Archive for November, 2006

Refresh

Posted by chika under Uncategorized
Nite Beylo….

Lama aku lesap tanpa entry. Maknanya banyak peristiwa tak sempat diconteng-conteng di sini. Mari kita refresh beberapa perkembangan terbaru kehidupan aku yang kononnya sensasi ini. Dan paling sensasi… aku semakin mencapai kekurusan. Perlu buat banner tak dan gantung-gantung sepanjang jalan utama kat ukm? Yuckss!

Movie (s)
Sangat banyak movie aku tonton kebelakangan ni. Biasalah. Dah jadi cam satu peraturan berdaftar pulak antara budak2 studio ni. Abes project, movie. Abes satu paper (padahal ada berduyun paper dan esemen lagi), movie. Penat buat keje, movie. Bosan, movie. Sib baik movie tu tak boleh dimakan. Kalau tak, pantang lapar gerenti kami dok ratah movie-movie boxoffice tu beramai-ramai. Ehehe… Tapi, kami taklah ke cinema. Kamikan tokey wayang.

Aku pulak sejak dapat rumet kaki borak, kaki movie dan berkaki-kaki lagi, aku makin rajin balik bilik. Jadinya aku byk abeskan masa nonton movie kat bilik. Atas katil single yang kelihatan daif, kat situlah aku dok bergelak ketawa dan berlinang air mata tgk movie.

Latest movies yg sempat aku tonton :

  • Heart – boleh tahan sedihnya. Tapi aku cam meluat-meluat sket tgk acha septriasa. Aku confuse dengan aksi muka dia. Dan aku rasa nak muntah mengenagkan pengorbanan si Rachel yg melampau-lampau tu. Tak de maknanya berkorban sampai camtu.
  • Apa Artinya Cinta - Bolehlah. Sountrack je yg bagus-bagus. Geli tengok penampilan awal Samuel Rizal berambut panjang. Cam pondan tak siap. Shandy Aulia cam biasa, masih seorang kanak-kanak comel. Acha septriasa dlm filem ni nampak ok je. Tak pulak dia tunjuk aksi muka yang pelik-pelik.
  • 13 goin on 30 - citer ni dah basi tapi aku baru nak tgk. Aku suka. Walaupon figure Jennifer Garner taklah curvy, tapi aku rasa minat jugak dengan bentuk badan dia. Dan aku juga sukakan actornya yang walaupon rendah tapi sedap mata memandang.
  • Just Like Heaven – Oh, sungguh sedih cerita ini.
  • The Lake House – Oh, juga sungguh sedih cerita ini. Kasi 5 bintang campur 5 bulan! Yeah! Movie favorite aku setakat ini.
  • Just Married – Sweet kisahnya. Membuatkan aku terasa mau kawin secepat mungkin.
  • Scary Movie 4 – cerita lucah yg lucu. Byk scene lucahnya yg terpaksa aku tonton banyak kasi. Bukan sbb aku pervert atau gatal (miang dsb.)… tapi sbb scene lucah lah yang buat movie ni jadi best. Tak tahan tgk hantu Ju-On tersilap langkah lalu tergolek-golek dari tangga.
  • The Sweetest Thing – lakonan Cameron Diaz. Filem yang bongok. Tapi aku dan rumet (kak Dell) tetap gelak sakan. Tapi sungguh ni! Filem ni sangat bongok.
  • Slither – filem geli! yucks! Ini filem seram yang bongok.
  • Rempit – filem melayu tak sedar diri. Jijik tengok lakonan Julia Hana. Ban filem ni!
  • My Little Bride5 bintang! Pon buat aku rasa nak kawen cepat-cepat.
  • Garasi – Oh my god! Inilah filem indonesia terbaik yg pernah aku tgk. Aku suka watak Gaia. Aku suka lagu-lagu dalam filem ni. Garasi mmg filem marbeless. Tapi kalau anda bukan pencinta music, atau anda tidak berminat dengan rock maupon music2 separa keras, anda pasti memberi komen macam yg Alias bagi… “Nurul, Garasi ni bosan. Tah apa-apa…”… lalu aku dan Farah pon naik hangin. Sbb kami sgt jatoh hati dengan filem ni.
  • Doraemon ; Nobita dan Robot kingdom – yeah… akhirnya lengkap sudah koleksi movie doraemon aku. Aku tak pernah miss satu pon movie Doraemon buat masa ni. Doraemon, jadilah kekasih saya! Jadilah! Jadilah!

Sebenarnya ada byk lagi movie yg aku tengok tapi aku dah lupa pulak. *tepok dahi kuat-kuat*

Final Project
Architecture mmg course yg penuh dgn gimik yg tak terduga. Dan sem ni, mmg terlalu byk gimik dan kejutan. Byk kali aku rasa nak tercabut nyawa dek kejutan2 ni. Tak salah kalau aku kata, sem ni sangat melemaskan, kritikal, dan penuh dengan kesengsaraan. Dan aku dpt rasa, kesengsaraan ini akan keep burning lebih hebat next sem.

