Archive for November, 2005

Puisi Puitis Penipu

Posted by chika under Uncategorized
Alkisahnya aku tertipu arini.
Rasa spt nak membunuh manusia si penipu itu.
Mematah-riukkan tulang-temulangnya.
Lalu menghanyutkn tulang-temulang tersebut di lembah Sg Nil.
Ditemui oleh beberapa ekor buaya jantan pelahap,
Maka rakus skali tulang-temulang manusia itu dikunyah-kunyah ngan lazatnya… yummy!
Hingga buaya-buaya jantan pelahap tersebut sendawa kekenyangan.
Dan terasa kenikmatan hingga menjilat jari….

Idop-idop aku tergadai akal.Idop-idop aku kena tipu ptg ni tadi. Sungguhla berbulu mengikatkan si jejaka A yg membenarkan jejaka B atau mungkin jugak jejaka C, D dan E terlibat dlm program menipu aku.

Aku pulak sebulat ati percayakan si penipu yg mengaku dirinya sbg jejaka A (kwn lama aku lah kunun).Dgn agak terbuka ati, aku pon ala-ala gembira dpt contact blk kwn lama tu.Tp yg kesiannya, akal aku ni kurang cerdik pulak mula-mula tu.Dah sampai nak ujung cerita, baru otak aku ni berakal.

awk ni tipu heh (aku ske serkap jarang)

Btol…

Dah la…penipu!

Aku end up call tu walopon dah terlambat sebnarnya.Lama jugak dah borak. Duduk sat pikir-pikir. Ajak g tgk Salon.Kununnya aku terliur la tuh.Aku tembak-tembak semua apa yg dia kata dlm sms byk kali.Sbb aku yakin dia tipu aku.Aku tertipu.Aku geram ble kena tipu idop-idop.Aku geram sbb memula tu aku percaya sgt dia tu kwn aku.Apsallah otak! Owh, otak… apsal leh percaya? Punyalah aku borak ngan ramah mesranya since aku ingat dia mmg la kwn aku.Penifooo….!

Image hosted by Photobucket.com

Sib baik aku tak reti maki-hamun.Sib baik pengetahuan aku sgt terbatas pada dunia bahser sastera kotor.Klu tak, mesti dia tak tertelan semua ayat yg aku hantarkn.Memandangkan ilmu pengetahuan aku masih suci, jadinya aku reply dgn cara yg bermoral, beretika dan berhemah.

Heh, penipu…. Cakap terus terang kan senang.

Terpulang pd cara si Penipu nak menterjemah ayat berbudi bahser aku tu camner. Terpulang jugak pada intonasi bacaan dia. Klu dia baca nada rendah, dia mesti pikir aku marah-marah poyo je. Kalau dia baca intonasi tinggi, mesti dia tau aku meradang. Kalau dia betol2 baca ngan intonasi yg hyper-tinggi.Taulah dia yg aku sgt-sgt bengang dan terasa spt nak buat sebijik cam apa yg aku tulis kat puisi di atas. (sila rujuk perkara di atas). Sengaja aku tak letak tanda seru pada msg aku. Biar dia menggayakan sendiri nada aku.

Utk jejaka A (yg namanya digariskan biru tu) : jahat ko eyh! tanak kwn dah (ni bukan istilah olok-olok ‘tanak kwn’ versi kanak-kanak.Ini ‘tanak kwn’ versi dewasa)

Nama saya….

Posted by chika under Uncategorized

Nama sapa?

(Diam)

Ala…takkan tak leh tau kot

(Cuba buat aksi suam)

Okay, sy panggil Tipah la klu camtu

(Terbeliak bijik mata)

Tipah ni cam baru abes klas je.Study mana?

Mana-mana (nada sombong tak hingat!)

(Org Asing tu diam)

(Aku pandang-pandang kat rail ketapi.Buat-buat cam x sabar nk tggu train sampai)

Tipah…tipah…. (saja nk sakitkn ati aku)

Nama sy bukan Tipah (garang!)

