Archive for June, 2006

Ahli Silap Mata

Posted by chika under Uncategorized
Semalam…
Waktu aku menconteng arang tak tentu hala di sini..
Aku cuma bebel percuma tentang semua magik yang aku heboh-hebohkan.
Hari ni…
Aku pasti dgn perasaan pelik aku semalam…
Kehidupan mmg sebuah magik…
Di mana kita semua adalah ahli silap matanya…
Tak syak lagi, manusia mmg punya kepandaian untuk buat magik.
Dan hari demi hari…
Aku terasa makin ajaib semua perkara yang menyerbu masok dlm kehidupan aku.
Oleh itu, patot berbangga kita semua…
Kerana kita adalah ahli silap mata yang pandai me-magik-kan kehidupan sendiri.
*sekarang boleh tepok tangan kuat-kuat*


Ptg tadi, ke kenduri lagi. Kan dah aku bilang, semuanya ajaib-ajaib belaka agenda hidup aku kebelakangan ni. Nampaknya, aku makin kerap menghadiri kenduri kawen. Yang sebenarnya merupakan majlis keramaian yg paling aku tak gemari. Tapi memandangkan aku kena temankan bunda, aku pergi jugak dgn terhegeh-hegehnya. Kalau smlm, aku naik hangin sbb terpaksa park kereta sebatu jauh, hari ni aku ‘NAIK HANGIN SANGAT’ sbb kena park dua batu lagi jauh. Dan aku dah bagitau bunda time kami terkedek-kedek menapak mendapatkan kereta yg dua batu jauh dari rumah pengantin. Aku bilang pd bunda, kalau esok2 ada kenduri lagi, kita park kereta depan rumah dan menapak je dari rumah ke rumah pengantin. Bunda mengiyakan.

Majlis hari ni, biasa-biasa je.Perasaan masih plain. Cuma mata ni je yang berlagak sensasi sket hari ni. Macam2 orang aku dpt tgk hari ni. Termasoklah peminat-peminat fanatik zaman hingus meleleh dulu. Jugak senior2 lama alam persekolahan. Tiba2 terjatoh pulak pandangan aku ke sorang lelaki yg tgh makan bukan sket punya selera. Serta-merta aku tingat peristiwa kem pengawas masa aku tingkatan 1. Masa dlm bas nak ke pusat kem, lelaki tu duduk belakang aku. Macam2 dajal dia buat kat aku dgn member seblah aku. Sampai harini aku ingat. Dan terasa nak lontar semangkok dua periuk belanga ke muka dia. Tapi tak apalah. Lain kali je aku buat camtu. Hmmm… lagi satu! Ni pertemuan yang bukan magik. Sbb pertemuan ni kalau bukan dgn kuasa magik pon boleh berlaku. Aku nampak Fauzie. Member lama yang sgt baik. Kebaikan dia tu sgt konsisten. Dulu, kini dan selamanya dia akan menjadi lelaki baik. Aku yakin. Dan aku blom jumpa mana2 lelaki yang boleh gugat kedudukan dia sbg lelaki paling baik dlm senarai sahabat handai aku. *aku bukan buat promosi atau lelong barang, anggap je ni pengiktirafan aku buat dia yang dulunya sgt rajin kalau disuruh tapaukan air dan seludupkan ke dlm kelas*


Yang aku perasan…. Pengantin sekarang ni suka pilih tema purple. Kenapa? Ada fakta menarek ttg ungu ke? Atau feng-shui berpendapat ungu itu tanda murah rezeki, anak ramai dan kebahagiaan tak bertepi? Atau pengantin nampak lebih ganteng dgn pakaian ungu? Atau terpengaruh dgn filem Ungu Violet? Atau suka-suka memilih ungu? atau… atau aku terlalu menyebok mau memikirkan isu seposen dua yang tak de maknanya ni? Okay, jgn persoalkan tentang ungu lagi. Mungkin itu hanyalah salah satu magik yang berlaku dlm kehidupan sahaja. Yang aku pasti, bila aku kawen nanti, akan ku warnai seluruh alam dgn warna hijau. Dan semua tetamu juga kena berpakaian hijau. AHAHA! *Nanti semua tetamu aku kelihatan spt Shrek. Barulah nampak Lagenda perkahwinan aku kelak* - oh my god! Sila humban angan-angan ttg kawen buat masa ni.


