Archive for December, 2006

Liburan Malam Minggu

Posted by chika under Uncategorized
Malam minggu yang lalu…
saya dan teman-teman liburan di tengah pekat malam.

Teman-teman

Oyya… teman-teman yang dimaksudkan ialah teman-teman ketika zaman kanak-kanak. Zaman saya masih ber-skirt pendek dan berdandan sakan tayang rambut cantik ke sekolah. Atau dalam kata-kata ‘kesat’ yang lebih cocok buat pemahaman kalian… teman-teman saya ketika hingusan kami masih meleleh-leleh. Sangat jijik.

Sebenarnya … kami buat gath. Entah kepala siapa punya idea pon aku tak tau. Tapi yang pasti, budak INI jadi director program sementara aku berbesar hati jadi jemputan yang mula-mula tu kecoh buat gimik. Konon2 tak dpt dtg. Alasan sakit. Eh, betol aku sakit. Tapi memandangkan aku sgt kasihankan si Nisa’ yg beriya-iya merayu, menagih simpati dan menangis teresak-esak inginkan kehadiran aku, aku pon gagahkan diri yang dah terkulai. (oh, pasti aku diselamkan ke dlm air klu Nisa’ membaca fitnah-fitnah yang aku canangkan tentang dia. peace !) Tak de lah sampai memohon sembah bagai si Nisa’ tu. Tapi dia cam harap sgt kami dpt berjumpa. Demi rindu yang semakin durjana impaknya, aku pon join la gathering tu. Ajak Haikal teman.

Ni namanya… kencan-kencan dgn teman sekolah rendah. Lucu sebenarnya. Sbb aku baru tersedar… rupa-rupanya sahabat-sahabat aku mempunyai kategori yang tertentu. Kawan sekolah rendah lain, sekolah menengah lain, zaman ‘gelap’ matrikulasi lain, dan skang zaman universitas pon lain. Boleh eyh bagi-bagi member ikut kategori? Mcm rumah sukan pulak. Okay, pasni boleh buat sukaneka. Sahabat kategori sekolah rendah, lawan dengan sahabat kategori universitas. Sapa menang dapat bintang macam yang cekgu tadika suka buat. Asyik donk, asyik!! *bersinar-sinar mata penuh keterujaan*

Bila jumpa, pasti heboh. Mulalah dok ungkit-ungkit adegan buduh di masa lampau. Antara kenangan masa silam yang masih segar, yang buat kami tergelak-tergolek :

  • Kisah bebudak boys main gasing, tiba2 gasing melompat naik atas kepala sorang indian girl klasmet kitorang. Yang super maut punya lucu tu… gasing tu terus berpusing walopon dah naik atas kepala member tu. Adoi….

  • Kisah member-member aku ni wakil sekolah masuk rancangan TV Joe Jambul **masih ingatkah kalian akan rancangan buduh ini?
  • Kisah si Nisa’ gila wrestling.
  • Kisah Hidayat anak kameraman TV3 yang kuat menangis. Darjah 4 dok seblah aku. Sekali aku lepuk, sepanjang satu subjek dia larat menangis tersedu-sedu.
  • Kisah Aizar ketua kelas kerek yang dibenci sungguh oleh kanak-kanak yang gemar mengumpul setem. Sapa bawak buku setem, da repot kat cekgu. Nanti cekgu kami menyinga, abeslah kami jadik anak-anak itik comel. Kena jalan itik sepanjang tingkat 3! Mmg panas jiwa lah itu time. Rasa nak gi bakar hangus si Aizar. Miahaha…
  • Kisah gosip-gosip cinta kanak-kanak. Aizar dengan Afiq lah, Mimi dgn Salman lah, Ashraff dgn Saidah lah… macam-macam.
  • dan sebagainya. **Boleh layari http://malastulis-lagi.com.my
GAth06

Ramai gak datang. Tapi ramai lagi yang ponteng gathering. Tak sangka Syafiq dgn Syazwan ada. Bertahun-tahun tak tgk muka. Bercakap lagi la tak. Mimpi jauh sekali. Hidayat, Fazli, Fauzie, Mariam, Umrah, Nisa’, Mimi plus adek aku si Haikal. Malas conteng byk2 la. Jari aku cam dah kasi signal minta aku berhenti sekarang.

