Freaky Friday
Hari pertunangan semakin hampir. Pastilah sebok bertungkus lumus memfokus ke arah beberapa perkara. Dan antara sebab kenapa aku tidak bisa conteng semalam ……..
Terima kaseh Mak Yang atas inainya. Semoga hari bahagiaku menjadi satu fenomena agong. *mata berkaca-kaca* Selepas dua jam jadi kudung jari…

Malas mau buat contengan 200 ela.
Tentang sesuatu yang tiada apa.
Hanya berinai kerana nafsu.
Bukan kerna mau melangsongkan pertunangan…
Apatah lagi perkahwinan.
Bukan.
Bukan.
Bukan.
- AYAM KATIK –
“Ma, jangan lah sembelih ayam serama dek kal. Dek Kal beli mahal tu”
“Ah, mahal tak mahal. Bukan kau jaga pon. Berak sana sini…”
“Kesian la ma. Tak sanggop pon nak makan kang”
Beberapa jam kemudian…
Haikal duduk kat dapur sorang-sorang… lahap meratah ayam yang suatu masa dulu bagaikan anak kandung dia. AHAHA!
- JANGAN TOLAK DUIT -
Dulu, zaman kaya-raya…
Ibubapa hulur seploh hinggit, aku paling muka ke lain. Tangan aku waktu tu jadi machine duit yang hanya terima wang kertas RM50 dan ke atas sahaja. Kalau disuruh beli apa-apa, balance duit pasti dipulangkan kecuali balance yang melebihi nilai minimum, RM50.
Sekarang, zaman sengkek…
Selagi ada balance duit, jangan harap akan aku pulangkan ke ibubapa. Tadi, aku masok poket RM1.20. Singget doposen okey! Apalah sangat. Apalah punya daif aku ni.Tu pon aku kauk jugak sekarang ni. Balance lima posen pon aku terpaksa berkira. Balance duit beli buku adek, RM50 dah aku masuk purse sendiri. Balance beli cat, RM33 pon aku telan. Bila ayahanda tanya duit balance, aku jujur nyatakan… “ay nak duit tu.Sekarang cuti, tak ada income,”
Kasihan kan? Aih, ni tak sabar nak naik sem baru ni. Untuk kembali bergelumang dengan wang!
- BUDAYA BERKONGSI -
Setiap pagi dan malam, saya pasti mengulang ke bilik budak-budak lelaki untuk meminjam remote aircond. Remote aku sudah weng! Hidup segan mati tak mau. Mana taknya, bateri dah jahanam dekat sebulan dah. Sah sgt aku ni pemalas. Ganti bateri pon malas. Akhirnya budak-budak lelaki dah kuarkan warning puaka…
Kedekut betul lelaki-lelaki ni. Pinjam remote ajer nak bising-bising. Nampak gayanya, kalau aku tak tukar jugak bateri remote aku, sikit waktu lagi, tentu dah jadi isu parlimen kes ni.
- CUCI KERETA -
Pagi tadi, kali kedua aku cuci kereta aku setelah hampir setahun aku memiliki tubuhnya. Disebabkan takut dengan ayahanda, aku buat juga dgn lemah gemalainya sambil budak-budak lelaki gelakkan aku sbg tanda balas dendam. Oleh itu, aku dah buat summary… aku tidak suka cuci kereta. TIDAK SUKA.
Mahu tiduran lah. Tak sabar menanti esok… mau bertemu seorang yang istimewa… sambil menunjukkan kepadanya jari-jemari berinai ini. HABIS.





December 29th, 2006 at 7:21 pm
paling hine ialah part memakan ayam sendiri tu. inai tu okla, tp lagi architecture kalu ko wat sketch gune inai kat tangan tu. hahahaa en azimin respek nnti!