Beylo yang ajaib…
Esok pagi aku akan berambus lagi dari rumah ni.
Kena pulang ke pangkuan UKM.
Pulang sorang-sorang tau, Beylo…
Sbb sahabat yang janji nak ikut aku pulang…
Dah mungkir pd janji…
Mungkin aku akan balas dendam satu hari nanti…
Dgn mengheret beliau ke restoren makanan mahal yang enak dan berpatutan…
Membahagiakan perut dgn segala macam hidangan mewah…
Dan memaksa beliau membereskan urusan Ringgit Malaysia di counter.
Mungkin…
Apa-apa pon boleh berlaku dlm kehidupan yang magik ini.
Termasuklah kawan makan kawan…
Sahabat….
Tunggu saja hari pembalasannya nanti.
HAR HAR HAR!

Aku mau berambus. Mencari stokin belang-belang, dan mendapatkan sweater untuk badan aku. Terasa maukan kuasa magik yang lebih hebat ketika ini. Alangkah indahnya kalau kesemua stokin, sweater dan glove ni boleh berjalan sendiri mendapatkan aku. Lebih indah lagi, kalau aku boleh buat magik melalui pikiran. Hanya pikir untuk memakai stokin, dan kuasa magik membuatkan stokin tu terkedek-kedek menuju ke kaki aku, dan membungkus kaki aku dgn sendirinya. Sayang… aku hanya ahli silap mata yang selalu silap tentang kehidupan. Aih, kehidupan ini mmg selalu menyilapkan pandangan mata.

Semalam aku hampir buat magik yang gila.
Nasib baik aku tak sempat nak test power kuasa magik aku.
Nasib baik peluang itu dgn ajaibnya melarikan diri.
Lari…lari..lari…
Ah, macam brengsek!
Nak lari, larilah!
Aku pedulik ker? Aku tak pedulik lagik.
Dan aku sikit pon tak akan pedulik.
Sbb aku boleh buat magik pada perkara lain.
Seperti menghabiskan cheezy wedges KFC dgn cepat sekali.
Dan meneguk air minuman yogurt yang enak…. sehari 13 botol.
Aku masih pandai buat magik…
Sunggohpon aku gagal melakukan magik super-saiya smlm..
Tapi…. he will always be my magical memories.
Tiba2 aku benci magik!
Ah, boleh jalan semua magik-magik murahan!

Aku nak tido. Tido dan bangun semula esok pagi. Semoga magik hari esokku lebih menarik. Aku pulang ke UKM esok. Selamat tinggal Beylo.

Magik (sebuah contengan pelik)

Posted by chika under Uncategorized
Zaman aku kecik-kecik, kalau dpt tau lah parents plan nak balik kampong, mau bergegar rumah dibuatnya. Mengira hari mcm wakil rakyat tunggu menang jawatan pilihanraya, cakap lu! Tapi makin besar (makin tua), semangat balik kampong mcm lusuh. Mmg tak patot ada sikap macam ni. Tapi sebetulnya aku lagi suka bergolek-golek dlm rumah sendiri. Dan sebetolnya jugak, aku hanya terasa tidur aku sempurna atas katil aku sendiri. But not to deny, balik kampong is a must! Lagi2 dlm tradisi melayu yang mmg ada tabiat suka balik kampong. Kalau boleh, itik jiran seblah bertelur pon nak balik kampong. Kucing siam depan rumah nak menikah pon nak balik kampong. (adakah ini berbaur sensitif?) www.sukatiaku.com lah!

Sebenarnya semalam aku balik kampong. Sepatotnya ia merupakan aktiviti bagus dalam agenda semalam aku. Tapi memandangkan hanya balik bertiga, (aku dan ibubapa), perasaan aku jadi plain. Cuma yang aku tau, semalam adalah hari bangun pagi-pagi. Demi mengelak gangguan frekuensi gelombang bunyi, aku bangun dengan rakus sekali. Sungguh ajaib bila dipikir-pikirkan balik. Dan terasa magik yang hebat untuk dikenang. Aku bangun pagi? Inilah namanya kuasa magik. Ye, ibubapa zaman ini sudah pandai buat magik. Lagi2 nak magikkan aku.Bukan susah. Sebut je kata kunci ‘breakfast’, gerenti magik tu menjadi. Bukan setakat menjadi, malah menjadik-jadik magiknya! *owh, betapalah aku pandai memanjang lebarkan ayat tatabahasa yg sepatotnya mudah*

