Teman Tapi Mesra

Ada seorang encik telah menge-tag aku. Sekali lagi kita kena tag, Beylo. Dan kali ni, bukan setakat tag, siap kena satu sumpahan lagi. Sapa yang dah kena tag tapi buat dono, encik tu kata nanti umah dia seminggu tak ada air. Bisa kan sumpahan tu? Aku takut tak ada air. Sebab nanti abes la tanaman gandum, sayur-sayuran dan bijirin di ladang aku tak bersiram. *aku sangat penipu*

Tajuk : 8 points I’m looking for in a perfect lover
Target : Wanita-wanita cantek dan sexy Lelaki

  1. Religious.
    Aku tak berani bawak pulang lelaki tanpa sifat ini. Aku takut ditolak mentah-mentah oleh ayahanda. Dan aku frust mentah-mentah jugak lepas tu nanti. Terus… aku mau dia mengimamkan aku dan anak-anak solat. *peace, brother!*
  2. Segala-galanya melebihi aku.
    Konservatif jugak kalau aku cakap, aku tak suka berada di depan lelaki. Aku masih suka prinsip ‘lelaki itu kedudukkannya lebih besar’.
  3. Berharta.
    Aku tak harapkan David Beckham masuk meminang dengan hantaran banglo bertingkat-tingkat (sebesar midvalley, setinggi KLCC), tapi jangan la kasi aku kebuluran! Jgn pulak nanti untuk setiap kemahuan aku, aku hanya dapat melelehkan air liur.
  4. Suka dan pandai main bola sepak.
    Bagi aku, lelaki adalah membosankan bila dia jahil ilmu bola sepak. Sbb aku suka bola! *takkan aku yang kena berjaga 3 pagi time world cup sedang si lelaki tu berdengkur lena-lena.Macam songgsang ajer!* Tapi apa nak buatkan.. bukan semua orang boleh suka apa yg orang lain suka. Yang sebenarnya, aku suka lelaki aktif. Aku suka lelaki yang sporty. Kalau bukan bola sepak, main la apa-apa sukan lain. Main guli? *hello… apa classss?*
  5. Serius, tegas
    Berguna untuk cairkan kekerasan kepala dan kekerasan hati aku! Aku degil! Degil!
  6. Stylo.
    No komen
  7. Ada prinsip yang kuat.
  8. Kematangan fleksibel.
    Ada masa, lelaki tu kena matang sbb kematangan aku jarang ada. Tapi janganla matang tak sudah-sudah. Boys look cute bila dia lompat-lompat atau main-main just like kids. Ehehehe…. *nyorok!malu!*

Aku rasa… aku tak berapa adil sepanjang aku menulis tentang ni. Sbb pikiran aku dikuasai oleh seseorang. Membuatkan aku bukan menulis tentang my perfect lover, tapi aku menulis tentang orang tu. Tak adil kan? Sangat tak adil buat aku. Ah, lagi mudah kalau aku tulis……

perfect lover aku hendaklah hensem, tinggi, sasa, glamour, berilmu, senyum mencairkan semua jasad wanita, kulit hitam manis, hebat main rugbi, pandai berlakon, romantik, seksi dan suka buat muka seposen dua. Dia lah Fahrin Ahmad. HAHAHA! *amek ko!* Dan kali ni lebih tak adil lagi. Eheh. Gurau senda semata-mata.

Ah, malas dech berbual lagi soal ni. Sbb aku terkenang lagi manusia yang menguasai pikiran aku untuk menjawap soklan perfect lover tu. Dia tu lah Teman Tapi Mesra aku. Tapi sekarang…. bukan teman, bukan jugak mesra. Sudah tidak kenal dia lagi. Tapi setiap apa tentang dia, semuanya aku masih ingat. Ah, baik aku berangankan Fahrin Ahmad. Sbb sama ajer jalannya. Tak akan dapat. Tapi sekurang-kurangnya aku tak keciwa dengan Fahrin. Iya kan?

Mangsa seterusnya :

KAMU!

Kamu merujuk kepada semua orang yang blognya ada di-link-kan dalam blog aku. Selamat berimaginasi!

Sekian, bebelan tak bermanfaat aku.

Recent Entries

19 Responses to “Teman Tapi Mesra”

  1. Adian Says:

    wah, pengetagan beramai2. tidak adil skali! haha…

  2. NaSh Says:

    kiranyer aku termasuk skali ke? eeeiii… x adil!!!

