Archive for May, 2006

Tak Ada Logika

Posted by chika under Uncategorized
[sekadar koleksi foto yang lemau]

Bulan May yang agak brengsek pada kebanyakkan harinya dah berambus pergi tanpa meminta diri dari aku. Tak apa. Pergi dan semoga bulan May yang sebrengsek itu tidak dtg lagi. Hari ni, satu Jun. Jun yang aku harap tidak brengsek. Uh, tak pernah jumpa 30 hari yang yang suci dari brengsek. Sebetolnya, kehidupan mmg macam tu. Kematian apatah lagi.

Aku macam bersungut kan? Macam orang pasrah dgn kehidupan. AHAHA… tak sepatotnya. Aku patot senyum besar, sambil duduk goyang kaki atas sofa enak dan menikmati vitagen kegemaran aku dgn bahagia sekali. Apa kurangnya hidup aku? Tak kurang pon… Tapi, bila kita dgn sendirinya butuhkan sesuatu yang tak kita ketahui apa, waktu tu mmg rasa serba kekurangan akan dtg. Macam aku.

Aku nak bersenam seminit dua.

Mula-mula… hentakkan kepala pada dinding beberapa kali. Baguss…! Good job!
Seterusnya, lempang muka dengan tangan kanan dan kiri secara berterusan. Good job!

Kemudian, cubit peha kanan… tentu peha kiri tak terasa sakitnya. Okay, boleh cubit peha kiri pulak. Well done!
Sekarang… sila hentakkan kepala beberapa kali ke keyboard. Yeah, mabeless!

Okay, senaman ringan untuk kondisi beremosi tinggi dah beres. Sekarang aku boleh conteng dengan bahagia sekali tanpa memuntahkan sisa emosi aku yang bernilai seposen dua tu. Tak de maknanya.

[koleksi foto yang lemau]

Malam ni aktiviti donlod lagu bermain cam biasa. Tapi tak serakus mana sbb aku pon naik muntah nak pikirkan lagu apa yang betol-betol aku nak dengar skang ni. Okay, tak de buat masa ni. Oleh sbb tak de, aku pon on tabiat rutin aku. Bila takde lagu yg dah save dlm sel otak aku utk didonlod, aku akan main donlod apa-apa lagu yang datang terhegeh-hegeh dlm list limewire aku. Ye, ye! Aku mmg suka donlod lagu. Macam tak de benda lain yang lagi mulia utk dibuat. Dan donlod punya donlod, spt biasa la dol.. mesti ada yg aku main tembak-tembak donlod tu lagu yg boleh tahan sedapnya. Untuk malam ni, ada beberapa lagu aku pilih utk tidak di humban ke ‘bakul sampah’. Mereka ialah…
  • Aku ada kerana kau ada - Radja
  • Yakin - Radja [aku pasti akan jatoh gilakan lagu ini sedikit masa nanti]
  • Terlalu Manis - Slank ft Agnes Monica.

Kalau kalian hantu donlod spt aku, yang kedekut ringgit membeli kaset /cd, atau juga mungkin kalian jenis spt bunda aku yang slalu ragu-ragu dgn kualiti album. Sbb bunda selalu harap, setiap album yang dia beli tu 100% lagu best gilerrr! (Padahal tak wujud album macam tu dlm alam semesta ni). Terus, aku mau sarankan kalian pergilah donlod album Agnes Monica- whuddup. Since aku pon tgh separa gila dengar lagu2 dia. Selain punya rupa paras yg cantek (mungkin aku juga boleh jatoh cinta pada dia kalau aku lesbo), dia jugak punya kualiti suara. Aku suka. Lagu2 yang aku sarankan ialah Tak Ada Logika dan Kamu Dan Kamu.

Ecececeh… jadi wartawan hiburan murahan plak aku mlm ni. Gelinyer! Hentikanlah. Aku tak suka buat keje-keje promote album ni. Baiklah, lain kali, jangan masok ke sini lagi untuk dapatkan info muzik ye anak-anak semua. Aku tak akan buat keje ni lagi. Sbb terasa geli yang tanpa punca. *cabut lari!!!*

Hari ni, memandangkan hanya tinggal berdua dgn bunda, sesi ibu dan anak pon berlangsong dgn cemerlang sekali. Tak banyak gosip. Hanya membualkan fakta-fakta kekeluargaan sambil mengumpat tabiat si haikal, yang bunda sifatkan sbg ‘budak lelaki blom tau setia’. Apa nak buat bunda, anak bunda jugakkkkk!

Dan sepanjang hari, aku hanya mengadap muka seposen dua kotak tv. Hampir kesemua rancangan kartun2 sepanjang ptg aku tonton. Spongebob yang lama aku baikan pon, aku mula tgk balik. Dan durjananya, mlm ni tadi ada tayangan Bend It Like Beckham. Citer yg lama aku ngidam nak tgk. Not bad la citer dia. As wut Adian said… “Nurul…best!” ya, ya… best. Mengujakan lagi keteguhan aku dari berganjak ke pasukan lain. Mmg England forever lah!

Beylo, world cup nanti kita conteng muka belang2 merah putih ye. Kita teriak-teriak sokong England macam kita dibayar juta-juta ringgit utk setiap sorakkan. Kita spend beberapa ribu ringgit utk barangan England ye (ni gurauan yg brengsek semata-mata). Ingat Beylo… kita kena jadi rakyat Malaysia yang khianat utk musim world cup nanti. Lupakan kesetiaan kita terhadap negara. Kita mesti fokus sepenuhnya pada England. Ingat tu Beylo! Ingat!

Aku kembali butuhkan sesuatu. Ah, nak membuta lah!


