Archive for May, 2006

Patah Hati

Posted by chika under Uncategorized
aku rasakan… aku rasa lah…
Hati aku ni mmg untuk dipatah-patahkan.
Atau hati aku ni tak payah dipatah-patahkan pon…
dah mmg jenis rapuh.
Jenis tak de kualiti.
Jenis yang cepat sakit.
Cepat tercedera.
Entah apa-apalah hati aku ni.
Kot iya pon kualiti rendah…. tak payahlah cepat patah!
Aku runsing tau?
Aku dah tak larat nak bawak hati berat macam ikan paus ni ke hulu ke hilir.
Lagi tak larat nak main cantum-cantum hati patah.
Keje nak patah je manjang….
Nak patah sangat kan? Patahlah! Patah….!

Apalah dosa hati aku. Asyik tercedera. Selalu dipatah-patahkan dek tingkahlaku orang lain. Aku sgt penat macam ni. Aku letih… Aku tak larat nak bergolok-bergadai nyawa demi mempertahankan sesuatu. Dia tu selalu tak sedar yang dia menyakitkan hati aku. Dia tak tau pon hati aku selalu patah disebabkan dia. Aku ni dah jadi tak de keje lain. Asyik pujuk diri sendiri utk cantum balik hati yg patah riuk ni. Rasa kadang-kadang dah kecewa menonggeng. Dah tak mau cantum lagi hati yang suka patah tu. Biarkan dia terus patah. Patah dan bergelimpangan tepi lebuh raya KOSAS.Biar padan muka dia sebab tak dapat patah-patahkan hati aku lagi.

Beylo…
Aku sangat sedih. Aku sangat kesian dgn diri aku. Malam semalam aku ketawa terbahak-bahak. Siang tadi muka aku macam buah mangga tak jadi. Lepas tu… waktu malam muda, aku bahagia sekali. Aku gelak-gelak lagi. Gelak macam dunia aku yang punya. Gelak macam esok aku akan temui lombong emas Yamashita. Tiba-tiba…. entah malapetaka apa yang datang, hati aku patah lagi. Patah tanpa bunyi. Tapi aku tau dia patah. Sbb aku dapat rasa hati aku sedang patah riuk di dalam. Macam tu lah aku sejak beberapa ketika yang malang ni.

Sekurang-kurangnya… berbual dgn Jullian tadi kasi chance yg tak seberapa utk aku sengih-sengih. Yang aku tau, hari ni adalah Hari Patah Hati.Cuma Jullian yang buat hati aku tak berapa patah. Tu pon disebabkan beberapa perkara.

  1. Dia promise nak hang out on this coming wednesday.
  2. Dia promise nak belanja walaupon katanya sekarang dia sedang ‘miskin’. Dan itu lebih berharga bila dia belanja aku waktu dia sedang ‘miskin’.
  3. Katanya… dia selalu miskin sbb aku. Everytime aku berhasrat nak mintak dia belanja, sure dia akan jatuh bankrap. Maknanya aku mmg membawa malang. HAHAHAH! Seronok sekali menjadi malang!
  4. Aku suka lawak Nano-Nano yg sempat dia buat sebelom dia berambus tinggalkan aku kembali patah hati pada malam yang tah apa-apa ni.
  5. Aku suka jugak bila mendapat tau, selain berpatah hati, aku masih mampu menjadi sengal. At least aku tau, aku bukan setakat menjadi perempuan si patah hati semata-mata harini. Semuanya aku sedari bila aku mula buat ulasan sengal tentang dia yang mau mandi pada jam 1 pagi. Aku sengal! Aku sengal! *syukur aku mampu menjadi sengal selain menjadi patah hati*

Apa yang cuba aku buktikan sebenarnya?

Ah!

Harap Rabu cepat datang supaya aku dapat berpesta lova-lova dan tinggalkan semua manusia yang suka nak patahkan hati aku. Hey, Beylo! Ada aku bagitau kau yang aku tgh nangis sekarang ni? Ada tak? Hmmm… aku nangis. Nangis sbb aku sgt tercedera ketika ni. Aku tak faham kenapa hati aku dijadikan permainan patah-mematah. Kenapa benda yg kita sayang, yang kita jaga bagai nak rak tu yang akan sakitkan hati kita balik? Lain kali mungkin aku tak payah sayang apa-apa lagi. Tak perlu jaga apa-apa jugak. Lain kali, kalau agak-agak aku terasa mula jatuh sayang pada sesuatu, ada baiknya aku tendang kuat-kuat benda tu sebelum dia patahkan hati aku.

