Archive for December, 2005

Cinta Madinah.

Posted by chika under Uncategorized
“…Jauh begini… hati teruji..
Cinta madinah… dalam lembayung…”

Drama Cinta Madinah yang mula ditayangkn dari Ramadhan lepas, dah sampai episod akhir tadi. Aku tak la menonton episod demi episod.Tapi aku ikut jugak jln citernya. Bunda je yg rajin nonton tiap2 minggu. Dan alhamdulillah, last episode td aku dpt tgk. Tgk dgn air mata. Aku bukan sedihkan cerita tu, aku sebak sendiri oleh ingatan. Ingatan aku yg amat kuat tiap kali musim2 haji tiba. Aku sgt rindukan bumi Arab Saudi. Mekah, Madinah, Jeddah, dan Taif.

Tentang Taif.

Aku rasa, ramai jugak jemaah Haji/Umrah tak berpeluang ke Taif.Taif tempatnya cantik amat. Seblom pegi, aku dibayangkn oleh Ustazah Khadijah dan Ustaz Rosli yg Taif tu kawasan tanah tinggi. Tempat penanaman sayur-sayuran sbb kawasannya sejuk. Zuuup! Aku set otak aku supaya memmfokus pada Cameron Highland. Dan… apa yg imaginasi aku fokuskan tak byk yg betol. Hanya sejuk je seperti Cameron Highland. Selebihnya, Taif jauh lebih indah. Tiada hotel-hotel mewah terpacak sana-sini. Yang ada hanyalah perkampungan kecil. Kanak-kanak tempatan berbangsa Arab, yg comel-comel semuanya berkeliaran di sekitar kami waktu kami di situ. Ayahanda tunggang unta. Takot aku tgk unta tu.

Waktu kami tgh makan2… style ala-ala berkelah, dgn tikarnya, dgn bakul-bakul makanannya, tiba-tiba hujan turun.Tak byk la.Sikit ajer. Tapi dah cukup buat aku rasa macam rahmat yang amat.

Beylo,
aku rasa aku tak mau conteng lagi tentang tanah suci. Air mata aku tak mau tolak ansur.Dia nak gugur laju-laju ni. Seblom berlakunya pertumpahan air mata, baik aku stop beremosi dan tukarkan sistem perasaan aku menjadi normal (normal atau separa-normal)

Kesah Chenta 3 segi… (I lap u, u lap her…)

Aku kan, rasa nak gelak besar-besaran. Gelak yang paling besar sekali. Dan gelak yang paling hebat. Sehebat bola-bola api. Semalam kan, aku layan ym ngan sorang ex-skulmate aku ( si A). Nak kata aku kenal dia, aku tak penah pulak bercakap ngan dia walo sepatah kata time zaman kanak2 sekolah dulu. Sbb aku kan anti masyarakat zaman-zaman sekolah dulu. Yang aku tau, klasmet aku. Pegi sekolah untuk belajar dan glamer. Tu je misi aku dulu. Bunyinyer selekeh, tapi syukur aku tak berbohong.Terus terang kami (aku dan mereka sahabatku) sgt leka dgn dunia glamer kat sekolah. Misi aku : Buat diri dikenali oleh semua cikgu. Senang citer, utk mengelak kamu semua buat spekulasi, aku jelaskan ajer.

Aku bukan pelajar perempuan yg patuh dgn semua syarat2 dlm buku peratran warna merah menyala itu. Aku sorang pengawas berbaju kurung biru dgn sport shoes merah belang biru dan tidak pernah punya lencana pada tudung. Istimewa kan aku? *sambil melentik-lentikkan mata* owh, aku mmg kanak-kanak istimewa! Aku adalah AJK Tertinggi Pengawas yg akhirnya melayangkan surat letak jawatan AJK Tertinggi. Sbb aku tak mau publisiti.Owh, bukan! Bukan sbb tu.Tapi sbb… aku nak cover malu. Malu… malu… maluliah… hhaha!

Kamu sdg buat spekulasi bukan? Kamu tgh melabel aku pelajar tak berdisiplin bukan? Bukan aku yang tak berdisiplin, tapi cikgu ITU yg buat aku terkedek-kedek jadi TERRORIST lembaga pengawas. Disebabkan dia mendakwa aku, nama aku dgn indahnya direkodkan dlm rekod salah laku pelajar.

Kesalahan : Tak menghormati mesyuarat dan menghina lembaga pengawas.

Disebabkan aku sgt glamer dan dichentai oleh guru2 berjawatan tinggi….
Yang ternyata lebih besar Ringgit Malaysia bulanan meraka dari CIKGU ITU!,
maka rekod salahlaku aku digugurkan….
Secara sulit dan peribadi…
Sehingga esok harinya aku malu memakai kurung biru, simbol kekuasaan.
aku hanya berbaju putih, baju yg menunjukkan aku tidak berkuasa hari itu.
Sok sek sok sek…
suara2 sumbang pelajar sekolah menengah aku bergosipan.
Adakah aku dan beberapa sahabat aku dipecat???
Jawapannya…
Kami tidak pernah dipecat, tapi kami cuba melucutkan jawatan sendiri akibat geram… dan malu.

