Posted by chika under
Uncategorized 
Selamat tinggal 2005….
Selamat datang 2006…
Selamat Tahun Baru Buat Semua.
Azam?
Tiada.
Kenapa?
Sebab aku tak memerlukan muzium koleksi azam lagi.
Aku sedih mau tgk azam-azam aku gugur mcm daun kering kena ribut.
Ingat pepatah Melayu?
Sikit2 lama2 jadi bukit…
Maaf, azam-azam tahun baru!
Aku tak memperuntukkan ruang untuk menyimpan ‘bukit azam’ tahun ni.
Sbb… aku miskin kebolehan!
Aku tak mampu berazam.
Tgk lah tahun depan…!
Kalau2 ada usahawan mau beli koleksi azam aku,
dan kalau-kalau azam-azam aku yg sgt byk ni boleh dijual..
mungkin aku akan berazam kembali…
Ah!
Setiap hari adalah azam baru.
Tahun baru bukan pemula kisah.
Bukan!
Tahun baru hanya sekadar perubahan angka pada kalender.
Mau berazam?
Baik buat azam maal-hijrah nanti..
Lebih berkat mungkin
*amin*
Posted by chika under
Uncategorized INI EDISI PULANG KE RUMAH!
YAHOO!
Aku pulang ke rumah ptg tadi…..
Aku kangen!Sama kamu…..Beylo!
Aku intai kamu selalu…
Tanpa conteng sbb jari aku malas.
Kehidupan 3 hari pertama pada semester 2…
Sebijik sama macam 3 hari terakhir hujung semester…
Iaitu ketika final projek..!
Semua mulut yang boleh bercakap pon sana sini jual suara
*termasuk mulut aku*“3 hari rasa sangat lama…..” “3 hari da mula keje gila” “Baru bukak sem, dah macam nak final projek”Dan sebagainya…….

Jari aku macam melentok-liuk tanda malas. Aku pon malas mau bebel-bebel. Malas mau berbual lagi. Tak mau conteng banyak. Sekadar mencukupkan syarat sbg pelepas rindu pada Beylo. Dan jugak utk memaklumkan… selain minat terhadap bidang senibina, aku jugak punya minat yg mendalam dlm Seni Nama. Buktinya aku dan MEREKA (kaum kerabat aku) dah berjaya memberikan nama2 komersial baru utk beberapa orang.
Pertama : Puteri Anuar dgn kata-kata tema… “puteri ke, anuar ke, babe ke… yang penting kita… enjoy!!!” But he’s so cute dgn movement yg sgt sexy…. Huwaaa……! Bahagia kamu menjadi anggota kumpulan design ku…..
Kedua : Jam (baca : Jem) … dgn lagu tema “Apis ada nama baru…iya..iya…ooo… Nama barunya Kak Jem…iya..iya…ooo…” and apis tu sgt la lucu orangnya. Bahagia punya kamu sbg composer lagu terbaik dlm JSB!
Hep! Sudah conteng panjang. Jangan conteng lagi! Esok ajer conteng sbb aku punya koleksi cerita suka duka yg sgt byk. Sketsa ptg tadi yg aku namakan sbg ‘Sketsa aku, Fara dan Alif’ adalah sketsa paling menggelikan hati. Esok citer la, Beylo! Mau rebah skang jugak!
Fara, ko puas ke bersiar-siar?
Puassss….
Aku tak tau nak gelak atau nak marah.Sbb aku lebih terasa cam nk gelak…
Aku pon sama…
*semua orang! lekas gelakkan kami!!!*
(cerita sensasi….esok conteng!)

Posted by chika under
Uncategorized 
(lihat riak si jatoh chenta ini!)
Sukati kamu mau bilang apa….!
Seblom tu, nite dearest Beylo!
Hari ni, hari ‘tak sehat’.
Membuatkan aku memilih untuk pulang lekas-lekas meninggalkan studio.
Yang sarat dgn masalah dunia itu…
Tumpang kerete A’ai balik Kausar..
Hari ni, hari ‘tak sehat’..
Membuatkan aku memilih utk menjadi Tukang Cuci…
Sambil jatoh chenta…
Ku Tlah Jatoh Chenta!!!!