Tak Ada Logika
[Agnes Monica]

Bukannya aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Saat kau bisikkan cinta
Ku tahu engkau berdusta

Namun ku tak mau mengerti
Selama kau masih bersamaku
Karena kusuka, kubutuh
Cinta yang pernah hilang dariku

Cinta ini kadang-kadang tak ada logika
Terbersit semua hasrat dalam hati
Ku hanya ingin dapat memiliki
Dirimu hanya untuk sesaat

Bukannya aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Karena telah kau bisi
kkan cintamu padaku
Ku tahu engkau berdusta

Tak payah tajuk.

Posted by chika under Uncategorized

Kali ni entry tak bertajuk. Buang masa! Paling kurang pon, aku memerlukan sepuloh minit utk mendapatkan tajuk yang kunun-kununnya gerek. Buang masa! Sekali lagi, BUANG MASA!

Dah beberapa hari aku tak bermesra dan bercandaan dengan para diplomat di arena blog antarabangsa ni. Mmg aku saja menyombong diri sbb aku tak sehat. Setiap malam aku tdo tak puas. Rasa macam tdo dalam semak-samun. Dan setiap pagi aku bangkit awal. Mmg brengsek sekali! Setiap kali aku dapat ‘hidup’ pada awal pagi, mesti aku konpius samada nak rasa bangga atau keciwa.Bangga sbb ini merupakan pencapaian yang sgt baik dlm kualiti hidop aku. Keciwa sbb aku sejujurnya tak suka bangun pagi. Brengsek nyerrrr….

Justify Full
Aku nak flash back cerita sepanjang aku terlantar tak sedarkan diri. Sungguh ni aku bilang… aku pengsan EMPAT kali sepanjang waktu sakit aku ni. Uuulala~ Perlu ke tulis tipu-tipu macam ni? Macam entry murahan. Yucks! Aku tak pengsan! *tampar muka dua tiga kali* Aku tak terlantar pon! *tampar muka lagi dua tiga kali* Aku cuma demam sejuk yang kronik tapi tak la sampai nyawa-nyawa ikan. Masih gagah untuk membebel percuma setakat dua tiga jam.

Bersedialah…untuk contengan super-saiya dari aku! Dan aku tak pedulik samada kalian penat, letih atau mual nak baca contengan yg sgt panjang ni. Terpulang! Aku menulis untuk simpanan memori aku. Kalau tak suka membaca, pergi main jauh-jauh. Arena blog ini adalah untuk mereka yang bukan saja gemar menulis (samada menulis yang baik2, yang burok2, atau pon yang menulis entah apa2 yang tak masok dek akal), tapi juga untuk org yg suka membaca. Eh, aku bagi warning ke ni? Bukan warning… cuma aku bukan dalam mood yang baik ketika ni. Dan sebarang komen yang menjatohkan sgt aku tak hargai…. Terima kasih.

Rabu, 24 may 2006.

Ptg tu fetch Jullian dan terus hangkut dia ke Times Square. Guess wut? Dia tu tak berubah langsong. Sama je macam dulu. Ingatkan lepas beberapa bulan tak jumpa, dia akan jadi sebaik-baik manusia tapi tak! Sama je macam zaman sekolah-sekolah dulu. Masih suka underestimate aku. Masih suka nak keep on fighting dgn aku. Tapi apa pon dia, dia still sorang budak yang tak pernah lupakan kawan. Thanks anyway sbb bayarkan software aku. Lain kali, boleh sponsor I beli laptop Acer, Ferrari sebijik dua. Bersama sebijik desktop apple yang nampak hebat sekali. (Lain kali tu tak kesahlah bila2 pon. Akan sentiasa keep in touch with u untill the day u become a richest man in the world) Aiza, we deal it with Jullian kan? Semoga Jullian cepat kaya dan semoga dia cepat membelikan aku satu set Apple punya product. Amin~

Dia kata aku drive terok, macam orang tak ada lesen.
Aku kata, aku drive terok sbb itu 1st time aku drive ke KL yang maha sebok tu. Dan aku kata jugak… lesen aku lagi lama dari lesen dia.

Dia kata, aku selalu berada jauh sgt dgn kereta depan.Sampai tiga bijik Kelisa boleh masok antara gap tu. (tak pon!)
Aku kata aku amalkan jarak 2 saat antara kenderaan.

Dia kata, kalau ada seribu driver macam aku… mmg susahlah semua orang.
Aku kata, aku baru nak berjinak-jinak dgn kenderaan, lama-lama aku akan hebat.

Dia kata, tak best drive CRV.Sbb kereta besar menyusahkan.
Aku kata, aku suka drive kereta besar sbb aku rasa lebih selamat.

Dia kata, dia suka Kelisa. (yang dia selalu sebut sbg CLK-cute little kelisa)
Aku geram, dan aku kata… aku tak suka kereta buatan Malaysia!

Nah, amek ko!HAHAHA! *gurauan yang menyayat hati*

Kesimpulannya, dari zaman sekolah hingga ke zaman universiti. Dari usia kecik sampai dah ke 20 tahon, kami tetap akan bertekak bila berjumpa. Tapi bila lama tak jumpa, gerenti aku akan tercarik-carik dia. Dan bila chatting atau bersms, mmg ayat super duper punya nice. Macam besfren of the year. Tapi bila dah berdepan mata ke mata, mmg Street Fighting la. (Di mana aku adalah Chun Li dan dia sbg Blanca. AHAHA!)

Tapi not to deny, just enjoy being with him and aiza. He will always be my fren. At least dia ingat jugakla nak hang out dgn aku… dari MEREKA-MEREKA itu? Teman seperjuang yang blom mati terkorban, tapi dah lebuh entah ke mana. Frens forever dearie Aiza and Jullian!


