Archive for December, 2006

Freaky Friday

Posted by chika under Uncategorized
Malam semalam, memang gian mau conteng sesuatu. Sumpah! Tapi memandangkan ada perkara lain lebih penting, terpaksa aku duduk diam-diam. Semalam dah jadi sejarah. Oleh kerana blog aku bukan buku teks sejarah, makanya aku tak akan conteng kisah semalam lagi. AHAHA! Alasan yang baik untuk tidak membuat contengan maut.

Hari pertunangan semakin hampir. Pastilah sebok bertungkus lumus memfokus ke arah beberapa perkara. Dan antara sebab kenapa aku tidak bisa conteng semalam ……..

Sebok berinai. Demi menaikkan seri hari bahagia kelak. Bagaimana caranya aku mau mengetok keyboard dengan jari bertahi ayam berinai ini. Iya kan? Pernah dengar satu MITOS tak masa kecik-kecik dulu? Kononnya, bila dah pakai inai, tak boleh keluar rumah. Nanti masyarakat ayam nampak, ditegurnya… abes inai tak menjadi. Kononla. Konon tak konon pon, masa kecik dulu, aku terjebak juga! Ternyata orang dewasa suka bodoh-bodohkan kanak-kanak. *akulah antara kanak-kanak yang terjerumus itu*

Terima kaseh Mak Yang atas inainya. Semoga hari bahagiaku menjadi satu fenomena agong. *mata berkaca-kaca* Selepas dua jam jadi kudung jari…


Malas mau buat contengan 200 ela.
Tentang sesuatu yang tiada apa.
Hanya berinai kerana nafsu.
Bukan kerna mau melangsongkan pertunangan…
Apatah lagi perkahwinan.
Bukan.
Bukan.
Bukan.

- INNALILLAH - Takziah buat Cik Azmi sekeluarga atas pemergian Adi. Adi sepupu aku. SMS yang aku baca pagi tadi dah cukup untuk buat kami satu keluarga terpinga-pinga. Halnya terlalu peribadi untuk aku kongsikan dengan masyarakat luar. Adi? Aih… aku seakan-akan kebodohan. Berita ni macam satu… satu.. satu.. satu apa eyh? satu dua tiga empat… ah, aku tak tau harus kata apa tentang ini! Allah itu maha pengasih, maha penyayang.

- AYAM KATIK -
“Ma, jangan lah sembelih ayam serama dek kal. Dek Kal beli mahal tu”
“Ah, mahal tak mahal. Bukan kau jaga pon. Berak sana sini…”
“Kesian la ma. Tak sanggop pon nak makan kang”

Beberapa jam kemudian…

Haikal duduk kat dapur sorang-sorang… lahap meratah ayam yang suatu masa dulu bagaikan anak kandung dia. AHAHA!

- JANGAN TOLAK DUIT -
Dulu, zaman kaya-raya…
Ibubapa hulur seploh hinggit, aku paling muka ke lain. Tangan aku waktu tu jadi machine duit yang hanya terima wang kertas RM50 dan ke atas sahaja. Kalau disuruh beli apa-apa, balance duit pasti dipulangkan kecuali balance yang melebihi nilai minimum, RM50.

Sekarang, zaman sengkek…
Selagi ada balance duit, jangan harap akan aku pulangkan ke ibubapa. Tadi, aku masok poket RM1.20. Singget doposen okey! Apalah sangat. Apalah punya daif aku ni.Tu pon aku kauk jugak sekarang ni. Balance lima posen pon aku terpaksa berkira. Balance duit beli buku adek, RM50 dah aku masuk purse sendiri. Balance beli cat, RM33 pon aku telan. Bila ayahanda tanya duit balance, aku jujur nyatakan… “ay nak duit tu.Sekarang cuti, tak ada income,”

Kasihan kan? Aih, ni tak sabar nak naik sem baru ni. Untuk kembali bergelumang dengan wang!

- BUDAYA BERKONGSI -
Setiap pagi dan malam, saya pasti mengulang ke bilik budak-budak lelaki untuk meminjam remote aircond. Remote aku sudah weng! Hidup segan mati tak mau. Mana taknya, bateri dah jahanam dekat sebulan dah. Sah sgt aku ni pemalas. Ganti bateri pon malas. Akhirnya budak-budak lelaki dah kuarkan warning puaka…

“Tengok ar esok, kitorang gari remote tu.”

