Archive for January, 2006

Seni Mahal

Posted by chika under Uncategorized

Pagi tadi ke Central Market.
Kalau dah namanya letak kat tengah-tengah perot naga, tekak buaya Kuala Lumpur….
Dah memang sesak al pitam la jawapnya.
Tadi siang aku pening,
Tadi petang aku mula pitam,
Sekarang…. malam,
Aku mula rasa mabok.
Memang dasar perot naga tekak buaya!

Bukan aku pegi sbb aku suka nak pegi. Aku pegi sbb aku nak carik client. Kecik-kecik da carik client. Kecik-kecik dah bisnes besar nak buat pelaburan dalam saham Central Market (CM). Kecik-kecik jugak dah meeting dengan bisnes partner kat Secret Recipe. Apa nak buat…. aku dilahirkan sebagai korporat… *mengeluh kunun-kunun insaf*

Aku bohong je.

Client yang aku maksudkan bukan client dlm bisnes. Client yg aku carik sampai aku ditelan dek perut naga tekak buaya harini hanyalah seorang artist. Untuk apalagi kalau bukan untuk projek arkitek UKM tu. Malas nak berbual pasal projek. Percuma cerita tentang tu sbb aku tak mendapat apa-apa untung kalau aku terangkan seratus perenggan sekalipun ttg projek aku. Sbb kamu semua pon tak nak tau. Next!

Meeting di Secret Recipe memang benar terjadi ptg tadi. Tapi bukan meeting dgn bisnes partner. Cuma meeting ringan-ringan bersama hulubalang-hulubalang yang jugak arkitek UKM macam aku. Arkitek UKM tidak membawa maksud yang kami adalah arkitek berdaftar di Persatuan Arkitek Msia. Kami cuma golongan minoriti warga UKM yg obsess dgn senibina dan dihentam dgn projek mega-megawan. (tensi dan emosi)

Tak jumpa artist. Sbb pelukis-pelukis melayu itu masih bercuti sempena CNY merangkap Maal Hijrah. Niat kami nak interview artist tak tercapai. Yang berjaya dilakukan hanyalah interview dengan beg dan bracelet.

Aku shopaholic : Encik Beg Converse Coklat, saya dari UKM. Student 1st year architecture.
Beg Coklat : Apa mau? *nada seorang kaki seni tiruan*
Aku shopaholic : Sudikah Encik diinterview oleh saya?
Beg Coklat : Hmm *seniman sombong*
Aku shopaholic : Adakah design tubuh badan Encik cukup muat utk disumbat dgn laptop saya?
Beg Coklat : Muat! Muat! *ter-uja spontan*
Aku Shopaholic : Saya beli Encik sebagai client saya!

Jadinya… client yang aku dapat harini adalah beg sandang converse *tiruan* yang tak lawa sgt buatannya (nama pon tiruan). Dan juga sebijik gelang yg aku namakan sbg gelang Rock Uuuu! Apa-apa laaaa….

Harini hari pusing2 KL lagi. Terasa macam pelancong asing. Terasa macam melancong ke Bangladesh. Bau Kuala Lumpur dah jadi sama dengan bau Bangladesh. Aku rasalah sbb aku pon tak penah ke Bangladesh. Tapi aku tau itu bau Bangladesh. Rasa koyak hati aku melihatkan Kuala Lumpur yang telah diBanglakan.

Seni Mahal.
Ini sekadar satu ideologi aku. Yang aku pandang dgn mata aku yg berkualiti tinggi ni.

Masuk je CM, aku rasa macam aku bukan di Msia. Tapi aku kat pusat nusantara. Sbb macam2 rupa manusia ada. Ada muka Asia, muka Omputeh dgn hidung pinocchio, ada muka Arab,dan macam-macam muka. Bermuka-muka. Tapi yang paling kurang nampak ialah muka melayu. Muka warga tempatan. Muka warga indonesia aku bilang lagi ramai (aku tak bilang, aku rasa je). Sbb apa eyh?

ada ke sbb org Malaysia tak hargai seni? Atau seni yang tak menghargai orang Malaysia? Lalala… Melihatkan harga-harga seni tempatan yang mahal, aku tiba-tiba rasa seni tempatan ni tak mesra rakyat. Harga semua hasil seni bukan sikit punya mahal. Ada tu, harga sebijik lukisan gambar kepala kucing (yang boleh dihasilkan lima minit dengan Adobe Photoshop CS2) sama harga dengan kasut aku. Bagi orang kepala ‘beli-belah’ macam aku ni, mesti aku berbesar hati kalau dapat memiliki kasut Converse ratusan ringgit daripada membeli kepala kucing itu walaupon rasa suka terhadap lukisan kepala kucing itu sgt tinggi jugak. (suka tapi tak tergamak tengok harganya yg supermahal)

Byk kali aku jatoh chenta dengan lukisan-lukisan yang dijual di mana-mana pameran seni. Banyak kali aku rasa nak…… amat memiliki lukisan-lukisan yang punya nilai seni yg tinggi. Tapi tiap kali tu aku terencatkan keinginan aku sendiri. Sbb aku rasa lebih rela menyalurkan wang aku untuk makan besar di Secret Recipe. (sama mahal, lebih berpatutan)

Banyak kali aku pegang-pegang objek hasil kraf tempatan. Byk kali jugak aku letak balik setiap kali ada pameran seni. Sbb harganya masyaallah! Ditambah pulak dgn sikap aku yang lagi suka menyalurkan wang demi memenuhi nafsu makan dan pakaian aku. Macam mana kalau ada 90% rakyat Msia yg sama macam aku? Tak ke mati seni Malaysia?

aku bebel apa nih?

