Olympiarch 2006
Posted by chika under UncategorizedIni mungkin entry yg ditunggu-tunggu oleh Adian & Farah.
Maaf sbb buat kalian menanti lama. (Kalian tu sebenarnya merujuk kepada lelaki ini)
Nah, sila baca sampai muntah!
Olympiarch.Acara yg menjadi agenda besar bagi semua pelajar seni bina (architecture) di Malaysia. Dulu aku bingung setiap kali senior menyebut-nyebut ‘architectural workshop’. Dulu aku tak fhm kenapa senior sgt teruja tentang ‘workshop’ ni. Dulu aku rasa kosong bila pertama kali Encik Mazlan mengwarwarkan betapa bertuahnya bagi yg terpilih ke workshop tahunan architecture. Sekarang aku tahu. Sekarang aku paling faham kenapa senior mesti teruja tentang workshop. Dan sekarang juga aku sgt fhm kenapa senior tahun dua kecewa mati ketika diumumkan oleh Puan yg mrk tidak dpt turut serta. Sbb selepas pulang dr workshop. aku pon teruja sama. Oh, bukan aku! KAMI. KAMI SEMUA teruja dan impressed.Kalian (pembaca BUKAN warga senibina) TIDAK AKAN sesekali faham keterujaan yg aku maksudkan di sini.
Untuk pembaca BUKAN warga senibina : Bengkel Senibina ni merupakan satu acara tahunan yg dah menjadi tradisi kpd semua pelajar senibina di Malaysia. Ikut kefahaman aku (yang sebetulnya kadangkala tak berapa yakin tentang objektif dan kesan sebenar acara ni), workshop ni lebih merupakan perhimpunan agong seluruh pelajar senibina di malaysia. Melibatkan institusi awam dan swasta. Itu sahaja kefahaman aku yang belom boleh diyakini.
Untuk tahun 2006, UTM Skudai menjadi host disamping Lim Kok Wing University (LUCTT) sbg co-host. First impression aku bila mendengar gabungan dua institusi terkenal ni ; HEBAT dan KAYA. Mungkin stereotype bila aku pikirkan institusi2 swasta sbg KAYA tapi aku rasa, aku tak silap utk berfikiran mcm tu. Sbb Olympiarch membuktikan semuanya agak benar. Atau mungkin aku terlalu baru menyertai acara yg dah berusia 20 tahun ni dan pengalaman ‘mentah’ aku ni tak boleh digunapakai. Mungkin aku spt memandai-mandai memberi pendapat. Tapi aku ada hak utk mencorat-coret perasaan dan pandangan aku. Tak mau dengar? Boleh beredar dari sini. Terasa muak dgn penulisan panjang berjela? Sila angkat kaki kerana membaca contengan aku bukan sesuatu yg WAJIB!
Bengkel ni dah berusia 20 tahun. UKM baru tiga kali lewat kebelakangan ni turut serta. Bukan sbb tak mau atau tak layak menyertai sejak 20 tahun yg lalu, tapi maklum saja yg architecture baru tahun ketiga wujud di UKM. (adakah cara aku menyusun ayat bunyinya mcm tanak kalah?) AHAHA… Hmm.. baru aku tersedar, aku tengah cuba menulis entry yg serius dgn barisan ayat-ayat yg serius. Tapi ternyata aku bukan dari jenis itu. Aku tak boleh elak dr menyelit bahasa tiga suku yg separa normal. Aku tetap seorang penulis gila-gila. Okay, aku cuba lagi sekali utk menulis dgn serius. Mari teruskan.
Tema tahun ni ialah Olympiarch. Olympiarch diilhamkan sbg semangat pertandingan. Dan aku rasa, objektif tema tercapai. Sbb bagi aku, mmg semangat utk tunjuk bagus terbakar kuat sepanjang program. Semua org sehabis tenaga menaikkan nama institusi masing-masing. Kami juga. Kalau suara boleh luak, aku rasa dah lama suara aku habis kesemuanya teriak-teriak sepanjang program. Dan tentunya aku tak akan kesal kehilangan suara. AHAHAA!