Kedekut betul lelaki-lelaki ni. Pinjam remote ajer nak bising-bising. Nampak gayanya, kalau aku tak tukar jugak bateri remote aku, sikit waktu lagi, tentu dah jadi isu parlimen kes ni.

- CUCI KERETA -
Pagi tadi, kali kedua aku cuci kereta aku setelah hampir setahun aku memiliki tubuhnya. Disebabkan takut dengan ayahanda, aku buat juga dgn lemah gemalainya sambil budak-budak lelaki gelakkan aku sbg tanda balas dendam. Oleh itu, aku dah buat summary… aku tidak suka cuci kereta. TIDAK SUKA.

Mahu tiduran lah. Tak sabar menanti esok… mau bertemu seorang yang istimewa… sambil menunjukkan kepadanya jari-jemari berinai ini. HABIS.

Misteri Naga Jadian

Posted by chika under Uncategorized

Tidak lama lagi…
aku dan sahabat-handai tidak boleh duduk goyang kaki kiri dan kanan lagi.
Sebab, tidak lama lagi…
semester baru akan bermula!
Semester baru akan datang lagi dengan kejutan dan gimik-gimik baru.
Aduh, pusing-pusing merry-go-round kepalaku!
Jantung sudah berdetak dengan lebih kencang.
Tahun baru, semester baru…
Kesemua ini pastinya membuatkan aku gugup.
Mudah-mudahan…
Aku bakal menjadi ibu pelajar senibina yang mampu
bertungkus lumus *macam cacing*
menggali lubang sedalam-dalamnya demi sesuap nasik.
atau, apa-apalah perumpamaan yang bersuaian.

Celik bijik mata pagi semalam, histeria! Internet connection failed! Memandangkan aku mmg warga negara yang kuat report sana sini, lekas-lekas aku call 1-300-88-9515 *bukan nombor pejabat kadi. BUKAN* talian sebok. Dah agak dah, mesti ada bencana lagi. Hmm… Taiwan gempa bumi. Internet connection jadi bermasalah. Malas mau bebel banyak tentang kisah silam ini. Gangguan internet sudah menjadi sejarah hari semalam. Hari ini aku dapat joli-joli di sekitar internet. Cukop lah tu. Yang penting, aku dapat hoora-hoora hari ini.

Semalam ke kedai cat lagi. Beli cat lagi 4 tong. Bukan tong. Tin sebenarnya. Kelmarin aku beli 2 tong / tin *garis yang tidak benar* cat yang salah. Membazir 10 liter cat. Aku tau membazir. Kalau cat itu boleh dibuat jus ataupon ice blended, pasti keuntungannya buat si perut kesayangan. Tapi masakan aku mau mati minum cat. Ayahanda pun tidak marah. Malah sangat bergembira mempunyai anak gadis seperti ini. Yang sering cuai dan pandai membuat lawak. Hek engkau! Maunya tak marah, ayahanda mengeluh sakan. Tapi keluhan beliau tak sampai ke mana sbb aku akhirnya sarankan idea… “abah, apakata kita cat bilik ujung dgn warna oren yg salah tu. sesuai juga,” kata aku demi menutup kecuaian sendiri. Cam biasa, ayahanda pasti terima kata-kata aku.

“ayyaaa… amoi! Lu beli cat lagi ka? Berapa banyak you mau cat??!,” tokey kedai Jotun tu naik histeria sbb hari-hari ada je ahli keluarga aku mengulang ke kedai dia. Huk oloh! Nampak je histeria, dalam hati… tokey tu entah-entah tengah lompat galah, lompat katak, lompat tinggi bagai.

“Ya lor… banyak lagi mau beli,” aku dah tak bermaya nak mengulang ke kedai cat.

Hip hip!
Hooray!
Hip hip!
Hooray!

Oyya, anak-anak semua..
Sejak cuti-cuti ni,
aku seringkali terserempak dengan kekasih-kekasih hati zaman cinta klasik dahulu.
Bukanlah kekasih sejati.
kekasih boneka sahaja.
Boneka tak boneka, boleh tahan tersentap la jugak bila terjumpa tu.
Terasa mau ketawa terbahak-bahak seperti…
Action Kamen!
HAR HAR HAR!
Semoga, kekasih bonekaku sehat-sehat selalu.