Aku cuma nak kata…. aku kempunan banyak seni mahal! Sbb seni tu mahal, aku makin kempunan. Byk yg aku inginkan. Aku ingin lukisan-lukisan cantik yang bernilai ratusan hingga ribuan ringgit tu. Tapi aku tak mau berbelanja lebih. Aku mau pensel-pensel kayu yang ada kepala perempuan dengan lelaki patong. Aku mau penanda buku made in sarawak yang berharga belasan ringgit setiap satu. Aku mau selipar kayu yang berharga puluhan ringgit. Aku mau gelang, rantai dan cincin yang artistic yang mahal-mahal itu. Tapi kenapa mahal? Seni mahal… sbb tu rakyat Malaysia malas nak layan seni. Baik layan mata. Buat taik mata, percuma! Babai! Seni mata sudah datang….

Diari – Satu kisah syahdu

Posted by chika under Uncategorized
Dulu…. zaman kecik-kecik…
Zaman sekolah-sekolah…
Aku suka tulis diari.
Aku suka tulis tentang macam-macam.
Tentang orang tu aku nampak jatoh tergolek….
Tentang orang ni aku dengar berpacaran dengan orang tu….
Tentang orang tu macam ni…
Tentang orang ni macam tu…
Tentang macam-macamlah!
Termasukla tentang yang entah apa-apa…

Aku bergiat dlm arena menulis diari bertahun-tahun lamanya. Sampaila hujung tahun lepas, kegiatan aku dibanteras oleh semangat aku sendiri. Aku sudah tidak menulis diari peribadi lagi! Sudah tidak! Aku sudah bosan mau menulis untuk bacaan sendiri. Sebab tak ada peningkatan baik psikologi atau pon mental. Membazir ink pen dengan menulis berjuta-juta huruf, membazir tenaga sampai mencederakan tangan, dan membazir ringgit-ringgit msia aku demi mendapatkan diari yang mahal-mahal belaka (sbb yang cantik itu mahal). Sekarang, aku senang sekali menconteng blog. (dan aku sudah terjerumus dlm gejala berblog sejak aku sekolah lagi. Tapi masa tu, aku blog sambil juga berdiari)

Conteng Blog membuatkan aku rasa lagi gembira. Sbb at least aku tak seronok sendiri dan menyimpan rasa. Sekurang-kurangnya ada tangan-tangan gatal prihatin yang mau conteng nasihat dan pandangan buat aku. Simple and works! Walaupon aku maseh tak nafikan, ada byk lagi perkara yg aku terpaksa simpan sampai basi lemau tanpa boleh dikontroversikan di sini.

Ngomong apa nih?

Semalam aku kemas-kemas meja study aku. Tiba2 terjumpa diari-diari lama. (baca: diari-diari. Byk diari). Semuanya tersimpan dalam dua beg plastik yang dah aku lilit cantik-cantik sbb aku tak mau bukak lagi diari tu! Tapi semalam, aku bukak juga. Selak-selak… baca-baca…

(sebahagian dari selonggok lagi diari)

Kadang-kadang tulisan aku cantik….
Kadang-kadang tulisan aku sangat cantik….
Kadang-kadang tulisan aku huduh amat!

tak spt aku menconteng Beylo…. tulisan aku anggun sentiasa. AHAHA… Banyak sebenarnya diari dalam koleksi aku. Boleh jual kat pusat pengumpulan barang antik. (dah tentu tak laku! aww!). Tapi kalau dibuat pembungkus nasik lemak, banyak jugak nasik lemak dapat dibungkus dgn helaian-helaian diari yg dah bertulis ni. Hek ele… serendah tu martabat diari aku?

Mulanya aku gelak sampai kembung perut baca cerita sekolah aku. Aku bengang ngan member tu la… Aku bergosip liar la… Aku dajalkan orangla… aku gaduh dengan cikgula.. semuanya buat aku rasa sgt lucu. Tiba-tiba masuk bab tragis, dramatik dan spastik. Membacakan hal-hal ini membuatkan aku rasa mau mengoyak semua isi yang ada. Dan dengan tu aku tekad! aku mau buang kesemua diari yang punya kisah-kisah bodoh itu. Aku benci mengingat cerita tu. Dah la sebuah kisah yang panjang dan berlarutan bertahun-tahun lamanya. Mengalahkan siri telenovela. Aku tekad!

AKU AKAN BUANG KESEMUA DIARI ITU!
AKU BENCI MAU INGAT!
AKU TAK MAU SIMPAN CERITA TENTANG DIA.
SEBAB AKU RASA ITU SATU KEBODOHAN
Tak ada lain kecuali kebodohan semata-mata….

