada Allah. Sebenarnya kata2 bunda beberapa hari lepas sgt menyentuh hati. Kata bunda, kalau tak berdoa lepas solat, macam mana nak bantu bunda dgn ayahanda bila mereka sudah tiada kelak. Saya sgt tersentuh.

Hari makin hari, makin byk melakukan dosa.
Dan yang paling menyentap jiwa….
Mendengarkan cerita ayahanda tempoh hari selepas solat Isyaq.

“Kalau kita berbuat dosa pada Allah SWT… Allah pasti maafkan bila kita memohon padaNYA. Sbb Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Tapi dosa sesama manusia itu yang paling besar”.

Ayahanda kata, tak boleh menyakiti sesama manusia. Tak boleh mengata keburukan orang lain (Ya Allah, aku sering melakukan ini) Tak boleh bercerita keburukan orang yang telah mati (yer, terkadang aku masih mengungkit kesilapan orang yang telah pergi. Astahfirullah). Mengumpat itu adalah dosa-dosa besar yang paling seronok dilakukan (Ya Allah.. aku juga banyak melakukan ini). Dan juga dosa-dosa sesama manusia yang timbul dari hasad dengki. Lagi, kata ayahanda… manusia yang terlalu byk bercakap itu.. tanpa disedari boleh terpesong akidahnya. Barangkali, paginya kita masih Islam, tapi petangnya… kita sudah menjadi munafiq. Dan kadang2… kita mempersoalkan kuasa Allah tanpa kita sedari.

Yer, itu lah sedikit sebanyak update terbaru motivasi yg aku dapat.

Aku kagum dgn abah. Abah tak pernah langsong cerita yg buruk2 tentang orang lain. Aku sgt kagumi sikap abah. Aku mmg orang degil. Hanya nasihat ibubapa saja yg selalunya berjaya nasihati dan lembutkan hati aku. Itulah sebenarnya yg ingin disampaikan utk kali ini.

Baiklah, tadi kisah pedoman buat semua. Ini pula kisah diri sendiri.

Saya sebenarnya mengaku kesemua kesilapan saya. But the most unaccepted thing is when… your own problem becomes a problem to others. I don’t understand why when once things are all about me, the whole world will be influenced. And… why did.. for every single mistakes that i’ve made, there is always no excuses for me. And why did peoples never tried to put themselves in my shoes.

Aku masih ingat. Masa aku sekolah menengah.. aku pernah buat satu kesilapan besar yang sebenarnya tak mengaitkan sesiapa pun. Ia adalah masalah aku SENDIRIAN BERHAD. Tapi few frens of mine, yang tiba2 tau tentang masalah aku ni, dorang semua bantai dump aku beramai-ramai. And at the same time, sorang lagi kawan aku ni pon buat benda yg sama. But then they kept on forgiving each other in a short time. Waktu tu aku sgt berkecil hati sampai aku berkata dgn diri sendiri … bila dah kena batang hidong dorang, dorang baru tau.

Aku bukan harap, ada batang hidong sesiapa pon yg akan kena. (since ayahanda juga kata, Allah murka dengan doa-doa yang bukan untuk kebaikan) But peoples will never knew the other peoples’ problem unless THEY WERE THEM. Ih, geram! Geram sbb aku nak je curahkan sepuasnya kat sini but yeah babe.. takkan aku nak lelong kisah peribadi aku kat satu dunia kot. Dan aku sgt terkilan dgn perlakuan-perlakuan manusia yang lagi suka memanipulasi cerita rather than discover the truth. (okay, istilah aku berada di pihak yg benar mmg tiada tapi sentiasa ada kebenaran kepada setiap kesalahan)

I’ve told one fren of mine everything. Afta telling her that stupid thing, aku rasa sgt2 better. Apa2 manipulasi yg dilakukan terhadap peristiwa ini, aku tidak kisah. Because wut is important most is, no such INCIDENT will happen again. Now, i just want to keep on praying to Allah semoga berlakunya keajaiban bernama ‘petunjuk’ dan ‘cahaya’. Apa yang aku mahu sekarang hanya ‘kesatuan’ pedoman antara dua insan yang tidak berse-pedoman. Kesatuan ‘pedoman’ adalah perkara nombor satu untuk meneruskan riwayat cinta. Or else, aku HARUS lakukan sesuatu dan belajar untuk berpisah. Thats all. Yeah, it sounds easy. Jadilah aku, dan rasakan kepayahannya. (mmm… learn to leave each other…. mmm… )

Okay la..
I was actually happy today.
Hey, c’mon! Jgn ingat aku sedang merana mau mati.
I’m just fine. Semuanya okay saja di sini.
Just that… terkilan tak dapat meluahkan apa yg patot diluahkan.
And actually…
Aku indecisive sekarang ni.
Tak Tau Antara Dua.

-signed out-