Makan.
Tabiat makan aku semakin jahat. Nafsu makan dah jadi ghairah sgt. Aku semakin sukakan makanan2 mewah. Apa patut aku lakukan? Tapi aku makin kurus (kata orang…). Aku rasa, aku masih seperti seorang beruang *Uish, kutok diri sendiri! Hinanya diri ini*

Raya.
Bukak je mana2 blog, semua hingaq pasal raya. Aku tak tau nak tulis apa pasal raya. Sbb aku tak beraya pon. Raya mendanya kalau dah balik kampong pon mengangkot board dan drawing. Malam raya bersengkang mata siapkan drawing… pagi raya, tido telentang sampai ke petang. And surprise!!! Koleksi duit raya aku tahun ini bernilai…….. *cepat teka*... bernilai…… DUA RINGGIT! *dua ringgit boleh beli gula2 kapas satu*

Dua hari lepas, kami satu studio serbu rumah encik mazlan. Kak Lela (wife encik mazlan) kata.. “Eh, Nurul dah kurus,” maka aku pon terkedu seribu bahasa.(taklah bangga sangat jadi kurus. Rasa kehilangan yg besar pulak) Ehehe… tadi patotnya serbu umah Farah dan rumah Encik Irfan kat PJ. Atas sebab2 kesengalan aku yang tak pernah ingat jalan, maka aku tak dapat join mereka ke rumah farah. Terkilannya…… =(

Peribadi.
Ku bahagia……

Nak pergi study lah. 16 & 17 ada paper untuk killer subject. Seronoknya nak baca buku! (wek wek!)

Love or Friendship?

Posted by chika under Uncategorized
Walaupon krisis ‘damn tragic and dramatic’ tu dah kami selesaikan empat mata (plus 2 lagi mata as pemerhati dan saksi), aku tetap rasa sedih dan sebak yg amat. Bukan sbb marah atau dendam. Tapi aku terkilan sgt benda ni jadi antara KAMI. Kalaulah orang tu bukan DIA, sumpah aku tak akan rasa macam apa yg aku tengah rasa sekarang ni dan beberapa ari sebelum ni. Tapi sbb org tu DIA, aku rasa sedih tahap membunuh jiwa!.

My dear, friend…
Lagu ‘HILANG’ tu was dedicated to me kan?
The updated friendster profile kamu tu pon menyentuh soal aku kan?

My dear, friend…
Since kamu one of my best fren. Aku kira, aku kenal amat kamu. Aku tahu sgt sejauh mana krisis ni dah buat kamu upset. Aku juga. Aku sedih sgt. (But i can’t make u understand my sadness for real). Its ok. I’m tired to cry on this thing anymore. I’m tired to keep on fighting with him again whenever he and me talked about this.

Maka, tersedarlah aku…
Emotional aku time dinner bertiga tempoh hari sgt tak bertempat.
Tersedar jugak aku…
Emotional aku betul-betul tak untungkan aku walau satu sen.
Bila si sahabat yang satu tu kata aku harus bersabar, aku melenting. Aku kata aku dah bersabar banyak. Mulut pon jadi hebat mengalahkan speaker dewan rakyat. Si Dia tu diam bersabar. Oh, betapa aku tak menghormati perasaan dia. Tapi aku melenting bukan sbb aku marahkan sahabat baik itu. Aku marah sbb aku geram tak dapat betulkan salah faham. Geram sbb tak dapat duduk berbincang empat mata sebagai dua insan yg sgt menyayangi sahabatnya. Aku tak sabar bukan sbb aku bengang. Aku tak sabar sbb aku dah tak tahan dengan kondisi serba salah. Aku rasa macam satu dunia benci aku. Satu dunia hentam aku. Ini mmg penderaan psikologi yg overdose. (Boleh maut – kalau sudah ajal)

Malam tu malam paling genting bagi aku. Masa aku lari dalam hujan menuju ke kereta seorang sahabat tu, jantung aku berdetak rasa nak luruh. Waktu tu aku tersedar satu lagi kenyataan. Aku dah hilang sahabat baik. Mungkin dalam beberapa saat, jam atau minit, aku akan kehilangan dia pulak. Aku sgt terasa bila dia kata aku tak matang, kebudak-budakkan, negative thinker dan selalu bertindak bodoh dengan tak pandai kawal emosi. Tapi sebenarnya betul pon aku mcm tu.