Khabar angin menyatakan kami akan bertolak jam 6 pagi. Cinabeng! Aku dah gelisah memikirkan senaman-senaman berat yg harus aku lakukan supaya aku dpt bangkit seawal 5 pagi. Fuh, syukur! Pukul 9 lebih sebenarnya barulah kami bertolak ke UTM, Skudai. Dua bas. Kami pergi dgn senior 3rd year yg super-duper gerek! Saya chenta senior saya. Bukan setakat nak hangkut badan dan brg2 peribadi, tapi pulak kena mengangkut segala mcm model, barang pameran, maskot UKM (seekor hantu lusuh yg dibina oleh Abg Is) dan paling sengsara ialah membawa brg installation. Gila punya bagak! Mau terkopak pintu bas dibuatnya. Tapi berkat kebijaksanaan warga lelaki yg bertungkus-lumus adjust sana sini, muat jugak kami sumbatkan semua bahan-bahan hantaran. Miahaha! sungguh ni. Tak ubah cam rombongan meminang bawak hantaran.
(Ini lah maskot kami yg tercipta secara tak disengajakan. AHAHA. Aku lupa apa nama hantu lusuh ni. Dia bukan hantu. Sbb dia berperangai baik sepanjang program. Nanti aku tanyakan pada ainul nama maskot UKM ni)
(jgn cemburu.org bersaiz kecil, fleksibel dan dinamik dpt berbaring pada seat bas. Pertama, salam brengsek buat Adian kerana candid gambar seekor monster yg tdo nyenyak ni. Aku sgt terkejut ketika bersiar-siar di blog Adian, dan baru mengetahui kewujudan gambar ni dan beberapa monster lain yg turut menjadi mangsa.salam brengsek sekali lagi. ahaha)
Aku suka bas kali ni. Sbb kami dpt bolot seorang 2 seat. Bertuah bagi aku yg bersaiz kecik, fleksible dan dinamik. (maaf klu kenyataan ini tidak tepat). Maka, aku tido berbaring sepanjang perjalanan seperti seekor monster kuat tido. Terbukti tido dlm bas tak sehina yg aku sangkakan. Bahagia jugak. Aku cuma terjaga utk mkn tengah hari dan sambong menjadi monster kembali. Sedar-sedar, dah sampai Skudai.Okay, mari pendekkan cerita!
(gambar diambil dari official website Olympiarch)
(wajah-wajah kami dan senior-senior yg teruja sebaik sahaja turun bas. Bergolek dari bas tak ubah bak buah-buah anggur segar yg berciciran dgn riang sekali)
Fuh, disambut macam diplomat besar-besar. Belom apa-apa lagi, sambutan mereka dah sebegitu ‘hangat’. Okay, first credit to them. Waktu tu lagi aku dah dpt rasa aura-aura ‘kejayaan UTM sbg host’. Aku kira, persediaan mrk cukup lengkap. Elok je sampai dpn main entrance UTM, terus ada sorang amoi follow bus kami. (bayangkan beliau spt sorang tourist guide). Bercakap di depan bas, brief kami tentang registration and accommodation (aku teruja ttg hostel.Sbb tulang aku kena infeksi perjalanan jauh dan aku rasa mau terjun ke katil. Ehehe.) Turun je bas, terus pulak diserbu oleh jurugambar yg bersepah di sana sini. Terus aku lontar sebijik lagi credit tu UTM. *tepok tangan*. Kami suka pose. Itu fakta. Maka, kami begitu senang sekali berhadapan dgn kesemua kamera yg butuh maukan foto kami. (oh, alangkah kasihan cara aku mengolah ayat ni).Okay, okay! Serius! Selepas sesi bergambar (yg pastinya buat semua rasa penat aku mencecet hilang), kami pon beramai-ramai mcm skuad ribena mengekor seorang krew mereka ke tempat pendaftaran. Maka, pertama kalilah aku jejak ke Fakulti Alam Bina UTM (FAB).