  3. fara-D Says:

    wwwaaa…sape sape??? sape kena tag???
    manne manne??tadde ponn *dgn nada syakila….

  4. Masy Says:

    allo chikaa..fahrin mana ade kulitnye itam manis..klu ko x caye,meh hakak emailkan gmbor dia masa hakak jmpe dia kat UiTM (konvo dia),aaa..satu famili siap dgn bibik dia pon entreprem. nak ke?bak email add!

  5. Am Says:

    Am rasa tak payah jawab ni kerana Am dah tak payah cari lagi pasal dah ada pun kat rumah tu

    Ok selamat menjawab semua

  6. eastmail Says:

    eh..tag ni aku kene sekali ke?
    aduh la..

  7. Ku Keng Says:

    Hi, hi, hi… aduh pening mata nak baca blog ni. Maklumlah Keng ni highly astigmatic. Am I welcomed to your club?

  8. nanana Says:

    lalaki itu misterius ..

  9. ChikaDior Says:

    adian & nash … bukan tak adil, tapi tu dinamakan work smart! fair and square la tu.Takde pilih kaseh. Semua dapat!

    fara .. jgn over acting.buat2 tak fhm. Go, buat menda alah ni.Nanti umah ko xde air kang. AHAHAH

    masy … oh, my god! ye er? waaaa…. mau…mau!!! nanti kang sy pi sana hantar email. Demi fahrin, sy sentiasa cepat, tangkas dan pantas. Sgt angau awww!

    am … sib baik…. anda dikecualikan.

    east … pura-pura dlm perahu, kura-kura tak tau… :p cepat siapkan homework ni, nanti sy check. miahah

    keng .. sy pon astig jugak sebenarnya dgn keadaan camni. Tapi akur je la dgn perbuatan sendiri terhadap blog ni. Yeah… u’re most welcomed! selamat datang…. *mendepang tangan besar-besar*

    nanana .. semua org ada sifat misteri dia yg tersendiri. ehehhe

  10. Nyetok Says:

    Aheh lama xmasuk blog ni.. Bgs2, lawo banner tuh.. Muke ko mmg xsama cam dulu, ada sikit tembam, magic atau plastic surgery atau pun kesan botox..?? HOhoho bangganyee,aku ada sume lapan ciri tu, dan satu ciri tambahan- perasan..

  11. ChikaDior Says:

    nyetok .. huh??! penah ke mai sini? huwaaa… tembam ka? botox2 tak men. Original k…. :p Tembam je tak ori. Sbb dia berlaku kesan dari beberapa aktiviti pemakanan yg tidak seimbang.

  12. legoninja Says:

    Khehhee…akhirnya chika terselamat dari sumpahan ‘no-tag-no-water’ nie..nanti kalu free, ninja tagged lagik..bwaahahahhaaa..

  13. ChikaDior Says:

    legoninja … ni kes naya nih….

  14. crimsonskye Says:

    isk. sapa la pulak fahrin ahmad ni. hari tu radit.

    bab mengimamkan solat tu, teringat plak ngan email forward pasal lelaki mesti berkebolehan jadi imam vs perempuan mesti pandai masak tu ;)

    err.. dah kena tag ke ni? jawab satu point je la ye – dia mesti seorang yang tak cerewat pasal makanan. antara prinsip2 dia ialah makan apa yang ada!

  15. ChikaDior Says:

    habibah … tak aci!!!! dia jawap live… tak aci…ekekeke…. ha! btol. Tu pon antara ciri plg penting gak. Since sy ni buta dapor. Kuali periuk senduk semua tak kenal saya… sy pon tak knal mereka.ngee….

  16. Adian Says:

    dah jawab dah!

  17. aiyeza Says:

    aku wajib jawab ke???dia tuh aku tau sape…hihihihi..”teman tapi mesra” ek..adekah dikau ingat pdnyer lagik??

  18. Anonymous Says:

    What a great site Effects of coke cola withdraw while taking prozac maxim babe forums Macinar incorporation European baccarat j lo perfume Pictures tramadol vitamin b12 deficiency neurological blonde hawaiian women nevada breast enhancement capsules what is vicodin http://www.femdom-0.info/Kol_hardcore_sauceror_outfit.html information on prozac and ectasy Dolphins perfume spray 1984 ferrari testarossa

  19. Anonymous Says:

    Enjoyed a lot! film editing schools

Leave a Reply