Tapi…. ada satu yang aku takkan sesekali bakar, buang atau rosakkan. Yang berwarna biru tu. Dalam tu la tersimpan sesuatu yang paling bahagia dlm hidop aku. Jugak bukti kepada simbol kegilaan aku yang tak bertepi lagi. Eheh. Dari helai pertama, sampai ke helai yang terakhir, penuh dengan nama … Opppss.. (terlanggar batas pulak!) Membaca isi diari biru tu buat aku kagum dgn diri aku. Semuanya lengkap aku semadikan kat situ. Macam pusara. Ha ah…ye la tu. Mmg pusara pon. Tu la pusara aku sebenarnya. Walaupon punya jalan cerita yang membahagiakan, endingnya tetap sebuah pusara pejuang tanah melayu (acah je.aku tiada penglibatan dlm pejuangan tanah melayu.Terima kaseh) Tapi mmg macam kuburlah! Kubur insan-insan kena bunuh. Huwaaa… tapi sekarang aku tak menganggapnya kubur lagi. Aku anggap ianya sebagai sebuah taman mainan kanak-kanak. Di mana aku hanya terjatoh beberapa kali ketika leka bermain di situ.Dan aku bangkit dgn sendirinya.

Berfikiran positif kan lebih baik. Walaupon kesemua diari itu tiada ending seperti sebuah pusara kematian, aku akan buang diari-diari itu. Aku akan hanya menyimpan diari biru yang bagaikan pusara, kubur atau pon Nilai Memorial Park tu. Walaupon ianya ada ending yang macam kubur, tapi aku suka…..

Malas nak berbelit cerita lagi.Abes dah cerita diari! Kejap lagi atau esok, keje-keje membuang akan aku lakukan.


**************

Nak promote nih. Semalam aku donlod la VoipStunt. Aku jumpa benda ni kat blog Nash. Tak tau la nak kata benda ni best atau tak tapi bagi aku, benda ni buat aku jakun. Sekarang ni pon aku tengah layan jakun aku ngan Totin. Nak tau apa itu VoipStunt? Lekas pergi masuk blog Nash. Donlod la… nanti boleh bersara dari YM dan pelihara jari jemari dari keje-keje menaip yang tak menguntungkan ini. (ishk, YM tetap best!) Boleh bercakap je percuma. Malas cakap banyak. Nash dah cakap banyak pasal VoipStunt.Aku sarankan Farah, Adian, Astri dengan Aiza donlod. Yang lain… terserah kamu!

Salam maal hijrah. Untuk ini, aku punya azam. Esok saja berbual tentang azam.

Bintang Hati

Posted by chika under Uncategorized

Tadi pagi aku bangun dgn riak ‘kunun-kunun terkejot’.
eh, kat rumah?
Eh, tak payah gi studio?
eh, tak payah main kejar2 dgn masa…
demi menghadiri kelas ilmu?
eh….! eh…!

Ah, menyampah!
Macam tak tau-tau je otak aku ni.
Sekarang, cuti!
Cuti tu samalah ertinya dengan gembira sakan…
Macam dunia aku yang punya!

Kenapa aku tak update berbulan-bulan lamanya?
(baca : beberapa hari lamanya)

Sebab aku masuk hospital berikutan kemalangan aku kemarin.Ye, kemalangan yg aku jatuh dan tak ada orang sambut tu. (Bukanlah!Tipu je…) Aku tak update sbb aku sgt sebok. Kan dah aku war war kan jawatan baru aku. Aku ulang tulis. Jawatan baru sebagai Juru Kumpul Projek dan Assignment diRaja menuntut terlalu byk komitmen dari aku yang tidak berdosa. Demi mengekalkan kestabilan pointer (yang aku tak tau kenapa ia dinilai dlm point dan bukannya A, B atau C.. atau jugak dengan pemberian bintang-bintang spt zaman kita sekolah tadika dulu) dan juga demi menjadi sorang arkitek yang boleh berlagak sgt bagos, aku kena jugak tumpahkan seluruh komitmen aku yg tak seberapa ni.

Banyak sangat keje sepanjang minggu lepas. Menjadikan aku dan mereka hulubalang-hulubalang yang lain terpaksa pulang terkedek-kedek buat pendakian pada jam 3-4 pagi. Tak pasal2, aku dah terlibat dlm sukan mewakili UKM dlm acara ‘mendaki kuak cungap-cungap’. I’m an athlete finally!

1) Color wheel.

(Edisi percubaan : berhempas pulas hingga ke titisan peloh yg terakhir. Dan untuk yang terakhir kalinya, aku akur je dgn kemampuan aku mencampur warna. Dan at the end of the day, aku dengan Farah mula berpegang pd prinsip paling berpuaka yg kami miliki. Tak kira apa, submit mesti on time! Dateline mesti kena kejar laju-laju. Dan buat masa ni aku bangga dgn diri aku sbb masih berupaya kejar dateline. Tak macam….. Oppsss…. (zuara tak zedap… ada hati nak mengata orang!) wakaka….

