Archive for July, 2006

Pecinta Wanita

Posted by chika under Uncategorized
Hadoilah!
Sejak 3 hari ni, bilik aku hingaq putar lagu indon yg sama. Confirm, aku dah ketagih lagu ‘Pencinta Wanita’. Lagu ni lagu indon (kamu jgn shock sbb tiap kali aku bercakap soal muzik, mmg aku hanya mempromosikan hiburan seberang. Very brengsek kan?) Ini lagi satu soundtrack filem HEART (yg blom aku tonton, tapi pengen tonton ketika ini. Maybe ranking teratas filem yg aku dambakan.Tuih!)

Irwansyah tu selain punya wajah ganteng, suara pon ganteng jugak. Bisa buat kamu gedebuk sekali dari katil, dan gedebuk dua kali dari tangga bila mendengar suaranya yg romantika itu. *yang iyanya aku mmg dah lama kasi cop AYU utk dia* Wajah dia ayu. Nyanyian dia pon ayu jugak. Kamu kenal kan Irwansyah tu? Dia penternak biri-biri yg suka tarian zapin dan pandai berdondang sayang. Ulalala~ BUKAN! Dia actor indonesia yg ngetop menerusi sinetron Ku Tlah Jatuh Cinta. Masih tak kenal? Sukati angpa la. Hiks! Yang pasti, aku lebih suka bergosipan tentang artis-artis ganteng indonesia daripada terhegeh-hegeh mak minah nak ambik tau kontroversi perkahwinan siti. Siti nak kawen? Pegi la kawen. Samada dia kawen atau tidak, dia tidak akan mempengaruhi jodohku kelak. Samada dia kawen dgn Dato’ K maupon Penternak Biri-Biri sekalipon, dia tidak akan sama sekali mengubah kehidupan aku. Terus, selamat pengantin baru la untuk Siti dan Dato’ terchenta nya itu. Semoga kekal.

Kalau rajin, donlod la lagu Pencinta Wanita ye. Aku suka lagu dan liriknya. Tapi aku geli hati bila ada bait lirik yg berbunyi ‘namun ku bukan buaya’. HAHA! Lelaki yang tak mengaku dirinya buaya, maka bermulalah kebuayaannya. Aku geli hati sebnarnya sbb… perlu eyh masokkan nama binatang-binatang ke dlm lirik? Dah elok-elok puitis, sekali masok sekor menatang! Tapi neva mind la. Lagunya tetap asyik. Rasa nak baham penyanyinya hidop-hidop. CUT!

Pecinta Wanita
(OST HEART - irwansyah)
Ku temukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yg spt dia
ku harap dlm cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

kamu memang pecinta wanita
namun kau bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku

Buat julung-julung kalinya, aku bermurah hati nak kasi kemudahan buat kamu semua mendonlod lagu ni. Tu pon sbb seblom ni, bila je aku sebok jadi wartawan hiburan murahan, mulalah byk jugak suara muarahan mintak aku sediakan link untuk donlod. Memandangkan aku dah termakan dek idea murahan itu, aku pon nak kasi link untuk kalian donlod dgn bahagia sekali. (pasti kamu suka perlakuan aku yg sebegini kan?) Seblom berleluasa perlakuan ni, aku terpaksa kuarkan WARNING : plis donk JANGAN selalu mintak aku sediakan link mp3 percuma ye. Sbb aku malas berbuat demikian. Aku lagi senang dan suka kalau kita semua sama-sama susah mencarik mp3-mp3 idaman hingga ke lubang cacing. (woh, cacing skang pandai guna mp3 player kau!) ahaha… (kedekot mp3 btol aku neh) Kanak-kanak semua, boleh save mp3 dari SINI [DOWNLOAD] ye. *tak payah ajarkan cara save file?* Selamat berdendang! (kalau kamu tak suka lagu ni, jangan salahkan aku. Mungkin salah buaya yg ada dlm lirik lagunya)

Aku nak terjun ke katil. Tido sambil buat kuak lentang dgn asyik sekali. Esok pagi-pagi nak pulang ke ukm. Pulang bersama sebuah beg yg sgt besar. Beg yg boleh diberikan nama manja sebagai GERGASI. -offline-

Architecture Talks

Posted by chika under Uncategorized
Hello, beylo hun…
Been missing u, extremely tau.
Tapi tak bley buat apa since sem baru mula, maknanya hiburan atas garisan terpaksa dibekukan. And frankly said, aku tidak lagi rasa spt ketagih tingkat tinggi. Internet bukan lagi ‘ganja’ buat aku. Bukan tak lagi perlu internet. Tapi tak lagi ‘ketagih’ macam dulu. Jujur, arena internet makin kusam. Sampai ada masanya, jejak je internet, aku rasa mcm terjelepuk jatuh dlm gaung yg tak mengasyikkan langsong. Hiarght, can i skip the topic?


SEMESTER 3 : Kanak-kanak usia satu tahun.

10 July lepas, semester 3 bermula. Maknanya, aku dah jadi student tahun 2. Sekaligus, dah menjadikan aku satu tahun bergelumang dlm dunia senibina. Kalau aku bayi, satu tahun tu dah boleh bercakap, berjalan, dan makan nasik. Kalau aku bayilah. Tapi setahun dlm architecture, sebnarnya blom apa-apa lagi. Masih di peringkat mengenal hati budi. Byk yg aku masih pitam dan blur. Sayu pon iya jugak nak tinggalkan 1st year. Sonok jadi 1st year student. Boleh mengada-ngada. Kalau tak tau, lecturer tunjukkan atas fakta kami student baru. Kalau salah, lecturer betulkan dan maafkan. Tak malu jugak nak kuarkan soalan-soalan bodoh. Tapi makin berusia dlm bidang ni, takkan lah masih tak tau malu nak bersoal-jawap yg bodoh-bodoh. But neva mind la. Kami mmg masih belom tau. Masih terhoyong-hayang. Dan usia matang dlm architecture ni makan masa yg panjang. Aku percaya perkara tu. So, dun worry lah. Architecture kan seriously fun. Aku akan terus laluinya happily (eva afta).

Tapi, dari pandangan peribadi aku, JSB (jabatan senibina) macam dah berubah sekelip mata. Mmg bukan semua perubahan tu menyenangkan. Tapi things are always happened for such reasons kan? Ini dari view aku yg bernilai sekupang dua sahaja. If ada citizen lain dari JSB yg tidak berkenan dgn pandangan aku, sila betulkan aku dan buat aku stand positively somewhere ya.