(Ini dialog aku dgn Cikgu Khairuddin)

Tak payah letak jawatan. Ini tahun akhir.
Saya malu.
Buat apa malu.Kamu tak salah.
Saya geram!
Saya dah gugurkan rekod kamu.
semua orang pandang serong!
Puan TUT ajer yg pandang serong.
Sy dah tawar hati dgn pengawas. Tak demokrasi.
Pikirla…

Semalaman aku berpikir sakan. Sampai otak aku terasa macam kena kejutan keje. Sbb otak aku dikerah tuk berfikir 11 kali lebih byk dr biasa. Sampai aku tak lena tido.Sampai aku rasa nak tampar-tampar semua muka yg buat tido mlm aku terganggu. Bunda pulak berleter tak kasi aku letak jawatan. Katanya malu tiba2 berbaju putih.

Esoknya….aku dtg sekolah pagi2.Aku tulis surat letak jawatan. Marlia ikut sama letak jawatan. Puan Marziah yang terima surat tu. Byk mata-mata murahan sebok memandang. Macam untung jutaan dolar kalau dapat cungkil rahsia kontroversi aku dan lembaga pengawas.

(Ini dialog aku dgn Cikgu Azmi)

Kamu letak jawatan?
Ha ah *angguk-angguk*
Degil…! Rugi…! *dia marah, aku tau*
Jgn marah….
Nanti point kamu turun tahun ni.
Saya pengawas lagi la. Tapi bukan AJK lagi.
La… tak ada sapa lucut jawatan AJK kamu.
Sy lucutkan sendiri.
*muka bengang*
Sy dah tak rasa malu.Tapi bangga sbb sy berani membantah. At least tindakkan Azhani btol. Sy kesian dia. Sy tak malu, saya bengang.

Dan sampai ke arini, aku meluat sbb aku adalah sebahagian dari lembaga pengawas sekolah aku. Aku meluat sbb kanak2 berwajah baik ini pernah dapat rekod salah laku hanya sbb aku membantah keputusan mesyuarat agong. Aku benci si baju biru. Aku lah si baju
biru selama 5 tahon yang akhirnya terasa mcm nak bakar2 baju biru aku tu. (Tapi x bakar pon, ada dlm almari. Gantong cantik2)

Back to Kesah Chenta 3 segi.

Rupa-rupanya! Si A bagitau aku, time sek dlu, si A, B dgn C slalu main intai2 aku. Aku kata aku tak tau. Sbb aku anti masyarakat. Lagi aku terkejut berok, Si A kata, Si B syok kat aku time tu. Sampaikan si B melonjak kegembiraan bila aku tak bersama dgn kawan-kawan aku. Si A kata lagi, muka aku slalu nampak merah2 dan malu2 setiap kali kena usha. Eh, ada ke patot? Setahu aku, aku tak penah didik muka aku jadi merah-merah atau malu-malu. Lagi, si A kata, si A, B dgn C selalu borak tentang aku.

Oh my god! macam mana aku tak penah tau, Beylo?
Itu menandakan apa eyh?
menandakan aku ni mmg sahih, sorang ‘pejalan-pandang-terus-kedepan’ masa sek.
Aku tak penah kenali orang,
sampai aku terlepas banyak adegan2 lucu.

Aku terkilan lah, Beylo.
Sbb kwn baik aku sorang ni gila minat kat si B time sekolah.
Lepas bertahon lamanya, baru aku tau yg si B, jejaka putih melepak kegilaan kwn aku ni,
Adalah jejaka yang sukakan aku.
Bersalahnya rasa…
Sbb.. aku penah bisik kat kwn baik aku tu…
“Weh, dia pandang!” kata aku kat kwn baik aku setiap kali lalu dpn si B ni.
Mati2 aku ingat si B pandang kwn baik aku yg syok kat dia…
Rupa-rupanya…..
Hai, maafkan aku.
Kenangan yang menimbulkan rasa serba salah.

Kelakar la zaman sekolah. Tapi yang pasti, aku sgt bahagia dgn ketamakkan aku yang gila ilmu masa sekolah. Aku hanya tau nak ilmu, dan buat diri aku jadi sgt glamer disebabkan ilmu. Aku bersih dari chenta monkey-monkey bergayutan. Alangkah sonok kalau aku masih punya sikap 100% gila ilmu. Skang, sikap gila ilmu aku dah berkongsi dgn sikap2 lain. Menjadikan peratus kegilaan ilmu aku susut. *melepaskan keluhan paling berat…*

sekadar ingatan…
dan kekesalan atas apa yg aku tau semalam dari si A
ada baiknya aku tak tau, dan takkan tau…

Port Dickson 2005

Posted by chika under Uncategorized

Macam dah jadi upacara hujung tahun keluarga aku utk ke Port Dickson. Aku tak perasan pon benda ni dah jadi ‘aktiviti tahunan’, tapi bila aku baca2 balik blog lama aku (yg bertapak di tempat lain), aku rasa sgt kagum. Hujung tahun lepas, pada bulan yg sama, keluarga aku dan sepupu-sepupu ke PD. Tahun yg lagi lepas pon sama. Hmmm…. ini mengingatkan aku pada kisah ‘Sesuatu Yang Indah’. Kisah yg pernah aku blogkan masa aku berblog ‘bukan di blogspot’.

