Futsal Konon!

Sudah 25 December 2006!
Waktu satu dunia sebok mengetik-ngetik sms Meli Kelismes, kami sekeluarga pakat sms ayahanda terchenta. SELAMAT HARI LAHIR ABAH! *kebabom bunyi mercun di luar jendela*

Petang Sabtu lepas, aku dengan Aiza kena kelentong. Ada member lama ni bernama Syafiq dengan Syazwan beriya-iyalah sms Aiza ajak join futsal. Kununnya tak cukop orang. Aku bilang ke Aiza, aku tak de hal kalau dia nak pergi. Memandangkan duduk goyang kaki kiri dan kanan di rumah tidak mendatangkan hasil berpatutan, maka aku tak keberatan sama sekali mau poya-poya. Aku bawak adek sama. Adek mmg gian nak main futsal setelah agak lama jugak terlentang macam apa je kat rumah sepanjang cuti ni. Aiza pon macam ada ura-ura mau main. Aku… I’m sorry emak masak curry. Aku blom ada ijazah main futsal. Lagipon, aku tidak kepingin mau mati serangan heart attack di gelanggang futsal. Oh, no Beylo!

Sampai-sampai je, game dah mula. Aku dengan Aiza dah mula rasa tertipu. Ceh! Dengarkan cerita Syafiq, katanya cuma ada dia, Syazwan dgn Fauzie je. Sekali kami jenguk je, melambak-lambak kaum lelaki tengah syok main kat dalam. Muka kami dah setebal kulit gajah afrika. Sangat memalukan kegiatan ini. Brengsek sakan. Akhirnya, aku dengan Aiza jadi tiang seri. Tak pasal-pasal, duduk jadi pasukan sorak gelak *ala-ala cheerleader amerika syarikat sempena perlawanan rugbi* kat tepi gelanggang. Alahai…

Nasib baik ada kamera. Kami pon hiburkan diri yang menyengal tak pasal-pasal tu dengan bergambar sendiri. Adek dah masok main join lelaki-lelaki maskulin itu. *selagi lelaki pandai menendang bola semaut yang boleh, selagi itulah dia masih layak bergelar maskulin* Ketik..ketik..ketik… Ketika lelaki-lelaki sebok bergadai nyawa nak sumbat goal, aku dengan Aiza berhempas pulas syok sendirian bermain kamera.

Tah!
Aku pon runsing.
Runsing sampai sekarang.
Apalah kejadahnya aku terkedek-kedek pegi tgk lelaki main futsal tu? Apa la kejadahnya si syafiq beriya-iya suh jugak Aiza tu pegi. Bukan dapat bual-bual pon. Teringat kembali kenangan silam darjah enam. Syafiq… yes, dia lagik! Setiap kali ada football match kat sekolah, budak-budak perempuan pasti dikerahnya menjadi penyokong. Masih tak berubah… *menguap*

Aku sengal.
Aiza sengal.
Percuma jadi tiang seri.
Percuma jadi penonton tunggal dua bijik. *eksklusif betul*
Tapi ok la. At least dapat jugak bual-bual dengan Fauzie. Dapat jugak bercakap sepatah dua patah dan beberapa patah lagi perkataan dengan Syafiq dan Syazwan. Tah bila boleh jumpa lagi… *menguap*

Menguap sakan dah aku ni. Maknanya… 1, 2, 3, tido!

Recent Entries

11 Responses to “Futsal Konon!”

  1. TimYohannon Says:

    Futsal? Tak berapa maskulin la

  2. Nashrex Says:

    lama giler x main futsal…

  3. Adian Says:

    fut’sol (fa wau ta = fut, sod alip lam = ‘sol) bak kata fazura dlm gol dan gincu

  4. faisal Says:

    ~hiks..siannye dia tak dapat main futsal..mesti tensi pas berkobar2 datang nk tendang bola..hihihi..

    org kalo ada org pompuan tengok main futsal mmg segan betul nk main…~ahahhaa

  5. fara-D Says:

    nurul haizum & futsal??? no no no!!~ *sebut ngan gaya ngengada*
    bowLa jArriNg pUn beLum tentu!! huhu!!

    boling jom?!!

  6. Wizurai Says:

    futsal? okey la tu…
    tapi bermain gaya feminin…

  7. lindosh Says:

    tingin nak main futsal.. tp tak penah berkesempatan.. sadis tol..
    tp dah posing kat court futsal pon oke gak kan.. hoho

  8. ChikaDior Says:

    timyohannon – lagi tak maskulin main air

    nash – ko reti men ke? ahahaha!

    adian – aku tingin nak tulis futsol juga, tp takot org tuduh aku buduh.

    faisal – kamu penyegan ke? depan pompuanlah lelaki tak terror men bola leh belagak bagus. hmm.. tak la frust pon sbb saya bukan reti main.

    fara – malangnya… kamu betol :(

    wizurai – lelaki maskulin sepak bola sambil berbunyi ‘hiargt!’ , perempuan feminine sepak bola dgn bunyi ‘ahhh!’ bola pegi tak seberapa, kaki terkehel cam apa.

    lindosh – kamu pembaca baru kat sini eyh? :) hmm.. posing kat court tu besar ertinya. sbb tak tau tahun bila pulak akan masuuk court lagi . :D

  9. anasxz Says:

    Rancang lah plan lain sekiranya kita rasa tugas pertama tidak bermanfaat. baru kita boleh save masa untuk settlekan kerja lain, bukan satu hari tu untuk satu tugas sahaja.

  10. myadlan Says:

    hmm.. mcm ku kenal je bro fauzie tu..

    kecik je rupenye dunia nih..

    he was my school mate la.. dlu kej. awam kt skolah teknik..

    kem slm sama die k..

  11. Anonymous Says:

    uikkksss….
    ooo main futsal xajak erk…
    smpi nya ati korg…
    xdela…
    sbenarnya aku dijemput secara rasmi & ekslusifnya utk menjoinkan diri men futsal ni…
    but…
    i have some problem & kna blk kampung ari tu…
    so sorry guys…
    anyway…
    klu ada apa2 plan lagi just let me know k…
    daaa~~

Leave a Reply