Dengan kuasa bulan…..
Bertukar!
**semoga esok semua kebimbangan bertukar menjadi baik. aku juga terasa sgt sehat hari ini. sehat sampai aku terasa bertenaga untuk melakukan aksi terjun gaung ;-)

tentang melelong jerawat di ebay, ianya dibatalkan kerna jerawat sudah surut. Pasti ebay tidak approve urusan jual beli nanti. Rujuk entry lalu.

Misteri Lampu Ajaib

Posted by chika under Uncategorized
Damn!
Dah berhari-hari… handphone tak berbunyi.
Terima kasih kepada semua yang terchenta kerana sudah tidak ingat pada aku lagi.
Paling besar TERIMA KASIH nya buat yang TIDAK TERCHENTA…
Kerna tak jemu-jemu coba dekat-dekat dgn aku.
I’m sorry emak masak curry, adek goyang kaki
Saya malas baca msg2 mahupun sms2 yang datangnya bukan dari orang-orang kesayangan.
Aku juga harus kerja keras untuk tidak menyanjungi kesemua orang-orang terchenta.
TERIMA KASIH.
Esok bolehlah buat kenduri doa selamat.
Berdoa supaya aku tidak histeria dan buat gangguan kedamaian antara kita lagi.
Kamu juga, donk..
Harus terus berdoa ke Tuhan supaya kita baik-baik aja terus.
*nak pergi carik pasal!*

Oyya… tak lama lagi, bila aku dah berjaya sepak keluar dewa-dewi kemalasan yang merantai aku kebelakangan ni, aku akan update semula kandungan blog ni. Mungkin ada antara ‘butang-butang anggun’ kalian yg terpaksa dimansuhkan keluar dari sini. Sbb sesekali, aku jadi heran sgt sejak bila pulak aku buat hubungan dua hala dgn beberapa blogger ni sampai link mereka ada di blog aku. Ternyata sia-sia belaka. Sbb aku pon tak berminat mau liburan ke blog mereka. Atas sebab, barangkali mereka sudah tidak update lagi (buat apa simpan jenazah kan?) , mungkin mereka tidak pernah menjenguk aku lagi (terus, aku samasekali tidak akan mengendeng ke tempat mereka lagi), mungkin juga ada yang sudah terlupa. Spt aku. Ada beberapa blog aku tidak lagi masuk bukan kerana tidak berminat tapi sudah terlupa.

Untuk itu, secara ajaibnya kelak bila ada ‘link’ kalian yang keciciran, jangan heartattack yer. Jgn tuduh-tuduh aku mau potong hubungan kita yer. Aku cuma mau mencuci-cuci. Blog aku ternyata sudah semak. Dun worry, kebanyakkan blog aku link secara rela hati. *Wuteva it is… let me keep goin with my work okey*

Jerawat tumbuh macam muka aku ni atok nenek dia yang punya ! ! ! ! *tanda seru menunjukkan aku terpekik kemarahan* . Sukati dia je. Boleh didapati dlm pelbagai saiz, warna dan kesakitan. Demmit! Kalau boleh lelong tak pe jugak. Ni dah la tumbuh free, tak mendatangkan hasil berpatutan pulak tu. Betul-betul buat aku rasa bertambah tak sehat. Cepat, sapa boleh heal jerawat sebelum Sabtu, aku belikan dia mesin ATM berserta seorang pengawal keselamatan. Cepat, cepat! *sapa percaya mmg buduh* HAR HAR HAR!

Misteri Lampu Ajaib. Sekadar tajuk yg tak berkaitan.

