Posted by chika under
Uncategorized Aduh, lucu sangat nih.
Baru sebentar ni aku ronda-ronda bulletin kat Friendster.
Lelaki Ini sudah ketagihan permainan ‘survey2′ gitu.
Lucu! Pasti urat saraf sudah berantakan di dalam. Rahang rasa kebas. Perut yang sakit terasa mau pecah membaca survey ini. Ayuh, donk… Kita coba. Coba sampai kita semua sakit rahang selepas ini. Oyyaa… jgn lupa ketawa ya anak-anak! *ketawa, plis donk…*
Instruction : Put your music player on shuffle. Press forward for each question. Use the song title as the answer to the question.NO CHEATING! (siapa tipu nanti hidungnya panjang macam Pinocchio).
1.) How am I feeling today?
Tunjuk Satu Bintang (Sheila On 7 )
2.) Where will I get married?
I call it Love
3.) What is my best friend’s theme song?
Spinning Around (Kylie Minogue)
4.) What is/was high school like?
That’s the way i like it. *ya, sungguh! aku cintai waktu-waktu di bangku sekolah. sungguhpon bangkunya cuma bangku kayu compare to kerusi kusyen yang kumiliki kini di universitas. Tapi sekolah tetap yang paling asyik*
5.) What is the best thing about me?
Spanish Guitar (Toni Braxton) *aku mana tau main guitar! aku juga bukan gadis sepanyol!*
6.) How is today going to be?
The Ghost Of You (My Chemical Romance) *aku menghantui kamu?*
7.) What is in store for this weekend?
L.O.V.E *loh. ada ke CINTA simpan dalam store?*
8.) What song describes my parents?
Terlalu Manis (Agnes Monica ft Slank) *bunda, ayahanda… kamu berdua terlalu manis nih!*
9.) How is my life going?
Pulanglah Padanya (Jikustik) *oh my god! neva! *
10.) What song will they play at my funeral?
Soal Hati (Erra Fazira) *busyet! apsal lak lagu ni?*
11.) How does the world see me?
Cintai Aku (Rossa) *dear… please take note to this!*
12.) What do my friends really think of me?
I Want It That Way (Backstreet Boys)
13) Do people secretly lust after me?
Pieces Of Me (Ashlee Simpson) *oh. lust pada kepingan-kepingan aku. kepingan apa donk?*
14.) How can I make myself happy?
Beautiful (Christina Aguilera) *siapa tak happy kalau jadi beautiful. Kalau jadi BEAUTY S****? WAKAKAK!*
15.) What should I do with my life?
Far Away (Nickleback) *aduh, far away ke mana? ke bulan? atau ke longkang?*
16.) Will I ever have children?
Aku Ingin (Radja) *jawapan yang tepat sekali!*
17.) What is some good advice?
My Heart (Acha ft Irwansyah)
18.) What do I think my current theme
song is?
Menari Denganmu (Sasi the don ft Zainal Abidin)
19.) What does everyone else think my
current life?
Naughty Girl (Beyonce) *dan dan la pulak kuar lagu nih. hampagas!*
20.) What type of men/women do you like?
Lying From You (Linkin Park)
21.) Will you get married?
Family Potrait (Pink) *kawen la tu. hint nya : family*
22.) What should I do with my love life?
Bunga-Bunga Cinta (Misha) *bunga la sgt. cam kebun durian adalah*
23.) Where will you live?
Too Much (Spice Girl) *too much? HAHAHA!*
24.) What will your dying words be?
Mistikus Cinta (Dewa) *nak mati pon masih dlm mode CINTA? astaghfirullah*
25.) this song reminds me of my ex?
Girls (Destiny Child) *ex aku seorang perempuan??? HAR HAR HAR!*
26.) i listen to this when i’m heartbroken?
Rabiatul Adawiyah (In-Team) *uh, taubat nasuha*
27.) they play this song at my funeral.
When You Say Nothing At All (Ronan Keating) *kurang ajar ar tu pi play lagu ni kat depan jenazah aku*
28.) And this song on my wedding day.
