Pe Benda ?
Sekarang teka pukul berapa? pukul 4.54 pagi, Beylo! Dan ketika ni jari-jemari aku maseh lentik dgn canteknya.Bebola mata terasa macam bola-bola api panas. Tekak aku perit macam tadi aku dinner makan duri, minum paku. Hyper tak ayat aku?
Aku kat studio lagi.Blom dpt memenuhi nafsu mata. Masih kat studio. Senior tahun dua pun dah mula datang beramai-ramai ke studio. Dengan baju lawa-lawa, bau wangi-wangi… hati mestila gembira. Huh, tengok tu! Ada sekor baru membuat lintasan. Huwaaa…. aku rasa mau menangis sbb mereka (senior tahun 2) dah dtg balik ke studio dgn penuh gaya. Aku dan kengkawan lain? Blom pon pulang tdo. Jeans aku ni dah penuh dengan debu kayu. Tangan aku melekit-lekit kena gam kayu. Tapak kaki aku yg halus mulus ni dah jadi hitam legam.
Sebenarnya, senior 2nd year nak ke Indonesia pagi ni.Sbb tu melaram sakan memasing. Skang dah 5 pagi. Entah bila agaknya nak bertolak ke KLIA, aku tak tau. Malas nak tanya. Cukupla abang-abang dengan akak-akak itu mengheboh hebahkan yg mereka akan ke Indon harini. Sbb tak lama nanti, kami pon akan ke Indon.
Sangat bizi sekarang ni. Tadi aku dah hampir give up. Rasa nak je aku buat sukan lontar cakera pada malam yang mulia ini. Nak je aku balingkan apparatus aku tu. Masa krit aritu, bukan main terang benderang lampu dia. Sampai boleh suluh satu donia. Tup tup bila aku dah rajin, aku dah mula rasa konsisten, aku pon ubah la benda alah projek aku tu. Sbb aku nak base dia nampak kemas. Pulak tu mentol yg sgt hebat tu dah membuatkan cermin kaca aku pecah betol2 masa ari presentation. Kecoh satu studio mensensasikan soalan apa dah jadi ngan cermin aku.
Nurul, tu mmg design kau ke?
Nurul, mmg ko saja pecahkan sbb nak nampak rhythm ke?
Nurul,kenapa pecah?
Crack sbb paku kuat sgt kot.
Crack sbb panas kut…
Macam2 andaian. Yang aku tau, aku rasa nak lesing sampai hujung benua asia apparatus aku bertemakan pasir pantai tu. Tapi bila tgk respon baik senior, teman-teman dan lecturer, aku rasa macam bersemangat balik.
Tiba2 tadi aku test dgn lampu lain, cahaya dia tak spread. Memandangkan aku seorang insan biasa yang sgt suka pada hari-hari percutian, aku tak mau korbankan cuti aku walau pon sesaat. Aku tak kira. Esok aku nak balik rumah! Mesti! Sbb aku terasa letey yg sangat. Perlu balik untuk kumpul tenaga jugak utk membersihkan diri daripada gejala kehidupan yang tidak sistematik ni. So, aku akan submit apparatus aku yang cahayanya hidup segan mati tak mau tu.
Ok, Farah da mula mengemas. Mau pulang ke Kausar dan mematikan diri utk seketika.Biar semua masalah dunia ni selesai sementara aku tdo. Aku nak bangun pagi esok tanpa masalah dunia. Mau tenang sbb aku nak cuti macam gila.Sekian terima kasih. AKU NAK BALIK KAUSAR dan meninggalkan STUDIO YANG PENUH MASALAH DUNIA NI. Jugak mau melupakan ingatan aku terhadap paku-paku, skru-skru pelbagai saiz, kayu-kayan yang mengasarkan tangan, dan semua benda2 hardware yg jadi besfren aku sepanjang minggu ni.
SeRIOUSLY, minggu ni paling panjang, paling seksa, paling pilu, paling indah, paling dramatik, paling penuh dgn masalah, paling banyak konflik dgn manusia tak faham bahasa alam dan paling sebok.Sebok sampai mebuatkan aku terpaksa feed my poor perut ni dgn makanan2 mahal supaya dia dpt bekerjasama dgn aku. Tiga Ratus Hinggit untuk minggu ini. Dan hampir 200 daripanya utk perut yang satu. Saya suka makan ketika sebok.




February 9th, 2006 at 11:06 pm
Walah… Pertama lagi.
Nanti kalau ke Indon tolong belikan saya salak.. Tapi kalau ke indon nanti nak pergi area mana eekkk???
February 10th, 2006 at 8:39 am
hoho.. pas aku balik sempat update blog lagi ye. ngeh ngeh ngeh…
February 10th, 2006 at 1:02 pm
berusahala yek. hidup tak sentiasa mudah. tapi gumbira itu tetap + pasti ujud.
February 10th, 2006 at 1:35 pm
irwan – ko nak salak kirim adik aku je.. ari2 dia balik dr indon bawak salak.. tp aku x makan pun.. ekekkee
usaha lagi chika!! aja-aja fighting!!
February 10th, 2006 at 4:14 pm
aku tertarik psl makanan jerk..rm 200 untuk seminggu??memang berbaloi untuk perutmu kerana die sangat lapar ketika kamu sebok..(sokong tak kenyataan aku??)
February 11th, 2006 at 5:14 pm
200 untuk makan?wahuhuu..kamu mmg luar biasa chika..kamu tgk beylo,tuan kamu ni,berape seminggu dia bg kamu makan?
February 11th, 2006 at 7:13 pm
irwansyah … salak? lerr… jenuh la ngangkut.Tp sy suka sgt salak. Tak tau la pi mana.Klu ikut cam yg seblom ni, senior g Padang.
adian … pasai tu tammo tumpang hang balik. :p
aash .. tq.Suka baca komen2 kamu. Bernas semunya.
nash .. yok ramai2 kirim salak kat totin. eheheh…. amendanya aja-aja fighting?sampai skang aku lampi agi…. uhhuh
aiyeza .. seriyus dech. Breakfast la paling mahal biasanya… ngeh ngeh. Kempen feed the poor!
east .. Nak wat camner. Tuntutan batin perut ni sgt tinggi. Sib baik beylo tak de nafsu makan.Sib baik jugak dia tak de mulot.Klu tak kena bukak dana utk feed perut. :(
February 12th, 2006 at 3:14 am
4.54 pagi?? biasa laa tu..zaman student mana ada waktu tido tetap..ye tak? :D Dulu pernah tak tido langsung semata2 takut terlewat bangun-ada exam 8.30 kat dectar :D
February 12th, 2006 at 8:21 am
aja-aja fighting tu ayat dlm citer korea – fullhouse.. huhu
February 16th, 2007 at 5:37 am
Best regards from NY! »