Sebuah Aku
(annual dinner yang merembat seketika kami (aku, fara, adian, guan, alias dan adian) dari aura studio yg sgt mencemaskan dan merunsingkan)
Orang kata… kalau dapat perempuan maintenance tinggi, baik tok sah! Kata orang la. Aku tak mau kata apa-apa. Sbb kdg2 aku pon terperasan yang diri aku ni pon macam sebuah manusia maintenance tinggi. Uuuu…bahaya statement ni, dong! Tarik statement!
Beberapa minggu lepas, Fara dok hingaq la kat telinga aku ni pasal annual dinner kolej kami. Aku buat dono je memandangkan aku tak hingin langsong nak pegi dinner tu. Baik dinner kat Pelamin. Lagi best! Ataupon dinner kat De’ Limau Nipis. Minuman limau nipisnya sgt enak. Tapi setiap kali aku minum air limau nipis kat restoren depan PKNS tu, mesti pikiran aku jadi lucah semacam. Semuanya gara-gara biji-bijian warna warni yang dicampur ke dlm minuman tersebot. Rupanya tak ubah seperti sperma manusia. Dan sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa rupa sperma dipilih sbg bentuk agar-agar yg mau dicampur ke dlm minuman kami? kenapa? Uuuu… lagi satu statement bahaya. Tarik statement lagi sekali!Hiargt!
Reverse! Back to Fara punya ajakkan ke annual dinner. Aku pon beriya-iya tak mau pegi. TIDAK MAHU. Tapi! Pada tarikh 22 March 2006…..
Aku dgn Fara bergegas berjalan-jalan ke Bangi. Semuanya sbb aku dah naik gila. Mood aku jadi tonggang langgang membuatkan aku rasa teruja nak melaram sakan malam tu utk hadiri annual dinner. Apalagi, carik butik la! Mula-mula aku belek kebaya pendek warna hitam. Price tag hanya mencatat harga RM100++. Aku suka. Aku belek. Tapi aku letak sbb aku nampak yg lain. Yang aku lagi suka. Aku angkat.Aku belek. Price tercatat RM170++. Aku letak lagi. Sbb aku nampak yang lain lagi cantik. Sbg manusia biasa, aku sgt mudah terpengaruh dek nafsu wanita aku.
“Sekarang trend org pakai kebaya nyonya,” kata si akak bertudung tu. Sbg gadis berusia 19 tahun mengjangkau 20 tahon, naluri kewanitaan mendesak aku utk mencuba kebaya-kabaya nyonya yang ada. Auuuww! Sexy….. dan cantik. Aku suka. Kali ni aku sgt suka. Aku tidak lagi melihat harga. Aku hanya teruja utk keluar masuk fitting room. Macam-macam jenis baju aku pakai. Mengalahkan pengantin tengah bersanding. Dan aku sgt suka dgn perlakuan tersebut. Berposing, melaram, dan bergaya mmg antara elemen yg boleh menguja aku ke excited state. (ayat ini sgt rakus bunyinya).
Akhirnya aku konpius samada aku nak beli yang hitam atau yg putih. Yang hitam size S. Sgt ngam dgn aku. (aku bangga bila aku masih layak sarung baju saiz s)… yang putih saiz L. Besar sket. Tapi masih ngam dgn aku. Bincang punya bincang dgn Fara, akhirnya aku pilih yg putih sbb aku jatoh hati dgn sulaman dia. Time ni baru akal aku yg lampi ni terpikir tuk tgk harga. Tgk-tgk ja……. wallauweih!
Tapi aku kan kurang waras. Dulu, kini dan selamanya… aku jarang waras. Aku terkejut tgk harga baju tu, tapi aku tak la terkilan sgt. Tak juga terasa hati nak cancel dari membeli. Maka, aku lebih sanggup buat pelaburan sgt besar tu dan mengorbankan hasrat aku utk mendapatkan kasut Nike hijau ptg tu.
Baju kebaya nyonya + kain batik + selendang = RM 260
Hand bag (pink) = RM 40
Total : RM 300.