Ke PD hari Jumaat lepas. Cadangnya nak bermalam kat sana. Ayahanda pun melilau-lilau carik apartment (since kami ramai termasuk sepupu-sepapat). Klu boleh nak dekat dgn Glory Beach Resort, tempat atok aku duduk. Tapi akhirnya adek Del, melafazkan kata cinta pandang pertamanya pada PD Beach Club Resort. Pandangan cinta yg dari mata turun ke hati dia tu bermula dari swimming pool. Boleh nampak dari tepi jalan. Jadinya, penginapan kami sekeluarga sebenarnya ditentukan oleh Adek Del sepenohnya. Not bad la. Aku suka jugak view pantai dia walopon apartment dia tak besar. Selain tu, aku suka sbb kat situ tak ramai org berbanding first choice abah nak ke Corus. Aku tak mau ramai orang. Aku kalau boleh nak lalu-lalang sekitar resort tu dgn melihat wajah ahli keluarga aku je. Hahaha… (aku mmg ada sikap suka menguasai)


Yang belakang pool tu, ada kawasan utk memancing. Haaa….! Tu la misi utama adek-adek aku terutama Haikal si Gila Pancing. Boleh dia memancing sepanjang hari sampai ke pukul 1 pagi. Gamat jugak mlm tu bila bunda naik hangin. Dah pukul 1 pagi, bunda call dia berpuloh-puloh kali suh dia balik. Ada lah dua tiga kali je dia jwp call. Selebihnya dia sms .. ‘Blom puas. Tggu ikan dtg lagi’. Hangin tak??? Aku pulak hiba bukan main lagi mlm tu. Sbb hasrat nak terjun swimming pool tak kesampaian. Gigit jari.Jarang aku ada nafsu nak mandi-manda. Bila elok2 nafsu sudah bermaharajalela, pool pulak da tutup. Tutupnya kul 9. Sedangkan kami sumer kul 9 mlm tu ada kat Glory Beach Resort.

Lepas maghrib, kelam-kabut kami ke Glory Beach Resort sbb atok aku tggu sana. Suh kami ni (cucu-cucu dan anak-anaknya yg anti masyarakat) ni pi hadiri event persatuan dia. Dah la pakaian aku sgt tak formal. Pakat kena jeling atas bawah ngan atok aku. Pulak tu time masuk je situ ke ruang makan, byk mata-mata pandang kat kami mcm kami ni makhluk asing. Mungkin sbb kaki aku tak nampak sexy mcm kaki gadis2 yg bertumit tinggi. (aku mcm nak pegi taman tasek titiwangsa dgn sport shoes aku). Mungkin jugak sbb aku tak kelihatan langsing berkebaya pendek macam gadis2 penyambut tetamu dan gadis2 lain yg bersepah di situ.( elo, aku punya niat mau berkelah, bukan berkenduri-kendara). Apa-apa jer! *runsing*


Tepat jam 9 malam, serentak waktu swimming pool ditutup, persembahan kebudayaan bermula. Punyala aku bosan. Sbb apa? Sbb aku tak minat langsong tarian tradisional. Aku cuma berminat pd persembahan pertama je. Zapin. Yg selebihnya aku terasa mcm nak berdiri kat tgh2 org ramai tu dan menguap besar-besar sekaligus mengeliat. Biar satu Convention Hall tu nampak kebosanan aku. Tapi demi menjaga hati atok ngan nenek aku, aku buat-buat excited dgn menegak badan (spt sorang pemuja tarian tradisi melayu). Aku bual-bual dgn nenek aku seolah-olah aku mengamati setiap gerak tari penari-penari itu. Tapi pada Bunda, aku bisikkan…

“Ma, kalau ada Mawi sonokkan?” – aku “Gerenti penoh.Tak mcm skang,” – bunda “Knapa tak ada org try nk ajak Mawi eyh…” – aku “Takot Glory Beach Resort nyer hall ni runtuh” – bunda

Kami gelak sakan tapi dlm nada plg rendah. Sbb cover takut atok nenek aku pasan. Geli hati aku. Sepuloh minit pertama, 2 row penoh ngan kaum kerabat aku. Lepas tu, Dek Kal ngan Luqman ilang. Bunda kata mungkin pegi mancing. Aku yg ngekngok ni pon bertanya, dorang bawak pancing ke? Pakat bunda gelakkan pikiran aku yg lambat respon ni. Kata bunda, kat pantai pancing ikan. Kat situ pancing fomfuan. Miahahah… Then, aku tgk Ijat dah mula gigit kuku, mata pon da kuyu. Abah plak da ke depan stage jd cameraman.

