Bunda hulur duit, suh isi minyak kete yg dahaga minyak tu. Kereta aku mmg gerek ar dari segala segi.Aku suka.Tapi sikap burok dia, dia seekor insan yg sentiasa kebulur minyak. Nasib baik aku hidup atas belas ihsan ibubapa, klu aku hidup dgn berdiri atas kaki aku sendiri, alamatnya mmg dah lama aku rebah atau dlm erti kata sebenar, MATI! Innalillah…
Sabtu tu, aku balik UKM. Sempat sms Fara, bitau dia jgn makan tanpa aku.Tunggu aku sampai ukm, baru pergi lunch sama-sama. Pendekkan citer, sampai je kolej Burhanuddin Hilmi al-monkey-planet itu, aku terus fetch para sahabat aku untuk hiburkan perut. Pergi 2 kete. Fara, Shida, Twin (Ya and Ai) ikut aku. Yang lain ikut Adian. Aku suh Adian gerak dulu ke Pelamin (kedai peberet kami utk berpeleseran dgn perut). Aku pulak nak isi minyak dulu.
BAB SATU - Kami ke Shell bukan atas kerelaan aku sbb biasanya tangki 1266 aku diberi minum Mobil atau Esso. Tapi demi Mobil yg jauh sgt nak pegi, kami tetap ke Shell. Farah tanya aku “Petrol kan?” aku mula terasa nak tayang muka bengap. “Dulu kan..akak aku isi Diesel dalam kete dia.Abes mengamuk bapak aku,” cerita Shida kat kami. “Oooo…” kata aku yg masih ala-ala bengap masa tu. Tiba2 aku tingat yg Pajero pakai minyak Diesel. Aku cuba bandingkan Pajero dgn CRV. Ok, hampir tergolong dlm kategori yg sama. Maka, aku pon dgn lagak sorang pemandu yg kunun-kunun dah dua puloh tahon memandu, terus carik2 tangki diesel. Sanggop pulak tunggu belakang bontot bas.
Aku buat deal dgn Farah memandangkan itu kali pertama aku isi minyak. Tak pernah seumur hidup aku buat keje2 isi minyak ni. Habiskan minyak, yes… itu tugas aku. Termasoklah kereta abah yg dulunya aku lanyak ke sekolah pon, tak pernah aku isi minyaknya. TAK PERNAH (note: sila ambil perhatian bahawa aku TIDAK PERNAH supaya pd hujung cerita nanti aku tidak disalahkan). Okay, deal yg aku buat dgn Farah. Farah kena tunggu kat kereta, dan tolong aku masukkan minyak. Aku pulak pergi masok counter dan bayar.
“Bang, nombor 5, RM50″ kata aku sikit pon tak pelat. Berlakon sebentar mcm wanita-wanita korporat yg biasa keluar masok stesen minyak.
“Alamak, skang tak bley isi minyak la. Computer down,” brader tu tunjuk muka serba salah. Aku kecewa sbb tangki aku dah hampir mencium petanda E.
Maka, kami tak jadi isi minyak dulu sebaliknya pergi isi perut dulu. Tapi, aku bersyukur sbb mengambil keputusan utk makan dulu. Buatnya aku terus berusaha utk isi minyak dulu, alamatnya mmg aku takkan makan sepanjang hari akibat tragedi ini.
BAB DUA - Tragedi bermula. Aku bitau Adian supaya pulang dulu sbb kami nak ke Mobil yg agak jauh tu. Seblom tu, sila rujuk balik nama2 yg mengekor dlm kereta aku. Semuanya PEREMPUAN. Okay, ingat tu! PEREMPUAN SEMUANYA! Terus, aku pon dah sampai ke Mobil. Dan park bukan sket punya baik lagi depan tangki nombor SATU.
Sekali lagi buat deal dgn Farah. Tiga sahabat yg lain hanya duduk diam-diam tanpa mencampuri urusan aku dgn Farah. Aku pon masok ke counter dan Farah tunggu nak tolong curuhkan minyak dlm perut kete.
“nombor satu, RM50″ aku mintak kat cashier situ.
