Gangguan Seksual

Sebelum aku pegi tidur…
aku mau marathon sikit. *marathon yang aku maksudkan bukan pegi panjat pagar rumah demi bersukan jam 3 pagi begini tetapi membuat contengan laju-laju* . Aku semakin tidak boleh tahan dengan sikap lelaki pelahap di luar sana. Mereka sungguh jijik. Desakan dalaman membuatkan mereka hilang pertimbangan lalu menjadi tidak tau malu. Rasa ingin sekali kupelangkong kepala buduh mereka dengan alat-alat pertukangan.

Bulan lepas, aku baru sahaja selesai membuang lelaki-lelaki miang tak boleh garu dari koleksi messenger aku. Kupikir, sudah polos messenger ku dari ternakan buduh itu tetapi ternyata masih berbaki. Tadi pagi, setelah beberapa hari aku boikot YM, aku pon sign in kejap dengan hasrat mau intai2 kalau ada sesiapa yg layak digoda demi membunuh kebosanan. TIADA. Yang ada hanyalah offline msg yang sangat geli-geleman. Gelinya hingga aku terasa mau pergi tanam diri hidup-hidup dalam pasir.

Mesej lucah.

Memandangkan aku di bawah umur 21, aku terpaksa baca dengan tutup mata seblah *walaupon aku tau, tidak ada bezanya kalau membaca dgn dua atau seblah mata* Intro dia berbaur sexual. Sepatotnya aku terus delete. Tapi aku tutup seblah mata dan baca lagi.*biasalah, manusia suka nak tau yang haram* Okay, isi dan penutupnya lebih lucah. Habis baca, aku terbeliak bijik mata. Itu time, aku pon mengeja perkataan BUDUH sebanyak kali yang termampu. Sambil tu, aku pon bernyanyi lagu *KAU ADALAH SI BODOH YANG TERDESAK* dalam versi maki-makian. Syukur aku tak pandai mencarut. Kalau aku pandai, tentu aku dah tunjuk skill mencarut aku sampai ke level tertinggi.

Beberapa minit yang lalu, aku menerima satu msg dekat myspace *salah satu situs ternakan gangguan seksual*.

Mesej lucah lagi.

Cam biasa. Tutup seblah mata. Yang ngoknya orang haiwan orang ni, dia tak nampak ke betapa kudusnya wajah aku untuk diajak bermaksiat??. *nampak gayanya ayat aku semakin emosional* Selain berasa jijik dengan golongan sebegini, aku juga kasihankan mereka kerana mereka bukan sahaja rendah akhlak, tetapi juga tidak memiliki ilmu, harta maupun rupa. Sia-sia sekali hidup ini jika rugi dalam kesekelian perkara. Dunia rugi. Akhirat juga rugi.

Lagi ngok beberapa badigol yang kejenya hantar offline msg marah-marah dekat aku yang tidak berdosa ini. “woi, pegi matilah!” aik, suruh aku mati? Kalau aku tak nak macam mana? kamu ajalah sila ambil giliran kamu untuk mati dan beratur dalam barisan lurus ye. Selamat mati!

Dan… mesej berbunyi sebegini “aku dapat ko, aku ***** ko. aku ****** ko” oh ye? KALAU DAPAT. Kalau tak dapat? Abes la ko mati katak akibat TERDESAK.

Aduh.
maafkan aku.
kerna menulis yang lucah-lucah.
Aku tak berniat… mau berlucah-lucah.
hatiku sudah sakit amat.

Lebih sakit dan tertekan…
apabila ada yang sudah pintar mau main ugut-ugut.
Okay, okay…
berfantasilah sesedap perasaan ENGKAU.
sbb aku sikitpon tidak luak dek gangguan seksual ENGKAU.
tgk ni, aku sehat dan kuat!
*sbb aku suka minum milo, dan tidak suka ber-porno*

Oyya, lupa mau cop entri ini sebagai 18SX.
Kamu 18 tahun ke atas?
Boleh baca lagi sekali entri ini jika mau.
Kamu 18 tahun ke bawah?
Boleh ulang bacaan dengan syarat, kamu tutup seblah mata.
*HAR HAR HAR!*

Recent Entries

36 Responses to “Gangguan Seksual”

  1. anasxz Says:

    sampan yang didayung mana tak sampai ke hulunya..

    YM tempat public.. dia tu rajin mempm sesapa yang dirasakan dia suka..

    penting tak penting laki2 itu, anda selalu sebutnya, maka ia penting bagi anda.

