Makan & Minum Hangin
Pagi….
Pagi-pagi… sepagi-paginya…
Akan bergolek turun dari bukit Kausar! Hooray!
Lama tak melakukan kegiatan sehat ini.Setelah lama berkereta lembu dan berkereta kebal ke kelas, akhirnya esok kami seangkatan akan bergolek juga menggunakan tenaga dua kaki kami. (sila baca intonasi gembira). Td aku macam merengek-rengek tak sudah kononnya tak sanggop kena berjalan esok pagi tanpa kenderaan. Tapi skang aku rasa tak salah lakukannya setelah sekian lama.
Sebetulnya esok ada trip ke Melaka! Hooray lagi! Eh, aku sonok sgt ke? Tak la sonok sgt since trip ni mcm tak menyempat-nyempat. Kot iyapon tunggulah kami tenang dulu. 1st day naik sem aritu, terus je lecturer bgtau pasal trip mengejut ni. Misi trip kalini utk sesi suaikenal junior-senior. Iyolah! Dah tiga ari junior masok, tp satu jasad pon aku lom knal. Ah, neva mind! I dun have the feeling of being a senior. Funny la nanti depa panggil2 aku ‘kak nurul’. Oh my god! I look too young utk diper’kakak’kan. am i? ayat seposen dua….
Gedebak…gedebik…gedebuk…
aku dah kat umah skang ni. Hantar kete. Td pas klas autocad, cabut balik cheras seorang diri hingga aku terasa mau teriak dlm kete. Atas sbb yg aku x pasti. Tp aku sgt malas nak ke Melaka esok. Dah la 4 hari! Dok khemah plak tu! Dan aku knal buang cop ‘anti-social’ kat jiwa aku ni cepat-cepat sbb esok, satu jabatan akn join the trip. Keluarga JSB tiba2 dah membesar. Macam belon kena tiup. Ramai jugak budak diploma yg baru daftar ke jabatan kami. ABANG-ABANG itu nampak sgt ABANG. Hingga aku mula sangsi kalau2 mereka akan terbeliak melihat aksi kanak-kanak hyperbola spt kami. Duh!
SAH! Aku mmg pemusnah intelek. 1st day sem baru, aku dah tertumpahkan air asam dlm tempat bateri digicam aku. Maksudnya apa? Maksudnya kamera aku dah mengecut. acah je! Kamera aku dah rosak! Langsong tak mau on lagi. Aku jadi gusar dan tak lalu makan. Tido pon tak lena. (oh, aku kelentong lagi!). Tapi sungguh ni aku sgt cemas tgk kamera kesayangan yg sudah kaku bagaikan mayat. Maka, ptg tu terus ke Alamanda. Tuih punya Alamanda. Satu kedai kamera pon tak boleh nak repair digicam aku. Selain melingkupkan kamera, aku juga telah menghilangkan pendrive terchenta. Tiba2.. baru ni tadi aku terjumpa dia ‘terbaring’ atas carpet dlm bilik aku ni. Maka, tersenyum agonglah aku. Mmg brengsek!
Okay, aku pemusnah intelek! Semua harta aku lingkup. Hati aku pon tak lama lagi lingkup. Bila lingkup, aku buang. Lepas buang, senang! Pasti tenang tanpa hati yg sakit lagi.
Beberapa anugerah untuk hari pertama semester 3!
Best icon : Shafiz. (fuh, sem ni sahamnya melonjak naik. Mula2 dpt rumet dari Bangladesh… then dilantik jadi ketua studio)
Berita sensasi : Shafiz dapat rumet Bangla!
Gosip hebat : Shafiz bakal anggotai Bangladesh punya persatuan!
Insan kronik : anuar @ Beb. (mmg xleh bantu dah dia ni. Makin menjadi-jadi aksinya)
Insan paling kejam : Beh Ssi Cze. (oh, ko mainkan aku eyh!)
Lecturer pilihan : masih encik mazlan & en azimin.
Pensyarah harapan pilihan : Encik Irfan (Fuh, lecturer autocad…graduan UIA yg boleh tahan sonoknya. Kami suka lec macam ni. Ala, yg membenarkan kami buat gila dalam kelas. Kami suka!)
Perkataan paling glamer : BANGLA.
Okay, aku dah dpt rumet baru. Impian nak sebilik dgn Farah tiba2 lingkup. Entah anasir luar mana yg rosakkan impian kami. Tapi rumet baru aku ni okaylah. So far okaylah. Dia student 3rd year. So aku memanggilnya kakak. Very the talkative one. Like me. But she did double! AHAHA!
Baiklah semua. Aku sudah update. Harap bergembira bersama hati masing-masing. Aku mau kembali ke UKM. Esok nak makan dan minum hangin-hangin yg ada di Melaka. Sampai kembung…..




July 12th, 2006 at 1:07 pm
jangan makan hangin byk sgt kembong nnt ekeke
July 12th, 2006 at 1:31 pm
alerk…nape la bkn wat last week..leh join togetha2..
July 13th, 2006 at 4:00 am
tu ar.. :( sedey aku…
Teringat masa gath minggu lepas tu…
dia bilang..
“wei.. chika da sampai kol 10 tadi”…
Serius, aku terkejut dan terharu(kononnyer) ko dtg.. hahahaha! skali lepas tu dia msg lg…
“ops silap.. aku salah eja.. Cikanot yang datang..”
… aku frust (JIJIK!!)
July 13th, 2006 at 10:15 am
chika, korang camping mana ni? meh kay nyibuk sana weekend ni..
nash, aku rasa aku yg anta msg tuh.. tp lain sket aku rasa.. aku anta msg tanye cikanot dah sampai ke blom.. tp otak aku dok pk si chika-beylo ni.. tuh yg salah taip.. muahaha… kroni byk sgt nama sama lar.. pening aku… Chii – chee, chika – cikanot, kay – kei… muhahaha… lepas ni kene pakat tuka nama panggilan mana yg patut… mesti!~~
July 13th, 2006 at 5:56 pm
wah. beshnye. baru abs cuti n then cuti lagi.. :)
July 14th, 2006 at 2:45 am
interaksi pi melaka..perghh..kami seniar junior sini maen2 kat kampung je..
July 15th, 2006 at 4:13 am
Best giler suai knal ngan bdak junior smpi ke Melaka.. aku dulu knal bdak junior dlm tandas jer..masa sama2 isap rokok..ya rokok milik junior
July 15th, 2006 at 4:51 pm
huh.. berjalan lagi..
bergumbira..
July 16th, 2006 at 8:58 am
ahaha….tapi hakikatnya kita tak bergolek trun pun kan hari tuh….kankankan!!?!
dan kini dah slamat sampai ke istana terchenta….huaahhhh!!!
p/s: aku terpejam mata sat dlm kete tadik….mujoooo la tak byk kete dan sangaaaat skejap….huuuuih!!~
July 17th, 2006 at 5:41 am
haha, setelah 5 hari baru aku dpt membaca entry ni. huhu. overall, sesi suai kenal yg best, tp bas tu sgt brengsek sbb xsinggah bandar. mana janji, kata sakti, kau laungkan.. wohooo…
July 18th, 2006 at 5:02 am
adeihh
panjang gile entry
nk tido baca..
xlarat r
hhihih+
July 20th, 2006 at 3:51 am
wah! macam2 lak jadi yer.. heheheh.. pe2 pun teruskan usaha di sem baru ni.. good luck yep!
July 25th, 2006 at 4:51 am
apakah tindakan si nuek sehingga mendapat title insan kronik? sangat nak tahu~ :D
March 17th, 2007 at 5:40 am
Looking for information and found it at this great site… film editing schools