December 29th, 2006 at 11:24 pm
inai pulak daaaah!
ahaha!abah aku pon dok bising soh basoh keta! aku nak basoh!! *sambil buat muka innocent* tapi tiap2 kali aku berkobar-kobar nak amik baldi sabun dan kain utk membasoh, ujan turun…tak sempat basoh ujan da turun *wiNk!~*
December 30th, 2006 at 12:42 am
budak2 lelaki mmg camtu..
lagi byk songeh sbnrnya..
nama pun budak…..hehe.
nasib ada sorg je adik laki
>.<
December 30th, 2006 at 1:56 am
siap tunnjuk inai tu.. hahaha~ nasib baik jari lawa..
tp part ayam tu mmg x ble blaa.. haha
December 30th, 2006 at 4:07 am
uisshhy…… menyala giler dinding bilik…
December 30th, 2006 at 4:09 am
ngahahaha…adik kamu sanggup ya makan ayam katik..hahaha
December 30th, 2006 at 4:45 am
jangankan kata singgit doposen.. doposen pong amat berharga bagi org2 yg sengkek mcm gue skang neh.. nGee :D
btw.. cantek inai loe..
December 30th, 2006 at 7:51 am
series ingat nak tunang tadik..~ahahaha… mane ada org inai penuh kalo tak kawenn!! err, kete dah koto lagi tu, gi basuh ay..~hiks..
December 30th, 2006 at 9:11 am
dulu mase kat malaysia klau atul nengok bibit atul basuh keta mesti menyebok sbb bile dah habis basuh kiteorg boleh mandi kat luar.. hahaha..:p
December 30th, 2006 at 11:26 am
adian – agak2… bley naikkan result communication aku utk 1st yr nyer pointer tak? :p
farah – aku tingat kenangan basoh kete kat burhan ngan ainul & mek. asyik donk!
lila – tapi adek2 lelaki ni best dan menyenangkan. eheheh…
nash – lihat jariku…. :p ahaha… memula dia tammo ayam dia kena sembelih, tapi pas org dah sembelih, dah masak.. dia jugak yang ngap *empat ekor tu*
fath – baru naik semangat :)
east – tap ayam dia dah kacuk-kacuk. Dah tak berapa katik…. Klu mmg jenis katik/serama, ishk.. tanak ah!
lindosh – ha, tu dia. sama2 la kita kutip duit seposen dua masok poket… ihihh
faisal – mana inai penuh. inai kuku je. tapi tak senonoh buat… tu yang cam nampak penuh tu. ekekke… kamu sorang je yang terpedaya ngan omong2 mau tunang tu. uhuhu
atul – ler. boleh pulak. tapi btol jugak. time basoh kete la time yg bagus tuk main air… :D
December 30th, 2006 at 1:15 pm
Perghhh berinai 10 jari ke chika? fuhhh
kakSue pun berinai jugakkk..giann..tapi 2 jari jer…nanti berinai penuh kecoh plak ‘orang sekeliling’….ahakss cuT sekolah ni bahaya berinai sakan…
Ohh bagusnye kamu tahu apa itu ‘kasi’ haha
December 30th, 2006 at 1:35 pm
kak sue -sebnarnya inai 5 jari je. jari lagi satu biarlah dara. Seblah je yg kawen. :p ha ah kan…cuti2 sekola ni berinai bagai, buat org salah faham je kang. ekekek…. Tentulah saya tau ‘kasi’. :p
December 30th, 2006 at 1:54 pm
ingatkan dah nak tunang.. terkejut i.. hahaha!
December 30th, 2006 at 3:27 pm
hahaha… siyes igt nak tunang td… sy suke pakai inai… sll pkai penuh jari tgn n kaki skali… lps gian jer sesekali… tp org kate anak dara pakai inai nti ilang seri mase kawin… iskk,tak tau ar btl ke idak…
December 30th, 2006 at 3:59 pm
aretie..
seri tu kalau nak tau dia ilang ke tak, tanyer suami pengantin tu…
kluar bilik kalau muka sengeh tu, berseri laa gamaknya..