Sudah habis.
Aku nak pegi tgk apa aku boleh buat dgn jerawat.
Manalah tau boleh jual kat ebay

Dapat jugak wang buat liburan sempena MEGASELL.
Lalalala..
Nak pegi ronda kat ebay!

Rumah tangga

Posted by chika under Uncategorized
mlm ni tak boleh main ganyang-ganyang. Aku sudah tekad. Siap je conteng-conteng blog ni, aku nak pergi pengsan atas katil. Nak pi membuta sampai matahari esok menjelang lagi :) Tulang temulang aku bukan main sakit lagi. Belom kira tapak kaki. Rasa pedih-pedih terpijak asid yg abah simbah utk cuci marmar. Masyaallah… *sambil memeluk kaki kesayangan yang bertompok-tompok merah*.

|

Rumah dalam proses memunggah, mengecat dan mengemas semula. Semak jangan cakap la. Kerja2 mengecat mula dari hari Ahad lagi. Hari Isnin aku ikut abah pergi beli cat kat kedai Jotun yg baru bukak seblah Esso sana. Berjam-jam aku pilih cat. Mulalah aku jadi mak nenek sejati. Fussy sampaikan amoi kedai cat tu naik pitam-pitam. Kejap aku suh dia kuarkan kad kombinasi pink, pastu aku suh purple pulak. Tiba-tiba bila dah confirm pink, aku kata nak try yg hijau pulak. Sudah2nya abah tarik kerusi, duduk. Aku pon continue jadi mak nenek cerewet yang byk songeh. Sib baik amoi itu sgt nice orangnya. (Mana tak nice, abah dah bitau yg kami nak hangkut cat berduyun-duyun).

Kasihan aku. Mengecat rumah sorang-sorang. Tarik tangga e hulu ke hilir. Dengan pakaian compang camping. Aduh, kasihan saya…. HAR HAR HAR! Acah lah. Aku mana hingin buat keja2 mengecat ni. Upah orang cat la. Aku jadi client yang pandai menggunakan hak consumerisme aku. Tuih… Yg aku tau, aku dah terlalu banyak menunjukkan kerenah2 aku yg cerewet-mewet ni. Sampai tukang cat sudah pusing barangkali. Akibat berlakunya pertempuran arahan antara kehendak ayahanda dan juga aku. Semalam, tukang cat dah catkan light purple pada grill. Tiba2 aku protes dan suruh tukang cat buat warna hijau jugak. Akhirnya, ayahanda mengalah. Terima kasih ayahanda.

||

Super saiya punya penatlah abah dan 2 bebudak lelaki ni mengemas almari gergasi tadi. Akhirnya… almari gergasi warisan turun temurun sudah dikerat-kerat oleh abah dan Ijat. Syabas. Uuuu… rumah dah kosong. Cakap pon bergema-gema. Sila maklumkan bahawa kami sekeluarga kini menetap di dalam gaung.

|||

Semalam ptg, pergi Klinik Wan Julia buat medical checkup. Tentang perihal sakit yg selalu aku sebut-sebutkan. Disebabkan smlm kesakitan sudah melampau, dan kejadian2 aneh kelihatan tidak juga berhentu dari berlaku, bunda bergegas bawa aku ke klinik.

Opps! Doktor lelaki la pulak. *Puk! tepi dahi* Tapi sakit punya pasal, tutup mata seblah la. Darurat. Sib baik doktor berumur, buatnya doktor muda… sah sah aku cabut balik membawa kesemua kesakitan pulang ke rumah. Aku tak suka sebnarnya doktor lelaki check2 aku. Seriau!