Dan aku membelanjakan RM300 utk satu malam yang sgt hampesh dan poyo. Malam dinner tu, aku enjoy! I feel good wearing my kebaya even tho aku tak rasa diri aku seperti seorang ratu nyonya. Aku tahu, tak ada siapa yg tahu betapa mahalnya aku belanja utk mlm tu. Tapi aku rasa puas! Puas utk diri aku sendiri. Tapi lepas je semuanya berakhir….
Aku mula rasa kesal. Buat apala aku buang hinggit-hinggit tu utk membayar harga satu malam yg aku boleh dpt lebih baik dari tu? Aku rasa kepala aku perlukan sejenis rawatan yang aku tak tahu apa. Apa ye? Mungkin plastic surgery. Hmmm…. (tak ada kaitan, dol!)
Sekarang aku kesal. Aku patotnya beli Nike hijau yang amat aku gilai sejak sebulan lamanya. Aku patot beli jam tangan Guess atau pon breakfast setiap hari selama sebulan kat secret recipe. Tapi apa nak buat…. aku tak mungkin boleh pegi kat kedai tu dan tebalkan muka…
“kepala hek kamu! Nak pulang boleh, refund tak boleh!,”
“Tapi sy menyesal beli, kak,”
“Masa mlm dinner tu? happy tak pakai kebaya tu?,”
“happy,”
“Ooo…byk songeh! Dah puas, dah happy pakai, skang nak pulangkan?,”
“ha ah…”
“Meh sini aku hentakkan paler kamu kat dinding kasi lebih waras!,”
Huwaaa! Begitu la agaknya situasi yg mungkin jadi kalau aku pegi pulangkan kebaya tu. Aku sgt perlukan rawatan supaya aku tak berbelanja byk2. Aku sgt perlukan rawatan supaya aku tahu hargai wang. Aku perlukan rawatan psikologi supaya aku tak lagi suka membazir! Aku tak mau menjadi sebuah objek ber-maintenance tinggi.
Tapi…mungkin ke aku akan berubah? Dua hari lepas, selepas tamat annual dinner, aku sgt menyesal berbelanja sebegitu rupa. Hingga aku tekad mau rawat penyakit ‘membazir-litis’ aku. Tapi tadi… aku ke Leisure Mall. Makan Kenny Rogers macam aku sorang je ada perut, beli sunglasses dan beli jam tangan baru. Apakah ertinya semua ni???? aku takkan berubah kan?
Berubah!!!!
Duit susah nak cari!
Jgn asyik jalan-jalan!
Minyak kete mahal!
Aku mau berubah. Aku tak mau jadi sebuah objek ber-maintenance tinggi. Jadi, aku akan cuba utk tidak ….
- membeli pakaian baru setiap minggu.
- beli makanan-makanan yg tidak mengenyangkan.
- drive tak tentu hala tuju sambil membuang minyak kereta.
- beli vcd cerita indon setiap kali aku nampak ada movie indon baru.
- beli album nasyid setiap kali album nasyid baru keluar
- beli novel byk2 sekaligus
- beli komik tak berguna yg hanya merosakkan bahasa aku
- beli perfume macam aku seorang tokey kedai perfume
- rosakkan pc dan hantar repair beratus-beratus hinggit harganya
- rosakkan modem dan beli modem baru
- tukar mouse sewenang-wenangnya
- tukar speaker macam tukar baju
- beli lipstick macam-macam jenis sedangkan tak pakai langsong i>
- beli hair treatment product yg akhirnya jadi hiasan yg tersengih kambeng atas meja solek.
- lambat top up hingga menyebabkan kredit bernilai RM89 aku ditelan kenyang-kenyang oleh Maxis, si tekak buaya.
- keluarkan duit sebulan RM500.
- habiskan RM200 utk makan selama tempoh satu-dua minggu.
- pegi salon set rambot macam la aku ni freehair.