  • Warga JSB membesar dan mengecut. Aku tak pasti dia membesar atau dia sebenarnya mengecut. Aku rasa kedua-duanya. Aku nampak dia membesar sbb adanya kehadiran wajah-wajah baru. Yg pastinya aku sentiasa alu-alukan kehadiran mereka (but please lah sumbangkan much more fun ke jabatan) Dan mcm lumrah kehidupanlah, tak semestinya perkara baru tu menyenangkan. For certain things, aku tak mudah senang dgn pembaharuan. Cut!
  • aku rasa JSB mengecut sbb byk wajah-wajah yg biasa aku temui sekitar JSB tiada lagi kelihatan. sebetulnya aku rasa sket sedih. aku dan kwn-kwn rasa sgt kehilangan since ramai senior yg sudah dan akan tinggalkan jabatan. Ada yg disponsor oleh universiti lain, ada yg keje (dan betapalah membanggakan…. ada jugak student product ukm yg ditawarkan keje hebat dgn gaji yg sgt hebat. tahniah!)
  • Senior 4th year berpindah ke studio atas. (shud i call it studio? hey, itu cuma bilik kuliah kecik yg suram dan suriram…) aku emo ke? bukanlah nak main emosi, tapi aku rasa kurang seronok dgn berpindahnya studio senior ke atas. Teringat plak apa kata abang shafiq (one of our senior yg dah pindah buat Master ke UM). Dia kata, dia penah bayangkan how one day nanti ground floor tu akan jadi kawasan jajahan architecture department. (oh, tinggal impian je la jawapnya..) Katanya, sedih jugak sbb senior yg tinggal dua tiga kerat tu terasing ke atas. Aih, kalau kamu rasa sedih… kami lagilah sedih. Dah terbiasa dgn situasi studio mereka tu. Lagipon, studio 3 (last sem studio tu dinamakan studio 3) adalah studio pertama jabatan kami. Skang junior tahun satu yg dok situ. Hmm… mmg lucky la u guys dpt studio lengkap tu. Bandingkan dgn kami yg terpaksa survive awal2 sem dlu (tapi tak la survive yg hebat macam apa yg super-senior kami lalui). Kesian mereka. Tapi mungkin depa enjoy ja kut.
  • Senior yg repeat ditempatkan kat belakang studio kami. Maknanya, tiada lagi bilik seminar JSB. Tiada lagi tempat alternatif kami. Berkhemah, berpawagam, berpoya-poya dan bertiduran di bilik seminar nampaknya hanya tinggal kenangan. Bilik seminar kesayangan sudah TIADA LAGI! Dia dah jadi studio. Maknanya? Kami dah tiada alternatif kedua. Maknanya? Neva mind lah. Cam kata senior, kesian jugak kat studio repeat. Dorang terlontar camtu je. Langsong blom ada kemudahan kat situ. (sabar dan sabar dulu. Later insyaallah semuanya cam biasa. Aku tau jabatan sgt perihatin soal kami. Jabatan takkan biarkan mereka camtu je. Mereka perlu diutamakan sbb mereka bakal grad dan jadi produk ukm nanti)
  • Dlm studio aku sendiri, aku few perubahan. Kecil mungkin perubahannya. Tapi mungkin akan bagi impak besar. Pertama, studio koordinator kami bukan lagi gandingan SUPER-SENSASI (en mazlan & en azimin). Tapi dah bertukar. En Mazlan dan en Irfan. Okay, tadak hal la ttg ni since en Irfan tu not bad la. Dia cepat adapt dgn kami. Sgt senang dgn kehadiran dia. Tapi dgn tiadanya en azimin, kami rasa lain macam sket la. Mungkin sbb dah terbiasa. Dan honestly, CEMBURU jugak sbb junior dah rembat lecturer kami yg best tu. AHAHA… (kan aku kata, junior sgt untung!) Junior semua! en azimin is one of the best lecturer u’re gonna eva had! Dan untuk warga studio aku : dun worry oi! kita berjaya pertahankan en mazlan disisi kita. AHAHA…. and then, ada sorang student dip dari Poli PD join kami. Tak tau nak panggil dia apa since he’s 6 yrs older than us. (tapi will it be counted?) harap en jamal (ahaha… finally aku bahasakan dia sbg ENCIK) akan enjoy bersama kami dan dpt teluskan diri dlm dunia kami yg sengal-sengal ubi tak berbatas ini. Dan yg sedihnya (really ke?) dua org ahli studio kami dah keluar sbb kena repeat design. Mereka join 1st year dan skang ada kat Lumut. (uuu… junior pi Lumut utk 1st trip habaq ang! Tiada khemah. Tiada hutan.Kamu mmg untung!!!)
  • Waktu meeting KRIS (Kelab Rekabentuk dan Inovasi Senibina) isnin lepas, ada sket hingaq bila kuarnya berita yg nama Ar_dent (stands for architecture student yg jugak merupakan trademark architecture kat UKM), akan ditukar ke nama lain. Kununnya, nama ar_dent tak boleh diteruskan since tak menepati misi UKM dlm memartabatkan bahasa melayu. Alahai, dah setahun aku hidup dgn brand Ar_dent. Senior plak, ada yg dah dua, tiga tahun ke hulu ke hilir bawak nama tu. Tup-tup nak tukar? No way, man! Bukan nak protes lah. Tapi aku yakin, semua lebih gembira kalau nama tu diteruskan. Dari pandangan aku, dgn tertukarnya nama Ar_dent kpd yg lain (Al-Kris maybe spt yg disarankan), ia cam cetuskan satu era baru dlm jabatan yg sedia nampak berubah sgt sejak semester baru ni.Tak syokla klu JSB jadi lain mcm nanti.
  • Fest Sena pon cam mula menampakkan sifat pembaharuannya. Mungkin akan direnovasikan menjadi lain macam dgn adanya ura-ura akan dikongsi dgn jabatan kejuruteraan. Hmm.. sedihlah macam ni. Fest Sena = Festival Senibina. Apa ertinya Fest Sena kalau dicampur gaul nanti? Masa aku 1st year dulu, minda kami dicuci bersih-bersih menjelang Fest Sena 06 : Resurrection. Kami diajar, bahawa FestSe
    na utk student senibina! Untuk merapatkan sesama kami dan utk mempromosikan JSB
    . Sekarang? Takkan minda kami terpaksa reset? Oh, tidak..tidak. Aku rasa tak seronok kalau junior (yg baru nak kenal-kenal JSB ni) mengenali JSB lain dari apa yg kami kenali.

Aku ni manusia suka komplen ke? Kenapa utk setiap perkara, aku tentu punya byk komplen dan pandangan? Padahal tak ada yg minta pon aku berbuat demikian. Hmm.. aku lakukannya secara sukarela. Aku sekadar meluahkan apa dlm minda aku. Sekurang-kurangnya, aku tak diam, dan mengangguk sambil membuta tuli. Dan sejujurnya, aku sgt sayang JSB. Aku sayang JSB yg aku kenali. Dan aku sebenarnya nak junior mengenali JSB sbg mana aku dan senior-senior mengenali JSB. Itu saja. JSB = Gerek.

MELAKA.
13-16 July, ada camp perpaduan kat Melaka yg tujuannya merapatkan semua ahli JSB. Tak payah nak cerita byk, camp ni best giler! Tapi aku wonder jugak kalau-kalau betullah misi suai-kenal senior-junior tu tercapai.

Hmm.. aku nak buat komplen lagi. Mmg! Mmg tak ada yg suroh aku buat ulasan percuma tanpa subsidi ni. Tapi aku sukarelawan yg ikhlas mau lahirkan pendapat aku.

Yang aku nampak, hubungan kami senior-senior (since aku, sbg student 2nd year pon tergolong sbg senior jugak) semakin erat. Mmg erat. Tapi hubungan junior-senior? Terjalin ke? Aku tak pasti sgt pasal ni. Sgt sgt tak pasti. Utk kebanyakkan aktiviti pon, junior cam ternggelam timbul. Yg beriya-iya tetap kami dan senior yg veteren ni. AHA… hmm.. tak salah meraka jugak. Sbb baru sgt kot. Malu-malu, segan-segan dan kekalutan masih blur dgn architecture. Tapi aku tak suka dgr kalau ada yg komplen betapa senior tak bantu junior. Dari zaman aku baru join JSB lagi, sikap senior kat jabatan kami ni mmg excited menerima junior. Sungguh ni! Aku pon dpt rasa betapalah byk senior bantu kami. Kdg2, kami yg bodoh sombong (segan sebnarnya) nak jumpa senior masa mula2 dulu, tapi senior yg terkedek-kedek dtg jumpa dan tgk kami buat keje. See, senior sgt helpful sebnarnya. So, aku tak suka dgr kalau ada junior yg kata senior tak byk membantu. Nak tau how helpful and warm they are, pegilah intai studio depa! (maybe la senior tahun 2 tak berapa nampak lagi kebolehan membantu sbb kami blom ada pengalaman dapat junior) tapi try lah senior tahun 3, dgn 4. Mmg 1st class dorang ni. Dorang sure bantu. But bear in mind lah. YOU go and find THEM!

