Misteri Naga Jadian

Tidak lama lagi…
aku dan sahabat-handai tidak boleh duduk goyang kaki kiri dan kanan lagi.
Sebab, tidak lama lagi…
semester baru akan bermula!
Semester baru akan datang lagi dengan kejutan dan gimik-gimik baru.
Aduh, pusing-pusing merry-go-round kepalaku!
Jantung sudah berdetak dengan lebih kencang.
Tahun baru, semester baru…
Kesemua ini pastinya membuatkan aku gugup.
Mudah-mudahan…
Aku bakal menjadi ibu pelajar senibina yang mampu
bertungkus lumus *macam cacing*
menggali lubang sedalam-dalamnya demi sesuap nasik.
atau, apa-apalah perumpamaan yang bersuaian.

Celik bijik mata pagi semalam, histeria! Internet connection failed! Memandangkan aku mmg warga negara yang kuat report sana sini, lekas-lekas aku call 1-300-88-9515 *bukan nombor pejabat kadi. BUKAN* talian sebok. Dah agak dah, mesti ada bencana lagi. Hmm… Taiwan gempa bumi. Internet connection jadi bermasalah. Malas mau bebel banyak tentang kisah silam ini. Gangguan internet sudah menjadi sejarah hari semalam. Hari ini aku dapat joli-joli di sekitar internet. Cukop lah tu. Yang penting, aku dapat hoora-hoora hari ini.

Semalam ke kedai cat lagi. Beli cat lagi 4 tong. Bukan tong. Tin sebenarnya. Kelmarin aku beli 2 tong / tin *garis yang tidak benar* cat yang salah. Membazir 10 liter cat. Aku tau membazir. Kalau cat itu boleh dibuat jus ataupon ice blended, pasti keuntungannya buat si perut kesayangan. Tapi masakan aku mau mati minum cat. Ayahanda pun tidak marah. Malah sangat bergembira mempunyai anak gadis seperti ini. Yang sering cuai dan pandai membuat lawak. Hek engkau! Maunya tak marah, ayahanda mengeluh sakan. Tapi keluhan beliau tak sampai ke mana sbb aku akhirnya sarankan idea… “abah, apakata kita cat bilik ujung dgn warna oren yg salah tu. sesuai juga,” kata aku demi menutup kecuaian sendiri. Cam biasa, ayahanda pasti terima kata-kata aku.

“ayyaaa… amoi! Lu beli cat lagi ka? Berapa banyak you mau cat??!,” tokey kedai Jotun tu naik histeria sbb hari-hari ada je ahli keluarga aku mengulang ke kedai dia. Huk oloh! Nampak je histeria, dalam hati… tokey tu entah-entah tengah lompat galah, lompat katak, lompat tinggi bagai.

“Ya lor… banyak lagi mau beli,” aku dah tak bermaya nak mengulang ke kedai cat.

Hip hip!
Hooray!
Hip hip!
Hooray!

Oyya, anak-anak semua..
Sejak cuti-cuti ni,
aku seringkali terserempak dengan kekasih-kekasih hati zaman cinta klasik dahulu.
Bukanlah kekasih sejati.
kekasih boneka sahaja.
Boneka tak boneka, boleh tahan tersentap la jugak bila terjumpa tu.
Terasa mau ketawa terbahak-bahak seperti…
Action Kamen!
HAR HAR HAR!
Semoga, kekasih bonekaku sehat-sehat selalu.

Sudah pukul 2 ptg.
Mau pergi tatap Fahrin Ahmad…
Hingga ke titisan darah terakhir.

SEKIAN, boleh bersurai!

Recent Entries

25 Responses to “Misteri Naga Jadian”

  1. bigboss Says:

    hikhik…pesan kat ayahanda..jangan kali jgn hantar gadis untuk membeli cat..anak-anak bujang kan ramai…

  2. bigboss Says:

    nash..aku first beb..haha..*lama dah x maen2 rebut komen nih..

  3. ChikaDior Says:

    east - sila tuntut hadiah kamu secepat mungkin. kamu menang tempat pertama dan kedua sekaligus. ngee :D anak lelaki kemas rumah luar dan dalam bagai nak ghak. lagipon klu anak lelaki salah beli kang lagi haru, sbb singa betina mula nak membaham.. wahahaah

  4. shazanateh Says:

    hey kamu suka fahrin jugak ye?? saya juga!!! sangat suka ok.

    dah tu pulak, kekasih hati saya mempunyai abang muka seperti fahrin. jadi, kalau balek kg.. rasa hati berbunga-bunga…. muahahah!!!

    apakan daya, saya sudah dibooking oleh kekaseh saya, kalau tidak, harus ku korat abang kekasih….

  5. bigboss Says:

    mak aih..boleh pulak camtu…fahrin punya pasal..

  6. ChikaDior Says:

    shazanateh - hak hak hak… boleh pulak kamu bunga-bunga chenta dgn abang kekaseh. kamu lucu. kamu lucuuu. tapi kalau dah rupa cam fahrin… eauuuw! pasti goncang jiwa…. :D *okayh, bukan salah kamu*

    east - hak hak hak… fahrin… oh, fahrin… :p

  7. Adian Says:

    kalu bangun awal, aku tgk gak salina tu. tp xbesh sbb salina tu dh tuka org.