Aku tak jatuh cinta! TIDAK! *hentak meja kuat-kuat*. Aku cuma.. mau jadi sorang tukang cuci.Ya, tukang cuci! Atau istilah lainnya, orang gaji. Atau dlm bahasa inggeris disebut Maid.Atau Bibik… (nama tukang gaji aku masa kecik-kecik). AHAHAHA… Sebetolnya, arini aku nonton Maid In Manhattan. Membuatkan timbul ideologi baru bg sorang ‘pengkritik filem’ cam aku. Ngeh ngeh…
Orang kaya jadi bertaraf tinggi kerana adanya golongan bawahan yg suka meninggikan mereka. Cuba kalau orang2 bawah ni tak mendongak terlalu tinggi utk memandang mereka, sebaliknya buat pandangan sama paras.. tentu orang kaya tak rasa riak dgn kekayaan mereka. Jadi, salah sapa? Betol tu kamu semua! Salah mereka (atau kita juga) golongan bawahan dan golongan biasa ini. *yerrr! tunjuk jari pada mereka golongan bwh!* Kenapa mesti kekayaan seseorang menjadikan kita perlu berdiri pada satu jarak yg jauh amat dr mereka? Sedangkan Allah SWT sendiri tidak meletakkan jarak antara kita (taraf khadam) ni dengan NYA.
Weh, orang-orang kaya!
Apakah darjat kamu di sisi Allah SWT?
Weh, orang-orang bukan kaya!
Punya jarakkah kamu dengan Allah SWT???
Tak kan?
Dgn tu jgn mandai-mandai nak buat jarak dgn golongan kaya…
Mereka cuma kaya….!
Mereka bukan apa-apa kecuali kaya…
Menonton Maid In Manhattan (sebuah filem lama zaman matrikulasi aku) memberikan kita celik penglihatan. Si Kaya Raya tak mustahil menyintai Si Miskin. Situasinya sama dlm kes aku dengan David Beckham atau mungkin jugak dengan Putera William.Iyakan? *berlatihlah Beylo utk masa depan. Kalau-kalau orang kaya raya diluar sana mau menyintai aku* AHAHAH….!
Ku Tlah Jatuh Cinta bukan kesah hari ini aku. Tapi harini aku tgk siri indonesia Ku Tlah Jatuh Cinta. Drama yg di-vcd-kan. Dan aku pinjam Fara punya… Aku jatuh cinta dengan cerita tu. Aku jatuh cinta dengan jejaka-jejaka di dlmnya. Ada yg macho, ada yang ensem, ada yang jambu, ada yang gagah… macam-macam ada. Boifren ala-ala spiderman dengan Doremon pon ada. Apa lagi! Pegi la carik vcd nyer dan tonton! (jgn salahkan aku kalau kamu kena berhabis-habis duit demi mengumpul koleksi vcd citer nih) Aku tak buat pelaburan wang aku, tapi aku tumpang pelaburan Farah.Boleh kan???
HARI AKU
Hari yang sebok menjadi makin sebok. Esok, dia akan jadi sebok-sebok. Dan hari seterusnya, makin sebok sebok sebok! Sampailah segala macam masalah mula menyebok dlm kepala aku yang tidak berdosa. Tak apa…hadapilah dengan tabah. =)

Datang kelas pagi tadi, macam biasa. Selagi nama aku Nurul Haizum Zainodin, selagi tu lah gejala lewat sampai kelas jadi kebiasaan aku. Dah Alhamdulillah… aku selamat hari ni drp disimbah
‘asid bahasa’ oleh lecturer maths kami. Sbb dia pon tak dtg mengajar.Dia pantang student dia lambat. Terpikir aku… kalaulah aku jadi lecturer satu hari nanti, aku akan senyum lebar-lebar dan ucapkan ‘morning’ paling mesra kat student aku yang lewat. Sbb orang yg selalu lewat tak beerti dia tidak punya etika. Just like me … *tongue hanging out!*. Dan sepanjang di studio pg tadi, aku duduk2 ajer. Berdiskusi macam
arkitek2 riang ria di Persatuan Arkitek Malaysia. AHAHA… Alah, buat group discussion pasal Platform tu. Dan aku suka beberapa idea Alif tentang roof. We’ll see apa jadi esok.