Kami register, dan diberi tag. Yg juga sekaligus memberitahu team yg akan kami anggotai. Aku? Hijau lah! Ok, cool. Tag itu comel. Dan..hmm.. pagi tadi, sewaktu merayap-rayap di Tanggam.com, aku ada terbaca tentang tag Observer.(lupa nak cerita.Senior 3rd year ikut kami sbg observer) Mmm.. yg menariknya apa yg aku baca, ada observer yg ntah dari institusi mana komplen ttg tulisan yg terdapat pd tag observer. Katanya, terdapat kata-kata berbunyi “everyone hates me”. Oh, benar ke? How come i did not know? Or maybe i did not notice it. If really lah, sounds nice apa. Tapi… (aku tak pastilah)
Memandangkan aku punya mulot yg suka buat komplen, dan aku punya minda yg suka buat banding beza, maka spt biasa aku mau luah pendapat aku ttg FAB. (walopon pendapat aku ni kedengarannya memandai-mandai). Aku suka FAB. Laluan, lokasi dan pemandangan yg menarik. Tapi KAED (UIA) masih berada di ranking teratas aku. Entah kenapa, sejak mengunjungi UIA beberapa bulan lalu, hati aku dah tertinggal di sana (aku tidak punya hati lagi ketika ini.AHAH!) Aku suka semua tentang KAED. Design bangunan, interior, studio malah tangga-tangga juga batu-batan dan kayu-kayan di situ juga amat aku sukai. Termasuklah rumput-rumpai dan tiang-tiang yg ada. (melampau gila kenyataan aku ni). Hmm.. bukan! Bukanlah sampai mcm tu. Tapi aku mmg suka Kulliyyah of Architecture and Environmental Development (KAED) UIA. Tapi cinta hati pengarang jantung aku tetap Faculty of Engineering, UKM. Sbb di situlah taman permainan jatuh bgn aku dan teman-teman. =)
Lupakan UIA, back to UTM.
Spt yg aku katakan, gabungan UTM dan LimKokWing kelihatan KAYA dan HEBAT di mata aku. Kenapa aku rasa macam tu? Mari kita semak senarai BAIK-BAIK tentang host.Here goes my positive points of view :
- UTM bukan nama kecil-kecilan dlm bidang seni bina.Malah idea asal wujudnya architectural workshop juga datangnya dari UTM 20 tahon lalu. (am i rite?)
- LimKokWing terkenal sbg universiti swasta yg hebat dlm bidang creative technology dan LimKokWing merupakan institusi kaya. (aku pernah nyaris-nyaris nak sgt ke LimKokWing sekiranya aku gagal mendapatkan universiti awam sekitar KL. So, LimKokWing merupakan satu drp kegemaran aku. ahah)
- Register je, kami terus dpt mcm2 goodies spt LimKokWing bag (mengandungi T-Shirt Olympiarch by LimKokWing, 2 bijik buah, LimKokWing’s cd, LimKokWing’s mineral water) ), box (with Olympiarch sticker, T-shirt;i luv this shirt, booklet).
- Banner-mania! Sepanjang jln menuju ke UTM, bersusun bagai nak ghak banner Olympiarch. Masok je kampus, umak aih! Berderet-deret banner. Mmg hebat. Blom termasok yg bergantongan pada badan bangunan, yg bersepah sana sini sekeliling fakulti dan yg bergantong di segenap ruang. Hingga aku membebel byk kali “Gila ar depa! Kita buat banner tak sebanyak mana tu pon dah semput,”
- Krew mmg disediakan secukopnya. Krew yg berkualiti, dan berkhasiat buat kami. Macam kata adian, aku juga suka kakak-kakak penanda tag makan. Mereka tidak byk songeh melukiskan aku love setiap kali waktu mkn. Blom kira lagi kerenah Shida yg bukan je mintak akak tu tandakan love pd tag mkn, tapi siap suh buatkan love ada arrow. Akak penjaga makan yg gerek!
-
Program di atur dengan baik. Lokasi pon baik. Contohnya lokasi battle. Aku kagum sbb setibanya kami, padang pertempuran tu mmg dah menampakkan ciri-ciri semnagat bertempur. Sekali lagi, credit to UTM!
(lokasi battle yg agak menarik.Biar ada yg menyifatkan lokasinya tidak cukop mantap, aku tetap rasa ia sudah cukop baik. Lagi2 setelah mengetahui kesemua barang utk setting lokasi adalah dari brg2 terpakai. mesra alam. Binaan observation platform di atas pokok adalah yg paling menarik bagi aku) - Byk krew yg berkualiti menguruskan program. Host performance nite adalah yg terbaik, i guess.Gabungan kedua host dari UTM (the girl) dan LimKokWing(the boy) merupakan gandingan yg baik. Aku suka cara mereka jadi host.Profesional wala
upon penampilan mereka berlebihan. Lihat! Tapi sgt mempesonakan sebenarnya. Creative izit? - Tempat tinggal kami juga baik. (KTHO) Walopon aku tak suka susun atur perabot yg menyusahkan pergerakkan, tapi aku suka kawasan kolej kediaman yg disediakan. Kolej Tun Husein Onn.Mmg cantik kawasan kolej tu. Dgn tapak parking kenderaan yg byk, dgn lobi yg menarik. Aku suka! Kualiti tandas pon bleh tahan.