Jujur (Radja) *aku mmg kekasih yg jujur. tapi tak mau la pasang lagu ni time wedding.*
29.) My best friend slept with my bf/gf. So I dedicate this song to him/her
Black or White (Michael Jackson) *HAR HAR HAR! Mmg gelak guling guling ar! Hitam ke Putih???? Horny gila.. HAR HAR HAR! Camner la plak boleh lagu ni jadi jawapan?*
30.) I sang this song with a stranger at a café yesterday.
Stars Are Blind (Paris Hilton) *daaa!*
31) when i dont listen to my parents, they will sing this song to me 20 times.
Alone (OST My Girl) *kesiannya ibubapa*
32) me and my bf/gf was on a romantic dinner at a fancy restaurant in paris. while i was eating, he/she suddenly sang this song out loud.
Indah (Agnes Monica) *romantika sungguh.*
33) when i’m having sex i say
You Are My Destiny (Paul Anka ft Neil Sedaka) *sedang sex boleh bercakap eyh?*
34) when im flirting with a guy/girl, i say
Pastikan (Siti Nurhaliza) *Pastikan kamu jgn flirt dgn gadis lain. Pasti kutikam dadamu*
35) when i’m horny i say
Get Another Boyfriend (Backstreet Boys) *uyyo…bley tahan gatalnya aku*
36) if i’m a superhero, this will be my theme song.
Hati Ini (Nabil)
e="font-style:italic;">*ishk.. tak sesuai langsong. Ni lagu untuk SuperLentok*
37) when i’m down, this song will comfort me.
Mawar Putih Untuk Mama (Sharifah Aini) *bolehlah*
38) when i fart, it sounds exactly like this song.
Aa Ab Laut Chalen (Udit Narayan &Alka Yagnik) *buduh! ada ke bunyi cam lagu hindustan. sangat buduh*
39) i think this song was written about me.
Dua Insan (Melly Goeslow)
40) this song was written about my parents.
Perasaanku Tentang Perasaanku Padamu (Dewa) *parents saya tak tau pon lagu ini. Terus, gimana bisa?*
Sekarang kalian cubalah.
Kredit untuk Adian kerna menemukan persoalan-persoalan untuk jawapan-jawapan buduh ini. Aku patot dibayar untuk setiap ketawa mengilai-ngilai yang telah aku lakukan. Aku patut dibayar kerna rahangku sudah lenguh. Aku perlukan ganjaran! *daaa…tak pasal-pasal mintak bayaran*
*************
Sedutan sinetron MUTIARA HATI episod hari ini.
6 kanak-kanak tadika diculik untuk dijadikan kanak-kanak peminta sedekah. Dan Nabila comel bersama April comel turut sama diculik. Si Penculik pon menyoall kanak-kanak tadika itu sambil memegang sebilah kapak di tgn.
“Kalian pilih! Mau jadi pengemis atau jagoan?”
– Si Penculik-
“Kami ga mau jadi pengemis!. Kami mau seqola!*
-Nabila Comel dan Lucu-
“Aku ga mau jadi pengemis! Aku mau jadi artis!”
-Sahabat Nabila yang pelat-
lalu aku dan bunda pon rasa tercuit hati menyaksikan kanak-kanak itu. Kalau akulah, mesti dah diam sampai kecut-kecut. Kang kena tetak ngan kapak tu, tak sempat abis tadika, nak jadi artis apatah lagi.HA HA!
Posted by chika under
Uncategorized Akhirnya…
Aku sudah tidak jadi gadis penunggu internet lagi.
Aku sudah ketemu aktivitas yang paling cocok untuk dilakukan sepanjang siang.
Iaitu….
Berkerja sebagai bibik yang kayaknya datang dari Indonesia.
(Oh, seperti biasalah. Aku spt sudah ‘sedap’ nak buat mukadimah dengan barisan-barisan ayat penipu. HAR HAR HAR! Sikit waktu lagi, dah tentu hidung aku akan panjang seperti Pinochio. Tentu lucu sekali! )
Bukanlah. Sebenarnya, aku sangat lega kerna tidak lagi menjadi gadis liburan yang asyik mengadap internet. Mata aku ni naik juling dek cahaya pancaran screen komputer. Oleh itu, aku bekerja keras mencari peluang2 kerjaan baru untuk dilakukan supaya aku tidak hanya asmaradana sampai maut dengan internet. Membazir ah! Syukur, ketagihan aku dapat diatasi dengan menonton rancangan-rancangan di television selain menghabiskan waktu dengan mengeja kesemua bahan bacaan.