haha
December 30th, 2006 at 4:53 pm
nashrex –> tue seri lain ar… mksd sy seri pengantin ms b’sanding… ye la, dh biase pakai inai b4 kawin, nti time kawin seri inai di jari tue dh pudar… huhuhu… tue org yg kate ar… tp sy pakai jer, pedulik ape… hehehe
December 30th, 2006 at 5:46 pm
calitkan sedikit di jari saya…
December 31st, 2006 at 2:41 am
keta aku da takbleh basoh.. badan die saket bertompok2.. aku rase kene penyakit tompok.. dalam seminggu baru die sehat.. kerherkher.. jeng jeng jeng.. inai aku da nak ilang.. mintak sket beb.. oohho
December 31st, 2006 at 2:05 pm
ada orang cakap..laki kalo nak inai..tiga jari jer bleh..btul ke? hehe..-saya tak pernah pkai inai..-
December 31st, 2006 at 2:23 pm
cheh cheh….
dh berinai
ni nk praktis utk kawen nnt yeeeee
December 31st, 2006 at 10:15 pm
selamat hari raya…
ermm dah berinai..
tak lama dah la..
semoga selamat2 belaka..
January 2nd, 2007 at 2:40 pm
inai tak semestinyer nak kawen kan. baik utk kuku gak. tul ker? ;p
salam eidul adh n happy new year.
January 3rd, 2007 at 3:45 am
wah berangan nampak..
January 3rd, 2007 at 5:44 am
fuiyoooo…layan inai:)))
January 4th, 2007 at 7:10 am
kalau dah nak kawin esok-esok jangan lupo jemput aku yek..
January 5th, 2007 at 9:04 am
huhuhu aku baru je baca n3 ni… ingatkan n3 hari ni ( x perasan tarikh )… macam2 cite hehehe…
January 6th, 2007 at 6:53 am
chika dah lama tak menghapdet blognya..
January 8th, 2007 at 10:23 am
cuya pun mmg ada niat nk pakai inai tu….takkan nk tunggu hari kawin baru nk pakai kan…huhu
mana aku nk dapat daun inai kat kl ni….takkan nk pakai inai kat kedai india tu plak….haiyaaakk tak sesuai…..
January 9th, 2007 at 12:46 am
tup tup dah nak bertunang..
anyway.. happy new year.. new year takde entry kah?
January 9th, 2007 at 5:02 am
bila nak tunang ni??? sorry to hear about your cousin.. Al-fatihah
January 17th, 2007 at 6:27 am
hey. mati mati akak ingat awak nak bertunang dah. sesungguhnya daku tertipu.
part makan ayam belaan sendiri dengan lahapnya itu tak tahan… hahaha!!! klakar sangat.
slamat kembali ke sekolah.
January 17th, 2007 at 9:33 am
salam tuan umah…
saja singgah nak cuci sawang sikit:))
January 18th, 2007 at 2:10 am
Hello!
Nice site, keep up the good work .
http://buy-phentermine.hem.nu BUY PHENTERMINE
BUY PHENTERMINE
http://buy-phentermine.hem.nu buy phentermine
http://buy-phentermine.hem.nu phentermine online
http://buy-phentermine.hem.nu order phentermine
http://buy-phentermine.hem.nu cheap phentermine
http://buy-phentermine.hem.nu buy phentermine online
http://buy-phentermine.hem.nu phentermine diet pill
http://buy-phentermine.hem.nu phentermine online pharmacy
http://buy-phentermine.hem.nu phentermine prescription
http://buy-phentermine.hem.nu what is phentermine
http://buy-phentermine.hem.nu free phentermine
January 23rd, 2007 at 2:50 am
strawberry bile nk update….
January 27th, 2007 at 2:56 pm
ahaha gile ah… menarik! ahah keep up ur good work!
January 31st, 2007 at 4:41 am
its here
phentermine search ENGINE
phentermine
tramadol
Farm Search Engine
February 4th, 2007 at 2:25 am
http://tramadol-sqllt.blogspot.com/
See you.
February 15th, 2007 at 9:42 am
Relax and enjoy
Casino
viagra
tramadol
cialis
February 16th, 2007 at 12:39 pm
akak! bile mau update ni? lame da tunggu..