Malam ni… maksud aku kini… aku sedang duduk atas kerusi ‘tak sedap duduk‘ dlm asrama aku. Sakit badan aku. Dengan meja yang bersepah dengan board. Rumet aku tgh tgk Salon. Aku sambil2 menconteng ni, tertoleh-toleh pada pc Si Mizah. Niat aku nak sambong JATOH CHENTA.. tapi! Aku rasa tak sampai hati mau menonton lagi sedangkan model platform aku baru saja tumbang sebijik. Lalu ku lontar cantek ke dlm bakul sampah hijau. Kini, aku tak punya apa-apa kecuali sebuah sketching yang akan aku kata ‘FINAL!’. Untuk hari ini, itu saja yang aku mampu. Tengok apa perkembangan otak aku esok.

Sekarang, aku cuma mau minum milo dan minum lagi. Sepanjang hari aku entertain perut aku dengan milo. Breakfast pagi tadi, sambil berjalan turun ke fakulti dgn Farah, aku minum Milo Kotak. Balik studio, aku minum sekotak lagi milo. Selepas Maghrib, sekali lagi aku selongkar bekas makanan aku demi sekotak milo. Dan kini… aku bancuh pulak milo hasil air panas yg dimasak oleh Mizah. Maaf perutku… aku terpaksa lakukan ini pada kamu. Tapi aku sudah sogokkan 2 keping Oreo ptg tadi kan? Jadi, jgn mengamuk gara-gara aku tak beri makan!!!
Aku tekad! Aku mau kurus.Bukan kurus dan kering. Tapi kurus sket dari apa yg aku miliki kini. Ternyata! Aku gemok! Dan aku sedih secara tiba-tiba… !
Bukan aku geleng2 tammo ikut Farah makan sbb tekad aku mau kurus.Bukan! Tapi sungguh aku sgt tak sehat harini. Selera aku yang selalu BERSEDIA untuk makan telah tertutup rapat-rapat.Seperti nafsu makanku telah hilang lebuh.Mungkin kesan ubat semalam. sebijik panadol actifast, 2 bijik pil saket kepala, dan sebijik vitamin C yang aku telan sekaligus. Macam makan gula2 smarties… Membuatka
n aku sesak nafas semalam. Lalu aku balingkan semua bantal, termasuk buttercup aku. Dan aku buangkan selimut demi mendapatkan lebih oksigen. Aku tewas. Aku rasa seperti nyawa aku dah sampai ke hujung. Sungguh! Aku hanya dapat tido pada jam 3 pagi semalam. Semuanya gara-gara sesak nafas yang kronik. Bunda, anak ni tak sehat! Badan saket, kaki saket, tangan saket, kepala saket…. tiada satu anggota pon yang tak saket.
Aku yg saket mau berehat……….
Posted by chika under
Uncategorized Aku conteng utk mengadu.
Ko dengar sini Beylo!
Kisah hari pertama aku sbg student architecture..
sem 2…
macam siri samarenda…
yang baru nak mula episod satu…
yang byk aksi2 mengejut…
yg boleh melemahkan fungsi jantong…
Smlm encik Mazlan sms, bitau klas kul 9. Disebabkan aku ada tabiat suka dtg lambat, aku pon kuar dari bilik nak dekat kul 9. Masok2 je klas, tak sempat bernafas, melayang 2 helai kertas putih yang menentukan perit jerih kehidupan aku sem nih. Aku ngan Fara tergamam. (
buat2 tak kenal dgn kertas superduper-horror tu). Kertas tu ialah kertas penerangan ttg
PROJEK PERTAMA SEM 2! Okay, skang kamu sumer cepat teka apa persaaan aku. Dan semua warga studio yang tidak berdosa itu.
Imagine lekas!