Dia tu tak tau aku runsing pikirkan dia. Dia tu tak tau aku rasa macam tengah perang saudara dalam jiwa aku ni risaukan keadaan dia. Dia tak tau betapa aku selalu berhelah dgn diri aku sendiri supaya tgn gatal aku tak tergedik-gedik menghubungi dia. Cukuplah woi! Buang masa aku runsingkan dia. Tak seronok. Lagi seronok kalau sekarang ni… aku menyanyi riang seperti seorang diva.

Dia, dia, dia!Kesemua ‘dia’ suka sakitkan hati aku. Aku tau dia tak sengaja. Aku tau dia tak sedar. Tapi salah ke sesekali jangan cederakan aku? Sakit ko tau tak, dol! Lain kali, aku mau kekalkan jarak 3 meter dari dia. Setiap kali dia mendekat, aku nak pura-pura berlari setempat. Setaip kali dia ajak berbual, aku nak pura-pura beraksi seperti sedang bagi ayam makan. Kurr…kurrr! Setiap kali dia nak berdamai dgn aku, aku nak pura-pura praktis taekwondo. Dan setiap kali dia ajak aku keluar sama-sama, aku nak berpura-pura seperti aku sedang belajar memandu buat kali pertamanya. aku nak memandu macam gila. Dan pura-pura terlanggar dia pada kelajuan 140km/j. Dgn alasan, ‘i confuse lah antara brake dgn minyak.sorry….’ dan dgn muka langsong tak bersalah, aku suruh dia ke hospital dengan sendirinya. Atau mati je kat tgh jalan tu dengan tenang sekali. *tapi ni angan-angan belaka dan sekali lagi, seronok btol dapat cakap jahat-jahat macam ni*

Yang aku pasti, tgk nyamuk gigit dia pon aku rasa nak nangis kuat-kuat. Apatah lagi nak langgar dia sampai mati. Biarlah hati aku terus dipatah-patahkan. Aih, tapi aku tak suka bila hati aku dah tergerakkan sesuatu. Sbb jangkaan aku selalu betul. Sama seperti jangkaan aku 2 tahun lepas. Semuanya betul. Dan kali ni?

Cepatlah Pagi

Posted by chika under Uncategorized

Sekarang aku hanya berharap, pagi datang lebih cepat.
Sebab pagi, ada breakfast.
Bila ada breakfast, ada input ke perut kesayangan.
Bila perut terisi, selesai tanggungjawap besar aku terhadap perut.
Kerana kasih melimpah ruah terhadap perut…
Dan demi menjadi tuan punya perut yang bertanggungjawap…
Aku masih, dan berharap dgn amat…
Cepatlah pagi!
Cepatlah pagi!
Cepatlah pagi!

Sekarang 4.24 pagi.
Tapi ini pagi untuk tidur selayaknya.
Tidak berpatutan untuk bersarapan.
Aku akan terus menanti
dengan kadar degupan jantung…
yang sgt laju…
Seperti genderang mau perang…
Cepat pagi!
Aku sangat lapa…
Hingga terasa mau mencelup keyboard ke dalam nescafe panas…
Dan menikmatinya puas-puas…
Sayang sekali..
Aku tak tergamak makan keyboard celup nescafe panas.
Apatah lagi mengunyah ‘tetikus’.

Bersabarlah….
sikit lagi ajer mau pagi…

Esok nak mengandung

Posted by chika under Uncategorized
Hari ibu datang lagi.
Dengan ingatan tulus ikhlas….
Selamat hari ibu buat bunda…
You’re such a supermom of mine.
You rox, ma!

Hari ibu datang lagi…
Seperti sambutan2 yg lepas, aku menyambut hari ibu tanpa apa-apa dari anak-anak.
Tiada ucapan selamat hari ibu.
Tiada hadiah bungkus-bungkus atau balut-balut,
Tiada dinner sponsor,
Tiada apa-apa pon.
Semuanya sbb aku blom ada anak.