Tak payah nak bukak pekung di dada luas-luas. Kenyataannya, malam tu mmg sgt sedih bagi aku. Aku rasa aku dah hilang semuanya! SEMUA! SEMUA! Tapi mlm tu jugak, aku tersedar byk benda yg tak pernah aku sedar. I can clearly see him. Dan dia takkan pernah tau yg dia dah buat benda yg sangat buat aku terharu walaupon aku tau dia bengang maut dengan aku mlm tu. (aih… mari kita laungkan ayat ini : Life is melancolic. Love is the medicine) Dan malam tu jugak aku rasa rindu-rindu rindu rindu rindu sgt kat sahabat-sahabat baik. Rasa lama tak jumpa (walaupon setiap masa duduk bertentangan). Rasa lama tak berbual-bual mesra. Rasa lama terpisah. (oh, sedih tak?) …. hmm.. rasa nak pergi menari sakan sekejap pulak untuk elak air mata tumpah sekarang ni….

Ya Allah… syukur ke hadrat-Mu kerana cepat sedarkan aku betapa aku sudah banyak kehilangan. Aku tak mau kehilangan lagi. Tak mau hilang sahabat (sbb nanti aku boleh mati kerinduan), dan tak mau hilang kekasih (sbb love cannot buy).

Manusia normal (dan typical girl yg berjiwa tidak kental spt aku ni) takkan pernah cemerlang untuk adil between love and frenship. Klu disuruh pilih, aku pasti mati dalam proses memilih tu. Dan aku pon takkan nak memilih. Dulu zaman riang-ria sekolah, aku penah kata… aku sanggup utamakan cinta more than frens. Sbb sahabat tak akan pernah mencintai kita sebagaimana seorang kekasih. Tapi sejak beberapa ari lepas, baru aku tau langit tinggi rendah. Mmg rasa nak tercabut nyawa kalau terpaksa memlih antara satu. Aku sgt takot klu aku harus berbuat demikian. Tolong lah…. plis jgn suruh aku memilih. Aku rasa sejuk! And frens… plis understand how i love him. Eventhough kami tak seperti pasangan lain, tapi plis accept. Tolonglah.. aku tau kebahagian aku takkan maximum tanpa mendapat kefahaman kalian.

Dan satu fakta yg aku tak dapat elak. Sayang dalam persahabatan TIDAK SAMA dengan sayang dalam percintaan. Believe me. Sbb aku sendiri ada kedua-dua rasa tu. (aku experienced benda ni byk kali actually, only u guys neva know) Rasa cinta sebenarnya sgt kuat sbb kita sgt jujur pada hati tentang cinta. Aku harap perasaan persahabatan pon sekuat tu. Bestnya kalau punya sahabat yg menjaga kita sebagaimana seorang kekasih menjaga kita. Kekasih yang tak pernah mengata kita belakang-belakang, tak pernah mengeluh sbb berpenat demi kita, yg sanggup buat apa je untuk kurangkan beban kita, yg sanggup bawak kita ke sana ke sini tanpa memikirkan ringgit-ringgit yg perlu dipungutnya balik dari kita, yg sanggup makan apa yg kita makan, yg takkan sesekali mencebik muka di belakang kita, dan yg takkan sesekali menceritakan keburukan kita ke orang lain. Sbb tu aku yakin, rasa cinta tu sgt kuat. Aku sebenarnya paling butuh sahabat yg sikapnya seperti seorang kekasih yg takkan pernah tergamak mengata-ngata kita dibelakang. (Susah kot nak faham ideologi kritikal aku ni). Thats y aku kena repeat lagi… i love him. (and i hate bitches! – bitches are the worst creatures yg rosakkan hidup org lain. go away all bitches!! – u know few bitches yg aku maksudkan kan?)

Selepas semua tragedi hitam, aku dah tekad. Aku nak jadi sahabat yg boleh bersikap macam seorang kekasih yg tak pernah mengungkit dan menikam sahabatnya dari belakang. Aku bersumpah. Aku tak mau memburukkan teman-teman kesayangan dari belakang. Untuk mendapat kwn yg sjeati, aku perlu menjadi teman yg sejati juga.

Maaf kepada semua yg makan hati dengan perlakuan aku akhir-akhir ni. Aku dah rasa cukup terhukum. Tapi aku tak mau salahkan diri aku sepenuhnya. Sbb certain things happened for such reason. To explain is hard. Biar aku simpan. Ada statement yg better kept on silent rather than being spoken out loud. Dan ianya sangat teruk bila tak dipercayai. Lebih teruk lagi bila dianggap jahat dan dipandang serong sedangkan u know tak ada apa yg berlaku. Damn! Damn! Bitches will lose!

Oh ya! Aku tak berminat mau libur-libur dengan sesiapa pon sekarang ni. Hentikan usaha membuat kacau di messenger. Buat masa ini, aku benar-benar unavailable.