(siap! rasa nak lompat si katak lompat biar satu studio nampak betapa kataknya aku akibat kegembiraan menyiapkan color wheel aku. Walaupon aku tak buat tahap bombastik macam Babe (bukan setakat roda warna, dah macam taman bunga tasek titiwangsa pon ada assignment dia tu.Sgt kekaguman kami dibuatnya. Bersinar-sinar mata kami yg memandang sambil hati keruh kedengkian)... tak jugak kemas macam A’ai… (yg sgt ekspres) atau Hafiz (manusia pertama yg menyiapkan color wheel sambil mengendeng seblah aku. Mungkin saja nak psycho aku kot. Punyalah aku bersabar tgk dia main-main dgn poster color sedangkn aku time tu belom sentuh apa pon) Tapi aku puas hati sbb aku on time, tak macam orang tuh…. Opsss… (zuara tak zedap… ada hati nak mengutuk orang lagikhh!)

2) Perspektif drawing.

Beylo oh Beylo! Punyalah banyak perspektif kena draw, aku cuma mampu siapkan satu je. Punyalah tak beretika aku ni kan? Tapi sekurang-kurangnya aku tak lari dateline macam orang tu… opsss lagi! (aku tak mau kata suara aku tak sedap! Aku mmg nak mengutuk Orang Tu!)

3) Report.

Oh my god dot com dot my! Sangatla dahsyat rupa-rupanya menyediakan architectural report. Kami mula-mula pikirkan benda alahnya biasa aja. Setakat type-type guna words. Sekali kena buat balik guna Power Point, ikut format. Sib baik group aku ni bagaikan sebuah pusat terkumpulnya pakar2 komputer dan grafik. Maka… dengan sgt riaknya aku katakan, dari segi grafik, group aku sgt berjaya. Bukan aku syok sorang-sorang! Lecturer pon dah sah kan kenyataan yg perit utk ditelan oleh kumpulan lain ni. Dan demi sebijik report bersama seketul presentation (utk trip ke Lumut), kami terpaksa bersengkang mata sampai ke pukul 3, 4 pagi. Dah biasa dah….!

Untuk kempen ‘berumah-tangga kat fakulti’ ni, aku pon menyusun tiga buah kerusi berderet-deret utk dijadikan katil. Kepenatan dan kesakitan tulang temulang menyebabkan psikologi aku menerima kerusi-kerusi keras tu sbg sebuah tilam queen size yang sgt enak. Jadinya, tidurlah kami secara bergilir-gilir kat Tilam Enak tu. Dan tiba-tiba! Farah terkeluarkan satu idea.

“Nurul!” Farah bisik2 kat aku. Hmm.. cerdik! Dan masih mampu jugak otak si Farah ni kuarkan idea-idea hyperbolanya walopon dah pukul 3 pagi. Aku yg sentiasa menyokong semua idea gila pon bersetuju. Kami pon berlari-lari ke Pintu Kontroversi yang jugak dinamakan sebagai Pintu Bilik Seludup oleh student architecture 1st year dan 2nd year!

Aku ngan Farah cuba nak bukak pintu tu tapi keciwwwa sgt. Sbb Abang Tu dah kunci seblom dia balik. Sampai hati dia buat camtu. Habis madu sepah dibuang. Melepaskan anjing tersepit. Lepas dia da puas-puas guna studio secara haram (sbb studio tutup kul 10 mlm skang ni), dia pon kunci pintu tu. Langsong tak pikirkan kami yg junior ni. Ataupon abang tu bengang lepas aku dengan lemah gemalainya dah ingatkan dia jgn buat sembarangan sampai kami bebudak 1st year yg kena cekup ngan lecturer nanti.

Jadinya…. idea Farah nak pasang khemah kat tengah fakulti tak menjadi. Kalaulah menjadi mlm tu pasang khemah, mesti seronok yang amat. Atau mungkin jugak mencetuskan kontroversi of the year utk fakulti kejuruteraan.Sampai kuar paper! Kuar tv3! ntv7, edisi siasat dan segala macam rancangan lagi. Sbb… kami mungkin akan tido dengan lenanya sampai ke pagi. Sampailah semua warga Fakulti Kejuruteraan tu dok mengelilingi khemah kami. Kami pulak mungkin blom terjaga dari tdo yg nyenyak. Sedar2 je, kami bertiga pon jenguk ke luar khemah dan terpamerlah wajah huduh baru bgn tdo kami kat seisi fakulti. Akhirnya ditarik ke bilik dekan sbb menyalahgunakan fakulti. Juga berkelakuan tidak bermoral di tgh2 kawasan fakulti. Miahahaha
… aku suka berfantasi tidak waras camni.

Balik! Dah pukul 4 pagi kami pon pulang. Waktu balik kami gembira kembali dan membuat gegaran frekuensi kat segenap ruang menuju ke Kausar. KL Menjerit!


(aku ada helmet… tak ada motor. Aku fobia dengan motor. Aku takkan pernah berjaya menghidupkan enjin moto dan aku takkan penah bercita-cita membawa moto apatah lagi punya moto sendiri. Keseluruhan sokongan buat Farah Diana yang sgt meronta-ronta mau belajar bawak motor)


Bintang Hati

Studio aku tengah buat tayangan perdana Bintang Hati tanpa henti. Menyebabkan kami semua punya sindrom pengaruh filem yg sgt kuat. Beberapa scene dan kata-kata dalam Bintang Hati dah jadi satu mainan kat mulut semua orang. Sampai kalau ikutkan hati, mau je pecah studio tu mendengar Ainul menyanyi lagu versi gedik Amy Mastura. Mau jugak studio tu terbalik akibat lagu Sesedang yg asyik berkumandang dengan sumbangnya.