Farah pon terkial-kial dok picit-picit tapi minyak tak kuar. “Eh, Nurul. Btol ke abang tu dah buat,” kata Farah. Aku pulak mmg samdol hal-hal isi minyak ni. Sbb aku TAK PERNAH. Selalunya, yang aku tau tangki aku sentiasa penuh abah isikan.
“Kau cakap tak, kau nak Diesel?,” tanya Farah.
“Tak. Kena cakap eyh?,” aku yg sengal pon bersuara secara sengal.
“Tah.Cuba ko gi tanya,”
Aku pon terkedek-kedek masok balik jumpa brader penjaga counter situ.
“Bang, yg tadi tu, nak Diesel tau,” kata aku bukan main yakin lagi. Rasa nak seligi kepala sendiri. Rasa nak duku-duku kepala sendiri bila diingat-ingat balik perlakuan aku yg paling hina dlm dunia tu.
“Oh, nak diesel ke?,” tanya brader tu sambil pandang ke kereta aku. Aku pon pandang jugak. Hmm.. jelas kenderaan aku kelihatannya dari counter tu.
Farah pon mula memicit dan kali ni berjaya. Aku dan Farah pon senyum2 puas sambil teriak kejayaan. (Perbuatan yg sebenarnya hina bila dikenang kembali) Tapi aku mula rasa pelik. Apsal lama sgt. RM50 kata bunda, taklah banyak sgt. Bunda kata, RM50 tu tak sampai separuh tank pon. Tapi time Farah picit tu, aku rasa byk betol minyak yg mencurah masok. Mungkin Shell bagi extra kot. EHEHEH….
BAB TIGA - Tragedi berlaku. Aku pon gerak tinggalkan Mobil dan membelok ke traffic light. Tiba-tiba… aku rasa lain macam enjin aku. Tiba-tiba aku rasa macam kereta aku tak hidup pon. Tiba-tiba… kereta aku mati! Betol2 depan traffic light dan aku adalah org paling depan kat line tu. Oh My God! Tak
payah aku susah2 nak huraikan rupa paras aku waktu tu.Sure huduh dan paling keji air muka aku. Satu kereta gamam. Aku start byk kali tak boleh. Kuar macam2 tanda merah kat dashboard yg kasi warning something is wrong tapi aku tak berapa sure dgn warning tu. Aku try masok gear balik dan start lagi. Bullshit!
BAB EMPAT - Satu kereta putih datang dok belakang aku. Dia hon kat aku sbb traffic light dah hijau. Aku mula cuak super-saiya. Farah teros kasi double signal. Tiga sahabat dibelakang aku tak tau apa jadi ngan dorang. Tapi yg pasti, satu kereta dah cuak sbb kami semua PEREMPUAN. Dan tiga orang dibelakang tu mmg tak patot diheret dlm masalah ni sbb mereka langsong tak kenal apa ertinya memandu apatah lagi hal ehwal kereta. Aku dgn Farah yg patot settle sbb kami berdualah antara insan paling hyper dlm jabatan yg gila kereta. Oh my god!!!
Aku teros kuar dan pergi jumpa orang belakang yg aku tak tau sapa2. Aku dah tak pikir siapa org tu. Baik ke, jahat ke, pembunuh ke, perompak ke, ustaz ke atau apa2 je. Yg aku tau, i have to say something seblom satu dunia hentam aku sbb berhenti btol2 kat traffic light.
“Sorry, my car got problem,” fuh, lega aku bila sorang brader melayu yg turun time tu. At least senang nak deal. Itu pon kalau dia ada hati dan perot.
Brader tu terus sambar kereta aku dan try byk kali utk start tapi tak berjaya. Then dia tolong arahkan semua kereta yg dah panjang berjela belakang aku pergi ikut laluan seblah lain sbb aku in emergency. AHAHA! Aku sgt cuak tapi yg pasti, aku dgn Farah still gelak ketawa macam gila. Patot kasi pelempang sebijik dua ke kami.
“Tadi sy baru isi minyak kat Mobil tu,” kata aku. Mobil pon masih depan mata agi.