Gila ar! Kecik-kecik dah pikir nak anak. Kang dapat anak betul-betul kang, sapa nak jawap? Miahaha… memang tak berpatutan fikiran aku sejak kebelakangan ni. Semua benda aku nak bawak main. Takkan soal anak, beranak dan terberanak pon aku nak bawak main? Tapi sebot-sebot pasal anak, aku teringat jenaka encik azan malam isnin lepas. waktu tu kami di Dectar, brief utk performance sempena Olympiarch bulan depan. Encik Azan tu cekgu muzik kami yang sungguh bijak pandai berkata-kata. Kalau tak silap aku, sorang sahabat aku bernama Ainul sedang mengidolai encik tu. Sgt berpatutan. Encik Azan sesungguhnya seorang bapa yang comel. *upps!sekarang aku bawak main laki orang pulak? sah sgt aku semakin tidak konsisten*

Kata encik Azan, Dectar kena tutup dalam pukul 11 malam. Semua orang wajib kosongkan Dectar dan Panggung Seni. Nanti pak guard UKM yang ramah tamah lagi berwibawa itu akan halau semua yg ada utk kosongkan Dectar. Alasannya, selain takutkan gangguan makhluk Allah SWT yang lain, mereka juga takut student buat project utk dapat ‘A’. Mulanya aku lampi kejap. Ayat tu bunyi semacam. Agak porno. Lama-lama aku dpt tangkap ertikata sebenar yg mewakili ‘A’. Ramai jugak sahabt handai yg masih suci pikiran mereka. Malu aku sbb punyai pikiran yang pantas ke arah pornography.

Tak lama tu… semua gelak sakan. Aku puas. Bukan aku sorang yang mampu berpikiran porno. Maka encik Azan pon dengan comel sekali bersuara… “ek eleh, berlagak innocent la tu,” kami gelak lagi! Dan hingga sekarang, aku selalu teringat-ingat. Student suka buat projek utk dapat ‘A’. Sesekali aku jadi innocent jugak bila aku cuba kaitkan projek dapat ‘A’ dengan design kami. Kami juga merupakan student yg buat projek pagi ptg siang mlm utk dapat A. Tapi kami mengejar ‘A’ yang bukan ke arah pornography. Faham ke apa aku bual ni? Aku bukan berbual isu porno. Aku sekadar conteng dan istilah itu adalah paling sesuai dan berpatutan utk digunakan. Kamu semua jangan berlagak innocent. Aku yakin, pembaca aku ada juga terdiri drp mereka yg porno. Sekali lagi, student suka buat projek utk dapat A! wakakaka!

Berbalik pasal ibu dan tinggalkan ‘P’ word itu. Aku janji tidak akan conteng ‘P’ word itu lagi pada Beylo. Jijik!

Hari ini, YM aku berfoto ibu mengandung. Ada SEORANG ni kata, perempuan mengandung nampak comel. Aku pon nak mengandung suatu hari bila perlu nanti. Sekarang aku belum perlu mengandung lagi. Tapi aura dan rasa ingin seperti sudah ada. Aku rasa bahagia bila mengandung. Biarpon nanti aku tau penangan mengandung sangat durjana. Tak boleh pakai jeans low cut lagi. Tak boleh bergaya sesuka hati. Tak boleh tido dengan pelbagai aksi, tak boleh makan secara sukarela dan paling sengsara, terpaksa pikul beban 9 bulan. TApi aku suka! Aku nak rasa semua tu. Aku nak tgk macam mana rupa aku bila pikul beban 9 bulan nanti. Pasti aku kelihatan seperti sebijik belon. Mungkin juga seperti seorang badut sarkas yang gemuk. Atau mungkin juga seperti seorang wanita obesiti yang tidak pedulikan berat badan. Tentu tidak langsing. Biar tidak langsing. Aku tetap mau merasa berjalan-jalan di khalayak umum sambil membawa beban itu. Pasti keren banget!

Tapi buang masa je bebual pasal tu. Macam tak ada keje lain. Macam aku tak ada masa depan lagi. Macam aku tiada pilihan kedua kecuali mengandung esok hari. Ishk, masih byk masa utk menuju ke arah itu. Jgn mengandung lagi! DAn yang paling penting, jangan kawen lagi. Aku masih remaja. Aku mau ‘gila-gila remaja’ dulu. Baik hentikan semua angan-angan seposen aku tu. Tak de maknanyaaaaaa.