Periksa punya periksa, bual punya bual, akhirnya doktor kata, mungkin cara terbaik ialah dengan melakukan scanning. First time aku di-scan. Geli hati tgk isi kandungan tubuh badan aku. Oh… begitu dan begini. Lama gila scan. Siap ada dua sesi lagi. Cessss, terlepas satu episod Mutiara Hati. Keputusannya, doktor sahkan…. aku… aku…. sehat walafiat. TAk ada apa-apa yg tak kena dgn sistem tubuh badan aku. Semuanya baik-baik belaka. Malah kelihatan comel lagi bergaya anggota dalam tubuh aku ketika dilihat di screen. HAR HAR HAR! *eiii… sewel*

Tapi hari ini, kesakitan berlipat kali ganda. Doktor kata tak ada apa. Cuma aku yg lembek. Bunda juga bilang yg sama. Aku lembek yer? Alahai… kasihan si lembik sepertiku. Maka, sepanjang beberapa hari ni terpaksalah aku berdampingan dgn ubat-ubatan.

|V

Aih. Lenguh tolong ibubapa mengemas rumah tangga. Si Ekal pulak pergi menginap kat rumah abang Am. Macam pusat percutian dah jadinya rumah abang Am. Terkial-kiallah Ijat berdua dgn abah mengangkat almari gergasi tadi. Naik terkeluar isi perut dibuatnya waktu aku dgn bunda cuba nak bantu.

Tibalah waktunya aku pergi terjun atas katil. Dan seterusnya pengsan! Waa, seru!

To be A friend

Posted by chika under Uncategorized

Aih… *sigh*
Mengeluh lagi sekali… aih…

Malam ni nak main ganyang-ganyang. Nak ganyang blog hingga titisan darah terakhir. Oh, beylo honey… tak sedar rupa-rupanya ada byk kejadian-kejadian berlaku pada aku. Macam drama-drama episod. Kadang2 aku pegang watak baik, kadang-kadang watak jahat. Kadang-kadang watak tambahan. *contengku sambil membaham popia pedas*

Mari menonton drama pilihan!

Drama #1 : Dear….
Okay. Look at the atmosphere of us. How was the feeling? Temperature persekitaran bila menghampiri buffer zone aku adalah panas, i know! The mimpi-mimpi buruk or what so eva adalah ‘bullshit sejati’. Kununlah. Sekarang aku kata bullshit sahaja mimpi itu. Padahal semalam, bukan main thrill lagi. Tgk2 karang, aku kembali histeria yang bukan-bukan tentang dia dan mulalah nak percaya mitos-mitos buduh. Buduh la I ni, you. Sukar main serkap jarang dan suka main tuduh-tuduh. Macam main polis sentri. Boleh tangkap sesuka hati, sesedap perasaan.

Dan ini bukan sikap yang baru aku explore since aku stuck dengan dia ni. Dari zaman purba kala, zaman retro lagi, mmg inilah ragam aku setiap kali deal dgn sesiapapun dalam kategori kekasih. Rasa ’syurganya berkasihan’ tu pasti jadi ‘neraka kasihan’ bila aku mula percayakan mitos-mitos. Boleh tahan kunonya aku ni. Mitos yang aku maksudkan ialah FIKIRAN aku sendiri. Aku ni berfikiran jarak jauh sebenarnya. Sampai jauhnya tak bertempat lagi. Hmm.. sah! Anggota paling cerdas, cemerlang dan gemilang yang ada pada aku ialah OTAK aku.

Dulu ‘perang’ dunia gila maut pon sbb dek OTAK aku yang mencipta mitos sendiri. Hampir ‘musnah’ pon, sbb EMOSI aku yang percayakan mitos. Mmg kaki mitos la aku ni. *rasa nak pergi selam muka 3 jam dalam air*. Mungkin lepas tu, aku takut akan kematian. Seterusnya, aku lebih menyayangi waktu2 bersama selagi ada hayat. *see… fikiran aku sgt jauh entah ke mana-mana kan?*

Tapi syukur ahamdulillah. Setiap kali mitos-mitos buduh cuba nak jebak aku, ada je perbuatan superhero yang dia buat. Macam tadi. Maka, aku pon cair macam gula-gula M&M yang enak. Cair di dalam mulut. Oleh itu, ada baiknya aku jangan cepat histeria dek mitos-mitos buduh. Buduh. Aku tahu sekarang ni, aku memang sorang risk taker. If only i can have somebody to understand how risky the way i’m walking through now. This time, I need frens. And talking about frens….