Tiba-tiba…..! Adek Del bangun. Aku ngan bunda dok perhati dari belakang. Pastu dia bejalan kat celah-celah orang ramai. Tup-tup, dia menuju ke depan. Aku ngan bunda da mula kalut. Amenda budak ni? Nak join tarian ke? Rupa-rupanya dia pegi tarik abah yg tgh dok merakam kat depan. Fuh, berani btol! Elok2 orang tengah menari atas stage, dia leh wat kids show depan stage tu ngan abah. Selamba je dia main bisik-bisik ngan abah. Hmmm.. rupa-rupanya dia ajak abah balik. Miahahaha… so, cam biasala, budak Del tu jadi penyelamat dr kami terus menggadai naseb kat situ.


Hmmm… bagi aku, kali ni PD agak menarik.Bukan sbb pantai dia nampak lebih indah, tapi perasaan aku kot yg buat PD ni jd lebih baik. At least ada tempat dlm hati aku. Sbb aku sgt tak suka PD. Destinasi plg aku benci. Tapi utk kali ni, aku boleh tolak ansur la. Aku tak turun ke pantai langsong kecuali ke kawasan memancing. Sbb mengikuti program ‘Jgn Bakar Kulit’ yang dikelolakan oleh Bunda. Aku habiskan masa dengan menjadi si pemicit kamera ‘bukan profesional’, bergolek-golek atas katil King Size, turun bawah dan mencarik-carik objek utk dikakukan menjadi sekeping gambar dan cam biasa. Perutku! Di mana saja. Dia bukan kira nak tunjuk perangai. So, aku kena lah membiayai kemahuannya yg sentiasa mau diisi.

Ikan dan Ketam

Memula, dek kal dpt sekor ikan yg besar. Yg da selamat pon ditelan oleh perut-perut kami. Tapi perut aku dpt sket je sbb aku tak berapa bley terima ikan-ikan pelik. Memandangkn itu ikan laut, aku telan gak la secubit dua. Kalau ikan sungai, mmg memberontak tekak aku tammo telan. Pastu, Ijat pon dapat gak. Adek pon b
erjaya dptkan ikan. Abah Awab jugak tak berjaya. Dah la uncle aku tu siap lengkap ngan T-Shirt bertulis ‘kaki pancing’. Tapi sekor pon tak lekat. Disebabkan kekecewaan tu, dia tekad tammo ikut g event kat tempat atok aku. Dia sanggop g mancing sampai ke pagi.Yang geli hatinya, Ijat bawak balik satu timba ikan. Comel-comel. Gemok tembun cam dia jugak. Adek pon sama. Ada 2 ekor tu belang-belang cam nemo. Semua naik heran sbb tak logik. Byk sgt ikan yg bdk 2 beradik ni bawak.

Alkisahnya, dorang gi pancing ikan kat kolam ikan depan lobi apartment tu.Ikan yg orang taruk as hiasan kolam. Masyaallah… siap pasang strategi pulak tu takot kena tangkap ngan guard. Ya, Amin, Farhan ngan Tasya (bebudak kecik) jadik tukang cover line. Jaga gerak geri guard.Agak2 guard nak lalu, si Ya bagi signal. Ekal tukang sumbat ikan dalam bag kecik yg dia bawak. Tak ke mampos ikan tu dok dlm bag dia yg maha busuk tuh? Pastu ijat ngan adek tukang pancing. Siap heboh citer kat kami yg tak menyaksikan teater curik ikan tu.. “ikan kolam ni sumer bodoh. Mentang2 tak duduk kat laut, kepala pon dah biol Bagi je umpan bunga, semua menyambar. Tak yah umpan pon dorang sambar,” kata Ijat. Maka…. hari ini akuarium umah aku sgt meriah. Dipenuhi dgn ikan-ikan ‘pancing’ yg sgt banyak.

Pulak tu jumpa ketam sekor berjalan senget-senget atas batu. Aku mula-mula mati-matian ingatkan ketam tu da tak bernyawa. Aku pon pegangla.Siap pose depan kamera. Tetiba, bila aku letakj je atas batu, ketam tu pon bergerak senget-senget. Umak aih! Buatnya dia kepit jari aku. Ishhk! Dan ketam sekor tu dah selamat di-sup kan oleh MakYang utk dijadikan lauk tgh hari tadi.Sj suka2 suh MakYang masak ketam jumpa tu. Kebetulan tgh jalan-jalan terserempak dgn encik ketam (ketam ni pon aku encik-kan) Jadinya arini aku tergaru-garu sbb aku alergik seafoods. Padahal aku tak makan isi ketam.Cuma mkn kuah je sket.