1st day, kamu sangkakan kamu sgt free….
memandangkan jabatan2 lain hanya menguruskan pendaftaran kursus…
tiba2, blom sempat bersidang cerita setelah 2 bulan x jumpa member…
lecturer dua org masok,
kasi briefing dgn nada suara paling selamba dlm dunia…
memberitahu yg kamu akan punya projek utk sem yg sgt pendek ni.
Dia kata lagi…
jadual lebih pack.
masa lebih suntuk dr sem lepas.
projek lagi byk.
lepas memaklumkan semua berita ‘gembira’ itu…
kami dibahagi-bahagi mengikut group.
sekali lagi, dgn nada suara sorang arkitek yg tidak berdosa..
kedua-dua lecturer tu menyatakan…
lecturer yg beri arahan : projek pertama kamu akanbermula hari ni jugak! sekarang jugak!
kami yg menerima arahan : Huhhhh??? *jantong terasa nk gugur cam cempedak masak*
lecturer yg beri arahan : kali ni, kena design and construct.
kami yg menerima arahan : Huhhhh??? *jantong hampir gugur ke bawah*
lecturer yg beri arahan : kamu ada masa 3 hari utk siapkan model dan drawing. Jumaat ni kami tgk.
kami yg menerima arahan : Huhhhh??? *jantong gugur trossss*
lecturer yg beri arahan : construction tu kamu kena consider dia tahan utk 2 tahon.
kami yg menerima arahan : *nangis meraung-raung sampai melimpah ruah air mata dalam studio* (acah jer!)
So, tgh2 ari, time matahari tgh tunjuk kuat tu, kami semua pon keluar beramai-ramai dari studio ke tasek kejuruteraan. Masyaallah… terasa nak je aku sogokkan sesuatu supaya matahari tau kami tertewas dek bahangnya. Tapi nak buat, demi cita-cita kami yang mau jadi arkitek ni, dgn langkah sorang supermodel aku terjengket-jengket mengelilingi tasek. Group aku ialah Adian! (ishk, nama ni lagik!tak kuasa! wakakakak….) Ntah la. Surprise jugak time lec umumkan adian group aku. Mmg sepanjang research bawah matahari kuat tadi, kami byk berbual menggunakan kod2 rahsia yg org tak tau. Sbb hanya aku, adian ngan Farah yg simpan mcm2 kesah spastik sepanjang cuti ni. Alif, Nisa dgn Afiq Palapes pon group aku. Jadinya, berjalanlah kami 4 orang (Nisa tak sampai ukm lg) sekeliling tasek. Sambil menikmati air tasek yang kaku macam kena saket lumpuh, dgn airnya yg seakan-akan warna teh tarek pekat… yucky! Abis gatal2 kaki aku yg tak berkasut, tapi berselipar-selipi (akibat kaki yg melecet terok)

akhirnya kami dah pilih tapak. Dgn beberapa alasan yang waras campur tak waras. Yang pasti, kami hanya berjaya study arah matahari terbit dan terbenam. Arah angin kami tak sempat selidik memandangkan tgh hari terik camtu, angin pon segan mau lintas. Nak tunggu ptg, aku dah berambus naik Kausar nak dekat kul 2 ptg tadi. Sbb tgk semua pakat2 balik kolej, aku pon ajak farah jadi gadis penahan bas kat depan fakulti tu utk pulang ke Kausar. Maklumla, kete dah tiada lagi. Bluekk! Jgn sebot2 mau kete, sbb kete tu pon lom abis kes. Kesian kwn aku (pemandu masa kes). Skang kena layan mahkamah pulak. *aku mula nak emosi tinggi ni*

Pilu menyayat hati….bila je aku kuar dari studio dlm pukul 12.30 ptg… demi mendapatkan sebijik pemadam seringgit… Aku nampak keadaan fakulti yg sgt lengang. Macam panorama cuti semester masih berlangsung. Sebetulnya, semua student engineering sudah pulang ke pangkuan katil masing2. Kami? Kami sdg bertarung dgn semua agenda projek.
Projek pertama sem 2 : Observation Platfrom.