Sudah pukul 2 ptg.
Mau pergi tatap Fahrin Ahmad…
Hingga ke titisan darah terakhir.

SEKIAN, boleh bersurai!

Gangguan Seksual

Posted by chika under Uncategorized
Sebelum aku pegi tidur…
aku mau marathon sikit. *marathon yang aku maksudkan bukan pegi panjat pagar rumah demi bersukan jam 3 pagi begini tetapi membuat contengan laju-laju* . Aku semakin tidak boleh tahan dengan sikap lelaki pelahap di luar sana. Mereka sungguh jijik. Desakan dalaman membuatkan mereka hilang pertimbangan lalu menjadi tidak tau malu. Rasa ingin sekali kupelangkong kepala buduh mereka dengan alat-alat pertukangan.

Bulan lepas, aku baru sahaja selesai membuang lelaki-lelaki miang tak boleh garu dari koleksi messenger aku. Kupikir, sudah polos messenger ku dari ternakan buduh itu tetapi ternyata masih berbaki. Tadi pagi, setelah beberapa hari aku boikot YM, aku pon sign in kejap dengan hasrat mau intai2 kalau ada sesiapa yg layak digoda demi membunuh kebosanan. TIADA. Yang ada hanyalah offline msg yang sangat geli-geleman. Gelinya hingga aku terasa mau pergi tanam diri hidup-hidup dalam pasir.

Mesej lucah.

Memandangkan aku di bawah umur 21, aku terpaksa baca dengan tutup mata seblah *walaupon aku tau, tidak ada bezanya kalau membaca dgn dua atau seblah mata* Intro dia berbaur sexual. Sepatotnya aku terus delete. Tapi aku tutup seblah mata dan baca lagi.*biasalah, manusia suka nak tau yang haram* Okay, isi dan penutupnya lebih lucah. Habis baca, aku terbeliak bijik mata. Itu time, aku pon mengeja perkataan BUDUH sebanyak kali yang termampu. Sambil tu, aku pon bernyanyi lagu *KAU ADALAH SI BODOH YANG TERDESAK* dalam versi maki-makian. Syukur aku tak pandai mencarut. Kalau aku pandai, tentu aku dah tunjuk skill mencarut aku sampai ke level tertinggi.

Beberapa minit yang lalu, aku menerima satu msg dekat myspace *salah satu situs ternakan gangguan seksual*.

Mesej lucah lagi.

Cam biasa. Tutup seblah mata. Yang ngoknya orang haiwan orang ni, dia tak nampak ke betapa kudusnya wajah aku untuk diajak bermaksiat??. *nampak gayanya ayat aku semakin emosional* Selain berasa jijik dengan golongan sebegini, aku juga kasihankan mereka kerana mereka bukan sahaja rendah akhlak, tetapi juga tidak memiliki ilmu, harta maupun rupa. Sia-sia sekali hidup ini jika rugi dalam kesekelian perkara. Dunia rugi. Akhirat juga rugi.

Lagi ngok beberapa badigol yang kejenya hantar offline msg marah-marah dekat aku yang tidak berdosa ini. “woi, pegi matilah!” aik, suruh aku mati? Kalau aku tak nak macam mana? kamu ajalah sila ambil giliran kamu untuk mati dan beratur dalam barisan lurus ye. Selamat mati!

Dan… mesej berbunyi sebegini “aku dapat ko, aku ***** ko. aku ****** ko” oh ye? KALAU DAPAT. Kalau tak dapat? Abes la ko mati katak akibat TERDESAK.

Aduh.
maafkan aku.
kerna menulis yang lucah-lucah.
Aku tak berniat… mau berlucah-lucah.
hatiku sudah sakit amat.

Lebih sakit dan tertekan…
apabila ada yang sudah pintar mau main ugut-ugut.
Okay, okay…
berfantasilah sesedap perasaan ENGKAU.
sbb aku sikitpon tidak luak dek gangguan seksual ENGKAU.
tgk ni, aku sehat dan kuat!
*sbb aku suka minum milo, dan tidak suka ber-porno*

Oyya, lupa mau cop entri ini sebagai 18SX.
Kamu 18 tahun ke atas?
Boleh baca lagi sekali entri ini jika mau.
Kamu 18 tahun ke bawah?
Boleh ulang bacaan dengan syarat, kamu tutup seblah mata.
*HAR HAR HAR!*

Futsal Konon!