(tgk…besarkan ikan Ekal pancing? MakYang tumpang glamer.Sumer mendakwa kunun2 dialah yg mancing ikan tu. )

Kami tak jadi bermalam sbb aku ajak abah balik KL lebih kurang kul 1 pagi tu. Abah pon okay je.Maknanya abah pon mmg nak balik. Sib baik ada Mak Ju and pemli. Kalau tak, rugi-rugi je abah gi sewa apartment tu.

Awwww!!!
aku rasa,
aku tak berdaya lagi…
dah 3 hari,
bukan 3 minit atau 3 jam.
3 hari!
kepala aku tak mau mengalah.
saketnya makin menjadi-jadi spt permainan tarek tali antara urat saraf dah bertukar jadi gusti mania.
Kepala aku saket yg amat,
membuatkan aku terasa spt tidak mau berkepala lagi.
Dah lebih dua jam aku cuba sehabis kudrat menyiapkan entry ni.
aku lakukan slow slow demi sebuah kepala…
yang amat sakit…
aku berbaring entah berapa byk kali sementara menyiapkn entry ni…
Panadol actifast tidak membantu. Mungkin tertewas.
Ubat migraine aku lesap, macam tgh main sorok2 dgn aku.
Tak de mood nak main lah!
Mana ubat migraine aku?????!

Cam biasa, aku akan punyai koleksi gambar sgt banyak. Nak tumpang tgk? Bawak-bawaklah diri ke ALBUM Port Dickson aku.Ada 50+ gambar je yg aku larat tayang-tayangkan. Selebihnya…. kesakitan kepala tak mengizinkan.

Kamu pulak Conteng!

Posted by chika under Uncategorized

Hoi, Beylo!
Urat saraf kepala aku ni kan…
Macam tgh main tarek tali dlm kepala aku…
Membuatkan aku rasa sakit yg amat…
Sakit yg kalau boleh,
Nak aku lemparkan pada kamu ajer, Beylo!


Aku sakit kepala.
Kepala aku sakit.

Aku TIDAK MAU menconteng cerita!
Kamu ajer CONTENG ! ! !
Tolong aku conteng-conteng wajah si Beylo!
CONTENG Beylo untuk aku…. pliz.

Sementara aku berambus,
Berambus untuk menghantok-hantok kepala yg sakit,
Atau mencari pistol mainan utk menakot-nakotkan kepala aku,
Dan sambil cuba menghentikan perlawanan tarik tali dikalangan urat saraf kepala aku,
kamu ajer tolong aku CONTENG BEYLO!!!

Pohon Yang Sangat

Posted by chika under Uncategorized
Beylo!
Aku baru pulang.
Pulang dari bilik ujung yg letaknya berjiran dgn toilet tingkat atas.
Bilik adek aku.
Malam ni tadi, aku abiskan dgn bergelak sakan dlm bilik tu.
Bikin cinema filem yg kelakar amat.

Kiamat Sudah Dekat.

Aku tau filem ni dah lama sampai kat Msia. Dah heboh lama jugaklah. Tapi aku baru nonton. Ceritanya bagos btol. Komedi yang bukan selekeh. Kamu fahamkan maksud aku komedi selekeh tu apa? Filem ni mmg sgt waras. Walaupon agak memalukan melihat babak2 jahil beberapa golongan manusia, tapi apa nak dikatakan? Mmg itu yg terjadi. Ramai je orang Islam jahil agama. Jarang sujud, tak pernah sembahyang, puasa apatah lagi. Zakat? Wallahualam…

Cerita ni komedi. Lawak abes-abesan. Aku suka gaya muka Fandy. Sorang rockers kaya raya yang romantik (dan menggelabah) Aku suka suasana filem yg tak mengerikan. Spt scene di nite club, aksi-aksi ‘kissing’ macam Janji Joni (eh, eh… kacang melupakan kulit ke aku???), pastu filem ni mcm membidas semua gejala normal remaja skang.

Aku suka cara Fandy menjawap bila ditanya kenapa dia perlu sembahyang? kenapa dia belajar sembahyang? Aku suuu… ka jawapan2 saintifik dia. Seperti peristiwa kebocoran lapisan ozon dan kejadian komet yg bakal melanggar bumi. Berbunyi bodoh tapi sebetulnya benar. (kenapa ayat aku macam ayat-ayat sinopsis bahasa indon??)

Beylo! Aku dah terpengaruh. Pikiran aku sgt dipengaruhi dgn filem2 indon. Aku pon terasa spt telah di-indon-kan. Ishk! *tampar2 kepala* kasi adjust ayat aku. Menonton filem indon bukan beerti aku sudah belajar menjadi ahli sastera indonesia. Miaahhaha… Tapi, keseluruhannya, ku petik bintang2 dan aku bagi semua bintang2 yg ada utk filem ni. More than 5 stars, man! Filem ni bagus, man! Pergi nonton, man!