Kredit : Secret Recipe, Lot 10.
Heaven sekali dapat santap Ice Lemon Tea (Secret Recipe did good job!), Chicken black pepper, Chocolate Marshmallow, dan … Chocolate… (aiza order pe benda ar?)


Kredit : LowYat Plaza
Cuma sempat sambar optical mouse itu (aku pilih atas dasar HIJAU), speaker nampak gedik itu (Jullian pilihkan speaker tu akhirnya lepas semua yg dia cadangkan aku reject atas sbb2 kewangan), dan mouse pad (atas dasar rupa paras). Jullian kata, aku beli semuanya tak berkualiti sbb tak branded langsong. Aku jawap… bila tgh sengkek, brand boleh letak ke tepi dulu. (tapi kenapa aku tak pernah rasa sengkek ketika membeli-belah pakaian,kasut, handbag dan bau-bauan? ; nanti aku check sistem data di kepala)

Ahad ,28 May 2006


Time conference dgn aiza dan adian, mmg manis mulut aku bersetuju utk jumpa adian kat stesen putra UM pukol 12 tgh hari. Tapi pagi tadi, pukul 12 tgh hari aku baru kuar umah. Ekekek… Maka, terhegeh-hegehlah aku tekan minyak kete sambil rasa bersalah sbb buat adian tunggu setengah jam. Tapi malangnya rasa serba salah tu tak lama. Sekarang aku tak rasa berdosa pon. Rasa enjoy je. Adian pon tak marah. Na na na na~

Si Encik Shafiz Wonka tu pulak, tah sejak kebelakangan ni berlidah ular. Lidah bercabang. Kejap nak ikut, kejap tak nak. Geram btol aku ngan dia. Tingat plak kes last week kat UKM masa hari nak balik holiday tu. Yer yer je pagi tu kata nak ikut aku balik umah. Kalau ada dia, aku rasa konfiden sket since itu 1st time aku kena drive sendiri balik Cheras. Bunda pon dah lega sbb ada orang teman aku. Tiba2 dia sms… dan aku dgn Farah punyal
ah berasap telinga. Tapi tak tau nak bengang atau nak gelak. Sbb sms dia berbunyi kesamdol-samdolan. “Nurul, sorry la aku tak ikut kau. Tadi aku baru bangun tdo, otak aku tak waras sgt. Aku cuma pk nak balik cepat je. Skang aku dah sedar, aku nak balik ngan parents aku,” mmg samdol abes!

Okay, dengan bantuan Aiza yang sgt expert selok belok Petaling Jaya, maka kami pon tiba kat umah Farah ptg tu. Tuih btol lah. Aku tak dapat parking! Plak tu terkial-kial nak reverse kat jalan yg super sempit tu. Sib baik ada sorang uncle ni pi bukak gate umah dia, kasi aku reverse ikut halaman umah dia. Baiknya uncle. Mungkin jugak uncle tu risau tgk Datin Muda macam aku. Wo, berlagak Datin aku aritu! Ngan spek hitam Angelina Jolie nya… mmg brengsek skali! Nak beragaya punya pasal, sanggop aku bergelap mata. (Kalaulah uncle tu tau aku hanya sorang budak 20 tahon yang terkedek-kedek nak idop….. mesti dia tak layan aku.Agaknya dia pikir aku ni Mak Datin bebtol kot) Lalalala~ (www.perasan.com)


Waktu tu aku blom sehat. Masih ligat aksi stunt dalam sistem badan menyebabkan aku cepat naik angin. Masa Adian dah dapat parking, aku rasa geram. Sbb aku kena pusing melilau-lilau area taman tu. Mmg brengseklah mulot aku membebel percuma. Aiza terpaksa tadah telinga sampai kebas. Dah tau situ area orang kaya dan raya. Orang kaya ni plak, jenis suka pakai kete berbijik-bijik. Plak tu, jalan depan umah sempit. Mmg ganggu laluan btollah! Berjuta-juta kali aku ulang bebel benda yang sama. Aiza pon iya kan ajer. Tah, waktu2 tak sehat ni. Aku sangat cenderung untuk menyalahkan orang lain. Termasoklah menyalahkan Beylo yang selalu menuntut komitmen dari aku. Aku sakit ko faham tak?Ko banyak sgt songeh, aku delete ko selamanya.

Nampak ja Si Kelisa Kuning comel lotey milik Farah, aku dah lega. Mmg tak salah umah. Bangga aku sbb sejak dapat ‘LESEN’ dari parents utk guna kete kat kampus ni, aku dah makin panjang langkah. Tunggu la ko. Nanti langit ke tujuh, dengan awan ke sembilan pon aku sampai. Sabaq sat naaa! Uhuhu… dan yang paling tak bley tahan. Kami pergi 3 orang, 2 kete. Mmg pakat kena gelak ngan Farah. Uish, kalau orang tengok, mesti ingat kami buat trip 12 orang. ekekeke…

Kredit to Aiza selaku jurugambar yang kuat gelak. Sambil ambik gambar, dia bantai gelak terkekek-kekek. Dan yang sempat dirakamkan ialah gambar kete Adian yang mengekor di belakang kete aku. Ha, nampak tak nur penyuluh alam tu? Ha, kat dalam tu ada sekor raksasa bernama Adian. ahaha… ! Dan inilah pertama kali, ada orang drive ikut aku. Selalu aku yang ikut orang. Sbb aku ni ada penyakit yang sgt kronik yang aku tak tau boleh dirawat atau aku kena suffer sepanjang hayat. Walaupon ada kete sendiri pada usia 20 tahon, aku tetap tak boleh ke mana-mana dgn sendirinya sbb aku buta jalan. Tak ada satu destinasi pon yang aku tau untuk tujui selain jalan dari kolej ke studio. Sila layari http://www.buta_jalan/unlimited.edu.gov.my (panjangnyer url).