(Gelak-gelak ngader)… owh, bukan! abes tu apa?

apa2 nama yg sedap.

**********

Aku nangis tersedu-sedu kat stesen LRT Cempaka. Maunya tak! Pepagi buta time sampai kat Masjid Jamek, aku kena follow ngan sorang cina gila.Aku nyorok dlm kedai emas dpn Cosmopoint. Time klas, aku kena tipu ngan sorang bdk pompuan ni. Disebabkn bdk tu, aku terlibat plak ngan kes gadoh.Samseng selekeh tu! abes sumer kenal aku. Sib baik aku pandai buat muka tak bersalah. .

Sorang bdk pompuan yg cam samseng selekeh tu peluk bahu aku. “Ko jgn risau. Nama ko sapa?,” seriau lak aku. “Nurul,” aku benci kwn ngan org camnih! “Owh, Nurul. Ko nak kwn ngan aku tak?,” samseng gila cara dia soal aku. “Hmm… tak masok campur hal korang. Ada klas,” sib baik lecturer aku lalu sambil sengih2 kat aku. Dpt aku larikan diri. Lps kes tu, aku tak nampak bebudak selekeh ni lagi.

Balik kelas, aku nampak bdk yg tipu aku (cam lesbo pon ada) tggu aku.Nak balik sesama??? Aku sanggop tggu setengah jam kat dlm Cosmo yg sejuk nak mati tu semata-mata tammo terserempak ngan si penipu tu.

Dlm train, ayah Si Penipu call aku. Ishhhkkkk…. punyala seksa idop aku aritu.

“kamu jgn tpu.Jgn subahat dgn dia,” suara pakcik tu lembut.Tp mungkin niat dia nk nasehat aku.

“anak pakcik mmg suka tipu pakcik,” kesian pakcik tu. Nak je aku kata pd dia… ANAK PAKCIK TIPU SAYA JUGAK!

LRT pon bergerak sampai kat Cempaka.

*********
Tipah… sy tau klu sy minta no fon Tipah, mst Tipah x bagi. Ni no saya. Next month nak fly g Jerman.

(tak tanya pon)(idop lagi Orang Asing ni)

Ambikla.Ke Tipah nk bg nombor Tipah? (sambil hulur kad)

Tak pe la. Simpan je kad tu. Sy x rajin call org

Ok.Sy call Tipah

Jerman jauh.Nanti mahal (intonasi mengejek)

Sy kat Jerman kejap je

(ambik phone, call abah) Abah, dtg cepat. Takot la sini

(org Asing gelak kuat-kuat) Takot ngan sy ke… hahaha…

Tak. Takot ngan org gila. (terus cabut naik atas)

Aku pon nangis tersedu-sedu kat satu ceruk yg org tak nampak.Aku nangis sebnarnya sbb bengang abah lambat.Aku call dari aku lom abes klas lg sbb aku tammo tunggu kat situ.Situ byk org jahat.

“apsal ni? tggu sapa?,” dush! tiba2 abang TU (abg yg amatla dikenali since aku form3) tego aku.

“Tak sapalah!” aku dah bengang

“takkan tu pon nk nangis,” dia gelak2…pastu ilang ntah pi mana

abah sampai.Aku rasa nak lompat! tapi….

Bye Tipah sombong….

Nama saya bukan Tipah lah!

Dan sejak tu baru aku sedar betapa aku tak suka bg tau org nama aku. Dan dah jd kesedapan kat aku, nama angelina Jolie adalah nama yg plg kerap aku sebut bila aku tammo bitau nama aku. (selekeh tak tabiat aku nih?)

**********

Lambat sket pon nangis

ada org gila la, abah. abah ni apa la. Patutnya abah turun, tendang dia.

Mana tau dia gila?

Sbb dia kata nama org Tipah

Tipah tu nama jugak…

(aku memuncung sampai umah.)