  2. chii Says:

    kesian dia..ada masalah mental tu kot..
    xper la…mungkin juga sebab tertekan barangkali..
    mari sama² jd cam nabilah berdoa semoga beliau cpt sembuh..hehe

  3. neeziee Says:

    mm aku kecik lagi.tak patut aku membaca entri ini. XD

  4. faisal Says:

    eeeaauuu…disgusting..!! dia tu mmg mentally sick agaknye..~hiks..org camtu sgt berpotensi untuk jadi perogol bersiri..:p biasa org camtu ckp je lebih tapi coward sgt!!

  5. Nashrex Says:

    “aku dapat ko, aku ***** ko. aku ****** ko”

    kadang2 bahayer gak mereka2 ni… alaa chika.. dlm ym kan boleh block tros makhluk2 itu smua.. kalau stakat delete, dia masih kuar lagi msg2 dr pervert itu smua.pasni ko on ym, xde nya terpampang kuar msg dr dia.. abis citer..

    *aku dikira menganggu seksual ko ke haa? kan aku slalu usik2 kamu… ngeri..

  6. achik Says:

    jantan2 kaberet yg memualkan…

    ps: makasih sudi singgah blogku :)

  7. iziana Says:

    miahahah
    baik ym, fs dan maispes
    sgt ramai manusia desperado
    nasib baik maispes aku okeh jer
    aku mmg xmo add ramai2
    ko bile nak approve aku?
    aku da add ko kt maispes
    jgn risau, aku x buat gangguan sexual
    wakakakak

  8. wan Says:

    buat tak nampak je.. tekan icon ‘x’. kalau direply makin menjadi2 lak karang mamat2 tuh

  9. Adian Says:

    uuu mesej lucah… camne tu ek *berpura-pura*. hmm pasni die hanta plak gamba lucah. matiii

  10. bigboss Says:

    ngahaha…tu email kat bawah nuu..sila remove…jangan percaya pada mereka yang kemaruk masuk internet sebab mende2 nih…remove..berikan email kamu pada mereka2 yang layak je..lebih molek kalo kamu keluar borang permohonan id ym!

  11. Kak Lady Says:

    Chikadior…salam kenal dari kaklady…hahaha…nak tergelak baca entry chika ni. Memang diluar sana banyak yang sakit…’sakit jiwa’….kadang2 kak lady suka melayan mereka…pastu bantai gelak sakan…hahaha…sebabnya kak lady dah 18 tahun ke atas…hehehe

  12. ChikaDior Says:

    anasx mana selalu sebot. hip hip hooray! sudah block semua, sudah tenang dan tidak kesah tentang mereka.

    chii – saya sudah tenang dan tidak histeria. tidak akan peduli lagi tentang mereka. ia tak menjejas kesihatan saya lagi. mekacih ya Allah.

    neezie – tutop mata seblah.

    faisal – mmg. depa pengecut sebnarnya. bila dpn pompuan, tah tah ketaq!

    nash – dah block. tp pastu dia muncul ngan id lain. maki hamun aku. tp aku tak la buduh sgt pi reply. cuma saja nak tulis betapa bangangnya org camni. kamu? gangguan seksual? tidak.. tidak.. kamu gangguan TEKSTUAL.

    achik – kasihan jantan2 ini. mereka perlu makan lebih byk sayur bayam untuk kesihatan minda. *errrk?* mekasih kembali ke kamu.

    izi – depa ni berterabur kat mana-mana ja. add spes? tak de pon.. :( ke hang pi add chika lain? biaq btoi la ang nih…

    kak wan – tentu tak reply. ga punya waktu ah. lagipon nanti dosa galakkan mereka bermaksiat.

    adian – tak tau ka maksod lucah tu apa? selak kamus naa. :p lupa yang kwn2 aku ni pakat baik-baik belaka. :p

    east – ye lah. dah lama cadang nak humban ym bawah nuu. tp asyik lupa ja. pasai tu sekarang ni tak penah sign in ym lagi. buat invi pon, ada program leh stalking. tah apa2. kacau privacy tol software tu.

    kak lady – nanti nak try layan sekali. kasi dia mati katak, kebuluq kat situ. HAHAHA. tapi saya atas 18, bawah 21. Boleh ke?