Citer pasal Melaka lagi. Kami berkhemah kat Taman Rekreasi Ayer Keroh. Aku anti khemah (maaf). Bertambah benci klu dpt ahli khemah yg suka psycho aku. Tapi tak pe. Aku masih hidup walaupon di-psycho separuh mati. Aku benci makanan yg disediakan sepanjang camp. Aku dah maafkan org yg sediakan makan tu pd hari terakhir kami di situ. 3 hari kami makan nasik mentah (utk kesemua meal) dan tiga hari juga kami makan masakan tidak bermutu. Pon dah aku maafkan. Toilet? Okay, tadak hal. Aktiviti pon okay. Walaupon ramai yg komplen kata aktiviti tak padat dan byk gap waktu, aku rasa bahagia je. Sbb aku mmg suka aktiviti longgar yg membolehkan aku mengambil lebih byk masa utk pengurusan diri dan rehat. (tak guna punya aku!)

Best : terserempak dgn group dari KMJ. Rindu KMJ! Maka, berpeleseranlah aku dan ainul mlm tu dgn lecturer2 kami zaman matrikulasi dlu. Oh my god! Depa ingat aku lagi!

Camp tu mungkin aktiviti terakhir JSB yg abang is join (abang is = senior kami yg hebat. Yg telah membanggakan jabatan dgn pencapaiannya mendapatkan 1st class degree dan skang dah keje dgn Ken Yeang. Ken Yeang? OMG! Sgt proud dgn dia. Kira hustler Ar_dent ar tuh. ahaha…)

Aku suka mlm terakhir camp. Semua dok kerumun api, dan buat aktiviti berkenalan dgn junior. Abes pakat kena buli dgn sengalnya oleh kami. Dan yg aku nampak, kami senior-senior je yg lebih-lebih terujanya. Depa tak hepi ka? Hmm.. mungkin blom biasa dgn kegilaan JSB. U wont find it interesting joining JSB if u can’t make urself GILA-GILA like hell. (believe me). Dan yg bersuai-kenal pon, aku tgk kami sesama kami ja. AHAHA…!

Lepas tu! Abang is ni pi cadangkan men GORENG PISANG. Fomfuan lawan Lelakey! Lawak gila. Nak pecah perot, pecah suara, pecah hati dan pecah semuanya time main ni. Gila! Masing2 tammo kalah. Aku tak tahan tgk abang is punyalah pertahankan lelaki dan ainul dgn kak sue bertungkus lumus tammo kalah jugak. Part yg paling best….

(kamu tau lagunya gimana kan?)
(L) Hati apa… hati apa…hati apa sekarang..
(P) Hati Karma… hati karma… hati karma sekarang…. KARMA apa.. karma apa..karma apa sekarang..

(L)Karmasutra……Sutra apa..sutra apa… sutra apa sekarang.
(P)Sutradara… Dara apa..Dara apa.. Dara apa sekarang…

(L)Dara hilang…Dara hilang… Dara hilang sekarang… hilang apa.. HILANG apa… Hilang apa sekarang.. (ni part paling siut.HAR HAR HAR!)
(P)Hilang akal… AKAL apa..akal apa.. akal apa sekarang…

pastu aku dah lupa. Tapi yg pasti, bebudak lelaki jwp yg bukan-bukan dan main tifoo. Tak mengaku kalah plak tu. AHAHA! Sgt enjoy that nite. Terserlah sifat tak gentleman para lelaki kat JSB mlm tu. MIAHAHA! GIRL-POWERRR!!!!

Untuk cerita banyak-banyak, [KLIK]

Aduh, sakitlah badan aku. Aku demam lagi sebenarnya. Asyik demam je around 3 months ni. Entah la kenapa. Insyaallah esok buat medical checkup. Dah la Rabu ni nak celebrate kedatangan student dari Sudan. Then Khamis ni ada trip projek ke Terengganu 6 hari. (trip agi…) Mati aku! Sepanjang minggu plak sebok dgn assignment dan klas. Lemas sgt rasanya. Tapi tak mengeluh pon. Bahkan akan terus cuba bergembira dgn semua kesebokkan ni.

[note : tiada gambar since aku dlm keadaan tiada kamera. kamera kat workshop. kesian kamera kesayangan tertelan air asam. rasa diri sgt hina tanpa kamera. hanya tunggu gambar ihsan dari Adian nanti]

Terengganu, tunggu aku datang!

Makan & Minum Hangin

Posted by chika under Uncategorized
Esok…
Pagi….
Pagi-pagi… sepagi-paginya…
Akan bergolek turun dari bukit Kausar! Hooray!

Lama tak melakukan kegiatan sehat ini.Setelah lama berkereta lembu dan berkereta kebal ke kelas, akhirnya esok kami seangkatan akan bergolek juga menggunakan tenaga dua kaki kami. (sila baca intonasi gembira). Td aku macam merengek-rengek tak sudah kononnya tak sanggop kena berjalan esok pagi tanpa kenderaan. Tapi skang aku rasa tak salah lakukannya setelah sekian lama.

Sebetulnya esok ada trip ke Melaka! Hooray lagi! Eh, aku sonok sgt ke? Tak la sonok sgt since trip ni mcm tak menyempat-nyempat. Kot iyapon tunggulah kami tenang dulu. 1st day naik sem aritu, terus je lecturer bgtau pasal trip mengejut ni. Misi trip kalini utk sesi suaikenal junior-senior. Iyolah! Dah tiga ari junior masok, tp satu jasad pon aku lom knal. Ah, neva mind! I dun have the feeling of being a senior. Funny la nanti depa panggil2 aku ‘kak nurul’. Oh my god! I look too young utk diper’kakak’kan. am i? ayat seposen dua….

Gedebak…gedebik…gedebuk…
aku dah kat umah skang ni. Hantar kete. Td pas klas autocad, cabut balik cheras seorang diri hingga aku terasa mau teriak dlm kete. Atas sbb yg aku x pasti. Tp aku sgt malas nak ke Melaka esok. Dah la 4 hari! Dok khemah plak tu! Dan aku knal buang cop ‘anti-social’ kat jiwa aku ni cepat-cepat sbb esok, satu jabatan akn join the trip. Keluarga JSB tiba2 dah membesar. Macam belon kena tiup. Ramai jugak budak diploma yg baru daftar ke jabatan kami. ABANG-ABANG itu nampak sgt ABANG. Hingga aku mula sangsi kalau2 mereka akan terbeliak melihat aksi kanak-kanak hyperbola spt kami. Duh!

SAH! Aku mmg pemusnah intelek. 1st day sem baru, aku dah tertumpahkan air asam dlm tempat bateri digicam aku. Maksudnya apa? Maksudnya kamera aku dah mengecut. acah je! Kamera aku dah rosak! Langsong tak mau on lagi. Aku jadi gusar dan tak lalu makan. Tido pon tak lena. (oh, aku kelentong lagi!). Tapi sungguh ni aku sgt cemas tgk kamera kesayangan yg sudah kaku bagaikan mayat. Maka, ptg tu terus ke Alamanda. Tuih punya Alamanda. Satu kedai kamera pon tak boleh nak repair digicam aku. Selain melingkupkan kamera, aku juga telah menghilangkan pendrive terchenta. Tiba2.. baru ni tadi aku terjumpa dia ‘terbaring’ atas carpet dlm bilik aku ni. Maka, tersenyum agonglah aku. Mmg brengsek!

Okay, aku pemusnah intelek! Semua harta aku lingkup. Hati aku pon tak lama lagi lingkup. Bila lingkup, aku buang. Lepas buang, senang! Pasti tenang tanpa hati yg sakit lagi.

Beberapa anugerah untuk hari pertama semester 3!
Best icon : Shafiz. (fuh, sem ni sahamnya melonjak naik. Mula2 dpt rumet dari Bangladesh… then dilantik jadi ketua studio)

Berita sensasi : Shafiz dapat rumet Bangla!

Gosip hebat : Shafiz bakal anggotai Bangladesh punya persatuan!

Insan kronik : anuar @ Beb. (mmg xleh bantu dah dia ni. Makin menjadi-jadi aksinya)

Insan paling kejam : Beh Ssi Cze. (oh, ko mainkan aku eyh!)

Lecturer pilihan : masih encik mazlan & en azimin.