MENGEJA BAHAN BACAAN bermaksud, membaca setiap patah perkataan termasuklah bilangan muka surat dan tulisan-tulisan font kecil pada iklaneka yang dicetak pada helaian-helaian majalah, komik maupun akhbar. Ini terjadi kerna aku memiliki simpanan WAKTU yang sgt banyak. Biasanya, aku kena baca laju-laju kesemua magazine yg dibeli. Ada waktunya, aku bukan lagi membaca, tetapi men’scan sahaja setiap helaian dengan mata kasar. Kini, tibalah waktu yg tepat untuk aku memunggah kesemua magazine lapuk untuk dibaca semula melalui kaedah MENGEJA. Hmm.. dan jugak menyelongkar beberapa entry lama blogger favorite aku yg telah aku ketinggalan ketika musim sebok aku dulu.
Jgn bebel byk. Aku cuma mau mengwar-warkan ke kalian… yang aku tengah addict ni ikuti sinetron Mutiara Hati. Sinetron indonesia. Cerita-cerita tauladan Islam. First time aku tgk siri ni, aku terus jadi suka. Bukan spt Bawang Merah Bawang Putih. Maaf atas pengakuan yg bakal aku katakan ni. Saya sgt tak suka sinetron itu. Tiap kali menonton, ia membuatkan saya marah dan bengang, lalu saya akan berambus ke mana sahaja menjauhi kotak TV sambil mengeluarkan sumpahan-sumpahan keramat. Diulangi, saya sangat bencikan sinetron ‘tahi lembu’ itu. Dia tidak punya sense islamiah yang cukup untuk membentuk sebuah sinetron yang berupa pedoman dan akidah. Islam tidak mengajar kita memanggil nama ‘pari-pari’ (Putri) ketika susah. Aku tak pernah belajar pon, ada pari-pari baik yang punya sayap dalam asas akidah islamiah. Bagi aku, sinetron ni tercicir antara perkara paling KUAT dalam tuntutan Islam iaitu AURAT. Then wut? Memang sebuah siri ‘tahi lembu’. Tapi kalau kasi label ‘sitcom’…. boleh la. Sbb sinetron ni mmg lucu. Jalan ceritanya juga lucu amat. Lucu macam ‘tahi lembu’. Sekian.
MUTIARA HATI. Aduh, aku suka sgt watak ‘Nabila’. Comel. Muka tak boleh blah. Kecik-kecik dah pandai buat aksi muka. Tak percaya, kalian pergilah tgk sinetron ni. SGT BEST. Aku jamin, sinetron ni BUKAN ‘tahi lembu’. Aku paling suka tgk aksi muka si Nabila tu bila dia tadah tangan berdoa. Muka dia khusyuk gila. Comel. Dan… ehem… maaf… Aku juga sukakan ayah si Nabila yang ganteng. (elemen penguat ni). Kanak-kanak kecil itu berjaya bawak watak kanak-kanak yang gilakan kasih syg ibu dgn baik sekali. Oh, adek! Kamu sgt comellah.

“Ya Allah… Nabila ga pernah solat. Tapi KAU selamatkanlah Nabila. Temukanlah Nabila dengan ayah Nabila. Nabila berjanji Ya Allah, bila Nabila sudah ketemu sama ayah Nabila, Nabila akan belajar solat,”
Geli hati aku tgk mulut budak kecik ni berdoa. Comel habaq hang! Paling tak boleh tahan bila dia dalam kesusahan. Mesti dia lekas2 tadah tgn dan berdoa.
IKLANEKA.SAKSIKAN SINETRON MUTIARA HATI.Isnin-Jumaat6 ptg di TV9
Ni lagu tema sinetron ni. Bagus jugak jadi halwa telinga.