“Isi minyak apa?,” tanya brader tu.
“Diesel,” fuh, konfiden mak minah aku jawap.
“Huh? Diesel???? CRV pakai Diesel ke?,” pertanyaan brader tu btol2 buat aku gamam. Terasa muka aku dihempap sembilan langit. Terasa macam petir berdentam dentum atas kepala lalu memanah jantong aku. Ini sesungguhnya perkara paling besar SENGSARA nya dlm hidup aku.
Apalagi, teros aku call abah. Takot jgn cakap ar. Ni sebnarnya kali pertama aku btol2 takot dgn abah. Terbayang yg abah akan marah aku dgn sgt azab lagi. Terbayang jugak yg lepas ni, kereta tu akan kena tarik dari aku dan aku takkan punya kereta lagi utk ke hulur ke hilir. Macam2 banyangan melintas. Brengsek btol.
“Helo, abah. Kereta mati tengah jalan,”
“Kenapa?,” tanya abah cool je. Suara je cool, tapi marah mmg marah tu.
“Tadi org isi minyak Diesel, pastu dia tammo gerak,”
“sapa suh isi Diesel????! Mana bley masok Diesel,”
“Haaa…,” aku nak menitik air mata dah.
“Abah bz ni,” aku tau abah sgt marah.
“mmm..tak pe la, org settle sendiri,”
Tup! teros abah letak phone. Mummy!!!!!!! Babah marah!!!
BAB LIMA - Keje-keje menolak kete pon bermula supaya tak ganggu laluan traffic light. Sebnarnya bunda byk kali ingatkan aku.Kete auto takleh tolak.Takot rosak kereta. Tapi sbb terdesak, aku masok gear N, dan abang tu bersama sahabt2 wanita aku pon tolak kete. Punyalah nak patah kaki tangan aku sbb stereng jadi sgt berat. Brek pon berat semacam. Mmg aku tak reti nak kontrol time tu. Tapi sempat aku tergelak tgk Ya jadi pengawal trafik tengah jalan. Mmg jam gila jalan time tu disebabkan aku sorang. Pakat kena hon bersepah-sepah. Sana sini hon. Muka aku dah tebal mcm kulit gajah afrika. Mmg malu. Terasa mcm semua org tau akulah empunya kereta yg sengal.
(kami sempat bergambar riang ria. This is wut we call it… laugh ur problem out!)
Dlm kalut2 tu, aku tak boleh pikir apa2 selain call chee way. Aku tau aku asyik menyusahkan dia tapi waktu tu aku rasa nak mati kekejutan. Aku call, dia tak jwp. Then aku sms… “I got problem.Really need you now”
Then dia call tanya apa hal. Punyalah berterabur ayat aku. Sbb aku dah gementar sgt. Tak tau nak explain camner.
“My car… mati,” aku menggigil sgt masa tu.
“Kenapa?,”
“Sbb sy isi diesel dlm kete saya,”
“huh? mana bley isi diesel dlm kereta you.. you kat mana?,”
“Ha… kat..bla..bla..bla..” aku ni jahil sket nak direct jalan.Lagipon aku pon tak tau nak sebot kat mana aku sebnarnya time tu,”
“Ok, sy dtg skang,”
Farah pulak dah call Adian suh amek bebudak tiga org tu.Sian aku tgk Ya, Ai dgn Shida yg tak berdosa. Tiba2 ntah dari mana dtg plak org2 workshop. Pendekkan citer, Adian sampai tak lama tu dan angkut tiga budak tu balik.
(Aku tau aku sgt gementar dan aku adalah pemangku masalah yg agong. Tapi aku tetap enjoy our stay tepi jalan tu.Hingga skang aku masih tak faham dengan kematangan fikiran aku. Kenapa aku selalu bersuka-ria dgn semua masalah aku? kawan-kawan aku juga)
Kami pon dok la bwh pokok tu sambil bual2 mesra ngan abang2 bengkel yg tak dikenali tu. (And one of them, a chinese guy tu interested to get to know me, asked for my number from Farah and wut the hell, he asked me for lunch but the hell here is… i have to pay for it. Lelaki mcm ni pon ada?) Macam2 soal selidik dia buat sampai aku naik rimas tapi aku layankan je sbb aku kan tgh butuh bantuan dorang. Tunggu kwn dia mai, tarik kete ke workshop dia. Aku plak tunggu chee way sampai sbb aku tak yakin nak pergi settle berdua ngan farah. Buatnya dia tipu, mmg garing kena goreng kami yg sengal ni.