Posted by chika under Uncategorized
Sudah 25 December 2006!
Waktu satu dunia sebok mengetik-ngetik sms Meli Kelismes, kami sekeluarga pakat sms ayahanda terchenta. SELAMAT HARI LAHIR ABAH! *kebabom bunyi mercun di luar jendela*

Petang Sabtu lepas, aku dengan Aiza kena kelentong. Ada member lama ni bernama Syafiq dengan Syazwan beriya-iyalah sms Aiza ajak join futsal. Kununnya tak cukop orang. Aku bilang ke Aiza, aku tak de hal kalau dia nak pergi. Memandangkan duduk goyang kaki kiri dan kanan di rumah tidak mendatangkan hasil berpatutan, maka aku tak keberatan sama sekali mau poya-poya. Aku bawak adek sama. Adek mmg gian nak main futsal setelah agak lama jugak terlentang macam apa je kat rumah sepanjang cuti ni. Aiza pon macam ada ura-ura mau main. Aku… I’m sorry emak masak curry. Aku blom ada ijazah main futsal. Lagipon, aku tidak kepingin mau mati serangan heart attack di gelanggang futsal. Oh, no Beylo!

Sampai-sampai je, game dah mula. Aku dengan Aiza dah mula rasa tertipu. Ceh! Dengarkan cerita Syafiq, katanya cuma ada dia, Syazwan dgn Fauzie je. Sekali kami jenguk je, melambak-lambak kaum lelaki tengah syok main kat dalam. Muka kami dah setebal kulit gajah afrika. Sangat memalukan kegiatan ini. Brengsek sakan. Akhirnya, aku dengan Aiza jadi tiang seri. Tak pasal-pasal, duduk jadi pasukan sorak gelak *ala-ala cheerleader amerika syarikat sempena perlawanan rugbi* kat tepi gelanggang. Alahai…

Nasib baik ada kamera. Kami pon hiburkan diri yang menyengal tak pasal-pasal tu dengan bergambar sendiri. Adek dah masok main join lelaki-lelaki maskulin itu. *selagi lelaki pandai menendang bola semaut yang boleh, selagi itulah dia masih layak bergelar maskulin* Ketik..ketik..ketik… Ketika lelaki-lelaki sebok bergadai nyawa nak sumbat goal, aku dengan Aiza berhempas pulas syok sendirian bermain kamera.

Tah!
Aku pon runsing.
Runsing sampai sekarang.
Apalah kejadahnya aku terkedek-kedek pegi tgk lelaki main futsal tu? Apa la kejadahnya si syafiq beriya-iya suh jugak Aiza tu pegi. Bukan dapat bual-bual pon. Teringat kembali kenangan silam darjah enam. Syafiq… yes, dia lagik! Setiap kali ada football match kat sekolah, budak-budak perempuan pasti dikerahnya menjadi penyokong. Masih tak berubah… *menguap*

Aku sengal.
Aiza sengal.
Percuma jadi tiang seri.
Percuma jadi penonton tunggal dua bijik. *eksklusif betul*
Tapi ok la. At least dapat jugak bual-bual dengan Fauzie. Dapat jugak bercakap sepatah dua patah dan beberapa patah lagi perkataan dengan Syafiq dan Syazwan. Tah bila boleh jumpa lagi… *menguap*

Menguap sakan dah aku ni. Maknanya… 1, 2, 3, tido!

Maha Karya Cinta

Posted by chika under Uncategorized
“kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup
di atas dunia,
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya,
kerna kau
maha karya cinta”

saya sukakannya.

# 01
Dia baru je bagi senyum kat pipi :) Dia buat musim bunga kat hati *alahai*. Sedang aku tau nak bagi bengang kat dia je. Aku ni dah macam watak jahat pulak. Watak antagonis yang biasanya jadi simbol kebencian penonton. Lagi2 lepas ’sesi terapi’ dgn sahabat tu *kamu tau kamu siapa*, aku lagilah mau gelak macam action kamen. Sahabat juga tak menyebelahi aku. Mmm.. apa eyh. Ha, aku ni dah macam Rika Sumanto! *err… bukan! bukan! aduh, kantoi tgk cerita tahi lembu tu* HAR HAR HAR! Okay, konklusinya, watak antagonis biasanya akan insaf di akhir cerita. Untuk memberi happy ending kepada siri telenovela tak sudah aku ni, aku istiharkan keinsafan aku. Saya insaf.