Dgn luas tapak 5 x 5 kaki, dan tinggi 10 kaki. Mmg saiznya kecik ajer. Apa sgtlah kalau dilukis dlm skala 1:50. Tapi masalahnya! Masalahnya! Masalahnya! Masalah yg sgt problem ialah kami kena construct betol2! *menangis hati aku yg feminine ni* Maknyanya kami akan jadi Buruh Kasar! Pekerjaan pilihan utama pendatang2 tanpa izin dlm Malaysia ni. Abisla.. aku sudah berkira-kira macam mana kami akan separuh mati dan dgn nyawa dipertaruhkan akan mengangkut kayu-kayu (yg akan menelan ringgit malaysia kami dgn sgt banyak), lepas tu main ketuk-ketuk tukul, main pasang-pasang bolt dan nat dan semuanya akan dilakukan dlm 3 atau 4 hari saja! Siap ajer construction ni, iaitu bila platform2 kami sumer dah berdiri dgn ketingian 10 kaki, sampai keliling tasek nampak mcm robot2 liar sdg memerhati tasek… kami kena siap2 ke Lumut! Utk apa? Utk projek 2, 3 dan 4. Kamu rasa apa perasaan aku skang? *kamu je la pikirkan*
aku sudah hilang semua kata…
apa lagi boleh aku bilan
g?
mau memberontak?
sedangkan aku yg tergila-gila mau jadi arkitek!
sekarang aku sudah humban seluruh kehidupan aku pada jalan ini..
mengundur?
ini bukan main kete kontrol…
boleh reverse sesuka hati…
ini bukan permainan!
ini satu kegilaan!!!!
aduh, kepala aku saket lagi.!
tangan aku lenguh.
kaki aku cedera.
badan aku rasa bisa-bisa…
senang cerita,
aku ni sorang pesakit lah!
Bunda!
Tadi bunda call…
Koleksi cerita bunda sgt byk.
Blom pon 48 jam aku jauh dari dia, bunda dah punya cerita yg sgt panjang. Macam sebuah hikayat yang tak berkesudahan. Membuatkan aku lama bertelepon dlm rintik ujan dgn bunda tadi siang. Terasa hidup kembali jasad aku yg macam hilang nyawa semalam. muahaha…
Teringat tiba2 kata-kata Encik Mazlan pagi tadi. Sambil tenang dia berkata, seperti dia hanya menyampaikan kisah biasa-biasa pada kami…Tanpa mempedulikan jantong2 kami yg tunggu gugur menyembah bumi.
Encik Mazlan : ingat nk bawak kamu gi Lumut tu lama sket. Tapi dah pulak kitorang nk g Thailand.
Kami : ikutttt!!
Encik Mazlan : *sengih* ikut boleh. support sendiri la…
Kami : Alaaaa..
En Azimin : kalau sempat, kamu leh gi Pangkor.
Encik Mazlan : sem ni, Jumaat kamu ada klas design. Mana yg suka balik tu, tak boleh la balik…
Aku : *terasa macam dia tuju ayat tu kat aku sorang*
Orang lain : Huwaa…!
Encik Mazlan : Sabtu pulak…
Kami : *saspen takot keje jadi buruh binaan 7 hari seminggu*
Encik Mazlan : Sabtu … sains rumah tangga…
Kami : *gelak sakan… puas ati! naseb ada cuti boleh tido tak bangun-bangun*
Encik Mazlan : Surprise…!
Tak payah la surprise lagi!
Kami dah cukup ter-surprise dgn semua nih.
Okay, kena berenti conteng!
bukan sbb aku mau berenti…
tapi mau conteng sketch book pulak.
mau design platform!
jumpa lagi esok…
Kalau aku tak terkorban dek kesebokkan…
Doakan aku tidak terkorban..
supaya Beylo dpt diconteng lagi…
hibakan?…semalam aku dirumah, bergolek sakan seperti dunia ini tidak punya masalah walau sekecik kuman. Tapi hari ni, aku sudah pikul masalah dunia!
Lari! ! ! Capai sketch Book!
Posted by chika under
Uncategorized Aku pulang…..
Tanpa dendam….
Ku terima kekalahanku……
Beylo!
Sekarang, aku cuma ada kamu…
Bersama laptop yang akan kuseksa-seksa…
Hingga aku puas…
Aku sudah pulang..