Pensyarah harapan pilihan : Encik Irfan (Fuh, lecturer autocad…graduan UIA yg boleh tahan sonoknya. Kami suka lec macam ni. Ala, yg membenarkan kami buat gila dalam kelas. Kami suka!)

Perkataan paling glamer : BANGLA.

Okay, aku dah dpt rumet baru. Impian nak sebilik dgn Farah tiba2 lingkup. Entah anasir luar mana yg rosakkan impian kami. Tapi rumet baru aku ni okaylah. So far okaylah. Dia student 3rd year. So aku memanggilnya kakak. Very the talkative one. Like me. But she did double! AHAHA!

Baiklah semua. Aku sudah update. Harap bergembira bersama hati masing-masing. Aku mau kembali ke UKM. Esok nak makan dan minum hangin-hangin yg ada di Melaka. Sampai kembung…..

1st Year : Flash Back

Posted by chika under Uncategorized

Hoi, Beylo!

Since aku terasa latest post adian sgt impressive (as for me), aku tergerak hati mau ikot jejak langkahnya. Atau erti kata yg lebih cincai, aku akan tiru apa dia buat. AHAH! (adian akan proud kan?) Congratz adian. Aku impressed! Jantung aku berdetak dgn lebih kencang ketika bergayutan di blog kamu tadi. Aku sesungguhnya terasa ada perasaan yg dlm.Pilu la, buk! Uhuks!

Esok, aku akan pulang ke UKM sbg student tahun 2. Kejap je setahon berlalu. Terasa baru benar aku muntah2 time orientasi. Terasa baru sgt aku pitam nak tumpang, pon time orientasi. Mula2 jejak UKM, sumpah aku rasa tertekan! Aku rasa mcm tak akan dapat adapt dgn campus life. Aku balik setiap ptg Khamis. Maknanya, aku berada 3 setengah hari kat kampus, dan 3 setengah hari lagi kat rumah. Proses hingusan ini berlanjutan selama satu semesta.

Insan pertama yg aku kenali ialah Miza. Rumet aku lah. To be honest, aku suka dia jadi rumet aku. Dia menunjukkan rekod yg baik sepanjang menjadi rumet aku. AHAH! Mungkin sbb aku jarang jumpa dia.Kdg2 berminggu-minggu kami tak bersembang. Bukan sbb ada masalah komunikasi, tp sbb kami jarang berjumpa. Pagi2, dia bgn nak ke kuliah, aku masih terlentang atas katil sambil membalot diri macam pau dalam selimut. Mlm2, dia tdo seorang sbb aku jarang balik tdo kat bilik. Aku hanya pulang ke bilik, jam 5 pagi. Bila nak bercanda? Mungkin sbb tu kot aku rasa hubungan aku dgn dia sgt bersih daripada masalah. Dia mesti tak pernah tau yg dia sebnarnya dah byk kali buat aku terharu. Pertama, dia slalu buangkan sampah aku yg mengalahkan pusat pelupusan. Bukan stakat buangkan ampah, siap gantikan plastik sampah baru. *setitik air mata terharu tumpah* Kedua, dia selalu tinggalkan note penting atas meja aku mengenai kolej. Sbb dia tau, aku takkan pernah tau apa2 mengenai kolej sbb aku adalah ahli kolej yg ‘halimunan”. *dua titik air mata terharu tumpah* Ketiga, dia rajin kemas bilik. Aku suka tgk kerajinan dia. Mmg mabeles ar dia ni. selalunya dia akan ubah susun atur meja study dia.Kejap ngadap tingkap, kejap ngadap dinding.Keempat dia hormat keadaan aku yg sentiasa keletihan dan butuh rehat. Dia tak pernah bawak kwn2 dia ke bilik sepanjang aku ada kat bilik. sebetulnya aku tak suka bilik aku jd pusat longgokan orang. Dari zmn matriks, bilik aku mmg bukan tempat bertandang. Aku juga tak suka bertandang ke bilik org sbb aku penat. Aku cuma mau berehat di bilik. Dan yg penting, dia seorang pembersih. Area dia sgt kemas. Aku suka. Dia mengingatkan aku pada Ain (rumet aku kat KMJ). Ain tu lagilah mak minah punya rajin! Hari2 susun locker. Tapi sad to say, aku tak sempat kenal Mizah. Sbb kami tak pernah went through a long talk. Sedih kan? Kami cuma berbasa-basi. Setakat berteguran dan bergelak sekadar memenuhi tabiat manusia normal yg bertamadun.

Kat studio plak, besfren aku yg 1st ialah Wani. Si tinggi lampai yg baik hati. Tiba2 awal sem dlu dia pindah ke Indon plak wat dentistry. Skang? Skang kat Indon ar! Saya miss kamu. Kamu promise mau kencan ke studio bila holliday tapi kamu tak pernah kembali pon. =( Stlah pemergian Wani ke Indon, aku secara magiknya, mula berpeleseran dgn Farah Diana. Tanpa kuasa sakti maupon kuasa bulan, kami jadi rapat dan mula menubuhkan rangkaian kuasa kami yg pertama iaitu The Datin Association. Dianganggotai oleh Aku, Farah, Ainul, Shida, Mek dan Wani (waktu awal pertubuhan kelab ni, Wani masih ada di UKM).

Lama-lama… aku mendapati kami semakin besar kepala. (haha! kepala besar macam labu!) Kami mula buat rampasan kuasa sikit demi sket dan macam org Belanda, kami jajah byk empayar tidak kuat. (apakah yg aku kelentong ini?) Senang cakap, kat studio tu, golongan pompuan mmg gila kuasa. (golongan pompuan merujuk kpd Aku, Farah dan Ainul sebenarnya aku rasa. AHAH!) Ingat agi, di awal semesta 1 dulu, macam2 kelab dan pertubuhan bawah tanah kami majukan. Antaranya…

  1. The Datin Association (motifnya xde lain nak berlagak hebat je. hina btol)
  2. Kelab Anti Arul (KAA) - masa sem satu dulu, aku anti btol ngan Si Arul sbb dia slalu mendatangkan masalah ke aku dan kaum kerabat aku yg lain. Dia bukan jahat. Tapi dia sgt merunsingkan. Dia adalah peminjam barangan org lain yg sgt maju. Dia juga adalah tukang usik yg hebat sampaikan kami bersepakat tubuhkan kelab ni. Paling buat aku rasa berkuasa, bila besfren dia bernama Pa8 sanggop join KAA. Skang encik ni dah tak ngetop lagi. Tu pon sejak dia berkasih-kasihan dgn studiomate kami, Sha.
  3. Mentor & Protoge - aku bangga sbb klab ni menjadi saksi penguasaan aku terhadap Encik Pa8. ahaha!
  4. DramaQueen - Terdiri oleh Aku, Farah dan Ainul. Kami mmg byk membintangi filem2 dan drama2 murahan juga yg sensasi sepanjang setahun di UKM.
  5. Toxicity - Ini tertubuh sebaik saja beberapa serangan jahat dibuat ke atas kami.
  6. Kelab Gosip - Ni mmg kelab paling aku sayang dan paling bermakna sepanjang aku di UKM. Ahlinya mmg ahli tetap.Takkan ada penambahan maupon pengurangan ahli. Harapnya begitulah. Aku sgt berdoa, kelab ini tidak akan dirombak sbb chemistry antara ahli sgt baik. Ahli : Aku, Farah, Enol, Mek, Adian dan Babe. Currently, inilah kelab paling bahaya kat studio tu. Kelab yg bisa menjatoh bgnkan studio. Uih, aku bukan ckp sembarangan. Satgi aku buktikan.