Drama #2
Kenapa eyh… aku rasa tersentap tiap kali aku terfikirkan tentang ’sahabat baik’. Tiba2 aku dah tak tau sapa sahabat baik aku. *Okay…. rock gila aku! Sekarang tengah bertungkus lumus tahan air mata dari jatuh* Sebenarnya… walaupun tiada siapa anggap aku sbg seorang yg pentingkan kawan, but believe me… I DO! Tapi aku tak suka lakukan perkara-perkara melankolik. Walaupon aku nampak macam fussy, suka besarkan cerita, garang, dan a bit ‘anti-diplomasi’… aku sebenarnya seorang yang sgt2 tak kisah. Aku mmg stubborn tapi aku cepat cair. Ye la… ye lar! Bolehlah klu nk samakan aku dgn gula-gula M&M yang enak itu. Hanya satu benda je yg buat aku nampak ‘KERAS’. aku sebenarnya tak suka ‘kasi muka’ kat orang. Dan aku tak suka ‘kerugian’. NEVER.

Aku suka nak tolong orang. Tapi mesti pastu ada benda cross on da line dengan peringatan, jangan tolong lebih-lebih. Aku suka berbuat baik dgn org. But then once again the same thing crossing on the line dengan peringatan yang sama. Tah. Abah selalu pesan. Buat baik berpada-pada. Buat jahat, jangan *Tapi aku buat jahat berganda-ganda*. Maybe aku salah konsep, maybe aku terlebih guna konsep. *angkat bahu*

Mungkin aku tak sebaik orang lain dlm persahabatan. Aku tak sporting. Aku tak selalu mengiyakan. Aku tak selalu menemani dan mengikut. Percayalah… semuanya sebab MITOS!. Sebabnya, once again… MITOS! Aku percaya, selepas satu tahap yang tertentu, kebaikan dan perbuatan kita pasti jadi melampau. Bila je aku sedar aku macam dah terlampau sampai diri aku macam dah jadi si buduh, aku pasti HENTI. Tekanan!

Aku penah hilang teman paling aku sayang. Sampai sekarang pon, aku masih syg dan ingat semua ttg dia. Walaupon pada teman2 lain, aku sering cakap.. aku tak kesah lagi dgn dia. Sebenarnya aku sgt kesah. Setiap kali jumpa, mesti aku rasa pilu yg amat. Mesti aku jd badmood setiap kali lps jumpa dia. Tp in front of her, I act like… I’m the best and who you are to be my bestfriend? Padahal dalam hati, punyalah sayang kat dia. Kongsi cerita, kongsi diary, kongsi air mata, kongsi semua! Dan lepas je everything turns to be bad antara kami, aku terus tak mau lagi berbaik dgn sesiapa pon secara melampau. Dan selepas tu lah, aku mula discover istilah2 persahabatan aku sendiri.
-Persahabatan pasti berakhir dengan adanya keinginan.
-Sahabat tak akan pernah sempurna buat kita. Pasti sedikit sebanyak dia akan menikam kita. Kerat jarilah ada sahabat sejati yang sanggop tatang kita bagai nak ghak! *Ni jari aku, sila kerat kalau perlu*

Jangan betulkan aku. Biarpun aku salah bagi kalian, tapi ia benar dlm sejarah aku.

Walaubagaimanapon, satu je sebenarnya HARGA TAK TERNILAI sahabat baik aku dulu tu. Dia tak pernah jadikan aku mainan di belakang aku, di dpn teman2 lain. Dia tak pernah memburukkan aku di belakang aku. Meskipun dia juga bengang maut dengan aku ada ketikanya, dia pasti terus hembus ke aku. Aku tak mau dia lagi sebagai sahabat sejati. Tak perlu kembali. Aku mau carik yang lain. Tapi seperti dia.

Terakhir, sebuah pengakuan.