- beli bag/handbag
- membeli gula-gula kapas setiap kali aku ternampak gula-gula kapas. (tadi dah beli sebijik)
Sebot pasal gula-gula kapas. 22 March tu jugak besdey chee way. Aku gi bagi dia gula-gula kapas. Best tak? Abes pakat menjerit beberapa kanak-kanak dalam studio tu. Masing-masing mintak dan mempersoalkan kenapa aku hanya bg kat chee way dan tak bagi kat dorang yg lain. Tunggu besdey la. Nanti besdey angpa, jgn kata gula-gula kapas… semua jenis kapas aku sanggup bagi. Ehehehe…. He is 20. Satu per satu kwn2 aku menjangkau umur 20. Aku? coming soon! Tunggu je la. Dan aku nak jerit sampai kehabisan suara pada hari aku menjadi 20 tahun nanti. Tak rela, dong!Tua jugak aku akhirnya. Rasa dah uzur pulak. Rasa nak pakai tongkat, duduk atas wheelchair dan mintak orang pimpin bila berjalan. Aih, ni dah salah konsep. Tu namanya lumpuh, dol! Takkan umur 20 tahun terus lumpuh kot?
Tu dia ayat-ayat tak senonoh aku dah kuar!
Baik aku berambus sebelom ayat aku menjadi makin liar.
Selamat malam, Beylo darling!
(hanya kami bertiga tanpa ainul. Sbb ainul budak Kris Mas. Apa la malang kami tak bersama semua. kalau tak mesti post-mortem baik punya!)

(mek ti bila melaram. kalau incik yg sorang tu tgk, sure menangis tak hingat alam fana dah. Sure kami kena berkabung menghormati perasaan incik tersebot. *dush, mek tau ni….. pengsan aku*)







March 25th, 2006 at 8:28 pm
Sebuah chika yg ber-maintenance tinggi?? huhuhu.. aih.. byk tol statement yg ditarik balik.. mcm main sorong papan tarik papan jerk.. :p
March 25th, 2006 at 8:32 pm
ehehehe…. buat statement tak leh sebarangan. bahaya… kena tau nak jawp apa sbg feedback…. uhuhuh
March 26th, 2006 at 12:01 am
mmg mentenen ko tinggi ar.. fuh.. ko kena carik Datuk nih…
Datuk N x mau? miahaha
p/s : kebaya2 nyonya ni ko suro totin beli kat indon. sane murah2 beb
March 26th, 2006 at 4:34 am
aiyoh..manyak mahal woo..tp kl ko puas ati ape peduli..janji hepi..tp bile pk2 blk mesti ade nyesal ckit kn?huhu~
March 26th, 2006 at 6:02 am
maintenance tinggi takpe…gaya hidup mesti kena mewah :D
March 26th, 2006 at 6:20 am
huwaa…sungguh cantek baju kamu..
pinjam bleh ..ade dinner gak krg..*wink*wink*
..tp kan…saiz plak x menyebelahi…aisey..
March 26th, 2006 at 6:32 am
eloklah nak berubah..hehe..ingat2 selagi berduit..lg2 masa study ni..kalo tak,jdlah cam aku..tibai roti+kaya je hari2..’kaya’nye x jugak..
March 26th, 2006 at 8:30 am
aku dulu minum bskut kering je… cicah ngan kopi power root.. miahahaha
March 26th, 2006 at 3:09 pm
mentenen tinggi ek?… ko ni bangunan KLCC ke cik chika?… nanti kita wat Bangunan Chika City Center (BCCC)… miahahahahaha… nanti tender mentenen bagi akuu… miahahahahaha…
March 26th, 2006 at 4:00 pm
fuyo…memang sokong ape ko tulis nieh..tp korang tau tak,selain maintenance tinggi,die nieh terer pengaruh orang(aku selalu terpengaruh).apa die beli,aku pon beli gak..ahahahha..tp kebaya nyonya tuh sangat cun dong!!(pakai kaler pink jugak rupenye,ari tuh kantoi aku pakai serba pink.),xnak bersiar2 dah??hehehhe..sorri td aku xjoin sbb balik lambat deng..
March 26th, 2006 at 5:32 pm
baju ko ni.. cam baju kebaya indon saje.. kat sini.. rp100ribu dah dapat one set.. dalam 40hengget je.. ekkekeke!