MUTIARA HATI – DOWNLOAD
Posted by chika under
Uncategorized Aku hilang lagi. 5 hari tak conteng. Tak conteng sbb mata pensel aku patah. Oh, no diary! Mata pensel tak pernah patah. Sentiasa tajam. Idea untuk terus conteng dengan lebih giat sentiasa ada. Kan dah aku bilang dulu. Sentiasa ada alasan untuk setiap kehilangan aku dari menyiarkan contengan-contengan baru. Kali ni, alasan aku adalah kerana pulang ke kampung halaman. Sbb ayam jiran saya bersalin anak kembar. Kena operate. (
menipu itu seronok juga kadang kalanya…)
Contengan #1
Musim haji datang lagi. Aku dan keluarga pulang ke Johor.Alhamdulillah. Kali ni impian aki dengan maktok (my beloved grandparents) tercapai nak kerjakan haji. Syukur atas rezeki dan keizinan Allah SWT kerana memanggil lagi kedua mereka untuk menghadapNYA buat kali kedua. Khamis mlm jumaat, buat kenduri doa selamat. Aku berkenduri dalam bilik. (anti masyarakat memang begini). Aku duduk dalam bilik sepanjang hari kenduri. Aktiviti indoor pon berlangsung dengan bosan sekali. Main game Bejeweled sampai juta-jutaan points. Oh, semakin hebat aku menguasai game cincai tu. Tak sabar nak back to school nak show off kat sahabat handai pencapaian aku yg sgt memberangsangkan. Saudara Adian and Cik Farah Diana, i dah main game kegilaan kita semua tu sampai level 9. Pastu, dengan jakun sekali dah appear pulak secret mode *akan aku tunjukkan kelak ke kalian*. Sangat sensasi auranya. *mmm…. kisah kenduri dah bertukar menjadi cerita game.interesting…interesting…*

Contengan #2
Sangat ramai sanak saudara menyerbu ke rumah. SANGAT RAMAI. Macam-macam rupa paras pon ada. Aku tak kenal belaka dengan sedara mara sendiri. Even ayahanda pon tak berapa kenal sedara. Lain dgn bunda. Bunda sgt ramah. Dia sgt disukai oleh sanak sedara walopon itu sebenarnya sedara mara seblah ayahanda. Nevermind la. Teruskan usaha mencintai saudara buat bunda! Maka terfikir kembali aku apa yg dikatakan oleh sedara mara warga tua kami. “jgn sampai anak-anak kawen sedara sendiri pon nanti tak sedar”. Opps… *tekup mulut kuat-kuat*. Maknanya, kena keep in mind, berhati-hati kalau boifren aku satu hari kelak (aku kata satu hari kelak) berasal dari Johor. Dia mungkin adalah pakcik sedara aku, mungkin juga, cucu aku, mungkin juga aku adalah cicitnya. Ayokk…. tak tau! Ah, jgn pikir lagi deh. Kawen dgn lelaki Itali kan bagos.Gerenti tak ada pertalian darah ngan aku. *samdolnyer *
Contengan #3
Semalam 6 – 7 kete hantar aki dengan maktok ke Senai Airport. First time sebnarnya aku jejak kaki ke Senai airport. Yer… aku ingatkan dia cam KLIA. Sekali, daa! Dia lebih kurang je Brunei Airpot. Kecik kenot. Pulak tu musim haji. Semua relatives kena tunggu luar. Wutta… Dan oh! Aku dressing semalam, macam aku yg nak pegi buat haji. As wut those *BIG MOUTH* selalu cakap… aku kan *SEXY*. Pegi kelas mengalahkan Mak Datin. Pegi bilik lecturer macam nak pegi disco… *ko diam lagi baik!* Tapi kalau those BIG MOUTH tgk la aku semalam, mmg pakat ramai-ramai memohon sembah di Raja la kat aku. HAR HAR HAR! Kiranya dah sesuai sgt kalau aku nak gantikan permaisuri Qatar. Dengan jubah hitam yang labuh selabuh-labuhnya.*dan yes, sgt longgar*. Dengan seluar labuh potongan besar, dan tudung yang terlepas ke bawah. Macam graduan University Al-Azhar. Oleh itu, those BIG MOUTH boleh sila ambil giliran untuk mati. *eh eh… aku sudah hot temper*
Contengan #4
Sedih tgk aki nak ke Mekah 40 hari. Tapi syukur Alhamdulillah. Aku rasa nak lompat ikut pegi sana. Aku rindu Kota Mekah. Insyaallah, aku nak ke sana lagi. Mau… Mau…Lebih kurang pukul 1 ptg, semua selesai. Aki dgn mak tok pon dah check in. Maknanya! Tugasan super saiya sedang menanti aku!