Berdasarkan kelab2 bawah tanah (yg pastinya akan diharamkan kalau diketahui jabatan), dah jelas betapa aku dan sahabat-handai sgt berjoli sakan di kampus. Kami bahagia begini. Kami mmg bukan student skema yg baik-baik. Kami mmg pencetus kontroversi yg tak disengajakan. Sepanjang setahun yg lalu, byk kontroversi dah tercetus. Waktu berdepan dgn kontroversi itu, kami sgt tertekan. Tapi bila dikenang, kami rasa hebat dan sensasi. Secara ringkas, mari flash back kontroversi TAHUN SATU :

  1. Mula2 dapat kete. Kete Kelisa Kuning kepunyaan Farah byk jasanya dan kami akan kenang sampai kapan pon. Kami buat gila. Berani2 gi berbuka puasa kat Kajang. Biasanya kami akan balik berjalan kaki. Tiap2 ari akan turun bergolek, dan mendaki gunong Za’ba yg sgt menguji stamina. Tapi kami bahagia brejalan pulang setiap jam 2 pagi. Berasa Farah, Adian dan Alif (oh, kenangan lama!) Dan aku ingat agi, setiap kali balik mendaki jam 2,3 pagi… walaupon penat dan mamai, kami ttp akan bersuka ria sepanjang perjalanan. BItu jam la nak buat lawak, nak bergurau senda nak buat lagak ngeri tgh jln yg sunyi. Indahnyer….. *bersinar mata sambil flash back*.Dan semuanya berakhir bila dapat Kelisa. Dan kami jadi hyper kuasa doploh sejak kehadiran Kelisa comel.
  2. Kes Kelisa accident. Menimbulkan salah faham antara pihak kami (yg menyebelahi Farah hingga ke titisan darah terakhir) dgn satu lagi pihak di kalangan teman-teman studio kami sendiri. Akibatnya, studio jadi sepi beberapa waktu. Sepi disebabkan tragedi ni bukan main-main wooo! Tragedi ni makan ribu-ribu ringgit. Sila [KLIK SINI] untuk flash back penuh tragedi cekik darah ini.
  3. Hubungan dingin dgn satu pihak ni. Abes satu studio terasa tempiasnya. Ni adalah efek dr kemalangan Kelisa. Geram punya psl
    , kami yg selalunya jadi tukang tapau makanan utk berbuka puasa mula tunjuk perasaan. Kami mula tunjuk taring dan tanduk buat julung2 kalinya. Kami tekad takkan sediakan makanan berbuka puasa lagi utk warga studio. Kesian gila. Aku tatau camner time tu boleh tergamak kami wat camtu. Menapak la masing2 ke Kausar carik makan sedang kami tetap bersuka-ria makan enak-enak. Dulu sebenarnya kami tak pandai makan kat luar. Tapi sejak kes dendam kesuma, kami mula makan kat restoren luar. Dan terjadilah satu kes lawak gila. Sampai aku rasa sakit perut diingat-ingat balik. KAmi pernah gi tapau KFC balik fakulti utk berbuka. Tapi kami beli sorok2. Makan kat tingkat atas lagi tu. Ya Allah… punyalah lawak klu diingat balik camner kitorang pasang strategi tammo org tau kegiatan seludup KFC ni. Jahat sungguh.
  4. Gaduh! Ni mmg byk. Satu gadoh ngan pihak tu. Pastu pihak tu pulak. Pihak lagi satu plak. Eh, pihak tu lagi! mmg banyak ar! Dan gadoh yg agak CEMERLANG dan TERBILANG ialah ketika projek platform. Tammo ulas byk. Nanti ada pihak nangis menonggeng-nonggeng rasa terhina.
  5. Gaduh lagi! Ni plak kes serang-menyerang secara solo yg akhirnya berlanjutan selama beberapa bulan. Mmg perang dingin paling besar dlm dunia. Efeknya satu studio rasa.
  6. Kes Fest Sena. Ni plak kontroversio antara 1st year dgn senior 2nd year. oops! past is past. But one thing to say. Kalau satu hari nanti aku kan tinggalkan UKM, aku mungkin kan lupakan beberapa perkara dan peristiwa pahit. Tapi YANG INI… NEVER! Kami sentiasa bergembira dan mepermainkan setiap masalah, tapi utk kes ni, kami tewas. SANGAT TEWAS!
  7. Pengembaraan ke Saujana Impian. Kami pernah jadi pengembara + pengemis buta di Saujana Impian mencari sesuatu yg sgt kami perlukan. Pon aku tak berani nak tulis pjg. Takot menyentuh beberapa perkara sensitif.
  8. Kes Olympiarch. Fuh, byk masalah dalaman. Sampai kami jadi bertambah jahat. Sampai aku rasa sgt letih dgn semua kejahatan. Org jahat disekeliling mmg membentuk kami punyai sifat jahat. Syuh, pegi mati semua org jahat!
  9. Masa kat Lawatan ke Lumut, kami pernah berjoli guna kete lecturer. Semuanya demi sebuah agenda BERLAGAK KAYA. har har har!
  10. KAmi penah hilangkan drill lecturer time projek platform. Apa agi, sbg manusia bertamadun dan reti bahasa, kami pon tong-tong beli drill baru. Sakit jiwa jugaklah pikir nak settle prob ni. Tapi berjaya diatasi dan berjaya diganti semuala lalu membuatkan En Azimin gembira sbb bukan sj dapat drill baru, malah dapat yg lagi mahal, baik dan lengkap dr yg kami hilangkan.
  11. Kes Diesel. Malas cakap lagi!!!!
  12. Kes Farah ter-lock stereng kete dia sedangkan kunci lock tu ada kat umah. Abes kena tinggalkan kete kat Warta dan nasib baik ada chee Way. Kami naik Mazda tu berhimpit 7 org macam sardin.Pakat cramp kaki sampai studio.
  13. Kes Farah blajar bawak moto dan hampir merempuh studio. Fuh, aku tak de time peristiwa tu tapi mendengar desas desus dah cukop buat aku rasa cuak.
  14. eh, sebnarnya byk kontroversi yg sgt peribadi. Aku tak berani nak tulis. Gigil, woi! cukop!


Jalan-jalan.

Architecture best tak? Klu org tanya aku, antara jawapan aku mesti camni. Best. Boleh jalan-jalan mkn angin sesuka hati. Sebabnya, setiap sem kami akan ada satu trip wajib. Setakat ni, kami dah ke Port Dickson (project shelter) dan lumut (project Gallery). Tu trip wajib, blom masok yg tak wajib dan yg tak digalakkan lagi seperti ke Alamanda (sesi supermodel), ke Warta setiap kali free, ke Midvalley, Secret Recipe (wajib setiap kali mengidam), ke Mines, Metro Kajang dan beberapa restoren sekitar Bangi. Tapi dpt aku rumuskan, untuk tahun satu, destinasi peberet kami ialah Putrajaya dan restoren pilihan ialah Pelamin. Kami penah buat gila satu mlm tu. Konvoi ke Putrajaya padahal waktu tu bz dgn projek final. Bukan setakat berpoya-poya, tapi kami sebnarnya buat lawatan ilmiah.Dan sebetulnya, tu lah satu-satunya lawatan ilmiah yg kami buat. sbb kami study bangunan2 kat situ. Gila! Gila! Paling gila bila kami dapat bergolek atas rumput depan Palace Of Justice. Aku harap dapat lakukannya lagi! Dan utk rekod peribadi, aku ada ke Putrajaya secara underground tanpa mengira masa dan kedaan. Alahai, sgt suka Putrajaya!

Untuk esemen plak, byk lawatan kami dah pegi.
Bermula dgn melawat tapak binaan tak jauh dari KLCC

Mmg bes cakap lu! Merasa la kami duduk semeja dgn kontraktor2 mulot cili api tu. Dan lawatan ni mmg sgt bermakna sbb ni lawatan pertama kami pergi dgn sendirinya. Dahla masok tanpa kebenaran dan surat jabatan. Mmg risk taker.

Seterusnya, lawatan ke Menara Celcom. Ini utk esemen Building Services. Lain yg lecturer suh study, lain yg kami study. Hasilnya, report kami jadi lain macam! AHAHA… Tp one thing for sure, lawatan ke Menara Celcom sgt best. Dapat masok ke dlm bilik2 AHU dsb yg dilarang org awam masok. Bertuah btol! ekekek… tapi kami ni kan songsang sket. Bila dpt peluang masok ke tempat2 larangan camtu, kami jadi extra-teruja. Hasilnya, kami bukan lbih terdorong mau study, tapi terdorong lebih utk berposing-mania. Sampai semua org yg pernah guide kami sepanjang semua lawatan tersenyum-senyum tgk kami.