  8. ChikaDior Says:

    adian… - huh? ko tgk salina? ga cocok kok… ga cocok! ahahah! Owhh.. ko minat fahrin gak eyh. *sambil aku usap2 misai yang tiada*

  9. ad3ck Says:

    ari neh pon ader lagi kesan tenet slow tuh..susah wey nak wat kejer ;p..

    selamat menjalani semester baru n tahun baru. moga semuanya akan baik2 saja..:)

  10. ChikaDior Says:

    ad3ck - tu la pasal… susah nak joli-joli :p

    selamat tahon baruuuuu

  11. faisal Says:

    chiikaa, bangunnnn…!!! dah kul 8 dah nih..kekeke..:) nnti dah start sem kelas kul 8 kenala bgn awl..hihihi..

    uishh,takkan takle tukar cat yg silap tu..? dia dah blend ngan warna lain ek..?? mahal wooo cat setin tu…dulu slalu beli cat nih..masa abah cat sume majlis daerah kuala langat luar dlm..:)

    papepun slamat kembali blajo..jgn malas2…hehehe..bulan disember ni ari2 lalu dpn ukm tu..ske tengok satu pokok kat dpn traffic light belah kiri sblh pondok jaga tu tu…:)pasni dah takde lalu sini lagi..

  12. Nashrex Says:

    perghh mael..
    takper takper.. nanti aku nombo 1 lg..
    mentang2 aku bz…
    cit!

    duk stadi senibina ni..
    pakai crayon2, kaler2 tu ek..
    zaman melukis2 aku da tamat seh..
    rindu ar plak..
    hahak

  13. Anonymous Says:

    faisal - alamak, terbangun kul 9! kecepok! cat tu tak boleh tukar. color dah blend.Mahunya tak mahal, setin tu RM120+. :( tiap kali beli, mesti cuak takot salah…. pokok apa eyh kat ukm yg cantek sgt tu? erk…

    nash - ko bz apa, nash?ooo… nak kembali bersekolah ni kan, mesti ar bz. :p tu bukan crayon, itu pastel. crayon tak men… :p

  14. lindosh Says:

    peminat fahrin ahmad! linda onn minat skali tak? eheh

  15. ChikaDior Says:

    lindosh - :( linda onn buat saya sedih dan rasa terpukul. *kononnlaaa* ekekek

  16. fara-D Says:

    warna oren? hmm….antara warna yg aku mau utk bilek aku!!! of coz selepas gabungan purple-pink…ekekek!! tp cukop la stakat ni menompang di blik purple pink ini… *isk…*

  17. ChikaDior Says:

    farah - bilek aku lagi pusing! pink-pink… yes, pink. how was that related to me? :p hey, jumpa tak lama lagiiiii

  18. Anonymous Says:

    Sampai dah start semester baru UKM pon internet mesti blom ok la Chika.
    Sampai bulan hujung bulan 1 jgk ni rasenye….
    Ehem.. ehem..
    Tapi sangat sakit hati kan TM punye pengumuman kat 1-300 tu.. sangat laaaa panjang, pelan2 ckp. The second announcement tu dah lebih kurang, 2 bulan tak abes lagi. “Namun kami ingin memberi jaminan kerja2 ini adalah usaha BERTERUSAN kami untuk memberikan perhidmatan yg terbaik untuk pelanggan2 kami”

    - drusoft -

  19. anasxz Says:

    chika jadi naga boleh tahan lagi.. kalau jadi buaya memang susah..

    - erm.. tak beh la bertenet sepanjang sebulan ni ye.. adehh… susah la macam ni..

  20. bigboss Says:

    [komen ini adalah crossover dari blog aku]

    ~kami disini praktikal masa tahun 3..tu yang rasa ajaib..hehe..

    oh ya..selamat hari raya…

  21. ChikaDior Says:

    drusoft - luculah kamu pi repeat suara operator tmnet tu. tak boleh tahan, siap ada dua kali pengumuman tu…apa kejadah la tmnet. mmg sakit ati… :( mm… ha ah la. streamyx kat umah pon kedek-kedek.. bayangkanlah nanti wi-fi faculty. matila i… :D

    anasx - chika buaya darat…. apakahhh???

    east - mmg la. ukm pon. engineering practical masa 3rd yr, architecture je apa hal tah time 2nd yr pulak… samat ariraya!

  22. Nashrex Says:

    ooo.. pasni ko praktikal laa eh

  23. Anonymous Says:

    tim

    Kali ini bukan cobaan, ini betul-betul kabel dalam air putus.

    Dulu ada prob line, TM cakap kabel dalam air langgor dek kapal

    Padan muka TM, mulut masin. Ngan aku, ko dan sume padan muke juge hahaahahahahha

  24. ChikaDior Says:

    nash - ye, bang… *suara ala-ala diana naim masa rancangan mawi-ina*

    tim - o.. ye ke? masin jugak mulot tmnet. sebaik dia tak kelentong yg lagi karut. Kalau tak, bukan dia je susah, kita semua pon tumpang dua tiga kaki susah jugak… :(

  25. anasxz Says:

    buaya darat? bahaya tu..

Leave a Reply