Tak lama tu, chee way sampai. Entah apa dia pikir pasal aku. Mesti dia pikir aku ni macam2 hal. Itu lah, inilah. Dan aku sebenarnya waktu tu rasa serba salah susahkan dia. Tak abes2 heret dia dlm problem aku. Hmm.. sorry sgt. Sorry jugak kat Farah. Then aku ngan Farah naik dgn chee way dan follow mereka ke workshop. Nak menitik air mata aku time tu. Segala macam rasa menyerbu masok macam nak gila. Sedih tgk kereta aku tiba2 kena tarik. Takot nak hadapi ma, abah. Runsing soal duit since parents aku xde kat situ. Gelabah nak settle kan hal ni. Malam nak k
ejar England lawan Paraguay lagi. Rasa bersalah susahkan Farah. Rasa bersalah susahkan chee way. Rasa bersalah susahkan semua orang. Dan hari tu, aku dgn sendirinya melantik diri aku sbg BUDAK PEREMPUAN YG SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

BAB ENAM - sampai bengkel. macam2 dia buat. Semua minyak dia keluarkan. Masyaallah. Banyak gila minyak. Bayangkan lah, Diesel RM50. Tak ke banyak. Aku tgk kat bekas tu, minyak yg dia cuci keluar dari tank aku boleh ternak ratus-ratus anak ikan. Fuh, mmg haru! Kesimpulannya, sehari suntuk aku dok kat bengkel dan settle kes aku ni. Itu, ini, itu, ini, tiba2 dia kata.. problem aku besar gak. Kena bukak enjin dan tukar entah-apa-punya-binatang dia sebot. Aku iyakan je.
“Harga macam mana? mahal?,” tanya chee way. Haa…tu yg aku nak tau sgt tu. Sbb mula2 masa kat bwh pokok tu, ada mulot puaka brader ni kata, mau seribu jugak problem kete aku. Brengsek!Mampos aku kalau kena seribu. Mmg satu hari satu malam la aku kena karang ayat nak bagitau abah.
“Hmm.. slalu klu macam ni, mmg lebih kurang RM600 jugak,” terus aku rasa lemah longlai. Matila aku. Dan tiba2 aku ingat pada Farah dan Chee Way. Dorang pon baru2 ni kena RM500 atas problem kete jugak. Chee way punyalah terkilan time dia bagitau aku dia baru kuarkan RM500 utk kete. Farah pon citer nak nangis sbb kena RM500 tukar tyre. Aku pon sama!!! Huwaaaa… Dan time tu sempat aku ngan farah berjenaka seposen dua. “Ko dah kena, chee way dah kena, aku pon dah kena jugak. semua yg ada kete dah kena,” kata aku. “adian? hmm.. tak lama lagi…” farah buat muka jahat. AHAHAH!! Opps, Adian. Dun worry. Itu jenaka semata-mata.
BAB TUJUH - Ptg tu tinggalkan kete kat workshop sbb dia kata maybe siap lambat atau esok baru leh amek. aku sedih nak mati tapi redha je la. Bunda dah mengamuk sakan kat phone. abah pon dah call byk kali marah-marah.
“Masalahnya, mana dpt idea nak masokkan diesel dlm CRV?Sapa ajar??!,” Bunda mengamuk sakan.Aku takot woo…
“Mana orang tau. Org tak pernah pon isi minyak. Ingatkan sama cam Pajero,” Aku masih menjawap.
“Weh, bila masa pulak Pajero pakai Diesel? Tak pernahnya kita guna kete pakai Diesel. Abah pakai Petrol!!! Petrol!!!Bukan DIESEL!Ko ingat CRV tu lori??”