March 27th, 2006 at 1:01 am
muahahaha… laki jugak yg sesempoi giler babas malam tu…
annual dinner yg membosankan…
bukan aku yg daftar tp member² yg daftarkan…
memang taknak pergi tapi sebab taknak bagi diorang makan lebih, terpaksa jugak pergi…
jumaat dinner FEP kat Residence Hotel, lagi best dari yg semalamnya…
March 27th, 2006 at 2:06 am
klu dah keje, alamat lagi 3 kali gandalah weekly spending ngko chika..
muahahaha.. aku dah rasaaaa
March 27th, 2006 at 4:27 am
uh.
March 27th, 2006 at 11:19 am
wahaha… mahal rupanya persalinanmu malam itu. hehe. kusangkakan itu sedia ada dalam koleksimu. (bahasa xley blah)*aduh aduh aduh… mana tahan..*
haha, dahla dinner tahape2, grafik sux, performance double sux, nasib baik makanan “okla” dan 6 orang makan makanan 10 org.
hmm… rasenye aku dtg seorang aritu, nape name aku ade dua kali? heheh…
March 27th, 2006 at 11:24 am
bertukarlah kepada celcom :P
March 27th, 2006 at 7:26 pm
tu sure kebaya inport dari indon. dia beli kat sana 40 ringgit, sampai sini jadi la 260 ringgit..
mak ai.. gile untung.. aku pun nak bisnes jual kebaya lah macam ni…
March 28th, 2006 at 9:35 am
maintenance tinggi xpe la.. hahahaha..janji bukan slalu.. ade part2 nye ko boleh meninggikan mentenens ko.. tp xbley slalu.. pokai ada kang.. ahaks..
indon pakai kebaya eh??
(nanti tanye mak aku.. kalo kat sane ade.. aku pon nak la.. ahahahahah)
bukan ke kalo da beli kat butik mmg mahal
pape hal pon.. BANZAI!!
March 28th, 2006 at 12:42 pm
totin, awat hang jujur sangat? hehehe..
chika.. ko pakai la ape pun, kalau dah cantik tu cantik gak.. pakai baju kilang minah indon pakai pun nampak cantik.. tau dok.. hehe
March 28th, 2006 at 11:53 pm
giler ah kao ni. blanje tak hingat donia. keje cam aku la(floor engineer), baru tawu bape tinggi nilai duit tuh. ahahaha
March 29th, 2006 at 4:20 pm
fuyoo..murah giler kebaya kat indon..pasni ley suh totin belikan..
anas,floor engineering ek(ayat tak bley blah la)
March 29th, 2006 at 11:50 pm
Very nice! I found a place where you can
make some nice extra cash secret shopping. Just go to the site below
and put in your zip to see what’s available in your area.
I made over $900 last month having fun!
make extra money
April 7th, 2006 at 5:04 am
semua nak kelihatan cantik, betul x? kalu kita pun maybe beli jugak baju tu kot..w/pun pakai tuk dinner je. ntahle. awak jgnle rase membazir ke, later leh pakai utk wedding ur fren ke. sure org konpius…ini tetamu ke pengantin? hehehehehhe
April 16th, 2006 at 9:46 am
kos penyelenggaraan yg tinggi. bagaimana dgn kos operasi?
revenue collection?
lugi maaaa.
April 22nd, 2006 at 5:14 am
melaram sakan cik nurul kita ni :) nanti jangan simpan aje dalam almari tu. tak berbaloi karang.
February 15th, 2007 at 12:38 pm
That’s a great story. Waiting for more. novato ca and commercial insurance Free stationery back grounds print offs neurontin for radiculopathy Gay in the shower Mortgage disability protection insurance in london phones Seo firm burundi Long term insurance ratings Round rock disc golf course http://www.home-insurance-pittsburgh.info/small-business-ins.html Hummer limo 3 City dale dealer honda Northface jackets windwall ii Plan ohio ev benefits health insurance mortgage rates refinance in us2719 98 infiniti q45
March 17th, 2007 at 10:51 am
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »
April 25th, 2007 at 11:35 am
Where did you find it? Interesting read Czech teens nude Parks and recreation rentals for special events levaquin http://www.homesecurity0.info http://www.kitchenremodeling0.info International childbirth education Personal credit score identity protection insurance Seroquel 25mg s Free best free fioricet information patio heaters http://www.online-commodity-trading-4.info Vardenafil and alpha blocker Dentists in perham mn minnesota vw beetle convertible hitch Baby furniture warehouse