Cam biasa. Meskipon kekurangan sorang Drama Queen, juga kekurangan tanduk dan taring tajam yang menjahanamkan masyarakat, pertemuan aku, fara dan Adian (campur Aiza sbg ahli baru jarak jauh), dah cukop syarat dah utk bukak site baru bernama www.gosipliar.brengsek.com. Macam2 insan tak berdosa dikaitkan dlm ’saluran informasi’ (gosip) kami. Rasa macam gian nak bergosip. akhirnya, bagaikan mendapat ubat perangsang, kami rasa puas! (i know, i know! ini ayat masalah sosial) Dan aku tiba-tiba rasa nak meletop macam gunung Merapi dan rasa bergegar cam gempa bumi Jogja bila je Adian si tak sayang mulut tu acah-cah nak ajak DUA MUSOH AGONG aku. Wo, nak tengok gusti mania, silalah temukan aku dgn mereka dalam satu majlis keramian yang sama. Tapi dah lepas pon. aku bahagia…

Thanks Farah banyak2 atas jemputan. Kalau Enol (si kecik paling nakal di alam semesta) dan Babe (budak lelaki mengada) tu ada, tentu lagi best. Tentu gegar majlis kawen kakak ko! Miahaha… syukur hanya aku yang sakit, bersama Adian yang ala-ala malu ayam kampong di khalayak ramai je yang mai. Ahaha… btw la kan, rindu nak pesta lova-lova. Patot pon aku saket. Aku rasa, sistem aku butuh hiburan extreme yg dah lebih seminggu tak dirasainya.

Selamat Pengantin Baru,
Untuk Kak Lin. (Kakak kpd Farah)
Semoga kekal ke anak cucu…



Bersabarlah sistem-sistem yang sakit.Sikit hari lagi, kita akan pulih. Lepas pulih, kita makan sakan segala macam makanan yang tak dpt kita telan ketika ini. Aih, kenapalah aku rasa panas sangat ni. Ke aircond aku dah tukar cawangan. Dah pergi ke cawangan ‘PEMANASAN’. Hell lah!


Tak kira masa, tempat dan kondisi. Aku tetap suka bergambar. Melihat kamera yang memancarkan tanda-tanda seperti mau memetik gambar aku, sudah cukop membuatkan aku lupa semua kesakitan. Mungkin nilai-nilai ke-diva-an sgt utuh dlm jiwa aku. *cebik muka, meluat dengar.Ini ayat tidak senonoh sekali*

Balik dari umah Farah, aku rasa haus semacam tekak aku. Mungkin sbb panas. So, aku tanya Aiza mana leh minum-minum. Aiza pon jawap, boleh singgah mencedok air sungai Klang kalau mau. Ngee =D Tipu je. Tak, Aiza kata, leh singgah seksyen 14. Aku ikut je telunjuk dia. Kalau dia bawak ke Sg Klang pon aku bukannyer tau. Ikut ja… Ekeke… Pastu dapat idea nak stop kat Amcorp Mall. Tapi kansel! Sbb kat situ macam pusat pelupusan kenderaan. Gerenti ak ada parking. Maka, melenconglah kami ke A&W. Pendek kata, kami sgt tak senonoh sbb balik kenduri, terus ke A&W. Patot pon aku makin ‘membesar’. Sbb aku sgt bahagia. Tekak ku juga.

Harini.

Harini rumah sun
yi. Tinggal aku dgn Haikal je lagi. Kesemua budak-budak lelaki tu dah diangkut oleh aki balik Johor. Selamat bercuti adek-adekku semua! akan rindui kalian. Dan sgt menyedihkan kondisi rumah ini tanpa kalian. Semuanya kerana beberapa sebab yang akan merubah keadaan hari esokku tanpa kalian.

  1. aku terpaksa cuci kereta sendiri esok. Atau aku terpaksa tersengih bangga ke hulu ke holir dgn 1266 aku yang dah bertempek taik burung. (hina sungguh burung yang melepaskan najis tak kira tempat)
  2. terpaksa aku lakukan byk keje rumah yang telah aku tinggalkan hampir 2 tahun lamanya.
  3. aku kehilangan tukang masak yang hebat, gerek dan sensasi bernama Ijat
  4. tak boleh memusuhi Haikal memandang dia je satu-satunya pilihan teman suka duka yang ada ketika ini.
  5. aku boleh mati tanpa jenaka-jenaka murahan mereka!!!!!hiarght!

Aku tak sabar nak pegi pecahkan kepala ke dinding bilik. Izinkan aku mintak diri dulu. Sbb kepala aku dah tak sabar-sabar mau pecah. Esok, kalau tiada lagi entry dari aku, anggaplah aku sedang bermasalah dengan kepala yang telah berderai di dinding. Aku paling bencikan kepala aku ketika ni. -boleh bersurai-

pesanan penaja : semua site berwarna biru yang ditulis di atas adalah tidak sah dan tidak wujud. Tetapi sekiranya berminat untuk mencuba nasib, silalah berbuat demikian. Sebarang masalah lanjutan, tidak akan dilayan.

Main-main

Posted by chika under Uncategorized
Entry ni, utk main-main. Budak Gemok Bakal Taff (yang blom ditentukan akan tough atau tidak - tengok nanti) dengan bahagia sekali dah tag aku. Demi menjaga hati sesama manusia, kita layankan ajer la, Beylo yek.