- Perkhidmatan bas ke tapak program juga sgt teratur. Wonder mereka dpt atur khas utk uruskan bas pergi balik. Pak cik bas mereka baik =) ngee… (hinggakan si A’ai sempat bual-bual mengenal hati budi sorang pakcik bas di suatu mlm yg indah tu
(abes je program, kami mesti serbu tempat belakang sekali dlm bas. Sbb nak buat daily post-mortem.Lagi2 since ada internal crisis dgn beberapa EKOR ni)
- Tukang kejut bangun pagi dan tukang memperingati masa yg konsisten. Setiap pagi ada krew yg hingaq kejut kami bangun. Syabas! Syabas!
- Pasukan kesihatan yg cekap dan sgt dedikasi. Sebenarnya aku demam pada hari ke tiga. Migrain aku buat serangan (mungkin semangat battle dtg awal ke kepala aku. Mungkin jugak kepala aku practise utk battle kelak). Macam2 medical team dtg ke bilik aku check itu ini. Big credit to UTM! Aku kagum sbb mereka sediakan khidmat sebegini rupa. (sampai sakit kepala aku bertukar jadi sakit hati) AHAHA! Sbb aku x dpt rest enak-enak akibat asyik nak membuka pintu untuk medical team yg dtg check kesihatan aku. Buahaha.. khidmat yg baik anyway. (jgn tersinggung dgn kata-kata muarahan aku)
- Kehadiran module (aktiviti in group) tidak terlalu ketat. Aku yg gemar bercanda ke sana ke mari, dan lemas jika disuruh mengikut keje-keje kumpulan pon apalagi. Aku byk ‘tuang-tuang’ module. Senang cakap, aku byk ponteng! (aku suka bila tak terikat dgn program.Sbb aku manusia mudah bosan)
- Tak boleh lupa coconut ice blended dan coconut shake yg enak. CREDIT GILA-GILA BANYAK untuk pasangan suami isteri yg menjual air kelapa enak tersebot. (tapi kuantitinya tak menggembirakan )
- (uih, banyaknya CREDIT yg aku dah bagi. Kata org, makin byk memuji, makin byk yg tak ikhlas. Sudah-sudah la tu)
Aku pelik ice breaking yg dibuat mlm pertama tu. Sbb ikot kefahaman aku, ice breaking tu mestilah sesi berkenalan, bermesraan, bercandaan, berteguran dan berpeleseran. Tapi tgk2… dia suh bergerak ikut team. Aku tarik enul ikut aku sbb dia green fraction sama ngan aku. (dan kami mmg suka hijau). Beh pon team aku.Hafiz juga.
Aku bayangkan…
Kami akan dok dlm bulatan, berkenalan satu demi satu. Tersenyum kambeng (sumbing) antara satu sama lain dan mulalah berbahser-basi. (oh, so clasical little me). Tiada sebarang sesi suai kenal dlm bulatan langsong! Yg ada hanyalah…
Satu timba berisi air. Cebisan-cebisan kertas surat khabar yg dah dikoyak, dan tepong gandum. Apakah? apakah? aku mula berkira-kira dan blom sempat aku siap mengira, Ainul pon bersuara.
Oh! Alangkah aku tak gemar kegiatan ini. Tapi demi keterpaksaan, aku buat jugak dgn tenang dan tanpa aku sedari, aku semakin senang melakukannya. Lebih2 lagi pd kali kedua aku buat akibat mask pertama yg hancur berderai. Hinggakan aku dgn farah dah seakan ketagih mau bikin mask lagi. Syukur aku tak terkena apa2 infeksi kesan air campuran ratusan tgn yg mencelup-celup. Tapi Adian kata muka dia gatal-gatal. Muka aku baik-baik je.