Beerti aku sudah tewas mendapatkan diriku …
Cuti selama 2 tahon lagi…
Aku dah berada di dalam pangkuan Pak Cik Za’ba. Bunda, ayahnda dgn adek del yang hanta aku ke kampus dah pulang. Mana nak aku letakkan sepasang mata yang bertakung air ni? Macam empangan hulu langat pulak rupanya. Yang tunggu melimpah… dan tumpah-tumpah tak tertadah. Huwaaaa… aku sedey la Beylo. Tgk bunda dgn ayahanda tinggalkan aku. Macam aku sorang gadis terbiar tanpa tempat mengadu domba. (hyper ke ayat aku nih)
Masok2 ajer ke dalam bilik C1021 nih, hati aku punyalah panas. Bunda pon naik hangin. Melihatkan bilik yang lengang tanpa harta peninggalan aku. Mana tikar aku yg bernilai puluhan hinggit??? Mana cermin hijau yg sgt besarku yang bernilai puluhan hinggit??? Mana?? Mana??? Maka, kami dua beranak pon gi kat ayahanda utk mereport perihal yang tikar dgn cermin aku dah kena rembat. Oleh siapa? Oleh orang yg tak ada tikar ngan cermin lah! HAHAHA… bukanlah! Oleh pihak admin. Salah aku sbb tak hangkut balik. Tak sangka tikar getah ngan cermin pon depa nak. Lelong-lelong kat pasaran gelap, leh jadi jutawan kot depa! (penumbok ku rasa mau mencium muka yg terlibat)

Lihatla area aku untuk sem 2.Tak menyelerakan dan tak nampak meriah. Membuatkan aku rasa tak bersemangat mau berasmaradana dgn bilik ni. Tikar getah yang ghaib dah abah gantikan dgn tikar lain warna hijau. Cermin besar yang ghaib dah ditukar dgn cermin hijau yang kecik.
AKU RASA BENGANG! Tapi mmg kali ni aku tak mengangkut byk khazanah. Sbb pengalaman sem lepas buat aku taubat.
Bunda dah susunkan baju… aku kemas2 sket je tadi. abah dah pasangkan selak pintu utk safety tambahan kat bilik aku. Lantaklah kalau admin marah. Aku tau nk jawap apa. sesungguhnya bilik ni sgt tak selamat utk didiami. Bila2 masa orang leh kopak masuk tingkap.

Tgk! Sikitkan baju yang aku bawak? Sbb aku tau aku akan balik weekend! Wek wek wicky wicky wek wek! Miza lom balik lagi. Menyebabkan aku keseorangan. Hanya ditemani laptop yang byk suara, dan yahoo messenger yang heboh. Aku pulak sambil menconteng, menyanyi kuat-kuat melontar suara lunak merdu aku. (sapa nak marah?) At least bunyi orang kuar masok ym membuatkan aku rasa cam dlm keramaian. Sib bik ada Adian ngan Farah. Tadi Budin pon ada. Salman pon ada kejap tadi membuatkan aku pilu mau pulang ke rumah! Tapi aku paksa2 diri aku berkemas sakan supaya aku tak ingat apa-apa.Kata Salman nak dtg ukm. Hellehhh… tipu mak minah la kamu!

Aku rindu bilik aku kat umah yang sgt best!Aku mau tido atas tilam queen size.Apalah ertinya tido maalm aku bertilamkan katil single ni.Panorama bilik pon tak indah…Membuatkan pikiran aku sesak…Dan perasaan aku rasa terbiar….
Aku pulang tanpa Buttercup…
Dan spongebob…
Bunda sudah hampir2 memasukkan Buttercup…
Yang bunda gelarkan sbg ‘kwn aku’
tapi aku tidak mau bawak dia bersama ke kampus…
sbb nanti dia akan terbiar akibat aku yg sebok selalu..
aku mau cuba hidup tanpa dia…
Hmmm… aku bingung dan aku tak boleh nak conteng apa2. Kepala aku macam satu kotak yang kosong dan tak berfungsi. Aku tak mau conteng lagi! Sampai otak aku sudah pintar kembali. Mau sketch…. seblom Encik Mazlan minta tgk sketch book bukti aku tidak ‘lepak sakan’ sepanjang cuti 2 bulan lalu. Aku mau tgk movie indon.. sampai aku tertido dgn perasaan paling sebak.