Skrip pilihan (yg dilakonkan dgn sgt gedik):

  • Dah berapa lama jadi wartawwan?
  • Kurang ajaarh! Mereka hanta wartawwaan berhingus ni untuk intervieww akuh??
  • Ok, waits! Anytimes ; I nak bodigads!
  • Oppss… sorry…
  • Zuara tak zedap… ada hati nak bla..bla…
  • Suara mesin, mesin tebu, mesin jahit, mesin- gun, semualah!
Ahhh! Banyak sangat la! Sbb kami menghafal hampir kesemua skrip filem tu. Kalau suruh kami berlakon balik pon boleh. Anytimess…. ekekeke…

Siapa punya wabak? Yes… Adian! Dia yg dok ngajar kami nonton Bintang Hati. Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu? Kenapa tak kau bilang dengan seseungguhnya yg filem ni sgt bombastik punya best? kenapa? kenapa? *salahkan Adian!*

Presentation

Dah selesai… Dah present hasil kami pada pagi Jumaat lepas. Puasss…


Aku lewat pagi tu. Tak sangka pulak ada presentation sbb entah mulut siapa tah yg menggembar-gemburkan. Lecturer tak nak buat presentation. Lecturer nak krit je utk projek apparatus. Tapi bila aku sampai2 je klas, lecturer suh pi bilik seminar present report kat Lumut. Dengan aku yg tak berpakaian formal…. =( Selamba mak minah pakai baju sk8 lagi berdiri tegak kat depan time presentation. AHAHA….

Sekarang.

Beylo : skang kamu cuti kan, Chika?
Aku : sepatotnya cuti. Tapi byk keje la, Beylo.
Beylo : Ko mmg keje manjang. Bila nak free?
Aku : Bila aku cuti bersalin nanti.
Beylo : Tapi bila ko cuti bersalin?
Aku : Bila aku dah melahirkan anak nanti la.
Beylo : Tapi bila?
Aku : Bila aku dah kawen la.
Beylo : Kawen bila?
Aku : Kalau boleh dua jam lagi aku nak kawen! Kalau boleh… tapi masalahnya blom boleh.
Beylo : Abes, bilaaa?
Aku : Eh kamu ni Beylo! Dah kenapa sebok sgt pasal bila aku nak kawen?
Beylo : Tanya pon tak boleh.
Aku : Baik ko tanya bila aku nak tdo.
Beylo : Bila ko nak tdo?
Aku : Sekarang!!!!

Aku nak tdo. Kepala aku saket. Projek Apparatus blom plan apa nak buat lagi. Site model pulak menuntut komitmen berlebihan lagi. Dan pulak terlibat dlm publisiti untuk Festena (Festival senibina) mudah-mudahan aku sehat dan selamat sejahtera sehingga aku berjaya menjadi arkitek betol-betol. Bukan olok-olok macam sekarang. tata Beylo!

Terjatuh pulak!

Posted by chika under Uncategorized
Aku jatuh nih!
Tolong sambut…. !

Okay…
‘Dia’ tak sambut….
Aku tergolek-golek….
Gedebuk!
*aduh, gosok2 punggung kesakitan*

Ampunkan dosa aku kalau aku kata… aku sudah jatuh chenta sangat dengan Radit. Jatuh cinta pandang pertama yang membawa kepada pandangan berkali-kali. Sanggup aku korbankan nafsu mata aku untuk bangun sepaginya demi sebuah ‘dating’. Dating untuk kali ke seploh. Lepas je breakfast, bergegas untuk dating!

Selalunya aku dating malam-malam. (read : tengah malam hingga lewat pagi). Dating malam-malam baru ada aura romantis. Tapi hari ni… dah la dating pagi buta, pulak tu ada adek mengekor sama join kami ber’dating’an. Tapi dating tetap berjalan dengan bagus sekali.

Kena langsaikan kesemua dating yang sudah direncanakan sebelum Chinese New Year. Apa nak buatkan Beylo… aura chenta kami punya expired date. Samalah macam kisah chenta yang lalu. Waktu aku berchenta dengan Fahrin Ahmad dulu. (matila Fahrin Ahmad kalau wartawan tau gosip liar aku ni) Pon ada expired date. Tapi nak kata kesah chenta kami yang lalu tu dah memang tamat tempoh, tak jugak. Sbb sesekali aku terkenang jugak kat encik itu. Cuma sudah tidak berdating lagi. Tinggal menjadi sebuah kisah klasik. Tapi perasaan tetap ada. (amek kau, Beylo! Bukan senang aku nak jiwang.com.my camni)

Patah balik pasal Radit. Makin aku tatap wajah ‘jambu air’ dia tu, makin terasa lapar perut aku. Err… bukan! Ayat betul : Makin aku tatap wajah ‘lembut’ dia tu, makin jatuh cinta tergolek-golek aku kat dia. Walaupon wajahnya agak ‘jambu air’, tapi aku suka. Lebih baik tatap wajah jambu air dari wajah jambu batu kan? *Beylo : nganga besar-besar sambil mata bercahaya*

Nanti… pada entry aku selepas ni, aku kenalkan Radit kat kamu semua. Tu pon kalau tak ada suara-suara jelmaan menghalang aku. Sekarang aku malu… *sambil terkulat-kulat*. Belum nak expose lagi dia kat kamu semua. Ihihi….