Ideologi Yang Baik

  • Rockers tetap rockers! Depa ni semangat kuat. Tak mau ngaku kalah. Tak perlu mereka matikan agenda rock mereka utk ditukarkn kpd nasyid. Tapi mereka mudah dibimbing mengenal Islam.Jadinya, sapa kata rockers tak alim? sapa kata rockers tak reti sembahyang? sapa kata rockers hebat teriak nyanyi Isabella tapi tak boleh laungkan azan? sapa kata? sapa? sapa?

  • Sorang wanita yg baik boleh mengubah keseluruhan masyarakat yg jahil. Btol kan kata aku? *semua angguk*. Sapa tak setuju boleh kuarkan RM19.90 beli Kiamat Sudah Dekat yg original. Nak save jadi lanun (aku lanun jugak pd kebanyakkan masanya)
  • Pemberian sorang kekasih tu sgt bernilai. Walopon hanya sepasang terompah burok, kamu kena bangga! Walopon hanya tiga kuntum ros yg dah dicampak dalam tong sampah, kamu tetap rasa wangi baunya. Tak caya? Gi beli vcd KSD
  • Keikhlasan manusia itu utk dinilai oleh Allah SWT sahaja. Sekali kita cuba mendekatiNya, selama-lamanya Allah akan dekat pada kita.Insyaallah. Macam Fandy. Mulanya niat mendekati Islam utk melamar anak Pak Haji, alih2 terus lekat cinta dia pada Islam. Terus lahir rasa ikhlas.
  • Keikhlasan bukan ilmu yg ada dlm buku-buku. Keikhlasan tu sgt halus. (sampai aku pon tak tau nak buat ayat apa utk menerangkan KEIKHLASAN. ahaha)
  • Secantik-cantik wanita, ialah wanita yg taat pada Allah SWT.
  • Tak semua orang kaya itu jahil dan orang miskin itu warak. Tak semua juga yang kaya itu warak dan yg miskin itu jahil.
  • Kiamat sememangnya sudah dekat. *ngeri!!!* Cuma kamu pandang kanan, pandang kiri, atas, bawah dan pandang segenap ruang. Jumpakan petandanya kiamat? Dalam diri kamu sendiri pon punya tanda2 itu. (kamu pikir!)

Waktu keikhlasan Fandy terhadap kekuasaan Allah SWT benar2 muncul, waktu tu suasana bilik yg gamat dgn gelak ketawa jadi sepi. Aku diam. Dek Kal diam. Semua diam. Dgr betol2 rayuan Fandy pada Allah SWT… aku berkenan ayatnya… “…pohon yang sangat…. pohon yang sangat…”

Aku laburkan wang utk filem ni. Kamu pon kena laburkan jugak klu nak tau camner kisahnya. Kalau nak rasa camner haru birunya perot aku ketawa ngan Dek Kal, kamu pon kena laburkan ringgit msia kamu.

-Tamat-

*******************************

Sejak akhir2 ni aku dikatakan macam pengarah drama la, pengarah famili ria lah, pengarah filem lah. Ecececeh…. manader, kan Beylo? Aku menganggap Beylo sbg blog aku. Tak lebih dari itu. Aku tak menganggap Beylo sbg sebuah drama maupon sbg sebuah siri Famili Ria. Miahaha.. kelakar btol kamu-kamu yg mengatakan aku layak buat drama. Ongkosnya nga ada… :p

Port Dickson.

Dengar ni Beylo. Esok pagi aku ke PD. Maknanya kau akan aku tinggalkan. Mcm yg sering dikata, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Jadinya, esoklah harinya aku akan buktikan yg aku sygkan kamu, Beylo. Miahaha.. Mungkin aku akan bawa ole-ole utk kamu. *Beylo blom kenal apa artinya ole-ole*. Ole-ole yg aku maksudkan, mungkin waktu kat PD esok aku punya byk kisah. Aku boleh contengkan kisah2 tu pada wajah Beylo. Dan kemungkinan utk aku buat drama atau Famili Ria adalah tinggi. So, esok aku pi PD la jawapnya. Bukan atas kemahuan aku since aku bukan penggemar pantai itu. Tapi sbb kami sekeluarga kena jumpa Aki ngan Mak Tok kat sana.

Atok aku kan busy manjang ngan meeting nya. Dah puas2 meeting keliling Johor, dia meeting pulak area KL. Pastu skang dah pulak ke PD. Memandangkan ayahanda aku ni sgt tunduk pd kata2 atok aku, kami pon kenalah melawat atok ngan nenek aku kat sana. Depa tunggu kat hotel ja. Tak aci kan atok aku? patotnya pas meeting dia yg kena mai KL.Tapi kami plak yg kena gi PD. Siap ugut. Kalau nak jumpa dia, dtg PD. Sbb dia malas turun Cheras. *dan dah tentu hasrat aku berpesta dgn kete atok aku jadi mimpi dlm mimpi.*

Beylo,
jari aku kata dia dah lenguh.
Mata aku kata dia nak membuta.
Aku kata… aku pohon tdo dulu…
Pohon Yang Amat….Pohon Yang Amat…

Note : kuar teman ma tadi. Selain Kiamat Sudah Dekat, beli Salon. Blom nonton Salon. Aih, jadinya lepas saksikan filem yg islamic abes ni, aku lepas ni nonton pulak filem yg banyak aksi gedik2 mungkin. Tapi mau nonton! Harap filemnya bagus. (tapi da tentu filemnya bukan spt rockers yg islamic). Hmmm… belikan jugak hadiah besdey Mak Tok (nenek aku). Esok jumpa maktok, nak jeng jeng jeng dia ngan Gelang Kristal. Tadaaa…! Jumpa di PD esok! Jumpa jugak dgn ramai sepupu-sepupu jugak kot esok kat PD.