Kepada semua ibu dalam dunia, Selamat Hari Ibu. Gembira tak mengandung?

Sebuah Kisah Tak Perlu Baca

Posted by chika under Uncategorized
Tak perlu baca!
Tak perlu baca!
Pergi main jauh-jauh…………………….
Pergi buang masa ke tempat lain.
Di sini tiada hiburan jiwa.
Kali ni aku tak bagi service baik punya!
Kali ni tak ada bebelan brengsek aku lagi.
Tiada ayat-ayat lucu yang selalu kalian kata… “sonok baca ko merepek. Ayat ko kelakar”
Syuh, main jauh-jauh!
Aku tak larat nak bina ayat kelakar-kelakar lagi.
Malam ni aku nak conteng-conteng jiwa je.

Seminggu ni sungguh durjana! Aku tak tau aku ke mana, jiwa ke mana, hati kemana… semua hak milik aku berterabur sana sini. Aku hilang fokus.Macam orang mati bini. (tapi aku tak berbini). Rasa pudar je semuanya. Macam-macam aku rasa. Sampai aku dah konpius apa sebenarnya aku nak rasa. Hati aku berat semacam je. Air mata bukan main murah-murahan lagi. Melimpah ruah sesuka-suki tak kira masa lagi. Entah apa tak kena, aku tak tau. Tapi macam orang sakit jiwa aku rasa. Sesungguhnya seminggu ni sangat menyeksakan. Aku rasa macam jasad tanpa roh.

Aku sentiasa dalam keramaian. Dengan sahabat-sahabat handai tu, dengan mereka yang amat dikasihi, aku tak menyisih diri. Aku paksa diri aku utk rasa gamat sakan! Tapi tetap aku lost! Entah melayang-layang je pikiran aku. Pergi mana, aku tak tau. Tapi mmg pikiran aku selalu pergi bersiar-siar. Sedangkan sekarang bukan masa utk bersiar-siar. Sekarang sepatutnya aku sebok. Sepatutnya aku di Dectar, atau di studio bersama mereka semua. Bertungkus lumus demi bengkel yang tidak berdosa tu. Tapi…. aku secara songsangnya berada di rumah, bersama keluarga. Sekarang, berada di rumah dan terjerumus ke dalam arena internet yang tak beerti ni. Aih, makin jahanam jiwa dan raga!

Macam ada sesuatu yang aku nak tapi tak dapat! Atau mungkin jugak ada sesuatu yang aku perlukan, tapi aku tak tau apa. Apa aku nak nih? apa? Apa? Cuba cakap! Hangin aku ribut semacam minggu ni tanpa sebab. Macam aku mmg secara sukarela nak memberontak. Tak ada sapa suruh dan tak ada siapa yang jadi punca.

Rasa macam tak free. Macam kena kontrol dengan persekitaran. Padahal tak ada siapa kontrol aku pon. Aku je perasan macam dikontrol. Ngok btol lah! Tapi serius Beylo…. aku rasa macam terikat dengan satu jadual yang tak membahagiakan. Macam hidup di bawah beberapa protokol yang wajib diikuti demi reputasi. Sewel lah ayat nih. Rasa nak delete semua tulisan-tulisan di atas. Tapi demi masa…. biarkanlah tulisan-tulisan yg tak bersalah tu.

Lagi… aku rasa lemas dengan beberapa insan baik hati yang terlalu mengingati aku. Aku cuak setiap kali mendapat beberapa sms yang berbunyi prihatin. Sedangkan mereka tu dah lama lesap dari pikiran aku. Sedangkan aku tak perlukan keprihatinan mereka. Semua sms dan panggilan tepon tu buat aku rasa serba salah. Buat aku rasa macam sorang manusia kejam yang tak tau hargai perasaan orang lain. Abis, perasaan aku?

