Pecinta Wanita

Hadoilah!
Sejak 3 hari ni, bilik aku hingaq putar lagu indon yg sama. Confirm, aku dah ketagih lagu ‘Pencinta Wanita’. Lagu ni lagu indon (kamu jgn shock sbb tiap kali aku bercakap soal muzik, mmg aku hanya mempromosikan hiburan seberang. Very brengsek kan?) Ini lagi satu soundtrack filem HEART (yg blom aku tonton, tapi pengen tonton ketika ini. Maybe ranking teratas filem yg aku dambakan.Tuih!)

Irwansyah tu selain punya wajah ganteng, suara pon ganteng jugak. Bisa buat kamu gedebuk sekali dari katil, dan gedebuk dua kali dari tangga bila mendengar suaranya yg romantika itu. *yang iyanya aku mmg dah lama kasi cop AYU utk dia* Wajah dia ayu. Nyanyian dia pon ayu jugak. Kamu kenal kan Irwansyah tu? Dia penternak biri-biri yg suka tarian zapin dan pandai berdondang sayang. Ulalala~ BUKAN! Dia actor indonesia yg ngetop menerusi sinetron Ku Tlah Jatuh Cinta. Masih tak kenal? Sukati angpa la. Hiks! Yang pasti, aku lebih suka bergosipan tentang artis-artis ganteng indonesia daripada terhegeh-hegeh mak minah nak ambik tau kontroversi perkahwinan siti. Siti nak kawen? Pegi la kawen. Samada dia kawen atau tidak, dia tidak akan mempengaruhi jodohku kelak. Samada dia kawen dgn Dato’ K maupon Penternak Biri-Biri sekalipon, dia tidak akan sama sekali mengubah kehidupan aku. Terus, selamat pengantin baru la untuk Siti dan Dato’ terchenta nya itu. Semoga kekal.

Kalau rajin, donlod la lagu Pencinta Wanita ye. Aku suka lagu dan liriknya. Tapi aku geli hati bila ada bait lirik yg berbunyi ‘namun ku bukan buaya’. HAHA! Lelaki yang tak mengaku dirinya buaya, maka bermulalah kebuayaannya. Aku geli hati sebnarnya sbb… perlu eyh masokkan nama binatang-binatang ke dlm lirik? Dah elok-elok puitis, sekali masok sekor menatang! Tapi neva mind la. Lagunya tetap asyik. Rasa nak baham penyanyinya hidop-hidop. CUT!

Pecinta Wanita
(OST HEART – irwansyah)
Ku temukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yg spt dia
ku harap dlm cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

kamu memang pecinta wanita
namun kau bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku

Buat julung-julung kalinya, aku bermurah hati nak kasi kemudahan buat kamu semua mendonlod lagu ni. Tu pon sbb seblom ni, bila je aku sebok jadi wartawan hiburan murahan, mulalah byk jugak suara muarahan mintak aku sediakan link untuk donlod. Memandangkan aku dah termakan dek idea murahan itu, aku pon nak kasi link untuk kalian donlod dgn bahagia sekali. (pasti kamu suka perlakuan aku yg sebegini kan?) Seblom berleluasa perlakuan ni, aku terpaksa kuarkan WARNING : plis donk JANGAN selalu mintak aku sediakan link mp3 percuma ye. Sbb aku malas berbuat demikian. Aku lagi senang dan suka kalau kita semua sama-sama susah mencarik mp3-mp3 idaman hingga ke lubang cacing. (woh, cacing skang pandai guna mp3 player kau!) ahaha… (kedekot mp3 btol aku neh) Kanak-kanak semua, boleh save mp3 dari SINI [DOWNLOAD] ye. *tak payah ajarkan cara save file?* Selamat berdendang! (kalau kamu tak suka lagu ni, jangan salahkan aku. Mungkin salah buaya yg ada dlm lirik lagunya)

Aku nak terjun ke katil. Tido sambil buat kuak lentang dgn asyik sekali. Esok pagi-pagi nak pulang ke ukm. Pulang bersama sebuah beg yg sgt besar. Beg yg boleh diberikan nama manja sebagai GERGASI. -offline-

Recent Entries

13 Responses to “Pecinta Wanita”

  1. Adian Says:

    wah, xtau nk komen. memang entry ni didedikasikan utk lagu ni. zahahah… (cube utk men’trademark’kan frasa zahaha)

  2. NaSh Says:

    adik aku tu sebok je kata irwansyah tu macho dan punya sore besh..
    aku dgr sket.. eeeeii~ yuck!