Ok, Encik Beylo!
Aku dah jatuh cinta. Confirm! Tak lama lagi, kita semua makan nasik lauk minyak. Tu pon kalau berlaku keajaiban alam. Tapi…. aku bukan sailormoon. Keajaiban takkan berlaku. Kamu semua takkan dapat makan nasi lauk minyak kut. Sbb…. aku bukan sailormoon! Tak ada kuasa bulan untuk membantu aku mendapatkan Radit. Dari aku mengelamun jauh harapkan Radit, baik aku jangan jatuh.

Ok, Encik Beylo!
Tak jadi jatuh cinta!
Confirm!
Nasik lauk minyak….
Cancel!

notice : sekadar sebuah kisah cinta kosong.

Aku, Aiza dan Astri

Posted by chika under Uncategorized
Epi besdey to you…
Epi besdey to you…
Epi besdey, dear Aiza….
Epi besdey to you!
*clap hands!*

Nyanyian ‘sumbang‘an chika dan Beylo untuk aizar azman!
Kamu sudah 20 tahun.
DUA PULOH!
Cuba kamu bilang guna jari-jemari kamu yang sudah semakin berusia itu…
Kena buat kiraan dua round untuk sampai ke bilangan 20 kan?
Tandanya apa tu?
Tandanya… sudah lama jugak kita hidup di alam fana ini.
Kiranya…kalau kita ni bukan manusia, tapi sejenis objek seperti kereta….
Dah tentu kita sudah mula uzur, sakit-sakit dan hampir ke penghujung usia.
Lama jugakkan kita dah bernafas atas bumi Allah ni?
20 tahun…. lama…lama….

Eh, eh…. aku ni! Macam nak menakutkan aiza pulak.
Maaf la, cik jaja. Kami tak bermaksud begitu.
Sekadar beringat-ingat sesama wanita.
AHAHA….
Hadiah?
Kamu tolonglah jangan tanya soal hadiah.
Sbb untuk tahun ni, sungguh aku sengkek segala hal.
Dan yang paling sengkek ialah dalam hal masa. Sgt kemiskinan masa hinggakan aku tak punya waktu untuk carikkan hadiah dan membungkus lawa-lawa seperti yg pernah aku buat suatu masa dulu.Sorry, fren.
Aku hanya mampu hadiahkan kamu satu doa ; semoga panjang umur dan sepanjang perjalanan mengiringi usia tu, kamu akan temui segala jenis kebahagian. Insyaallah. Saya sayang kamu.
*cium*

Konvoi

Tadi lepas maghrib, abah ajak kuar makan. Kami yang suka makan pon bertambah gembira dan bersiap-siap. Tiba-tiba…. abah kata tak mau bawak kereta. Ayahanda ku itu keterujaannya pada Virago masih macam dulu. Kata bunda, dari zaman muda-muda lagi ayahanda suka motor-motor sisi besar ni. Ketika agenda ngurat-mengurat dan ayat-mengayat bunda dulu… motor besar-besaranlah yg menjadi antara objek penaik CINTA bunda pada ayahanda selain kereta hijau ayahanda yg sgt rugged pada masa dahulu. Sekian sebuah kisah klasik.

Berbalik pasal pergi makan. Jadinya, kami sekeluarga pon naiklah tiga bijik motor utk ke kedai makan. Bukan kali pertama konvoi keluarga ni kami buat. Ni dah kali yang kedua sepanjang pengetahuan aku. Sepanjang yg aku tak tahu, aku tak sure pulak berapa kali. Yang pasti, aku naik SS dengan bunda.Sejak terdapat hasil peninggalan Dek Ekal pada SS tu seblom dia bertukar ke RXZ buah hati pengarang jantong dia tu, SS bunda dah jadi sgt rock, mahsyuk dan kelihatan lebih segak bunyi ekzos nyer.Sampai aku terasa segan-segan kucing nak naik motor tu. Rasa macam rugged pulak. (since aku suka motor yg berbunyi sopan, lembut dan berhemah)

Dek Kal bawak Ijat, dan Abah cam biasa… bawak si budak banyak songeh bernama Haizdell itu. Bergemalah bunyi-bunyian 3 bijik motor terpekik mlm2 buta tadi. Aktiviti keluarga yang sgt rock!