Saya janji tak mau buat onar lagi pada dia. Saya janji tak mau main mitos-mitos lagi. Saya janji tak akan main tuduh-tuduh sesedap hati lagi. Saya juga tak akan berhempas pulas jadi pemikir konon-konon intelek lagi. Saya harus bersyukur dengan segalanya. Atau… aku terpaksa telan air liur sampai sendawa satu hari nanti. *senyum*.

ahhh… senang sekali perasaan ketika ini.Mekacih Ya Allah.


# 02

Semalam waktu golongan lelaki sebok dengan operasi cuci rumah, aku dgn bunda *termasuk adek sbg watak tambahan* cet cet cet berjongket ke bank. Apa punya cuai la aku ni. Buku bank dah aku hilangkan. ATM card pulak ketinggalan zaman. Masa aku cucuk kad ke dalam mulot ATM dracula tu, dia muntahkan balik kad aku. Dia nak kad baru. Aku pon terkedek-kedek nak mohon kad baru tapi last-last… “maaf dek. nak mohon kad baru kena ada buku. kalau dah hilang, kena buat buku baru dulu. Tu pon kena tunggu dlm 3 minggu. Nak cepat boleh ke HQ jalan ampang”. aku ingat sebijik-sebijik kata orang kaunter tu. Aku senyum kelat kat situ sambil tarik borang-borang tertentu. Set, tak boleh buat jahat joli duit BSN. *watak antagonis lagi*

Sempat dapatkan produk Maybelline yang dah beberapa hari ni terlintas dalam fikiran aku. Mekacih bunda.


# 03

Semalam juga rumah sangat meriah dengan sanak sedara. Kegembiraan paling agong ialah bila mak yang datang! Hoola-hup! Kami semua dah rindu dekat mak yang. Jadinya dengan kehadiran makyang beberapa minggu kat umah ni, kami semua pasti jadi budak gatal. Makan nak bersuap, makan nak berhidang, air nak bertuang. Semualah! Masing2 akan naik lemak. Sbb Mak Yang je yang akan layan kerenah-kerenah tak masok akal kami. Kalau dgn bunda jgn harap. Nak merengek-rengek pon tak de chance.

# 04
“anak awak tu… dah berpunya ke?,”
bunda pahit-pahit mulut nak menjawap soalan tu.
“mmm… dia belajar lagi. Biar dia belajar dulu. Lagipon dia garang sgt. Org pon takut,” akhirnya bunda dapat helah.

Aku soal bunda. Kenapa bunda runsing sgt nak menjawap soklan tu.

“buatnya dia masuk meminang… .” bunda pandang aku dgn harapan nak menakutkan aku. Ye. Pastilah aku takot.

“errr…. tannnak la,” aku serius dah takot. Ketaq!

“bukannya apa. kang disebabkan benda2 ni bermusuh pulak. kau tau kan, anak dia tu mmg dari dulu lagi ada hati, bla..bla.. bla..”

kecepuk!

itu time rasa nak berlari setempat kasi berpeluh. Seram sejuk aku dibuatnya. Kalaulah ada org masuk meminang… aih, tak tercapai akalku.

*****

Dah boleh check result exam guna sms. hampagas btol. baru nak lompat-lompat riang atas katil. aku takut pasni aku terjelepok je pulak. Terus, harus check atau buat selamba je? ? ? Adoi!!!

Ringgit Ke Syorga

Posted by chika under Uncategorized

[ Prolog ]

Tong sampah ungu kecik molek yang diamnya di bawah meja study sangat misteri malam ini. Ia merupakan tong sampah puaka yang tak henti-henti mengeluarkan bunyi. Kecut perut dibuatnya. Tapi saya diam diri. Kuatkan hati. Pekakkan telinga… Tu! Dia berbunyi lagi. Saya sesungguhnya sangat seram. Tadi saya sudah tekad mau bungkus diri, menyorok dalam selimut supaya tidak dicekik maupon diapa-apakan oleh lembaga puaka itu…. Wa waa waaa… dia berbunyi dan kali ini menggegarkan tong sampah…..!