Ma! Abah! Nak balik! Amek la anak ni balik!
Posted by chika under
Uncategorized
Morning, Beylo….
Pd pagi yg suriram ini….
Aku pilu yang amat.
Sbb cuti aku sudah mati katak!
AHAHAHAH!
Tak mau conteng-conteng cerita.Sbb aku rasa, dah byk sgt jari-jemari cantek aku ni menconteng arang pada wajah kamu untuk bulan ni. Sudah huduh sgt rupa kamu Beylo. Sekurang-kurangnya, bila aku pulang terkedek-kedek, sambil mengangkut pakaian-pakaian, makanan-makanan dan semua keperluan (spt seorang pelarian), kamu boleh berehat membersihkan kembali martabat kau, wahai Beylo! Sbb… mungkin aku jarang update. Jarang yg aku maksudkan ialah 2 hari sekali.Mungkin jugak 3 hari sekali. Bergantung kepada Kolej Za’ba padang jarak padang tekuko samada sistem wireless dia sgt hebat atau sgt kronik. Bergantung jugak sejauh mana aku dapat bergoyang kaki kiri dan kanan.
Mari kita selak-selak sisa contengan aku yang agak kontroversi sepanjang bulan ni. Cit cit cit….
- Preview Filem Janji Joni
-sehingga aku berjaya mempengaruhi ramai orang supaya menonton filem ni. Ayat-ayat bombastik yang berjaya menaikkan ranking dan keterujaan kamu-kamu utk membaca seperti ‘babak kissing dlm cinema’ sgt menarek! sbb dgn membaca komen kamu semua, baru aku tersedar yg aku telah memanipulasikan cara tulisan aku sehinggakan ramai yang mengharapkan sesuatu dari filem tersebut. Yang sebetolnya tiada apa sgt. HAHAHA… Akibat membaca tulisan aku, ramai yang keciwa tergolek-golek sbb babak-babak yang diharapkan tak superduper hot! Tapi sungguhkan… Janji Joni best???
- Krisis Mental aku Yang Keras Kepala
-malas mau ingat! *hentak-henatak kepala*. Aku kesal dgn kelakuan aku. Aku kesal dgn cara pemikiran aku sgt tak bertamadun *tekup muka dgn bantal sampai lemas*. Disebabkan peristiwa ni, aku mendapat 2 title sekaligus iaitu sbg Pengarah Drama dan Pengarah Famili Ria. (Dan kisah ni berlarutan menjadi drama bersiri 4 episod) Sensasi sungguh!
- Preview Kiamat Sudah Dekat
-disebabkan preview panjang lebar utk filem ni yang berjaya aku buat, aku telah mendapat satu pengiktirafan. Aku telah berjaya pulak menyandang gelaran Pengkritik Filem. Apa yang aku rasa mau ketawa terbahak-bahak… sampai tekak ku mau meletup, ialah respon pembaca. Semua kelam-kabut mau carik filem ni. Siap ada yang email-email, dan meminta-minta untuk pinjam. Kelakar sungguh! Adakah review yang aku tulis tu bersifat keterujaan? Tapi betolkan Beylo… filem itu sgt bagos. Sekaligus aku bubuh dia sbg Filem Paling Enak 2005 utk rekod aku la.
- Percutian di Port Dickson
-sekali lagi aku buat orang tergila-gila mau ke PD yang sebenarnya tidak indah! Wek wek… Mungkin aku ni sorang penulis yang pandai mengindahkan panorama dgn baris-baris contengan aku yang tidak berdosa. AHAHA… Tapi percutian itu indah bagi aku dan keluarga…. DAN! Untuk entry Port Dickson, aku mendapat beberapa pujian hingga aku tak tau samada hidungku sudah kembang kuncup atau tidak. Kata mereka, aku tuliskan tentang percutian itu dgn sempurna dan ekspress! Miahahaha….
- Catatan Zaman Sekolah.