3 Questions

name 3 schools u went to

  • SR Cheras Baru
  • Seraya High School
  • School of architecture, UKM


name 3 things in ur backpack/bag

  • purse (no purse, no money.no money, no life!)
  • handphone (s)
  • camera (i love to pose - DIVA wannabe)


name 3 things u do when u are really stressed

  • cry (horribly cry)
  • get somebody to release and motivate me. (abah always knows how to calm me down)
  • marah-marah like hell!

name 3 places u go on a daily basis

  • studio
  • toilet
  • restaurant

name 3 favourite fruits

  • buah salak
  • laici
  • mata kucing


3 names u go by

  • Nurul
  • Haizum
  • Chika


3 of ur favourite foods

  • All Secret Recipe’s
  • KFC
  • Tom Yam (tanak pedas)

3 things u are wearing right now

  • Green T-shirt
  • Grey tight pants (cilok bunda punyer =D)
  • Sock & Glove (dun laugh.shut ur big mouth up!)


The Whos

who’s in the house with u?

  • Bunda
  • Mak Yang
  • Brothers


who (or what) r u thinking about right now?

  • When to go to salon?
  • How to get more and more money to buy Guess handbag that I saw last month?
  • Should I polish my car by myself? (I SHOULD NOT!)


who did u last talk to on the phone?

  • Farah
  • Aizar
  • Stranger (he got wrong number)


who do u sit next to in your class?

  • Marlia (Form 1, 2, 4, 5)
  • Nisaq (standard 6)
  • A’ai (for now and for the next 2 years untill we grade)


who was the last person u told u loved?

  • no one (I didnt know how to say ‘I LOVE U’ for real)


who do wish u were right now?

  • Me
  • Myself
  • I (thanks to Allah SWT)


who gets on ur nerves the most at school?

  • teachers
  • bestfriends
  • enemies .


The Wheres

where do u live?

  • Cheras


where is ur phone?

  • On my beds


where do u sleep?

  • bedroom lah.


where is the last place u took a ride to?

  • Sg Wang


where are u now?

  • Bedroom


The Whats

what was the last thing u ate?

  • Nasi goreng daging merah


what colour shirt r u wearing?

  • Green


what is the closest item near u that is blue?

  • Blanket


what do u like best about school?

  • Glamour with brain.


what is ur favourite colour?

  • Green
  • Black
  • Orange


what do u wear more: jeans or shorts?

  • Jeans


what is the last movie that u watched?

  • Bujang Senang (at least i laugh)


The Whens

when did u start school?

  • when i was 6, i went to Taski Al-Islah. (very islamic…eheh)


when is ur birthday?

  • 21 April 1986


when did u last go to the mall?

  • Last wednesday (3 days back)


when was the last time u bought a pair of pants?

  • last week


when did u last burn something?

  • last month i think. (Burn my environmental science assignment)

Next victim would be

  • OKAY… i stop the game. Dun worry!

aduan : aku demam lagi.Semalam tgn aku kebas belah kanan sampai aku tak boleh lelap mata. Aku hanya lena selepas pukul 7 pagi.Aku rasa runsing.Dah seminggu aku tidur tak lena. Aku mmg akan runsing setiap kali aku dapati aku tidak tidur dgn baik. Mungkin ini alasan yang paling tepat untuk aku tidur sepanjang siang.

If i die tonite

Posted by chika under Uncategorized
Malam ini… tiada komedi,
Tiada aksi samdol,
Tiada cerita tak bermanfaat untuk dijaja.
Aku bukan penghibur malam ini…
(sila ke pusat hiburan lain)

Aku sakit.
Suara hilang. Lari dari rumah agaknya.
Badan sejuk macam suhu jatuh langsong ke tahap beku.
Kepala tengah buat stunt.
Tak taulah nak cakap apa!!
Aku rasa seluruh sistem tubuh aku tengah praktis stunt.
Patot pon aku sakit.

Beylo!
Aku sakit.
TITIK.

If i die tonite…
Everything’s gonna be alright…

Awan Sembilan

Posted by chika under Uncategorized
Nite, Beylo….
Nak mengadu-domba sebarang dua pada kamu…

[Aduan 1] - Lampu tido aku kebakaran mentol. Aku kesakitan hati. Aku ketidakselesaan berada di bwh cahaya terang yang tidak romantis ini. Aku terasa mau mengambil beberapa tindakkan susulan. Tindakan pertama yang aku fikirkan ialah memasang shj mentol romantik-melampau yang bunda tawarkan tadi. Tapi cancel! Aku terasa macam keluarga aku tak bayar bil secukupnya dgn mentol yang cahaya segan-segan macam tu. Aku mau mentol cahaya KUNING! Bukan BIRU atau HIJAU. Itu boleh provide kasi disko sana. Dan tindakkan terakhir yang tengah aku pikir… aku nak lastik lampu kecik molek tu kasi berderai. Demmit!

[Aduan 2] - Pagi tadi kan, Beylo… aku bangun pagi sebenarnya. Tapi aku pura-pura tido lagi bila ayahanda teriak-teriak suruh bangkit. Ni lagi satu tabiat aku yang huduh dan sgt jahanam. Aku mmg tak suka bangun kalau orang kejutkan. Aku suka bangun secara sukarela. Demmit lagi!