Terimalah…
Ringgit Ke Syorga.

Hari-hari yg dilalui kebelakangan ni mmg super-saiya punya penat (bukan super saiya bagi aku, tapi bagi lelaki-lelaki di rumah ini). Tapi aku penat juga. Lebih-lebih lagi hari Sabtu dengan Ahad lepas. Ngecat bilik. Bukan hijau! Tapi pink. Mmg garang menyinga bilik aku nampaknya. Mari kita baca komen masyarakat :

“Duduklah dalam bilik menyala tu. Mimpi lah pink tiap-tiap malam” - ayahanda
“Mmm.. mm.. mm.. dah macam pelangi. Rasa cam ada anak kecik pulak rasanya,” - bunda
“Selamat datang ke Taman Mainan Kanak-Kanak,” - Izzul Haizat
“Ya Allah … boleh buta tgk warna-warni bilik ni” - Izzul Haikal
“Eii… geli adek bilik pink macam ni,” - Haizdell
“hmm.. bolehlah,” - zirul

“Striking color baru hooora, babe!” - aku yang sentiasa obsess dan kritikal tentang warna.

Mekasih ayahanda kerna benarkan saya menjadi project director. Senang sekali dapat membuat keputusan sesedap perasaan tentang warna cat, tentang susun atur, tentang senarai barang patot campak. tentang senarai barang patot beli, dan bertentang-tentang lagi. Tapi kasihan budak-budak lelaki. Mereka bertungkus lumus macam buruh kasar. Mereka bangkit awal setiap pagi dan bergegas melakukan kerjaan. Aku bangkit sesuka-suki dan bergegas menonton segala rancangan tv kegemaran. Aku tak sampai hati mau berlekang dgn tv kerna tv juga pasti kesepian jika tidak ditonton. Bukanlah sebegitu malas sangat. Cuma aku tetap melakukan kerjaan, tapi tv juga tetap ditonton!

Oyya.. bukan bilik aku saja yang kena cat macam warna tadika-reka. Tapi seluruh rumah dah aku arahkan supaya disimbah dgn warna-warna terang, garang dan agresif. Baru gerek. Kan dah aku bilang kalau aku sekarang ni tengah dilamun kegilaan warna yang kronik. Dahsyat jugak penangan nafsu rupanya. Melihat warna-warna membuatkan aku rasa naik semangat. Walaupon dulu Athirah selalu ingatkan aku… “awak punya barang semua striking kan? awak, tak elok, wak… boleh matikan sel otak,” Uh, benar? Tapi … saya tak dapat bantu mengatasi nafsu. Nafsu sgt kuat dan nafsu selalu menang. Biarpun sel otak jadi taruhan, nafsu tetap nombor satu. Susah tewaskan nafsu. Nafsu saya tetap ghairahkan warna-warna tajam itu.

Seblom ayahanda tiduran, ayahanda dah pesan kat askar2 lelaki termasuklah askar pangkat tinggi yang pompuan ni tentang serangan tugas esok ari. Otak aku jadi weng bila dgr kan kerjaan2 tersebut. Serangan esok adalah library dan bilik seblah library. Memang maut. Itu mmg area paling sarat. Paling menuntut banyak titisan darah dan keringat.

Memang dewi kemalasan aku ni kan. Nak mengemas rumah ajer aku boleh samakan macam satu pertempuran. Tak salahlah kalau ibubapa selalu bersyukur kerna dikurniakan hanya satu anak perempuan. Sbb terbukti anak perempuan yang ’sebuah’ ini tidak berpatutan sifatnya. **dah, dah. aku tak suka mengata diri sendiri**

Rumahku syurgaku eyh? Waktu ni la slogan ‘Ringgit ke syorga’ tu boleh pakai kena pada tempatnya. Sbb nak siapkan umah yang tak seberapa ni pon dah telan terlalu banyak ringgitan. Terus, aku jadi kepingin untuk hidup di satu wilayah yang mana tiada wujudnya urusan kewangan. Wilayah yang dinamakan.. ‘Free Land’. Ye, semuanya percuma. Air percuma, makan percuma, dapat cat percuma, shopping percuma dan kawen pon percuma. Kalau rasa teringin nak menikah, amek je bawak ke pejabat kadi. Semuanya percuma! **percuma percuma percuma… sampai semua rakyat jadi gila dan bebal** Angan-angan dibatalkan. Harus terus berusaha mencari wang! Harus percaya pada rezeki ketentuan Allah SWT. Mekacih Ya Allah.