Ayat tatabahasa mudah : Semalam balik Tg Malim, jumpa Pak Ngah. Rindu Pak Ngah dan anak-anaknya. Tak tersengaja, terjumpa pulak mak cik aku yang lama hilang tak muncul-muncul. Ni lagi satu magik. Dia kelihatan langsing. Mengingatkan aku kepada lagu Tiga Beruang. *yaa…merepek dahhh!* Dan secara tak terduga pulak dapat jumpa anak-anaknya yg dua orang tu. Kanak-kanak perempuan yang vogue! Umak aih, Elika tu vogue sungguh lah! Usia 5 tahon, boleh expose diri macam supermodel. So, aku terpikir jugak macam mana dia expose diri dia waktu usia 15 tahun nanti. Dan aku pon tak sure samada aku suka atau tak kalau-kalau ada generasi aku yang terkedek-kedek jadi model satu hari nanti. Hmm… aku lagi suka suku sakat aku jawat jawatan yang bergelumang dgn bisnes/projek juta-juta. *Okay, aku dah termasuk ke alam fantasi yang materialistik. Sebelom mata aku hanya dikaburi Ringgit Malaysia, lebih baik kita ke contengan yang seterusnya* NEXT!

Kenapa sekarang aku terasa sangat tak ada hati nak membebel tak tentu arah?
Rasa nak letupkan keyboard ni.
Terasa setiap bijik yang aku conteng ni macam cakar ayam yang menjelikkan.
Aku ada masalah skang ni, Encik Beylo.
Aku tak tau perkataan mana nak aku campakkan ke contengan kali ni.
Macam sedang biol jangka masa pendek.
Mungkin aku lagi baik berhenti dan conteng lagi bila aku sudah tak biol nanti.
Ah, tensen btol!
Waktu jari ni terkinja-kinja nak berjoget atas keyboard…
Waktu tu lah otak tak mampu nak proses ayat.
Brengseknyer!

Beylo, I conteng kecil-kecilan je la ye.

  • Dari kampong, kami picnic ke Sg.Bil. Perasaan? Bagus… tapi sepatotnya bagus tu boleh upgrade jadi Bagus Giler kalau adanya bebudak lelaki tu semua. Tak biasa jalan kereta longgar. Biasanya kereta penoh. Sampai bertekak masing2 nak lapang. Smlm aku betol2 lapang. Rasa mcm duduk kat tgh Padang Rumput Prairie yg luas. Selalu aku mesti carik pasal dgn salah sorang bebudak lelaki ni. Mesti aku gatal2 tgn cilok-mencilok makanan diorang. Semalam, macam kat syurga makanan! Satu kete penoh ngan makanan. Yang pastinya utk aku sorang.Dan aku jadi runsing sbb byk sgt nak dimakan. Inilah lagi satu contoh2 magik.

  • Ptg tadi teman bunda pergi kenduri. Aku tak suka kenduri. Sbb perut aku sgt anti dgn makanan kenduri. Nanti perut aku bergusti mania kalau pekena lauk kenduri. Sgt mengada-ngada perut yang tak berdosa ni. Tapi demi kesiankan bunda yang jugak tak menggemari acara kenduri-kendara, aku pon drive ke rumah kenduri. Durjana btol! Aku terpaksa park kete berbatu-batu jauhnya dan terhegeh-hegeh berjalan ke rumah Aiza. (sbb kenduri tu dpn rumah Aiza). Perasaan? Tak ada lain kecuali malu. Aku tak biasa muncul di mana-mana majlis kawen. Rasa kekok. Sib baik terserempak dgn Aiza yang dok tersengih tepi pagar umah dia. Hmm… dan ini pon magik jugak. Magik sbb dua minggu berturut-turut aku ke kenduri kawen. Magik nyer!

  • Ptg tadi aku tonton Forevermore. Romantik sekali. Adegan pilihan aku ialah adegan Jericho dan Kristine kissing kat ladang mangga. Dan serta merta pokok2 mangga tu kuarkan cahaya dan mangga2 semua berubah menjadi sgt manis. Waaaa… adegan kissing boleh diabaikan. Sbb aku lebih tumpu pada pokok2 mangga bercahaya tu. Lagi menarik kalau pengarahnya susun lebih banyak efek cahaya. Seperti kissing hingga mengeluarkan cahaya, atau pon kissing hingga menjadikan pasangan bercinta tu yang bercahaya. AHAHA!! Aku saja je nak buat ulasan percuma. Yang pasti, cerita tu sgt romantik. Best! Hingga membuatkan aku kepingin nak makan mangga sepanjang hari ni. Magik!
Berdasarkan pengalaman dua hari ni, aku dapati… kehidupan ini sangat magik. Dan aku pon terasa seperti sorang ahli silap mata. Apa-apa lah… aku rasa pikiran aku tak seimbang. Patot pon contengan kali ni macam pelik. Aku sendiri rasa pelik dgn apa yg aku tulis kali ni. Kalian tak pelik ke? Magik btollah….

*aku terasa sangat samdol ketika ini.Dan aku tak tau macam mana contengan semacam ni boleh aku hasilkan.magik lagi…*