Tengah-tengah atas motor tu, bunda boleh menglipurlara pasal kes eksiden kat highway depan Safari sana. Terselit pulak nama Astri dalam citer bunda. Owh….. barulah aku teringat. Gambar2 eksiden yg astri dok bubuh kat blog dia tu rupa2nya kes tak jauh dari umah dia. Tak jauh jugakla dari umah aku. Hmmm… tak perasan pulak aku. Maklumla.. aku ni kan warga baru Bandar Bangi. Kes kawasan tempat aku pon aku dah tak tau. Bunda cerita lagi… katanya nampak macam astri kat area kemalangan tu tgh amek gambar. Tapi dia tak sure sgt sbb time tu bunda dlm kete. Bunda pon tak sure tu astri atau bukan tapi aku rasa…. betul kot tu astri sbb astri pon ada jugak tayang2 gambar eksiden yg dasat tu. Dan lagi, kes tu mmg tak jauh dari umah dia.

Aih, tersangat bayak eksiden kat area situ. Nak salahkan sapa? Salahkan jalan? Salahkan tar jalan? Ke nak salahkan rumput2 liar yang tumbuh tepi jalan? *angkat bahu*

Balik dari makan… nampak pulak sebijik skuter lalu. Ada gadis bawak skuter. Tiba2 bunda kata… “eh, bukan astri ke tu?,” aku tepuk dahi. Apa ke hal nyer asyik cerita pasal astri bunda nih? Rindu sgt ke kat kwn aku si astri tu? (gerenti astri sengih-sengih time baca ni dan terasa dirinya sgt wanted) AHAHAH…. Bunda pon press kasi laju sbb nak kejar si gadis skuter itu samada astri atau pon bukan.

Bila dah hampir2 dekat tu, bunda kata… “eh, bukan astri! Astri manader bawak motor slow-slow camtu. Dia bawak bukan main lagi…” kali ni aku gelak. Wahahaha… ternyata ASTRI menjadi antara topik malam ini. Dearest Astri...bolehla kalau nak berangan diri wanted untuk kali ini. Sbb bundaku telah mensensasikan nama kamu. Hingga aku terpanggil utk edit gambar kita bertiga (spt di atas).

Epi besdey untuk Aiza,
Epi sensasi untuk Astri.
Epi pengsan-pengsan untuk Farah,
Epi pitam-pitam untuk Adian,
dan Epi mati-mati untuk aku….
Assignment aku dah selonggok macam bukit-bukau.
Sekaligus bagi aku jawatan baru…
Iaitu sebagai JuruKumpul Assignment Di Raja.
*kedengaran besar jugak pangkat jawatan aku ni*
Tamat dah….. semua boleh bersurai sekarang!-off-

Ngomong Sama Tangan!

Posted by chika under Uncategorized

Wireless yang berharga seratus hinggit ni sama nilai dengan syiling satu sen yang orang pijak-pijak kalau jumpa tepi jalan. Aku bebel apa nih? Hangin pulak aku dengan wireless kausar ni. Terkedek-kedek macam itek pulang petang. Banyak blog yang aku tak dpt view. Bebel lagi… bebel je aku tau. Bebel, bebel nih… aku pon bukannya dah bayar pon yuran wireless tu. Aku tak bayar, sbb dia tak mintak! Miahaha… ngomong sama tangan! *talk to the hand!*

LAMBAT LAGI!

Dari zaman sekolah, sampai zaman ke zmn universiti ni, perangai buruk aku yg satu ni makin buruk nampak gayanya. Lambat, lambat, lambat! Bila nak berubah? Tak nak berubah! Huh? Aduh, sungguh ni aku cakap! Dah memang aku begini dan tak boleh jadi begitu. Semalam, bukti perangai lambat aku makin kronik dah jadi sgt sahih.

Fara call aku pukul 5.15pm. Katanya dah siap, ajak turun bergolek-golek dari bukit Kausar ni ke fakulti. Kelas Sejarah En Nik pukul 5.30 ptg. Time Farah call aku tu, betul2 time aku baru nak layan mata. Salah siapa? Ye, salah a….ku! *tunjuk-tunjuk kat aku mcm aku ni penjenayah besar dlm dunia*

Kami balik Kausar kul 2 ptg lagik. Tapi sbb pikiran aku sgt bestari, jadinya aku tak pulak tdo pd masa yg sgt panjang tu.Tapi aku nonton Ku Tlah Jatuh Cinta volume 5 sambil berbaring atas katil single yg sgt tak muat nih. Mana nak letak laptop, letak tubuh aku, letak Buttercup, bantal sebijik yang sgt gebu, dan jugak letak sketch book dan alat-alat melukis aku. Sgt tak muat kan? (Beylo : Kamu bebel apa neh?)

So, aku pon call Farah balik…

“Farah…ko turun dlu. Aku ngantuk sgt.Kul 5.45 aku turun.Aku baru nak tdo.Tadi aku tgk Ku Tlah Jatuh Cinta”

Farah ok je. Sbb dia da fhm dah tabiat aku yg suka lambat. (note : SUKA!) Aku pon apa lagik… tarik selimut bungkus satu badan. Macam kuih pau! AHAHA…. Tiba-tiba…tak lama aku baru nak menggulung diri dalam selimut, langit berdentum dgn sgt kuat. Air-air dari langit itu pon turun main curah-curah. Membuatkan aku terus lari ke tingkap, bukak tingkap dan teriak tanpa kawalan… “Mak aih!!!… Mati aku!”