-Entry ni telah mempengaruhi beberapa orang. Yang akhirnya mereka turut terbukak hati nak bercerita-ceriti tentang zaman persekolahan mereka. Dan paling cepat terpengaruh ialah Cik Famia dan Cik stri. Miahaaha…
- RM6000 - Drama of the year!
-Ini biggest issue sepanjang percutian aku. Isu yang sekaligus membuatkan gelaran Kehidupan Dramatik aku menjadi lebih sempurna. Isu yang mendapat respon paling banyak sampai kepalaku migrain malam tu. Sbb ym aku tak henti-henti berteriak minta menjawap soal siasat masyarakat yang perihatin mau tau. Kamu! Sudah baca lom? Blom? Baca la! Utk liputan lain pasal kes ribu-riban ni, boleh klik pada ADIAN dan FARAH
Secara keseluruhannya, hasil contengan aku membuatkan aku menerima beberapa gelaran. Semuanya aku rangkul dalam satu bulan bernama Disember ini. Pengarah Drama, Pengarah Famili Ria, Pengkritik Filem dan Penulis Blog Lucu. Hebat kan? AHAHA… Lucu ker? Aku tak terasa lucu ketika jari-jemari aku dok bergelek atas keyboard. Aku tak terasa pon otak aku byk bekerja demi sebuah entry dan contengan. Aku hanya tulis apa-apa saja bergantung pada tahap normal kepala aku. Dan sebenarnya, semua contengan aku hanyalah satu contengan cakar ayam yang tidak punya apa. Hanya berguna untuk kepuasan aku. Itu saja. Kamu mau lebih dari itu? Aku tak mampu beri sbb aku hanya menulis tentang aku, panorama aku dan kegilaan aku. Aku tau ada yang tak puas ati dgn aktiviti aku kat arena internet ni. Termasuklah pada Beylo aku ni. Aku pedulik apa?
Selagi aku tak meminta sesuap nasik pada orang lain demi mendapatkan tenaga menconteng Beylo,
Selagi aku tak menjatohkan martabat beberapa jenis manusia hingga aku dilayangkan surat saman,
Selagi Beylo tak lari dari rumah akibat tak tahan diconteng,
Dan selagi aku seronok dgn contengan cakar ayam aku ni,
Selagi tu aku mau mau mau!
Aku mau conteng serakusnya!
Kamu tak suka?
Kamu boleh angkat kaki dan block link blog ini untuk selama-lamanya.
Kamu suka ?
Aku mengalu-alukan kamu merayap-rayap sekitar blog aku yang serba kekurangan.
Sesungguhnya Beylo adalah sebuah blog yang tidak berdosa.
Itu saja….
Cuti da bes!
Ptg ni mau pulang ke pangkuan Pak Cik Za’ba…
Pak Cik Za’ba hanyalah sebuah kolej
kediaman yang tandus.
Sekali lagi aku mau jerit kuat-kuat!
Beylo! !
Aku pulang petang ni.
Esok bermulalah kembali sketsa hidup aku sbg sorang ARKITEK.
Yang seboknya mengalahkan pengarah-pengarah besar di Lembaga Arkitek Malaysia.
Faham ker?
Aku akan rindu wajah bunda…
Wajah yang selalu cium aku seblom tdo,
Aku akan rindu wajah ayahanda…
Wajah yang selalu usik-usik aku dgn kata-kata paling mengharukan.
Wajah adek-adek jugak..
Bebudak lelaki yang tidak tau apa kecuali mencetuskan bunyi-bunyian paling bising dalam dunia..
Sayang kamu semua!
(ehehehe… seperti jamuan perpisahan tak? Tapi… Jumaat ni mungkin aku pulang ke rumah balik. AHAHAHAH) Lekas, kamu semua! Ucapkan selamat pulang ke kampus, selamat maju jaya dan gud luck utk aku! Lekas!
Adian baru je sampaikan Berita Terkini.Katanya da nampak kete Farah sampai Za’ba. Sdgn memunggah barang skang ni. Aku? AHAHA… Masih dirumah, blom mandi pon. :p
Okay…cuti da bes……