Minta tolong oi! Kepada dia tu yang suka bersms dengan mesej2 prihatinnya tu, hentikanlah. Aku tak larat nak tanggung rasa serba salah dah. Aku tak berminat bercakap apa-apa tentang kita sbb tak ada apa-apa tentang kita. Kalau ada pon, cuma kisah dulu-dulu yang klasik. Yang bagi aku tak pernah wujud. Cuma setakat sekali imbas tu, boleh lah aku ingat. TApi, ingatan aku tak setinggi ingatan kau! Sungguh aku tak ingat semua tragedi yang kau gembar-gemburkan tu. Maaf…. bukan tak suka kau. Tapi aku tak mau rasa serba salah. Aku tak mau sakitkan perasaan sesiapa sbb aku tau macam mana penangannya dikecewakan.

Minta tolong lagi. Tolong maafkan aku kepada si dia yang lagi satu tu. Aku bukan tiba-tiba menyombong tak tentu hala. Tapi aku rasa, cukuplah sampai situ je. Daripada aku layan-layan… sambil kau melayan perasaan dan terbawa-bawa dek perasaan, ada baiknya aku hentikan semuanya sekarang jugak. Aku tak mau sakiti hati sesiapa pon. Aku sentiasa tak mau melihat seisapa pon kecewa…. Kalau dulu, aku tak pernah kesah tentang perasaan orang. Melihat beberapa org sahabat aku menangis kekecewaan, aku rasa nak lontar cakera je muka dorang. Dulu aku sungguh tak faham kenapa mesti terasa hampir mati kerana kecewa semata-mata. Tapi sekarang, aku dah faham semuanya. Memang sakit bila dikecewakan. Dan aku tak mau sesiapa pon rasa kesakitan kecewa tu. Sgt sakit!

Jgn salahkan aku bila aku bagi respon negatif. Semuanya sbb aku tak berminat. Wut is the point then? Daripada aku mengecewakan hati-hati suci bersih kalian, lebih baik tok sah. Buang masa je layan aku.

I dunno where the hell its started. Rite afta this,plis god help me. Dun let the one that i’m gonna fall in love walk away from me. Its seriously in bad injured inside to see someone that u love walk away from u. Dun let me fall in love with anybody kalau dia mmg akan pergi at the end of the story. I’m tired…… and its painful enough.

sekian tulisan tak perlu baca dari aku buat Beylo. Nite, Beylo! Aku masih runsing dan ketakutan. Its all about something that u cannot resist. I need a long talk with somebody. But who?

Brengsek Lagi

Posted by chika under Uncategorized
Yang brengseknya….
Aku tidak bercuti sempena final break.
Yang brengseknya…
Aku kena stay ukm untuk preparation ke UTM.
Demi sesuatu…. bernama Olympiarch.
Teraniaya aku yg tak berdosa.
Yang brengseknya…
Tak dapat aku bercanda macam raksasa kenyang kat umah…
Sambil goyang kaki atas sofa….
Dan tersenyum kambeng macam wakil rakyat menang pilihanraya.
Tiada Poya-poya, tiada pesta lova-lova!
Itulah yang brengseknya!

Daripada aku brengsek banyak-banyak, baik aku terus conteng apa yang patut. Contengan yang brengsek aku blom selesai lagi. Masih banyak yang brengsek perlu aku tenyeh ke muka Beylo. Beylo tidak brengsek. Tidak sesekali pernah brengsek. Sbb Beylo seorang lelaki yang sentiasa patuh dengan aku. Buahahaha…

Siapa paling TIDAK Brengsek?
Beylo!

Siapa paling brengsek?
Wanita Itu!