Selain tu, kami pernah ke Pusat Seni Negara. Konon nak carik info pasal artist, tapi padahal kami melentok beramai-ramai dlm library kat sana. Leteh ooo.. waktu tu baru abes Fest Sena .

Yang menarek juga ialah lawatan ke UIAM utk melihat final projek student UIA dan ke UTM City Kampus utk bertemu a world class architect, Mr Mario Botta.

Dan yg terbaru, kami ke UTM, Skudai. Untuk Olympiarch yg rox!

Malangnya, jemputan ke DEX06 ARCHITEX06 di KL Convention Centre tak dpt kami sertai semalam sbb masing2 ada percanggahan masa. Sayangnyerr….

Sahabat.
Sepanjang setahun, aku bersama sahabt-handai yg sgt gerek. Aku slalu berkami-kami dlm contengan aku. Kami tu mostly boleh dirujuk kepada : Aku, Farah, Ainul, Mek, Adian dan Beb. Kami 6 orang besfren. Satu angkatan yg toxic. Kenapa kami mau stick berenam? sbb kereta hanya muat utk 6 orang! ahahah…. Tapi setelah aku ada kete, adian pulak rajin bawak Waja atau kadang2 CRV nya, maka kami dapat sumbatkan skuad sampingan kami seperti Kembar (Ya dan Ai), Shida, shah Wonka, Wan dan Guan (he’s the chinese guy yg close dgn skuad kami). Deeply inside, aku sgt syg kesemua mereka. Lagi2 skuad toxic yg 6 itu. Kami kongsi semua gosip bersama. Kegagalan berkongsi gosip dikira sbg menghina akta - gila gosip dan tamak. AHAHA

>Aktiviti.
Dapat dirumuskan, sepanjang setahun bergelar 1st year student, aktiviti kami hyper2 belaka. Antaranya yg rutin :

  1. Makan sama-sama.Siang di cafe, malam di luar. Kegagalan salah seorang menghadiri jadual makan bersama, akan menjadi persoalan besar antara ahli lain.
  2. Poya-poya ke mana sahaja, sesuka hati, tanpa mengira masa dan keadaan
  3. Pegi pasar mlm, pulun secara tong-tong dvd/vcd pirate dan buat tayangan perdana kat studio. Dan setakat ni, tayangan paling best dan mahsyuk ialah tayangan Panggil Namaku 3 Kali dan Rumah pondok Indah yg dibuat secara serentak. Kami berkepit sesama sendiri akibat takut tgk citer seram tu kat Bilik Seminar. Selain tu, aku suka waktu tayangan Me Vs High Heels. Sbb kami menonton dgn sgt selesa. Guna toto Beb, balut bdn yg sejuk, dan duduk ramai2 dgn tenang sekali.
  4. Kerumun laptop Adian sbb laptop dia merupakan laptop paling menarik isi kandungannya. Kalau terlepas award, pasti kami serbu nonton yg dia donlod. Selain tu, boleh dapatkan mp3 lagu baru dan tgk video clip juga iklan2 underground yg menarek. Dan iklan paling menarek edisi FIRST YEAR yg dipertontonkan oleh Adian ialah iklan ‘Use Condom’. Gud job, bro!Aku juga masih ingat iklan Nutcracker yg lucah itu.
  5. Merepek, gelak, merepek dan gelak lagi. Kalau kami duduk je sama-sama, mmg pakat hingaq studio. Boleh runtuh fakulti. Kami suka bergosipan dan menokok tambah cerita kasi lebih kretif dan lebih jenaka. KAmi juga suka bermain sambong lagu, bermain bina perkataan dan bermain game-game yg berbaur sedikit sensitif dan terlarang. AHAH
  6. Buat video clip, posing, dan buat poster filem edisi kami yg perasan (ni adian buat!) aku pernah diposterkan sbg jennifer garner utk filem Spiderman. Hiks!
  7. Buat aktiviti banteras maksiat. (ooppsss….)
  8. Tdo kat surau! Ni mmg kegiatan plg berleluasa antara golongan wanita. Best tau surau fakulti kami. Besar, bercapet enak, berair-cond dan sunyi. Lagi2 pukol 3,4 pagi tu mmg mahsyuk sgt ar surau tu.
  9. Main badminton cara paralimpik. Ni idea ainol. Semua idea cacat-cacat gini mesti idea inol. Tapi since ramai sgt dah terjerumus bermain badminton, kami dah tinggalkan aktiviti ni. Kami skang lagi suka men karoke sbb laptop adia juga menyediakan disko yg boleh tahanasyiknya.
  10. main moto! ni dulu ar. Seblom perindustrian kenderaan maju dlm hidop kami, kami hanya main moto. Aku taklah pernah bawak moto. Aku bertenggek belakang je. Dulu tiap2 malam akan balik konvoi naik moto. Best gila.Sgt happening. Org gila pon tak best camni. Moto yg berjaya ialah moto Ainul (penunggang peberet aku), motor mek, Guan, Alias, Beb dan Afiq Palapes.

Event Of The Year
Beberapa event menarik dalam jabatan kami.

  • Lawatan ilmiah dari pelajar Sudan. Kami sambut gilang-gemilang. Memandangkan kami masa tu fresh lagi dlm jabatan, semangat bukan main lagi.

(untuk program ni, aku join modelling. pakai baju kadazan yg seksi gila. sumpah, tammo buat lagi!)
  • Festival Senibina (FEST SENA) - Ini acara tahunan jabatan kami. Mmg wajib dibuat utk meraikan senior dan menyambut junior. Kami kira ni sbg acara paling kontroversi sbb beberapa ketegangan berlaku antara junior dan senior yg akhirnya mendapat campur tgn ketua jabatan. Pakat kena berbijik-bijik dengan ketua jabatan. Mmg taubat nasuha, tak buat dah.Tapi aku syukur sebnarnya. Lepas perang super-saiya, hubungan kami dgn senior jadi extra rapat. Sgt2 rapat. Itulah hikmahnya kot.
(aku dgn group aku - Group Lembu Moo - waktu ni aku lah jadi bahan yg kena pakai costum berfabrikkan plastik sampah, kerta surat kabar, butter paper, kotak dsb nya. jijik btol aku kelihatan tp pengalaman yg menarek!)

  • Projek pertama, ARCA. Gabungan kesemua batch. Kali pertama aku tgk krit session. Pertama kali aku tgk lecturer hina-hina student. Gigil gila aku time tu. Skang dah biasa kena hina. ngee =D
(kak kathy present utk group aku)

  • Observation Platform ! - ini projek paling aku sukai. Aku rasa, semua kami pon suka projek ni dan ni antara projek yg menjadi kebanggaan batch kami. Juga kebanggaan lecturer kami. (mana tak bangganya, dah byk bergolok bergadai ringgit msia demi mendapatkan kayu-kayan dan peralatan cekik darah. erk!)

  • Lumut Site Model - selain observation platform yg dibina scale 1 to 1, kami Site Model yg besar gila ini juga menjadi kebanggaan kami dan lecturer. Berhempas pulas menyiapkannya. Tapi sepanjang membuat site ni, kami sgt gembira. Best gila. Klu boleh nak keadaan studio sellau camtu.

Perancangan Tahun 2.

  1. Basoh kete setiap Jumaat kat Burhan. Jahat gila idea ni. ada ke nak rembat air free kat Burhan. AHAH..tapi walaupon Burhan tu serba tak digemari oleh aku, tang kemudahan cuci kenderaan tu, Burhan mmg first class. Kami penah sekali buat pesta air kat Burhan.
  2. Tubuhkan Skuad Detektif Konon (kesinambungan Detective Conan)

Sudah sakit otakku yg tidak berdosa ini dipaksa-paksa recall memori setahon lamanya. Byk dah aku flash back. Macam halilintar jari aku menaip. Tapi aku yakin blom complete. Byk yg aku dah terlupa dan tercicirkn dari ingatan. Oleh tu, boleh baca A year after : Retrospective oleh Adian Rasa sonok plak buat penderaan otak camni. At least aku dapat rasa balik pahit maung setahun jadi architecture student. Afterall, aku masih tak menyesal dgn architecture dan aku sgt kasihkan UKM. Harap tahun 2… kami lebih sensasi! ahahah… selamat datang junior!