Aku tak suka host mlm ice breaking. Dah la itu mlm 1st. Meletakkan dua orang wanita tu sbg host merosakkan mood audience. Aku tak ada masalah dgn kedua gadis itu kerana aku tak pernah mengenali mrk. Nama mereka pon dah luput dari ingatan aku. Tapi masalahnya, aku tak faham sebijik apa pon yg meraka bebel. Malah aku pon tak pasti bahasa yg meraka gunakan. English? Malay? Punjabi? atau Spanish? Sbb aku tak jelas apa-apa tentang celoteh merepek mereka.Langsong tak menghiburkan malah lagu yg mereka nyanyikan mencederakan pendengaran. Maaf kalau aku gunakan perkataan ‘POYO’ di sini. Keje pengacaraan bagi aku bukanlah hal remeh-temeh. Ia melibatkan mood audience. Aku cukop tak gemar kalau mood aku dirosakkan. Dan tolong jgn bawa ‘unauthorized-shower-singer’ perform depan kami. Bukan saja telinga tercedera, malah hati juga sakit. Mmg kritikan aku ni melampau. Dan aku juga tak berkenan dengan beberapa band yg perform di flea market. Sekali lagi, aku TERPAKSA menggunakan perkataan POYO utk kali kedua.
Good job UTM!
e="font-size:85%;">*tepok tangan sampai kebas*
Well done, UTM! *tiup wisel sampai bergegar dewan canselori*
But at the end… oh, aku keliru! aku rasa curiga dan tak faham.
Good job utk UTM krn berjaya anjurkan mlm pembukaan yg 90% sempurna! Stage lawa. Bukan lah lawa yg impressive sgt, tapi deretan banner utama dari kesemua 21 (btol ke 21?) institusi yg menyertai membuatkan stage nampak comel. Dgn setup dewan yg berjaya menaikkan aura grand, aku kira itu dah memadai. Aku paling suka gantungan-gantungan banner yg bersidai sana-sini. AHAH! Meriah! Terus terang, semua banner Olympiarch sgt cantik dan menarek. Membuatkan aku terasa jugak nak merembat sebijik dua (but i did not!).
“perfect.Tak de kekurangan.Kalau ada pon, UTM berjaya tutop mata aku sbb aku tak nampak apa-apa kekurangan so far utk opening ceremony ni” demikian kata ainul dan aku setuju. Aku beri triple setuju lebih-lebih lagi bila tiadanya ceramah panjang berjela dari VIP. Syukur tiada VIP yg cuba menglipur lara hingga akhirnya mendodoikan kami utk beradu. *wink* Dan mlm tu juga kami diperkenalkan dengan Director program, saudara Hazazi (betol kan?). Maaf, saudara. Wajah saudara langsong tak saya kenali. Mungkin benar spekulasi yg heboh diperkatakan di forum post-mortem ini. Saudara Hazizi (yg tak dikenali oleh sebahagian besar peserta walaupon beliau merupakan orang plg besar dlm organisasi program), di-bahan-kan ketika sesi post-mortem di website tanggam.com. Kasihan juga pada beliau. Hey, bukan salah beliau hanya kerana beliau seorang yg merendah diri. Tapi selebihnya, aku tak berani mengulas krn aku tak mengenali beliau.
Persembahan sgt cool.Aku jatuh cinta kali pertama mendengar kedua-dua lagu tema Olympiarch. Hmm, bukan aku! Tapi kami semua! Lagu Seni Bina dan Flame Of Fire. Oh, super nice. I like both! Suara chinese girl yg menjadi artist utk lagu Seni Bina mengingatkan aku pada suara comel Sheila Majid. Suara chinese boy, penyanyi lagu Flame Of Fire pulak 100% mengingatkan aku pada Daniel MI. Penyanyi yg baik! Jgn tak tau.. Olympiarch bukan saja punya kekuatan populariti program, tapi juga punya lagu tema (siap video klip yg dirakamkan di Italy kalau tak silap aku). Ada dua orang penyanyi khas. Woo.. ada official artist. Dan ada album yg memuatkan 2 lagu tema, beserta karaoke version. Mabelesss..! (Adian beli album tu dan kami pakat-pakat mau menyedut darinya.Tq adian walaupon aku blom dapat habuk pon dari dia.AHAH)
Tapi..pada akhir ceremony, ketika lagu Flame of Fire berkumandang, kesemua student menyerbu naik ke pentas. Suasana yg grand tak semena-mena berubah menjadi pesta liar. Aku terus hilang dlm ramai. Mereka melompat-lompat di atas pentas dan bermulalah rasa tak selesa dlm diri aku. I kept asking myself. Aku kat mana ni? Aku yg tadinya berbahagia kerana menyaksikan satu acara yg perfect dan smooth tiba-tiba terasa mcm berada di konsert Beyonce. atau paling tidak pon, berada di Planet Hollywood. Terus terlintas sesuatu memberitahu hati aku “abah takkan suka kalau dia tau aku berada di sini dan dlm keadaan ini”.