IsuSatuSoup Opera Musim Baru.
Ada seorang wanita. (Atau seekor? segugus? Sebijik? Seutas? – tiada penjodoh bilangan yang tepat utk wanita itu). Wanita itu sesungguhnya sgt brengsek. Berani dia attack aku! Apa masalah dia? Aku sgt bengang bila dia ajak aku bercakap, tapi bila aku tengah bercakap apa yg aku rasa pada dia, dia boleh berambus macam raksasa kena fire. Hey, wanita! Tak adillah macam ni. Tak ada sikap memberi dan menerima. Who do u think u are? and who do u think I’m? Memang salah orang ar yang ENGKAU serang! Maaf. Aku bukan miss diplomatic. Nak ajak berbincang, berunding, berbicara mata ke mata dengan begitu ayu dan anggun sekali, pergi ajak Farah Diana! Sbb Farah, yes! I look at her as one of my most diplomatic girl. Nak ajak bercakaran, bertegang urat saraf, meh sini! Its my big pleasure to get involved. Sangat bongok la wanita itu. Dia pikir dia siapa? Siapa dia? Siapa dia untuk serang aku dan kawan-kawan aku. Dun mess with my frens. Kan satu studio dah tau kami ni JAHAT! Kami ni TOXIC! When u tried to settle this ‘stupid-unknown-prob’ down by urself, this is wut happen la. Lain kali jgn pandai-pandai nak attack aku. Since aku kan suka bercakap. Bila diajak bercakap, mmg aku suka sgt. Rasa nak kasi pelukkan hangat dan ciuman mesra sbb mengajak aku bercakap. Tapi tau-taulah. When somebody came to u… asking you… “apa masalah kita ni? aku rasa kita cam gaduh je… Ko pon cam nak marah je kat aku. Aku tak faham lah,”

Hello, buk! Huh, kayak anak kecil 12 tahon yang hingus meleh-leleh. Maaf kiranya semua contengan aku berbaur anti-diplomatik. Yes, I’m. Aku masih ingat kata-kata abah. Aku bukan pemimpin yang baik. Aku tak akan layak menjadi pemimpin sbb aku bukan diplomatik orangnya. Aku pon tak kempunan nak menyandang gelaran Miss Diplomatic. *Miss world tak pe gak*. Aku kan Miss Emotional. Aih, wanita itu!

Dan paling brengsek sekali, aku benci kata-kata dia dlm mesej yg dia hanta ke Frenster Farah. “Aku tak boleh terima korang serbu aku bila aku dah minta maaf. Aku dtg sini sbb nak belajar, aku tak kesah tak ada kwn daripada aku dibenci”. *baca sambil beraksi seperti mau muntah darah 3 kawah*

Dan sekali lagi dia membrengsek melalui surat kanak-kanak spastiknya yg dia hantar ke Mek. “Aku nak jadi budak alim, tapi kalau korang buat macam ni membenci aku, macam mana aku nak jadi budak alim,”

Dengar sini, aku Si-Budak-Tak-Alim nak kuarkan sikit ilmu agama aku yang tak seberapa tinggi ni. Kealiman seseorang itu letaknya dalam diri kita sendiri. Keimanan tu kan merupakan keyakinan, kepercayaan yg teguh yang wujud dari dlm diri kita sendiri. Perlu ke ada unsur lain mampu menggoyah iman dia kalau dah mmg keimanan dia kuat? Dia berkata macam kami ni syaitan-syaitan jahanam yang menghasut dan merosakkan kealiman dia. Hanya sbb aku tak berstokin ke kelas? Hanya sbb aku berseluar jeans ke kelas? Hanya sbb aku tak pakai baju kurung pagi petang siang mlm like she did… kami dikira syaitan yang menghalang jalan kealiman dia? Cam tuh?

Alim ke bila suka bermasam muka? Alim ke bila suka bersusah hati dan jarang ceria? Alim ke bila asyik berdua-duaan dengan sang kekasih (si arjuna, rangga, romeo dia tu). Alim ke bila asyik terasa hati dengan setiap perlakuan manusia dlm studio tu? alim ke bila setiap hari menghambur kata-kata lembut tapi sangat menusuk hati org yg dgr? Aku tak boleh terima kata-kata dia tu. Kami bukan penghalang dia jadi alim! Aku suka kalau dia betul-betul menjadi alim. Aku gembira dia ada cita-cita setinggi tu. Cita-cita yang aku semakin lalai dan jauh aku tinggalkan dek keterujaan aku pada dunia. Tapi jangan buat aku terasa macam diri aku ni bertanduk iblis. Sorry, aku benci kau! Harap kau baca sbb aku nak kau tau. Aku sgt benci kau walaupon kau adalah wanita paling kelihatan sempurna dan sopan dlm kelas tu. Bukan aku sorang benci ko, semua orang benci ko. Hanya sang kekasih hati ko yang seperangai dan seagenda dgn kau je yang mampu cintai ko. AKU SGT BENCI KO! *sangat yang amat sangat.*

aku tak rugi seposen pon tanpa kau.
aku jugak tak untung berjuta-juta ringgit dengan adanya kau.
So, wut is the point?
Ayuh, terus membenci ko!