  13. iziana Says:

    iye, aku da add
    chika dior kn?
    aku ade view profile kamu gaks
    comform mmg ko
    xpon ko add aku jer la

  14. kemat Says:

    kadang2..ader gak orang tak menghormati orang lain..biarlah saya dikaatakan jumud, tidak berfikiran terbuka kerana enggan berbicara soal sex.. tp saya melayu dulu yg masih malu..report jer kat Polis cik chika

  15. LediAgli Says:

    hahakk sanagt la tensi cam tu.. sebenarnya ramai pengguna YM yang obedos neh.. rase nak sipak lelaju jee… huhuuhhu

  16. Anonymous Says:

    abaikan durjana2 ituh… biarlah mereka memperbodohkan diri mereka dgn cara sebegitu, yang penting kiter bertindak bijak dgn mengetawakan mereka kerana berbodohan(wujud ke perkataan camni??) sebegitu rupa… ^o^

    ~~fara-D

  17. ChikaDior Says:

    iziana – saya add kamu la.

    kemat – melayu asalnya pemalu. tah melayu apatah yg jadi tak reti malu skang ni eyh.

    lediagli – obedos ye? mungkin jugak. apa nak dibuat agaknya ngan meeka ini ye?

    farah – ahaha! arl, ayat berbodohan tu spoil la. sbb aku rasa cam ko budak pelat pulak. :p

  18. fara-D Says:

    pelat cam nabila…nabila comel… fara-d pelat cam nabila….maknanye….fara d comel cam nabila gak la!!! mekacih ya Allah!!!

  19. Nashrex Says:

    bab2 seksual.. tros meletup entry ni..
    baru td aku masuk, ni dah berbelas2 comment..
    dasyat penangan entry ko ni..

    *diorang suka ko wat entry pasal hal2 begini tu..

  20. ChikaDior Says:

    fara – owh. ada hati mau jd nabila… hohoho..horlick! :p mekacih ya Allah.

    nash – mmm… boleh buat lebih giat lagi lepas ni.ko pon boleh jugak manfaatkan teknik ni :p

  21. TimYohannon Says:

    Emm tekan la alt f4 yang macam tmnet suruh tu huhuhuhu

    tapi yang pasti, pabila googlebot bersiar-siar di post ini, bertambah la traffic :P

  22. atul Says:

    klau dah terbace due belah mate camne??? huhuhu:p

  23. Nashrex Says:

    atul… anda xsepatutnya komen..
    anda underage lg..
    hihik

  24. shears Says:

    org tak kenal, aku tak accept lgsg ym…and tak pernah ada myspace..

  25. Anonymous Says:

    timyohannon – saya lupa nak kasi instructin tekan ALT F4 kpd org anti-porno. ahahaha

    atul – buat-buat je cam buta… ihihihi…

    nashrex – ko komen plg aktif. adakah kerna engkau…… jeng jeng jeng! Aku tau ko mmg peminat siri entri sebegini.

    shears – bagusnya. melindungi privacy diri.

  26. anasxz Says:

    chika…
    semoga selamat la dari gangguan seksual lagi…

  27. ChikaDior Says:

    anasx – tq… ala, dorang bukan boleh buat apa-apa. ngee :D

  28. Anonymous Says:

    em.. tah2 diorg tu berani dlm ym je.. kat luar.. pemalu penyegan.. nerd siap.. kes kes kes

  29. ChikaDior Says:

    anonymous – yer. mungkin juga :) yg penting, dorang xleh apa2kan org di cyberworld… ekekeke

  30. lindosh Says:

    ahahah.. sakit jiwe btol kan jumpe spesis yg camtu.. penah gak jumpa kat ym org camtu.. siap nak berwebcam tunjuk anunye.. buduh btol mereka2 ituk.. murahannn

  31. ChikaDior Says:

    lindosh – saya penah jugak terjebak ngan webcam sialan tu. tak tau malu btol. ishk..dosa…dosaa….

  32. anasxz Says:

    kalau boleh buat?
    apa nak buat?

  33. sueLoveArt Says:

    huh lelaki lelaki terdesak tersebut patut di’kasi’ ajer macam sida Cina.(heh ye ke sida zaman maharaja Cina dikasi?…hee anak-anak tahu tak di kasi tu ape?eheeh)

    Ok Chika, salam aidiladha dari KakSue

  34. ChikaDior Says:

    anasx – jangan buat saya ketaq….

    kak sue – saya tau! saya tau ‘kasi’ tu apa. syukur saya tau. ekekek… salam aidiladha kak sue!

  35. anasxz Says:

    dah..
    tak yah pk bab tu..

  36. shadowX_19 Says:

    jangan dilayan org yg camtu.. buang mase je.. ape la yg best citer pasal sex ni.. lain a kalo wat betul2 (tuk yg dah berkahwin je)

    kalo ade lagi msg camtu pedulikan je…

Leave a Reply