Aku tak berapa suka suasana akhir majlis yg seakan-akan pesta ria itu. Aku seriau. Hanya aku dan Mek Ti ketika tu yg membatu diri di bwh. Aku rasa, 80% audience dah naik ke stage berdansa bagai nak ghak. Aku tak salahkan sesiapa. Itu hak individu dan menjadi hak aku juga utk mempertahankan pendapat aku. Aku tak berapa selesa dgn situasi tu. But its cool, actually. Its only me didn’t want to join bcoz i’m not interested. So here goes my negative points of view, yeah!
Kejadian yg sama berlaku pada permulaan acara juga bila dewa-dewi keluar membawa banner mcm angel. Aku tak fhm kenapa mereka tak titikberatkan sgt soal berpakaian.Aku terpikir apa penerimaan segelintir pelajar yg sensitif isu masyarakat dan akhlak. Aku lebih tak faham. Kenapa utk setiap acara, host perlu berpakaian ‘berlebihan’ seperti mereka seorang Beyonce atau Angelina Jolie. (as for me, i can accept it but, wut about certain peoples?) Atau aku yg tersilap majlis? Adakah itu Grammy award? Cleo most eligible b
achelor? Miss Universe atau pon Dewi Remaja? (oh my god!). Tiada seorang pon ke yg sensitif religious issues dlm organisasi penganjur? Atau pon terlepas pandang sbb terlalu memfokus ke arah misi ‘BATTLE!’? Sekurang-kurangnya mereka perlu menghormati pensyarah-pensyarah yg hadir (klu di UKM, ada lecturer kami yg peka soal pakaian. Katanya, jgn sampai macam nak ke disko. Klu di UKM juga, kami punya byk lecturer yg sensitif isu begini). Aku bukan mengata warga universiti lain, tapi aku cuba letakkan kes ini dlm senario yg sama. Mungkin ada segelintir pensyarah yg rasa terganggu dgn panorama ini.(aku kata mungkin!) Bagaimana pula dgn UIA? Universiti islam Antarabangsa. (respect plis!).Sekurang-kurangnya hormat imej beberapa pihak. (Tak tau lah kalau hanya aku yg rasa begini sedangkan kesemua org sgt berbahagia menyaksikan semuanya) Aku tak mau perkara remeh temeh sebegini menimbulkan isu yg lebih besar dan nanti wujud lagi kontroversi boikot memboikot. Perlu diambil kira kan?
Dan lagi, aku tak faham kenapa perlu host performance nite day 2 make up devilish. Aku dan kawan2 berasa sgt tak senang dgn penampilan mereka yg devilish. Walaupon mrk mmg tak berniat melakukan kegiatan yg ke-setan-an, tapi aku tak rasa bercostum sedemikian rupa adalah waras. Tolonglah lebih peka dan hormati beberapa pihak. Hormati imej pihak tertentu. Harapnya, next time punya workshop, organizer lebih peka soal akhlak. Ini bengkel senibina yg motifnya meningkatkan kualiti pelajar. Bukan utk berpesta lova-lova semata-mata.Sekali lagi, dlm setiap program yg dirancang, sila consider kesemua pihak.
Uuuu… dah mula panas. Nak berambus lah. Pergi berkipas seminit dua. (mungkin sejam dua atau mungkin juga sehari dua). Tunggu aku dingin kembali, aku akan korbankan masa utk duduk dan menaip lagi tentang olympiarch. sekiranya kamu masih seorang yg tidak sensitif, tak jelik maupon angin dgn kenyataa
n aku si sini, sila berkunjung lagi nanti. Kalau kamu tidak suka contengan-contengan aku yg konservatif ini, sila pergi dan jgn kembali lagi.
extra syukur : alhamdulillah. Olympiarch memulihkan hubungan aku dgn seorang teman ni. Alhamdulillah yg tak terkira. Aku harap, semuanya bertambah baik antara kita semua. Aku senang dgn perkembangan ini. =)



