IsuDua - Kami suka siar-siar.
Minggu lepas, tamat je paper akhir, petang tu terus ke Mines. Tak mau bebel byk pasal ni. Yang aku tau, aku sgt tak puas shopping waktu tu. Bila tak puas shopping, aku geram! Mesti gantikan shopping aku yang incomplete tu.

IsuTiga - Exam No More!
Exam da bes! Boleh melompat si katak lompat. Boleh humban nota… (tapi aku tak suka lakukan perbuatan ini). Boleh makan banyak-banyak dengan lebih tenang lagi.

IsuEmpat - Olympiarch, UTM
Disebabkan architecture workshop kat UTM bukan depan, kami pon tak dpt cuti. Aih, bayangkan perasaannya terkorban cuti 2 bulan? 2 bulan, darling! Bukan 2 hari. Sayangnyer… tapi apa nak dibuatkan. As long as aku bersama MEREKA yang aku CHENTAI, aku tak kesah l
akukan apa-apa pon. Very sure to enjoy the whole of our time spending together. Beylo, tak dapat conteng ko rakus-rakus lagi. Ko dok diam-diam. Berehat puas-puas.

IsuLima _ Saya sayang sahabat saya.
Semua Sahabat saya sayang.
Farah Diana – Thanks 4 always being my girl. Thanks sbb selalu support aku. Thanks for all the money, time, perhatian etc yang kau bagi. Vitagen yang kau belanja terasa 3 kali lebih sedap dari biasa. Secret Recipe menjadi bertambah indah waktu ko membayar semuanya di kaunter. Air mata sedih aku, jadi air mata riang dengan motivasi kau. Tido aku yang selalu terlajak dgn ghairahnya selalu disedarkan oleh ketukkan pintu dari kau. Aku tak perlu berpanas selalu dengan adanya Kelisa kuning hitam kesayangan ramai itu. Very lap you la. Cinta mati sama kamu!

Ainul Adibah - You are my beloved little angel. Terhibur everytime u are there beside me. Bila musim final projek, aku pasti carik ko.Demi mendapatkan komedi-komedi spontan dari aksi-aksi lucu ko. Mmg ko sorang penghibur hati paling bermakna bagi aku. Lap you sangat lah, Inul! AHAHAHA…. Walaupon ko selalu tipu aku. Walaupon ko selalu tikam aku dari belakang dengan kenakalan yang sgt hebat tu, aku tetap sayang ko. Walopon jugak ko selalu tabur gosip dan jadi kawan makan kawan, aku ttp sayang ko!!!! Ko mmg gadis paling nakal dalam alam semesta nih.

Adian – You too. Kawan yang selalu ada dengan aku through thick and thin. Thanks sbb bila dtg perangai mengada-ngada aku yg suka sgt menyusahkan orang ni, ko tak kesah disusahkan. Selalu terjebak dengan kemengadaan aku berinternet. Assignment aku pon, bila ja berkaitan dgn grafik, mmg kau selalu jadi my 1st attack. Sapa suh ko hebat ilmu komputer? Thanks jugak sbb selalu izinkan aku tiru assignment ko yg sgt berjaya tu. Sorry if byk yang terkasar bahasa sepanjang frenship ni. Honestly… u’ve been tagged as among my most wanted fren.

Anuar – This boy…really i cannot resist his existance. Sgt menghiburkan kesemua kami. Walaupon u are ‘jambu-jambu air sometimes’ but still sgt boleh diharap. Walaupon dia seorang yang sgt cerewet… lagi2 ketika shopping, still i like the way he manage himself. Dia sentiasa tau apa dia nak. Sgt high taste plak tu. Apa? Nak perempuan mata bulat??? Funny you! Just simply love ur movement. Sexy awww! Miahahaha….

Mek Ti - Lap you! Dia sgt waras among us. At least dia menghalang kami dari berlaku lebih extreme seperti menyerang Amerika Syarikat.Wakakaa…

*Malas tulis nama dia* - You are my bes B***k eva! Enjoy my whole time spending with you. Like talking with you. This is just my appreaciate. Thanks for everyhing u’ve spent to me. Promise to enjoy our life together yeah?