Sumpah! Aku tak akan pernah mengata tidak baik tentang Aizar. Dia teman aku sejak kecik yang tak pernah buat aku menangis walau setitik pon. Astri. Dia bukan satu masalah bagi aku. Marlia. Terlalu byk kenangan dan kekuatan dari dia. Kekuatan yg tak akan didapati dari mana-mana pon. Athirah. Kamu selalu bangkitkan saya ketika jatuh. Kamu seorang sahabat terbaik. Dan juga…. My Beloved Drama Queen (u know who u are) . We cry on many things. And the most meaningful ‘frenship’ is YOU. Sbb kita lalui byk sgt kejadian-kejadian. To be honest, terlalu byk rasa tak terluah about u and about us. Semuanya disebabkan oleh satu rasa yg sgt dalam. I didn’t really understand how was the feeling but… i wish i can say it my best. Sorry, no guts. Maybe someday…Betol ni. Ada je yg blom terluah. Menyebabkan aku jadi serba tak kena.

Akhirnya aku sudah jadi mak nenek. Sebelum sifat nenek-nenek aku semakin menjadi-jadi… elok aku berhenti. Mau berehat. Aku tidak sihat. Esok saja bual-bual tentang kesihatan. Doakan kesihatan aku ye :(

mimpi …

Posted by chika under Uncategorized
…. yang tak sempurna.

sudah 1.30 pagi. aku sudah tidur tadi. betul-betul sudah tidur. Tidur yg mulanya sgt enak. Tidur awal dengan tujuan mengakhiri kesakitan perut yang terpaksa ditanggung selagi aku berjaga.

Aku mimpi buruk lagi.
Mimpi yang tidak baik.

tentang dia.
tentang aku.
tentang …
tentang …

Jantung aku berdetak laju. Selaju yang boleh. Anggota aku menggigil sbb terjaga dari tiduran dengan aksi kejutan yang ekstrem. Terus aku jadi bingung. Terus aku kelam kabut mencapai handphone. Mau hubungi siapa? Siapa-siapa pon tak boleh dihubungi. Kredit mampos semalam. Terus aku ambil alternatif kedua iaitu menyorot tetikus belaan. Mencari sesiapa di messenger yg boleh dijadikan teman mengadu kejutan jahanam begini. TIADA. Tiada siapa yg layak diajak berkongsi mimpi buruk ini.

Aku sangat takut.
Takut kalau akhirnya…
satu hari yang sgt gelap nanti…
aku melangkah juga ke satu titik tamat yg menyakitkan *atas kemahuan aku sendiri*
Aku sgt takut.
Takut hingga aku tidak ingin tidur lagi.
Bimbang di-hasut oleh mimpi buruk itu.
Aku takut aku akhirnya termakan kata si MIMPI.

kalau satu hari nanti…
terjadi apa-apa …
pasti akulah penyebabnya.
aku sudah terpedaya dek mimpi.

Ya, Allah…
Kuatkan aku, Ya Allah.
Aku takut….

sudah jam 1 : 47 pagi.

Warna Warni

Posted by chika under Uncategorized
Angin malas datang lagi.
Kali ini dengan sebuah kesakitan yang bukan kepalang. Why eh, aku kerap mengadu domba perihal sakit aku sejak kebelakangan ni? Seperti aku benar-benar tidak sehat pulak. Padahal, ligat kemain! Hyper macam jin! Tinggal tanduk dengan taring je tak ada lagi. Hoooushhg!!! (susah nak buat bunyi ni kan?)… terbukti aku semakin ‘memudar’ di sini. Tulang jadi berat. Mood jadi sewel. Perkara-perkara ni membuatkan aku rasa tidak sehat dan kurang bertenaga.