Why Beylo? catch me later!

Tak Tercapai Akalku

Posted by chika under Uncategorized
Note : Beylo adalah nama baru blog aku setelah aku merasakan nama Tropicana sgt gadis. Blog aku ber-gender Male. Aku mau blog aku berjantinakan lelaki. Sbb aku nak, bila aku bercakap dgn blog aku ni, aku ada aura spt aku sdg bercakap dgn lelaki (yg semestinya bisu, pekak dan kaku) Oops, men! Bukan kamu yg aku maksudkan bisu, pekak dan kaku. Beylo yang bisu, pekak dan kaku. Tapi mcm yg aku dah bitau dlm entry aku dulu, aku seronok bila aku menengking, aku mengherdik dan si Beylo tak boleh buat apa-apa. Kecuali menadah semua muntahan rasa aku dan membiarkan aku menconteng wajahnya sesuka ati aku. Ahaha… kisah ‘Aku Sebuah Beylo Yang Malang‘.

Nite, Beylo!
Kalau kau harapkan cerita sensasi, aku tak ada apa2 yg sensasi.
Aku cuma ada sebuah lagi Hari Rabu yg biasa.
Hari Rabu yg jugak hari kekalahan aku terhadap nafsu dan pemberontakkan perut.
Hari ini hari makan banyak-banyak.
Perot aku sgt sayangkan aku bila setiap kali aku sogokkan dia dgn makanan.
Aku harap perut aku akan ubah perangai dan menjadi lebih sopan santun.

Tadi siangkan Belo, Shafiz sms aku. Shafiz tu klasmet aku. Bakal arkitek yg akan berdiri tegak dgn angkuhnya satu hari nanti depan bangunan paling pelik, ajaib dan menakjubkan dalam dunia (sbb dia ngan Babe aka Baby suka buat design pelik-pelik yg lintang pukang klu dipandang oleh mata yg buta seni) <—Ayat hyperbola. Aku harap Adian dgn Farah (juga Aizar dan Astri) masih kenal sama itu Encik Shafiz Wonka. Atau nama comelnya Encik Corong. Bykkan nama gelaran dia? Walo bagaimana pelik pon nama2 gelaran yg amat dibenci oleh En Shafiz itu, aku nak cerita pasal sms dia siang tadi.

Mula-mula.. menuduh aku kerek tak mau kongsi result dgn dia.
Kunun2 aku ni mcm jongkang jongket berat seblah.
Macam mana nak kongsi kalau dia tak ajak aku kongsi?
Tak kan aku nak terkedek-kedek mcm itik pulang petang bagitau dia result aku kalau dia tak tanya. Sungguh kan???
Lepas dah telan kenyang result aku, dia tanya Fara ngan Adian punya pulak.
Amboih, mau makan suruh aku suap ka?
Aku pon katalah sejujurnya yang aku tak tau Farah punya.Adian punya, aku suh dia tanya sendiri pada Adian.
Tiba-tiba… encik enpon (semua brg2 aku berstatus encik, sbb semua brg2 aku dah aku jantinakan sbg lelaki) encik tepon aku bunyi2 lagi.
Dia tuduh aku buat kali kedua.Dia kata aku pura-pura tak tau.
“Takkan Farah nyer ko tak tau??”
Aku pon dgn perkasanya membalas
“Aku tak tau!!!!!”
Diam… encik enpon aku akhirnya berehat sampai malam nih.
Adakah En Wonka telah merasai aura bengang aku?
Atau kredit dia sudah abes ditelan oleh tekak buaya maxis?
AHAHAHA! Aku tak marah lah.
Aku rasa geli hati sbb dia tuduh2 aku main sorok-sorok.
Mmg la Farah kawan baik aku.
Tapi cubalah tanya nama penuh Farah tu apa ke,
Farah penah debik En Ketua Jahat dgn buku ke?
Farah ada kete kuning chumey ke?
Soklan2 camtu aku tau la nak jawap.

Belo!!!!!!
Aku kan terasa macam nak rebah sekarang jugak. Menggoda la bantal-bantal 4 bijik atas katil ni. Macam ada suara2 manja encik blanket yg mau tolong balut diri aku. Aku kesejukkan. Macam….. duduk dalam peti sejuk. Aku nak tdo. Selepas menjaga perasaan perot, aku mau menjaga perasaan mata pula. Aku mau tido.