Untuk aku (bukan untuk kamu!)
Setahun yg peribadi : Secara peribadi, aku akan simpan beberapa nostalgia yg sgt peribadi buat aku. Terima kasih kerana mampu matikan semua ulangtayang kenangan pahit. Aku rasa semuanya dah betol2 sampai ke akhir episod. Tah la. Aku tak mulakan. Tapi aku rasa sgt sedih nak mengakhirinya. aku harus bersedia, lalui semester 3 sama spt aku lalui semeter 1. Harapnya kenangan pahit yg dah dibunuh tu tak hidup lagi. Aku takkan bahagia klu aku masih chentakan kenangan. Semua dah berakhir. Aku bukan sedih sbb aku MAHU ia, tapi aku sedih sbb aku MASIH PERLU ia.Tu pon dah jadi kenangang. Kenangan tak berfaedah.Abes.

bye, Beylo. Aku kembali ke kampus ptg ni bersama brg2 aku yg byk. Macam nak pindah teros. Sahabat semua! jumpa di Kolej Pendeta Za’ba ptg ni! Mlm ni kita kencan yuk!

Penat menternak & cucuk tanam

Posted by chika under Uncategorized
sebelom breakfast

Pagi tadi, ibubapa bersepakat menyindir aku. Ibubapa belom lupa tragedi tu. Ibubapa masih mengungkit benda gila tu. Tapi aku tak terasa apa-apa sgt. Sebaliknya aku rasa lega sbb sekurang-kurangnya aku tau, sekarang ibubapa tidak marah lagi malah menganggapnya lawak jenaka semata-mata. Aku rasa bahagia skali kerana mampu membuat lawak tak tersengaja itu lalu membuatkan ibubapa (juga adik-beradik) bergelak sakan pagi tadi.

Bunda : Isi minyak kete blom?
Ayahanda : Dah.
Bunda : Bukan kete awk, kete anak awk.
Ayahanda : Oh, kete dia? (sambil seblah mata jeling ke aku yg tersepok tepi pintu tadah tgn kauk sindiran)
Bunda : Ye la. Ahad ni da nak balik ukm. Jgn kasi dia isi minyak lagi!
Ayahanda : Hmm..kete dia tadak hal. Pakai minyak murah je. Kete dia pakai Diesel.. canggih! Isi RM50 satu tong besar Diesel boleh dapat…!
Aku : *terkedu. langsong diam. Rasa cam tercekik tulang*
Bunda : AHAHAHA! Ha ah, lupa plak … dia pakai Diesel… murah….
Ayahanda : Jap lagi pas sembahyang Jumaat saya isikan Diesel penuh-penuh.
Bunda : HAHAHA!
Suara Puaka Menyampok : AHAHAHA!

Tiba2 ada suara puaka tumpang gelak. Aku yg tadi diam sbb terasa cam tercekik tulang pon apalagi, terus jadi wrestler amatur dan ligat je kasi debik laju-laju kat badan ’sehat’ budak tu. Kalau ibubapa mau main sindir-sindir… silakan. Tapi kalau budak Del tu, mmg mintak kena debik ar jawapnya. Selamba mak minah je dia join sekaki sketsa sindir-menyindir ibubapa.

Haizdel si tumpang sekaki : Abah takyah susah-susah isi… biar adek isikan. Adek isi minyak…. rambut adek! Huah huah huah!!!

See! So, tak salahkan kalau aku bagi dia breakfast makan debik aku sesuap dua pagi tadi? Tak salah kan? *beylo : haa…tak salah… tak salah….*

**********

Selepas Breakfast.

Di sebuah stesen minyak berhampiran kediaman aku….

Haizdel si batu api : Abah, salah lah!
Ayahanda : Salah? Apa yg salah?
Haizdel si batu api : Bukan kat sini… abah patot pegi kat pam Diesel, belah sana!
Ayahanda : Eh, btollah… ni kete abah. Kete abah pakai Petrol je. Tak canggih cam kete org tu.
Bunda : Tah adek ni. Ni kan kete abah. Kalau kete orang tu barulah pakai Diesel. Kete kita mana canggih cam kete dia…

Aku : *berbulu*

Ayahanda : Dah takde dah zmn skang ni kete pakai Diesel. *abah mula siyes*
Haizdel si batu api : Adalah…
Ayahanda : Eh, ha ah.. abah lupa. Adalah… *abah kembali tak siyes*

Aku : *Berbulu-bulu*

Sumpah! Kalau bukan dek kerana keterpakasaan di hari muka, aku takkan sesekali isi minyak kete dgn tgn aku sendiri. Duit pon sep! Huh!

Untuk yg rabun-rabun ayam, masih samar tentang cerita ni, sila rujuk TRAGEDI ini. Tentu faham. Tentu kalian juga rasa ghairah mau sertai kelab sindir-menyindir yg diasaskan oleh ibubapa aku. Sapa join kelab tu, aku racun dia! AHAHAH!

**********

Aku rasa tak bermaya beberapa hari kebelakangan ni. Bukan demam. Sehat walafiat. Ah, aku ni cakap macam orang bagus-bagus je. Padahal aku tau sebab-musababnya kenapa aku hilang mood beberapa ari ni.

  1. Semesta baru dah nak mula. Cam bese. Pas lalok cuti lama-lama…duduk goyang kaki atas sofa sambil kunyah makanan-makanan enak, sambil nyonyot eskrem batang… mmg aku akan liat nak kembali ke rutin kehidupan student yg hyper-bz. Tp aku tak kata aku tak suka nak sambut sem baru! AKU TAK KATA! Aku cuma saja suka nak bebel percuma. Tapi sungguh, bik! Aku rasa sgt malas nak mulakan kembali kesebokan hidop lepas lama berpeleseran di rumah. Habis arrr!!! Pasni dah tak dpt follow drama Malin Kundang. Kecundang ar aku jawapnya…. Chika Kecundang!

  2. Badan aku rasa sakit-sakit. Maybe posture yg salah kot. So aku rasa tak bersemangat. Waktu-waktu sakit badan camni, tingat plak kepala hotak ni ke kampong halaman. Kalaulah kat kampong, kata sakit sket je, sure mencecet lah ada tukang urut mai umah maktok aku panggil. Orang KL urut tipu-tipu. Setakat urut pegang-pegang, aku pon boleh! Pegang sana, pegang sini… dah kena lima puloh hengget. Tuih btoi la!
  3. Aku rasa tak sehat sbb psikologi aku terganggu oleh beberapa perkara. Tak mau cerita. Tapi aku letih btol melakukan beberapa usaha murni
    ni yg nyatanya tidak mempan. Huh, percuma aja deh gwe lakuin itu ini! Capek! Capek tau ngak???! Aku rasa, apa yg aku baca kat horoskop Friendster ngok tu, ada btolnya jugak. (dun get me wrong. aku bukan peminat setia horoskop). Tapi tak salah aku ikut kan apa yg dia nyatakan. Something like this : Apa yg aku usahakan dah cukup. aku patot berhenti skang dan bagi laluan utk pihak lagi satu utk bagi komitmen pulak. Umak aih! Sakit perot aku bila ada pihak kedua yg terlibat. Eh, ni kes apa plak yg horoskop tu bualkan ni? Siap ada pihak kedua plak….
Dearest Beylo : aku lama tak ngadu domba ke kamu kan? aku pon dah jarang jenguk-jenguk kamu. Aku sgt tak bersemangat skang ni. Harapnya naik sem baru isnin ni, aku tak berterusan dgn mood ‘anti-social’ aku ni. Tah dari mana plak aku dapat mood ni. Tp aku rasa, lama jugak aku ber’anti-social’. Satu je yg aku nak bitau ko Beylo. aku rasa letih yg sgt. Padahal aku tak buat apa-apa pon. Aku tak bercucuk tanam, menternak biri-biri maupon bersawah bendang… aku cuma terkinja-kinja menikmati cuti bersama keluarga sahaja. Hang out di luar jugak tidak. Semua xtvt indoor je.Tapi aku rasa letih. Sbb pikiran aku penat kot.