Contengan #5
Dalam byk2 orang, akulah yang paling bertuah sekali kerana di namanahkan oleh aki untuk melaksanakan tugas super saiya yg agak berat nak aku lakukan. Bukan super saiya pegi bunuh orang jahat macam Dragon Ball. Bukan. Aku kena bawak balik kereta aki ke KL. Astaghfirullah… Aku sebenarnya tak penah drive sejauh itu. Senai-KL. Tapi apakan daya. Demi menjaga reputasi dan rekod aku sebagai cucu sempurna, aku beruasaha keras utk itu. Abah follow dari belakang. Zirul dengan Dek Ekal ikut aku. Tak boleh harap punya budak! Dua-dua bantai tido nyenyak-nyenyak sementara aku berhempas pulas menahan mata dan otot demi perjalanan pulang ke Cheras selama 5 jam. Stereng dia cam ada problem sket. Keras semacam. Mmg kejutan budayalah tulang temulang aku yg halus mulus ni.
Sampai je Nilai, aku mula rasa ngantuk yg kronik. Sampai Bangi, aku dah mula rasa aku WAJIB TIDO.Tapi aku kuatkan semangat jugak. Terus tekan minyak secukup perasaan aku. Yibba yibba! Akhirnya sampai jugak rumah lepas drop Zirul kat Sri Kembangan. (dia punya lecture still on) Sampai rumah, aku ni macam mat gian… terus terlentang atas katil. Pengsan beberapa jam. (boleh juga replace perkataan pengsan itu dengan mati). Sedar-sedar je, dalam pukul 12.30 tgh malam semalam tu, aku terus ke bilik bunda. Nak raih simpati murahan sebenarnya. Dan yes! Simpati berjaya diraih.

Contengan #6
Bunda kata muka aku merah sgt. Aku lekas2 tgk cermin.. Yer! Merah menyala menandakan ultraman taro telah lemah. Aku juga. Aku juga akan mengeluarkan signal merah yg sama ketika aku demam atau tidak sehat. Badan aku sejuk semacam sampai la sekarang ni. Tulang aku yg terkena kejutan budaya terus sakit. Satu badan sakit akibat tak biasa drive sejauh itu. Sakit kaki since main ice-skating aritu pon tak hilang lagi. Nampaknya kesakitan aku telah naik taraf. Rasa nak pakai tongkat, tampal koyok, sapu minyak-minyak beraneka jenis. Supaya org yg melihat aku dapat merasakan betapa aku telah jatuh sakit yg kronik. Alahai…
Contengan #7
Sia-sia balik kampung pegi mengurut tempoh hari. Sekarang sendi, tulang, temulang, otot dan juga saraf kembali sakit. Aku rasa macam badan aku baru kena belasah dengan penjahat-penjahat tempatan. Sakit sangat tau. Hanya Allah yang tau. *Sekarang gerenti semua dah fikir keadaan aku sgt nazak kan?HAR HAR HAR!* Aku bukan nak buat cerita tahi lembu kat sini. Aku betul-betul tak sehat dan tak berupaya skang ni.
. Tapi taklah nazak. Masih mampu nyonyot lollypop sekarang ni. Masih mampu makan karipap 4 ketul beberapa jam tadi. Dan masih mampu jugak membuat contengan marathon sepanjang ini. Ternyata aku tidaklah sakit kuat. Hanya sakit-sakit tulang golongan muda-mudi yg lembik.
Memandangkan badan aku sgt sakit, ada baiknya aku pegi bancuh anlene. Maka, tersedarlah aku… aku harus minum anlene dengan lebih giat lagi! Demi kesihatan tulang.
Contengan tamat. Semua boleh bersurai.