Kelmarin aku sembunyikan semua pakaian aku yang berwarna ‘pucat lesi’ ke bahagian dalam sikit supaya tak begitu menonjol bila aku bukak almari. Aku susun novel-novel kat rak. Novel dengan ’striking’ color aku kasi dia duduk depan-depan. Yang warna macam ‘mati’ tu, aku sorok ke belakang. Beberapa ketika ini, aku sgt bencikan warna-warna lembut dan ‘pucat-lesi’. Sangat meluat. Dan kemeluatan aku ternyata sudah kritikal … apabila aku meng-edit semula kesemua koleksi gambar2 lalu. Hamek kau! Aku kasi kaw-kaw punya warna! Naik kebas jari-jemara dara aku ni menyorot tikus belaan sepanjang masa demi bermain dengan color adjustment. PC pon dah kena parkinson sbb sepanjang masa running Photoshop tanpa henti. Takziah sbb mengidap parkinson pada usia 3 tahun lebih ni. Benyek punya PC!


Selain bencikan warna-warna ‘tidak garang dan terang’, aku juga tidak bernafsu pada internet sejak kebelakangan ini. Sedangkan seblom ni, aku boleh maut di tempat kejadian kalau tak dpt internet. Boleh ketagih mengalahkan mat gian. (aku tidak berjenaka. aku serius). Aku sudah tidak lagi sign-in apa-apa Messenger pon. Sbb aku jemu. Dan tak bernafsu nak layan ‘pervert’

Maka… pada hari Rabu yang lalu (kenapa contengan ni berbunyi spt karangan UPSR eh?) saya, ibu dan adik bongsu saya telah pergi ke pasaraya bagi mendapatkan barang-barang keperluan rumah. Erm… Aku cekau magazine banyak-banyak (banyak tak banyak, ada 3 bijik). Dengan harapan, aku dapat isi masa aku yang melimpah ruah tu dengan membaca. (padahal aku tetap beli magazine setiap bulan walaupon aku tak de masa seblom ni) Dari aku tercongok macam pungguk saban waktu melayan internet, ada baiknya aku membaca menimba ilmu *sambil mendapatkan idea-idea tentang barangan apakah yang terbaru di pasaran untuk aku beli*. Ayahanda selalu pesan, suruh baca majalah2 islamiah banyak-banyak. Tapi aku makin ligat pi kumpol majalah-majalah fashion yang sangat jahiliah. Aih, semoga aku bakal sedar dlm waktu yg terdekat.


Ibubapa sudah ’sound’. Katanya aku jarang baca Al-Quran sekarang. Ibubapa perasan pulak dah! Yang kali terakhir aku khatam Al-Quran ialah ketika aku kat Matriks dulu. Ibubapa mula ‘berhujah’ yang hebat-hebat. Kata mereka, selepas matriks, aku belom pernah khatam Al-Quran sekalipon. Aktiviti membaca Yaasin setiap Khamis malam Jumaat pon dah jarang aku lakukan. Maka, sejak kebelakangan ni, aku kembali mendekatkan diri dengan bacaan Al-Quran. Aku tekad, mesti khatam sepanjang cuti ni. Insyaallah. Aku terasa sgt ’semacam’ setelah di’sound. Tersedar aku yang aku semakin lalai. Astaghfirullah…

Berbalik kisah membelah-belah bersama bunda. Selain mendapatkan majalah2 fashion (yg sebenarnya lagha semata-mata), aku pi puaskan jiwa wanita aku dengan sebijik necklace. Entah bila nak pakai, aku blom tau lagi. Kalau tak pakai pon tak apa. Asalkan aku tau aku ada necklace tu dlm simpanan. *gadis memang begini*.

Lai lai lai lai lai…
Lai lai ka-tong!
Lai lai lai lai lai…
Ya-Maulai!
yibba yibba…
ungrey-ungrey!

Ok. Confirm. Aku dah buntu. Tak ada apa nak conteng lagi. Nak pergi ronda-ronda website sat. Selamat malam Beylo. Selamat malam buat diri sendiri. Dan selamat malam buat orang-orang yang sudah hilang. Si degil akan terus berdegil. Biar sampai hujung nyawa pon. -off-