Tiba-tiba… tanpa aku sedari, ada sorang budak bilik blok depan dok perhatikan aku. Dia pon pamerkan muka terkejot sbb aku teriak tgh hujan baru nk mula bertango tu. Aku tutup tingkap kuat-kuat, dan niat nak jadi kuih pau aku batalkan. Aku pon bersiap-siap nak ke kelas. Waktu tu da pukul 5.45.Mmg kelas da mula sbb time aku try nak msg adian kat YM, aku tgk dia idle.Maknanya studio da kosong.Sure sume dah ke bilik seminar tuk kelas sejarah. Aku? Sah, sah akan mati walaupon nyawa masih ada.

Dengan selekehnya, aku pon terasa macam aku dah bersedia nak ke kelas.Tapi hujan sungguh tak sporting ptg semalam. Dah kul 6.05pm baru dia reda.Aku capai beg pink aku, sumbat laptop dan tarik 3 keping vcd Ku Tlah Jatuh Cinta. Dan dengan perasaan paling durjana dlm dunia, aku pon jalan dengan longlainya menuruni bukit Kausar tu.Waktu tu aku dah mati punca. Sbb aku dah lewat 45 minit. Aku dah mati harap. Aku cuma dpt bayangkan, yg aku takkan berpeluang masok klas.

Dengan baju ijau sexy yg aku tutup sexy-nyer dgn sweater pink, sandang beg pink, pakai selipar bunga-bunga cinta dan pegang 3 keping vcd citer plg BERHANTU buat masa skang…. aku rasa diri aku sgt selekeh. Tgh jalan2 tanpa pikiran yang waras tu, tiba2 ada motor2 yg lalu lalang dok gelakkan aku sbb jln dlm hujan renyai.Hujung kaki suar dah lencun abes. Mesti depa dok puji semngat aku. Dlm hujan pon ttp pi klas. (iyorlah sangat!)

Dan tiba je depan FTSM, berlaku pulak tragedi aku terpijak dlm lopak. Menyebabkan aku hampir terlentang dan menamatkan riwayat hidup aku. (tak la sampai terkorban) Fuh, sikit lagi nak buat kuak lentang! Disebabkan tu, selipar bunga-bunga yg sgt meriah tu jadi licin. Memburukkan lagi mood aku. Kena pulak aku jaga langkah aku sbb takut tergolek dog akibat selipar licin. Dah macam supermodel dlm hujan pulak lenggok jln aku dibuatnya.

Dan ptg tu merupakan perjalanan paling lama aku ke fakulti iaitu hampir 10 minit. Sampai je studio, lengang! Semua berkumpul kat bilik belakang, tgh kelas dgn En Nik. Masok2 je, aku nampak muka Farah dgn Ainul yg sgt bulat mata mrk pandang aku. Tiba2 satu kelas gelak bagai nak rak. Aku pon sengih. Aku ingatkan… dorang gelak sbb aku terkial-kial carik kerusi, pulak tu lambat 45 minit. Tapi al kisahnya…!

Depa dok gelak sbb aku dah la lambat 45 minit, boleh pulak kelam kabut cam badut sarkas. Pastu perkara paling lucu bagi dorang dan paling menggerunkan bagi Farah ialah 3 keping vcd Ku Tlah Jatuh Cinta yg aku pegang dgn selamba mak minahbawak masok klas. Siap tertayang-tayang lagik. En Nik pon pakat gelak tgk aku. Adusss… camner la aku terlupa nak sorokkan vcd tu?! Kantoi percuma aku ptg semalam!

Jadinya…. aku ni apa eyh? Aku ni mmg pencetus masalah sebenarnya.

Last2, aku duduk plg belakang dgn Faiz. Dlm pada aku bebel pasal kaki suar aku lencun, dia bebel pulak pasal T-shirt FCUK yg dia jumpa kat KLCC. What the fish la punya budak! Last2 aku lukis menda alah ni dan aku suar kat dia.

Yang aku tau, aku sgt malu sbb aku dgn wajah paling tak berdosa sesukahati je tayang-tayang vcd tu dalam kelas.Depan lecturer pulak tuh. Sib baik encik nik. Kalau la ditakdirkan Dr Fauzi yg amek klas sejarah semalam, mmg alamatnya sampai surat disiplin la kat parents aku.

Baru je duduk. Lecturer cerita apa aku tak tau, tiba2 kelas abes. Seploh minit je aku masuk kelas sejarah. Elok je lecturer kata kelas abes, jasad aku yg pertama sekali tinggalkan bilik seminar dan melangkah dgn bingungnya ke studio. Sgt tak bermoral perbuatan ni. Dan oh my god! Pulak tu Farah dgn Alif ajak balik. Jadinya, aku meredah hujan semata-mata utk membuat penampilan istimewa sbg badut jemputan utk hiburan kelas sejarah. Huwaaa…. Tak berbaloi satu sen pon! Sudah bebel! Tak mau bebel lagik….. Beylo tak mau dengar! Ngomong sama tangan!

Beylo darling….
I banyak esemen.
Kena main ngan poster kaler…
Setelah lama tak buat keje-keje sepah macam ni.
Kena buat drawing…
Sampai mata I juling tgk garisan-garisan…
Nak kena study apparatus
….
I sebok, Beylo…
Conteng you lagi later…
AHAHHA…
I lap you lah!