[Aduan 3] - Bunda tatap wajah seposen aku ptg tadi. Aku tak harap bunda akan memuja-muji aku sebijik dua, tapi aku lagi tak harap bunda akan hamburkan kritikkan yang menjatuhkan. “semakin bulat je. Tak susut pon,” Ma… perlu ke? Aku terkesima kejap. Terus tgk cermin panjang yang aku beli secara tak disengajakan beberapa bulan lepas. Oh my god.com.my! Itu bukan kritikan, itu kenyataan. Aku pon lari terkedek-kedek carik penimbang durjana itu. Ya, penimbang itu mmg tak pandai simpan rahsia. Penimbang itu mmg tak pandai jaga hati aku. Aku ingatkan, aku susut 3 kilo… rupa-rupanya aku tidak menyusut. Okay, esok semua orang boleh jumpa penimbang dalam tong sampah besar luar pagar ye!

[Aduan 4] - “awak… kita gemukla, wak…” aku jerit pada Ijat dan Zdel yang tgh main game dgn sgt serius, tak ubah macam ahli korporat tgh main saham. “HAHAHA! Siapa kata awak tak gemuk, wak?,” jawapan yang buat aku rasa nak puasa 6 hari seminggu. Terus aku terhegeh-hegeh carik Haikal pulak. “Ayong gemuk ke?,” time tu Haikal sebok dgn facial treatment dia. Macam lawa sangat… bluekkk! “HAHAH! Baik lah jaga-jaga sket. Kang tak jadi bertunang bulan 9 kang!,” Dan aku rasa meluat. Aku tanya pasal badan aku. Kenapa perlu bercakap pasal tunang-tunangan pulak? Nak sgt ke aku kawen cepat? Ko nak, Beylo?

[Aduan 5] - Farah ajak aku pegi studio esok. Wowowo…. macam la jarak studio dgn rumah aku ni sama dengan jarak studio dgn Kolej Pendita Za’ba kan? Lagipon, esok i ada ‘date’ dgn Jullian. Jullian gerenti akan tembak aku sampai mati kalau aku tiba-tiba cancel the plan to hang out esok. Ehehehe… Ko mesti tak mau aku mati dulu kan, Beylo? Apatah lagi mati ditembak. SMS dia tadi tu dah menunjukkan bahawa aku tak boleh suka-suki membatalkan ‘date’ kami esok.

Remember our ‘date’ tomoro.Dun be late ya! Hahaha.. =p
Ya!Of coz ingatla. But hey, Aiza wan to follow since she wanna go to low yatt.u dun mind kan?
No problem.She has ‘forced’ me many times to go there to buy computer stuffs. =p see u tomoro.2 pm!hehe… =p
Ok.ok.2pm.I fetch u around ur place.c ya tomoro k.

Beylo honey… u jangan cemburu buta ok. I tak kuar berdua dgn dia. Walaupon kami nak ‘dating’, tapi kami tak dating berdua. U jgn risau k, honey. Aiza will accompany me. Accompany ker?? Kalau tak sebab nak ke Low Yatt, lom tentu Cik Bodigad tu nak temankan aku. Tapi ok la tu. You jgn worry ok, Beylo. I tak curang ngan you. But I miss to hang out with frens tau. Rasa macam dah lost contact dgn ramai orang. Balik-balik…. jumpa Aiza, Jullian, Astri. Aizar, Jullian, Astri. Astri pulak entah tengah tergolek sakan kat Jakarta sana. Bila dia nak ajak aku gi umah dia kat Jakarta nih? Bila? Bila?

[Aduan 6] - Hari ni aku mengidam karipap. Samdol kan aku? Aku tunda mengidam aku ke hari esok sbb harini, aku tak dapat makan karipap. Dan lupa nak bagitau ke Beylo. Smlm aku makan karipap. Bunda beli kat sorang mamat ganteng ni. Sedap. Tapi tak sure lah kalau kegantengan dia pengaruhi deria rasa aku. Ah! Aku makin samdol!

[Aduan 7] - Aku rimas! Banyak sgt masyarakat setempat yang perihatin ke atas aku. Setiap hari bertanya khabar. Aku malas nak jawap benda yang sama. Apa kata… nanti aku reply begini… ’saya tak sehat. saya cedera parah. bila-bila masa dari sekarang, saya akan meninggalkan kamu buat selama-lamanya. bye-bye….!’.…. tapi ayat tu macam ayat pasrah. Macam manusia tak ada motivasi hidup. Ah, aku sehat lah!!!!

[Aduan 8] - Harini aku terasa betul-betul rindukan sekolah. Tadi aku baca blog lama zaman aku sekolah. Zaman hingus meleleh tak ada orang lap. AHAHA…! Blog tu macam bukan milik aku. Tapi faktanya, tetap akulah pemilik blog tu suatu masa lampau. Ayat aku macam kanak-kanak tak cukup makan. Tapi enjoy! Dan tak boleh tahannya, aku pernah mengamok sbb dapat markah agama 88. Aku punya target waktu tu 98. Fuh, mmg berjiwa besar aku ni dari kecik lagi rupanya! *tapi aku rasa macam aku dah sgt dewasa pulak sekarang ni lepas baca blog lama tu. Sbb aku tak lagi menulis blog tentang protes aku terhadap kerja sekolah. Tak ada jugak lagi aku menulis tentang betapa meluatnya aku menyalin nota Biologi dan Sejarah*

[Aduan 9] - Aku selalu jatuh hati pada manusia pada masa yang salah. Salah jatuh cinta. Kenapa aku ni lembab sgt? Kenapa aku selalu suka kat orang tu time aku dah terlambat? Ngok nyer aku. Selagi ada peluang… selagi tu lah aku lengah-lengah. Selagi tu lah perasaan aku kosong pada orang tu. Bila dah berambus orang tu, baru terhegeh-hegeh nak bagitau satu dunia yang aku dah SUKA! Kalau aku berterusan macam ni…. mmg sesi patah hati akan keudara tanpa henti. Sekali lagi, aku mmg samdol terhormat!