Uiks, sebut ‘mekacih Ya Allah’ aku teringat kat budak Nabila yang cilik itu. Hari ini ayahnya Mas Aji accident. Menitik air mata aku menonton aksi si Nabila yang menangis bagai nak ghak tgk ayah dia dalam wad. Aku geli hati tiap kali Nabila sebut beberapa perkataan. Dia pelat. Dia selau sebut ‘mekacih ya Allah… ampunkan dosa-dosa Nabila ya Allah. Nabila sayang boneka Nabila. Tapi Nabila lagi sayang ayah. Bila ayah cudah cedar nanti, Nabila berjanji. Nabila ga akan minta ayah belikan coklat lagi. Nabila ga akan minta ayah baju banyak-banyak lagi. Tolong Nabila, ya Allah.’ aku geram! Dia sangat comel sampai aku rasa nak picit-picit dan gigit-gigit budak itu. Kalian tau kan aku sedang bercakap tentang sinetron?

“Nabila, ya emangnya… bunda kamu di mana sih?,”
“Bunda aku… di rumah Allah,”
“Rumah Allah? Kenapa bunda kamu ga datang melawat kamu?,”
“Sbb ayah aku bilang… rumah Allah jauh,”
“Suruh aja bunda kamu naik pesawat,”

Okey, tak boleh buat apa dah. Aku dah taksub dgn sinetron Mutiara Hati.

[ Interlude ]
Si henfon bisu tiba-tiba belajar nak berbunyi hari ni. Ingat aku gembira bila ko dah pulih dari bisu? Aku tak ada perasaan lagi. Kalau mau kekal bisu pon tak apa.

Ada makhluk bernama Kah Yan sms memberitahu nombor barunya. Masalahnya, aku tak pernah kenal siapa2 dengan nama itu. Siap ada tulisan mandarin. Ada juga miskol dari ‘Langau‘ yang juga tak dikenali. Aku taram nama dia Langau. Seingat aku, si ‘Langau’ ni dah ada dalam phone aku sejak aku kat matriks lagi. Bermakna, dia memang Langau yang gigih. Boleh dapat pingat macam Spongebob, Pingat Kegigihan. Selain tu, Kak Gebush ada miskol 2 kali. Tak dapat main-main ngan dia sbb
kredit saya masih mati blom hidup kembali. Aih, perlukan Ringgit Ke Syorga lagi. Nisa’ sms bitau yang dia ada jpj test hari ni. Dan terakhir dari penghantar sms setia aku. Nama dia Astri Fadhilah :D ngee…

Ijat beli N-gage baru dua tiga ari lepas. Owh, sekali lagi boleh angkat slogan ‘Ringgit Ke Syorga’. Haikal mintak kereta. Lagi ‘karut’. SPM blom tahu result dah ada hati nak kereta. Yer…! Sekali slogan ‘Ringgit Ke Syorga’ diangkat tinggi. Terbukti dalam hidup ni, kalau nak rasa syurganya dunia… kena pakai Ringgit sbg tebusan. Baik ke macam tu? Hmmm… harus terus berdoa ke Allah supaya mendapat rezeki yang halal dan yang paling penting, kebahgiaan di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal aa’lamin

[ Epilog ]
Lembaga dalam tong sampah ungu sedang berusaha keras untuk melepaskan diri. Ia tak boleh terjadi. Kalau dia terlepas, akulah yang akan diancam bahaya. Dia pasti mengganggu tidurku. Dia pasti buat kacau macam tadi. Dia pasti melintas dan merayap sekitar kamarku sesuka hatinya. Aku seram! Jadi, biarlah tong sampah itu terus mengeluarkan bunyi-bunyain berpuaka. Mujur Adek dah campakkan binatang terbang *tak tau nama* tu ke dalam tong sampah. Meskipon aku tak senang duduk mendengar bunyi-bunyian dari tong sampah kesan dari usaha binatang tersebut mau melepaskan diri, aku tetap rasa kasihan padanya. Esok pagi saja aku lepaskan kamu. Sekarang aku mau tdo. Kamu pon menginaplah baik-baik dalam tong sampah aku tu.

drama seram tamat.
da bes!