Tido………………………………….. sampai esok ari, aku terjaga lagi.

I busy tau !

Posted by chika under Uncategorized
aku : busy
sbb : tak tau

Tiap2 ari buat benda yg sama.Tak berkembang otak aku cuti2 ni. Boleh ke ubah? Macam… tak payah makan, tapi waktu makan kita gantikan dgn bermain ski. Malam pulak tak payah tdo. Kita pergi belah belah pukul 2 pagi, dan membeli ikan di pasar pukul 3.30 pagi. Waktu berehat, kita pergi menoreh getah, bercucuk tanam, menternak kambing biri-biri dsb. Lepas tu musim2 ujan macam ni, kita bina igloo beramai-ramai. Tdo dlm igloo yg dibina di halaman rumah. Pelikkan kalau kita ada kehidupan macam ni? Tapi mesti menarik kalau sesekali kita ubah. Aku bosan nih! setaip ari bangun pagi, gosok gigi, makan nasi, tgk tv, tdo…. (dan aku akan menghasilkan novel ratusan ribu muka surat kalau nk senaraikan rutin harian aku)… SEBENARNYA aku sebok! Aku pon tak faham kenapa aku rasa sebok. Sampai aku dah tak tau nak buat apa akibat kesibukkan aku yg melampau.

Semuanya biasa.
Aku makan nasi spt kebanyakkan rakyat malaysia.
Aku ada 24 jam sehari. Tak ada discount masa.
Aku tdo dgn menutupkan mata rapat2…
Semuanya biasa!
Oleh itu, tiada cerita untuk disensasikan.


Abah dah ada hobi baru. Hobi yg tak mengejutkan aku.Tapi mengejutkan beberapa orang jiran dan kenalan keluarga aku. Bunda pon tak terkejut sgt lah since aku dgn bunda dah biasa dengar abah sebut-sebut pasal ni. Dulu, abah sebok dgn videocam. Mengalahkan org filem je aku tgk. Bila free je dok membelek videocam tu. Lepas tu main Spider Solitaire.Sampaikan laptop aku dah bertukar tuan. TERBARU!!! Abah dah jatoh chenta kembali sama VIRAGO. Sabar ajerla tiap2 malam dok belek virago.Tiap2 malam me-round. Selalunya dgn bunda la. Malam ni tadi….

Abah, makan ni.MakYang dah siap goreng. – aku
Alamak, abah sebok ni. – abah
Macam korporat – bunda
*abah sengih*
Abah nak gi mana? – adek
Beli barang tuk moto – abah
Adek ikut – adek
Tak boleh. Abah pergi ngan Abang Mi – abah
Sukun goreng? – MakYang
Simpankan.Mlm kang sy makan – abah
Lampu tu sumer okay.Tak yah usik apa-apa, bah – dek kal

Bila je Haikal mula bersuara pasal virago, semua diam. Satu per satu dia bagitau abah. Ni tak boleh. Tu jangan. Hebatkan dia? Masa dia mula jajah Yamaha 110 dulu, semua org yg nak guna moto tu kena warning ngan dia.Tak boleh ikut jalan ni, sbb lecak nanti moto kotor. Jangan langgar ni, jgn langgar tu. Bila dia mula pandai usik kete, dia memandai plak nak jajah kete tapi tak kesampaian. Penah gak la sound aku time guna kete. “Jgn kasar2 masuk gear” ahahaha… MISI bunda sekarang ialah mengawasi dia dari menjadi gila kereta pulak. Pening tau jaga dia.

Dek ekal, dari kecik ma jaga dek ekal ni susah sgt
Susah apa pulak…
Masa kecik kuat menangis.Tak nak mkn nasik. Susu nespray satu tin besar seminggu abes. Tiap2 minggu kena shopping beli mainan baru.Semua yg keluar tv, semua nak.
Tu dulu.Masa kecik
Sekarang pon susah.Lagi susah nak jaga
Apa pulak.Bukan kena mandikan, pakaikan baju.
Ye la…tapi sebok dgn moto.Tak diam rumah dah.
Tapi kan dek kal balik. Kejap2 dek kal balik. Pastu pegi balik. Bukan penah lama2
Ye la, tapi ma risau.
Ma jgn risau… Buat pe risau.
Aih, nama pon ibu.
Tak payah risau. Orang ada. Ni, nih! *tunjuk2 kat diri dia sendiri*. Ni bukan anak ma? Kan anak ma ni.Ada ha skarang. Sehat je.
*Bunda gelak sakan*
Ma tak payah risau. Ma risau2, nanti ma yg susah ati.Dek Kal tetap sehat…

(setiap kali ma berdialog ngan dek kal, mesti aku nak tergelak. Dia pandai je nak jawap. Sama ngan kes anjing pagi tadi)

susah heh jaga anak. aku tak tau kalau ianya benar2 susah nak jaga anak sbb aku blom beranak. Tapi tu yg bunda kata…..