[Aduan 10] - cukoplah! Banyaknya mengadu-domba. Beylo pon boleh muntah dengar rintihan rasa aku yang tak abes-abes ni. Macamlah aku ni superstar yang banyak konflik hidup. Malas lah nak mengadu lagi. Naik awan ke sembilan lagi best!

Nite, Beylo. I nak panjat cloud 9.

Architecture @ UIAM

Posted by chika under Uncategorized

Sejak beberapa menjak ni, aku rasa macam nak tenyeh-tenyeh muka Beylo. Rasa nak humban-humban blogspot ni. Rasa nak delete-delete semua conteng cakar ayam aku sebelum ni. Rasa nak tikam Beylo sampai mati. Rasa… rasa semualah! Rasa nak lakukan banyak2 penderaan kat Beylo. Seronoknya cakap terus terang macam ni kat Beylo. Lagi seronok bila Beylo tak dapat menentang. Aku bukan dah meluat kat Beylo. Tapi terasa asyik bila dapat cakap kasar-kasar begini. Kalau dapat baling sebijik dua periuk belanga kat blog ni, mesti lagi baik. Tapi tak payah lah.

Seminggu kat UKM sgt memenatkan. Seminggu pertama tu, enjoy lagi. Boleh la setakat bangun pukul 2 ptg, sampai studio pukul 3 ptg dan breakfast pukul 4 ptg. AHAHA! Jgn tuduh aku bodoh hanya kerana aku bersarapan pukul 4 ptg. Itu adalah sistem kehidupan yang aku jalani sejak menganggotai Jabatan SeniBina. Sistem tu mmg songsang. Tapi aku dah selesa dgn sistem tu. Sistem Songsang ni sebenarnya menepati mata jahanam yang susah nak celik selagi tak petang. Jahanam ke si mata tak berdosa ni? Atau tuan punya mata yang sebenarnya jahanam? Jgn saling menjahanam sesama anggota. Terus ke kisah UIAM, Gombak.

18May2006

Aku tak dimaklumkan apa-apa pon tentang lawatan ke UIA sebenarnya. Tiba2 je Farah malam tu tanya aku samada aku boleh drive ke UIA atau tak? Terpinga-pinga la jugak dibuatnya. Tak payah bebel banyak, tgh hari tu kami bertolak ke UIA bersama senior 3rd year. Senang sekali deh dengan senior 3rd year ni. Mereka semua sporting. Senang dibawak berunding. Kalau tak, tak adalah Abang Is tu setuju duduk kat bonet kete on da way balik UKM tu. AHAHA!

Kami pergi 3 kete. Aku buat pertama kalinya drive crv aku yg rock tu (rock disini merujuk kpd penampilan tubuh badan kete aku yang tak dibasuh seminggu). Adian pulak drive kete Farah bersama Twin, Wan dan Shida since Waja si adian tu bley plak takde road tax. Aih! Kete aku penuh dgn croni kesayangan aku termasuklah Kak Syaz. Sib baik Kak Syaz tumpang kete aku. Kalau tak, mungkin kami bersiar-siar percuma je sbb takkan jumpa punya UIA tu. Satu lagi, kete senior. Abang Zaf tu pon bukannya nak menunggu aku. Maka, kami pon seperti orang bagus-bagus…terus je ralit jalan sesuka hati kami. Sampailah kami tiba di Kepong. Tah baper banyak U turn jugak aku buat. Macam kat taman menan pon ada. Itulah… ada kete, tapi tuli jalan tak guna jugak. Ha, akulah tu!

Pendekkan cerita.Sbb aku sangat tak berperasaan nak membebel ketika ini. Jadinya, kami pon sampai UIA dlm pukul 3.30 ptg. Syabas! Kesemua pameran dan review sudah tamat! Yang ada hanyalah student2 3rd year mereka yg sedang mengemas dan mengangkut harta-benda mereka dari bilik review tu. Maka, kami hanya dapat tgk sisa-sisa keje meraka dan jenguk-jenguk studio dan fakulti yang indah tu. Hangin jugak aku sebenarnya. Sbb kaki aku sakit tekan pedal minyak jauh-jauh camtu. Tambah pulak dgn sesatnya lagi… mmg terasa penat yg amat. Rasa nak je aku cabut seketika kaki kanan aku dan pasangkan semula bila kesakitan dah berambus jauh. AHAHA! *aku selalu punya imaginasi tak senonoh begini kan?*

UIA sangat impresif! Thats all. Aku suka rupa bentuk fakulti dia. Lawa. Tidak seperti kebanyakkan fakulti lama di UKM yang sungguh gothic. Tapi fakulti kejuruteraan taklah gothic.Cuma fakulti kejuruteraan aku tu nampak terlalu KEJURUTERAAN. Yang kami kadang-kadang secara gatal mulutnya menggelarkan fakulti tu sebagai kilang elektriklah, kilang kereta la, dan sebagainya. Kilang pon kilanglah. Aku sayang fakulti itu.

Aku sangat jatoh cinta dgn studio mereka yang besar. Kemudahan untuk student architecture nya sgt lengkap. Tapi aku tak salahkan UKM. Sbb kamikan masih baru. Hanya tiga tahun bertapak kat UKM.Masih menumpang di fakulti kejuruteraan.Mmg kami punya keluasan studio yg sgt terhad. Tapi bersesuaian jugak dgn student kami yang sikit. Aku dimaklumkan, student 3rd year mereka je, melebihi seratus orang. Kami? HAHA…campur 1st year, 2nd year dan 3rd year, kami baru ada seratus lebih. Senior kami lagilah sikit. Tentang hasil keje pulak, ada yang buat aku nganga luas-luas kekaguman. Ada yang aku rasa biasa je dan ada yang aku rasa tak ada perasaan. Semuanya biasalah…. namapon kreativiti. Dan utk nilai kreativiti dalam senibina ni, sgt subjektiflah aku rasa. Nak argue pon payah.