  3. Nyetok Says:

    Ada bau2 dangdut versi jiwang dlm lagu ni (dgr bekap singer die).Aku duk terbayang sekor buaya tembaga tgh goyang gerudi atas pentas

  4. fara-D Says:

    aku dgr lagu nih sayup2 ja semlm….xpe….len kali aku dengaq lagi….baru bleh komen

  5. damnlyweird Says:

    best gak lagu ni…i dah download…

  6. iziana Says:

    chika…
    pernah ke de buaya yg nak ngaku dirinye buaya?
    soalan tu je da cukup nk jwb everything.
    miahaha
    *ayat ko kejam r dlm entry ni…ahaha

  7. irwansyah Says:

    Waduh.. terkena gue. Kok saya dibilang buaya. saya manusia biasa doang. ngak ada ciri-ciri buaya termasuk bulu kaki saya.
    Maaf kami punya nama sama tapi dia ganteng sikit TAPI saya ganteng banyak. Kikikiki..

    Yang ada cuma kasut, baju serta arlogi (jam) yang ada mereknya buaya (crocodile). selebihnya ngak ada. Paling pasti saya mahu ketemu rajanya buaya di Australia (crocodile hunter).

    Maaf saya mau mandi dulu, mau gosok gigi kerana mulut saya sudah sama busuknya dengan mulut buaya.

    Ketemu dech nanti di taman haiwan (zoo) kita duduk dan makan bersama buaya.

  8. shazanateh Says:

    hey adik. sudah lama tak mendengar khabar berita. u kat ukm je ek? kewlness.
    me still in cyberjaya. study kat cyberjaya, keje pon kat cyberjaya. bored cyberjaya. ehehe.

    btw, i hope u still remember me. ;). kawan kak ina minamie.

  9. fara-D Says:

    ahaha…dah dengaq lagu tuh….blom dapat menghantui jiwa aku lagik buat masa ni…
    ekekek….tapi lagu tuh bley tahan la…best gaks….

  10. fetz Says:

    memuler aku baca topik neh aku hingat lagu aper la kao gebang nih.. biler aku d’load n dengar…lor, lagu ini ropanya… Hampir hari-hari aku dengar kat headquarter Olympiarch masa prepairation sejak dua bulan lepas..hehe.. senior merangkap member aku pasang… best.. memang best, tapi tak penah plak aku mghayati lirik n tajuknyer..huuhu..nasib baik aku terbaca kat cni.. :D

  11. nile Says:

    adus!!!! terkejut beruk akk!!! bukan beruk jer.. buaya2 skali!! :)lagu jalan tapi tak kua sore..mmg lambat yer kua.. dah la masa tu kuatkan sound..kot2 la slow.. hehehe… baru dgr sekali.. tak dapat aura bestnyer lagi..kekeke.. kalau era putar 10 kali sari..kompem halwa telinga akk leh trima.. hehehe.. sama macam lagu berkobar2 vince tu dulu… tapi best la gak.. sore cam serak2 sket… tapi mcm lagu nasyid je nurul..heheh.. dah repeat balik… yang ni ok je..terus dgr.. rupernya mslh masa 1st dgr kot..lambat sket kua..

  12. Rjuna Says:

    Best la lagu Pecinta Wanita ni

    ya lelaki memang BUAYA=lihat seluar kecilnya wahaha

    Chika~abis ko spesis apa plak?

    Aku~Dua alam

  13. Anonymous Says:

    Best regards from NY! Coops and condos free anti spam filter for outlook Breast augmentation in mexico Honda jack bar Hci+paroxetine+paxil

Leave a Reply