To HIM – thanks for the past. Ia buat aku belajar a lot about love and life. Thanks jugak sbb pergi jauh from me. It cud give some spaces to somebody else….maybe. Thank u for everything. Mengingati kamu… sangat menyakitkan. So, i choosed not to remember u anymore. Tak pernah membenci. Just that… wanna stop loving u. I cant imagine how can i stop this since u are the one who kept on starting. Its ok. I’m ok now. Past is past. I’m nobody to u now. We started with frenship, we went throught it….. with lot of love inside me… then now? we are not befriend anymore. Tak kenal kamu lagi. Bye bye… I AM OKAY NOW!

Apa pon yang dah berlaku, tanpa mempedulikkan masa silam yang lingkup, aku tetap bahagia sekarang ni. Aku ada semuanya! Tak ada yang kurang lagi. Satu yang aku selalu bangga dengan diri aku, aku tak pernah berlakon bahagia. Sbb bila aku kelihatan bahagia, mmg aku sedang berbahagia! Kalau aku buat muka huduh paling menakutkan dan menggelikan tu, maknanya mmg aku tgh sedih. I dunno how to pretend – being happy while u are in trouble. Oleh itu, semua keceriaan aku adalah asli! HAHAHAH!

Beylo, honey!
Aku nak pulang ke ukm sebentar lagi.
Jgn tak rindu aku!
Rindu aku, plis!

To all readers…
Tolonglah jangan ikut perangai si Totin tu.
Jgn suka buat-buat rusuhan ke aku.
Tak payah… tak baik… tak ada maknanya…
Hupp!

Contengan yang brengsek.

Posted by chika under Uncategorized
Kadang-kadang…..
Macam ada aksi stunt dalam kepala kesayangan aku ni…
Hinggakan…
Aku terasa nak cut the action.
Dan suruh semua babak-babak liar jahanam yg tak diundang itu berambus keluar.
Kepala aku bukan gelanggang praktis stunt!
BUKAN!

Tadi aku tenang.
Sekarang aksi stunt dalam kepala, terjadi lagi.
Sakit lah kepala aku,dol!
Bukan sakit terkena migrain.
Tapi sakit buatan orang.
(memang brengsek sekali ayat di atas)

Bertuah jugak bila dipikir-pikirkan menjadi aku. Sbb selain menjadi kanak-kanak dewasa berusia 20 tahun, dan selain juga menjadi student architecture yang ala-ala korporat, aku juga dapat chance seposen dua menjadi drama queen. Eleh, cam dulu-dulu tu! Aku kan drama queen dari dulu lagi. Patot pon sejak akhir-akhir ni, semakin rakus aku memperasankan diri. Buat kata Adian, aku ni nak jadi Diva lah, datin lah, superstar lah!Semua aku nak! Dan yang terbaru, dan yang paling menjijikkan dan brengsek sekali, aku terpikir sekali dua kali mau menjadi Marilyn Monroe. Dan aku hampir-hampir menjadi klon Marilyn Monroe pada hari seblom tamat peperiksaan.

Terbukti, aku dah semakin hilang pertimbangan.
Nak pergi carik balik pertimbangan yang hilang!
Aku rasa rimas dengan kelakuan aku yg serba rakus sejak kebelakangan ni.
Terlalu cepat teruja dengan sesuatu…
Brengsek lagi!

Sekarang, aku nak pegi berlari setempat untuk mendapatkan pertimbangan aku yg makin hilang. Sebelom dia betol2 hilang tak kembali. Mungkin berlaku pergolakkan hormon dalam sistem tubuh aku. Mungkin jugak. Nak pegi carik terapi utk kebahagiaan hormon. Semoga aku tidak hilang pertimbangan lagi.

Next issues :

  • I’m a drama queen? again? in wut kind of soup opera?
  • Kami suka bersiar-siar.
  • Exam…no more!
  • Olympiarch, UTM- it’s negatively positive….. and positively negative….
  • Sahabat – saya sayang mereka.
  • etc

Semuanya dalam agenda seterusnya. Tunggu next update. Okay, tak ada gosip liar malam ni. Semua boleh bersurai. Boleh pergi ke blog lain pulak untuk berpoya-poya. Terima kasih atas masa yang anda sia-siakan di sini….. =)