Sebenarnya, aku sgt suka bidang yang aku ambik. Semuanya membuatkan aku sentiasa kagum dgn semua manusia yang menceburi bidang aku. Tak kira dari mana pon dia belajar. Dan aku sikitpon tak rasa pelik dgn apa yang aku tgk kat UIA. Sbb architecture mmg macam tu! Mmg sentiasa ada yang WOW! dan sentiada ada yang biasa-biasa.Even ada jugak 1st year student dia yang sgt hebat wa cakap lu! But still… UIA is impressive enuf. Kedatangan kami pon disambut baik.Sbb antara senior kitorang ngan senior dorang dah mmg rapat kot. Dan aku suka kawan abang is yang bawak kami makan kat NZ curry house tu. Sporting.

Selebihnya… aku mula perasan satu benda. Studio senibina mmg jarang kemas.Selalu je bersepah. AHAHA! Dan situasi ni mungkin sama di mana-mana. Terdapat longgokkan folder bag di satu sudut, dan disudut yang lain terdapat longgokkan drawing.Lagi menyakitkan mata, longgokkan-longgokkan model dan board-board bergelimpangan macam mayat askar terkorban di medan perang. AHAHA… Dan aku sebenarnya selesa dgn situasi ni. Barulah architect, babeh!


(Ini adalah antara persamaan antara studio UIA dan di UKM.Semak dan samun! Mmg keadaan ini sgt popular dikalangan studio senibina.Mmg tak boleh elak agaknya. Tapikan…aku rasa cam kenal je model warna-warni tu.Macam aku penah nampak di SINI.Mungkinkah…?? Encik Adlan sila jawap….


Depan NZ CurryHouse.Nak balik dah.Gambar driver bukan nak amek dorang ni. Tah apa-apa je. *amek la gambar aku len kali!!!*Tgklah
gaya si Babe yang tak abes-abes peluk sweater ke hulu ke hilir tu.Sgt mengada budak ni. Kat belakang tu lagi kesian….

Olympiarch in progress

Pada waktu malam, kebanyakkan kami akan mengurung ke Dectar demi gamelan. Ada latihan untuk persembahan. Aku tak nak cakap persembahan apa sbb itu adalah kejutan kerajaan. Ceh, tak guna punya ayat! Aku tak join persembahan sbb aku tak minat mengetuk-ngetuk permainan muzik traditional. Nak join band, setakat bantai drum macam orang gila dapat parang aku retilah. Setakat petik gitar macam petik mangga muda di pepohon nan rendang aku taulah. AHAHA! Pendek kata, aku tak tau main instrument.Tapi satu je nak cakap. Meremang aku tgk dorang practise.Sgt hebat dan aku suka kesemuanya! Sebenarnya first time jumpa encik azan dulu, aku tak yakin apa yang kami minta dia conduct akan berjaya.Sbb macam tak logik apa yang lecturer kami mau kami buat utk performance.Macam susah.Tapi tahniah la sahabat handai sekelian! U guys make it only for 2 weeks! Hebat! Farah tengah gila dengan gamelan dia tu. Dan aku dgn teruja sekali teriak-teriak pada Ainul pada satu malam tu tentang sahabat kami, Si Farah yang dah pandai main gamelan.Babe dan Syah pon nampak obses tentang gamelan.Bahagia sekali wajah sahabat2 aku ni ketika dapat ketuk gamelan. Adian pulak seronok sgt join Rebana Ubi. Hanya aku dengan Ainul yang dah bersepakat membawa berkat mau jadi pasukan sorak dari bawah. AHAHA!

Siang pula di Studio.Masing2 sebok dengan AJK masing-masing. Aku dok bawah Farah. Under AJK Tugas-Tugas Khas. Mmg muka aku ni muka banner agaknya. Dari Fest’Sena dulu pon aku join AJK buat banner. Kali ni pon buat banner. Dan sekali lagi, tahniah kepada aku dan sahabat handai kerana berjaya siapkan 21/2 banner dalam masa 2 hari. Dan banner tu nampak rendah diri tapi sensasi. Bangga *sambil mendabik dada bak ayam jantan baru lepas berkokok*



Kesimpulannya : Student JSB mmg ditakdirkan tidak boleh duduk goyang kaki sambil menikmati cuti yang indah. Otak kami tidak akan dibenarkan diam tanpa runsing. Sentiasa ada kerja yang menuntut komitmen yang tinggi. Aku akur.


Sekarang kami cuma diberi gap 2 minggu untuk pulang ke pangkuan keluarga. Lepas 2 minggu ni, kembali semula ke UKM untuk mengabdikan diri pada studio dan Dectar lagi. Then, terus ke UTM untuk Olympiarch! Tiba-tiba rasa teruja.

Aku : aku baik-baik aja. Abaikan entry yang lepas.Itu cuma radang emosi dan radang otak jangkamasa pendek. Tak perlu pujuk aku.Tak payah susah-susah tunjuk prihatin. Tak payah jugak tunjukkan betapa kalian memahami aku. Buat aku rasa tak selesa je itu semua. Hati yang patah hari ni sudah pulih. Spt semalam dia tak patah. Dia tenang harini walaupon pagi tadi ketika bangkit dari tidur dia seakan mau patah lagi. Syukur dia tak jadi patah. Sakit tau kengkawan rasanya bila patah hati. Dan ini membuatkan aku terasa mau pergi mencari ubat tahan sakit. Okey, nak pergi makan ubat patah hati!