nite, Beylo. Aku sgt ingin nak memicit sms… lontar ‘gud-nite’ sebijik dua ke sesiapa. Tapi aku sgt bencikan henfon buat masa ini. Henfon dah mcm musuh ketat aku sejak 2 hari ni. Mungkin sbb terlalu mengharap enpon akan berbunyi (tapi enpon yg ditenung, takkan sesekali berbunyi iya kan?). Tapi malangnya.. dia dah rosak! Dia tak berbunyi pon! Dia langsong tak keluarkan apa-apa bunyi. Iya kan dia dah rosak?? Kalau aku beli enpon baru pon, tentu enpon tu rosak jugak. Sbb enpon milik aku takkan sesekali berbunyi ketika ini. Aku tak tau kenapa. Kenapa? Kenapa enpon yg namanya kepunyaan aku semua rosak tak berbunyi? semua tak berbunyi dalam minggu-minggu ni. Kalau berbunyi pon, bukan bunyi yg aku mau. Bunyi alarm yg paling hina je dia kuarkan. Rosakkan enpon aku? Rasa nak baling! *eh, sayang… beli mahal…* Ketok pon jadilah! Nak blah. Nak pegi ketok henpon kasi berbunyi.Kalau selama ni dia tak berbunyi-bunyi tanda ada panggilan atau sms best, sekurang-kurangnya mlm ni aku nak bagi dia kuarkan bunyi kena ketok.

Selamat kena ketok!

Saya sayang mulut

Posted by chika under Uncategorized
Aku terpikir kalaulah aku ni manusia tak bermulut…
Awww! Igauan ngeri. (nightmare kata omputeh)
Aku terpikir jugak…. kalaulah aku ni ada mulut…
Tapi tanpa suara.
Awww! Trauma! Trauma!
Sememangnya aku seorang manusia yang menghargai kehadiran mulut.
Saya sayang mulut.

Mulut membolehkan saya bercakap macam-macam. Spt seorang yg hebat.
Mulut membolehkan saya menengking manusia-manusia yg tidak digemari.
Mulut juga membolehkan saya membuat aksi ‘muncung’ supaya manusia yg tidak digemari mendapat signal kebencian saya terhadap mereka.
Mulut membolehkan saya menyanyi kerana gembira, dan menangis kerana duka.
Mulut juga membolehkan saya kehulu kehilir menghasilkan bunyi-bunyian penyeri alam.
Dan khidmat terbaik mulut adalah membolehkan saya makan kesemua jenis makanan lazat dan berkhasiat (dan tidak berkhasiat juga)

Tapi kadang-kadang, aku rasa nak lempang mulut yg byk berkhidmat ni. Rasa nak tanggalkan dan buang dalam tong sampah di luar pagar. Lagi menarik kalau aku memiliki mulut yang boleh pakai buang. Pakai bila perlu, dan buang bila tak mau. Oh… hina dan dina berkata sebegini. Seperti tidak mau bersyukur. Astaghfirullah. Kamu dun worry lagi! Aku sekadar menyonteng rasa yg dlm. Kamu pon lagi tau kalau aku tak akan boleh melakukan kesemua imaginasi tingkat tinggi sedemikian rupa.

Aku bual apa nih?
Aku bual-bual kosong!
KOSONG itu maksudnya tidak punya isi.
Jadinya, contengan kali ini adalah sia-sia belaka.

Aku rasa tertekan dan saiko tanpa dapat berbual-bual.
Sekarang aku betul-betul tak pasti, samada aku punya teman berbual atau tidak.
Keindahan hidup adalah ketika berbual-bual.
Aku suka berbual.
Aku rasa mau berbual panjang dgn seseorang.
Lagi enak… kalau aku mampu temukan seseorang yg bisu tapi boleh mendengar.
Nanti aku dapat berbual seghairah yg aku mau. Dan tentunya dia akan mendengar seghairah yg dia mau juga.

Sebenarnya, aku rasa runsing bila ada sesuatu yg nak aku cakap, tapi tak termampu-mampu. Bukan sbb aku tak berani, tapi aku tak berpeluang. Bengangnyer! Rasa nak sepak semua batu-batu di jalanan sambil menyonyot ais krim malaysia doposen. Agak-agak dah berdepan dgn manusia yg tak digemari, bolehlah aku menendang batu-batu tersebot ke mukanya. Tentu insiden ini menarik jika direalisasikan. Haaaaa! Aku berfikiran jahat lagi!! Tapi aku tak kira, aku mau sambong angan-angan jahat aku.

Kalian pernah dengar tak cerita pak pandir? kancil dengan buaya? gadis penjual susu? AHAHA… kesemua itu merupakan cerita kegemaran aku. Apa yg nak aku bualkan kali ni, tak ada kena-mengena dgn cerita-cerita tersebot. Tapi manusia yg ingin aku bahankan malam ni, boleh dikatakan memiliki separa sifat Pak Pandir (yg bodoh-bodoh alah). Juga separa sikap Kancil (yang cerdik tapi menjelikkan), juga sikap Buaya (yg buas tapi mudah dipermainkan). Dan paling sensasi, memiliki sikap Gadis Penjual Susu (yang ambitious tapi hampassssss pon tak de). Aku kasihan pada si MANUSIA itu. Aku mau bantu dia, mau hulur tangan menyelamatkan dia daripada kesemua ’sifat-separa’ itu, tapi aku takot tgn aku kotor dan menjadi jijik kelak. Lagipon, aku dah mula mual dgn perlakuannya akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah seorang manusia lain (yg sgt byk merugikan peruntukan masa aku) semakin ghairah membantu Si Separa itu. Bak balik semua masa yg dah aku korbankan! Ganti balik masa aku! Ganti! Tiba-tiba aku rasa seperti menjadi mangsa keadaan. Aku tak suka jadi mangsa, sbb aku lebih biasa menjadi pemangsa. Tapi berada di kedudukan sbg mangsa tidaklah seburuk mana. Malah terasa spt seorang gadis baik-baik yg teraniaya dan mendapat sanjungan masyarakat suatu ari nanti. (maka aku yg kununnya menjadi mangsa ni pon tersenyum kepada semua orang jahat yg menganiayai aku.Berlakon innocent la konon)

Tentu masyarakat setempat menjadi tertekan kalau aku berubah menjadi seorang gadis yg sgt baik dan pendiamkan? Tentu semua orang tidak senang duduk, malah akan hingaq berteka-teki tentang kebaikan dan sifat diam aku. Apa aku mmg bukan orang baik? Bukan ke? Kalau benarlah bukan, satu hari nanti tentu aku akan racun semua orang! Jaga kau! AHAHA! Aku sudah bosan mau dengar sana-sini orang dengkikan aku yg tak punya apa-apa ni. Aku dah penat nak telan kata-kata org yg menuduh aku sombong. Aku muak! Sekarang, semua orang boleh kata apa-apa je mengikut keselesaan mereka. Aku sudah immune.

Dan sesungguhnya, manusia yg paling byk dengkikan kamu ialah teman-teman rapat kamu sendiri. Berhati-hati dgn mereka. Musuh itu adakalanya tidak berbahaya lagi, kerana mereka menunjukkan kebencian mrk secara terang-terangan. Tapi hasad dengki teman-teman rapat? Kita tak nampak…

Kedengaran macam seorang gila kan contengan aku kali ni?
Dah la.
Orang gila tak boleh berbual lama-lama.
Orang gila tak boleh keluar mlm.
Aku cabut dulu!

1,2,3…. cabutttt!~