Dan peristiwa ni dah 2 tahun berlalu………….. Bila sampai je hujung2 tahun camni, mesti aku ingat semua cerita waktu aku baru abes SPM dlu. Macam-macam….

Cuti-cuti Mesya!

Posted by chika under Uncategorized
“Haizum! Kita on d way blk ni.Sat g kite g umah ella, sbb die anta kte blk ni…”

Athirah sms ptg tadi.Hati ni punyalah suka.Sepanjang cuti ni, punyalah aku tunggu dia balik KL. Aih, payah jugak bila ada member yg da kena sumpahan keramat JOHOR! Lepas meronta-ronta tak sanggup terus dok matriks Johor, skang tup-tup ke Johor lagi buat degree. Naseb ke atau betol jangkaan aku dia da terkena sumpahan Johor? (athirah gerenti debik aku laju-laju klu dia baca ni)

“Balik pon.Punyalah kte tggu awk cuti.Ingat Ahad ni nak ajak dtg umah.Beraya la umah kte. Then nak g jenjalan!,”

SATU plan tuk cuti-cuti mesya dah tergantong kemas dlm otak aku.

Chattin with Jullian last nite. Plan nak jenjalan, tapi x tau nak ke mana. Alahai, Kuala Lumpur! Manalah sgt leh aku tuju.Abis-abis membuat pelaboran bursa saham GADIS-GADIS kat mall. Tak elok tuk budget 2006.Ingat Nurul…. trip to Pulau Kapas! Better simpan duet and laborkan kat itu pulau.Back to Jullian, akhirnya kitorang since last week plan nak pi… patut ke mention? Hmmm… cam kelakar plak nak sebut. Tapi seblom tu, aku nak bitau. Aku (anak KL ni) tak penah masuk Petrosains! Uhuhu… Lalala… Pegi KLCC boleh dkatakan kerap.Tapi yg aku tau ttg KLCC adalah Suria. Aku tau kat Suria ada Secret Recipe x jauh dari GIRLS. Tapi apa lg ttg KLCC? Selain drp ilmu am yg KLCC tu bangunan tertinggi di dunia (masih lg ke?) aku tak tau apa-apa selainnya psl KLCC. Hmmm.. so Kuala Lumpurian aku ni kan?

Sbb kejakunan aku dan kedaifan aku, Jullian suggest naik skybridge.Ahahaha… So, kami(kami ke aku?) dah tekad akan tiba di counter tiket seblom 8.30 pagi. (ye ker?) Hmm.. apapon, mungkin hanya aku ngan Aiza yg akan pegi tuk my 1st round.Lepas tu baru buat aku nyer 2nd round since Jullian can’t make it this week.Aiza, bila mau pikirkan???

So, DUA cuti-cuti Mesya! Semoga aku lebih mengenali KLCC (selekeh je ayat)

Cuti-cuti Mesya yg keTIGA, bersama my Datinship Partner and my GossipER(s)!. Dato’ Bandar Bangi nak turun KL la pulak.Farah kata nak pi Sunway Lagoon, pi man-main! Woh, pandai heh ko Farah ambik shortcut. Mementang ko dok PJ, ko pilih yg dedekat je.Abis aku nih? wenggg!

Cuti-cuti mesya yg keEMPAT…. akan dimaklumkan kemudian nanti.

Aih, over excited plak aku ngan percutian Athirah ni. Ni la yg dikatakan bila jauh rindu, bila dekat nak bertekak je. Kan Athirah kan? kita dua ni salu bertekak.But i lap u still! Sesekali cuti camni bila dpt jumpa tu jd sgt best pulak.Aih, bayangkan! Dulu 24 jam sehari dok tgk muka ang. Bila nak kuar masuk bilik pon, mmg muka ang la yg akan aku nampak dlu.

Bila Athirah bitau dia balik ngan Ella, tingat plak aku time dia balikKL ngan aku dlu.

********************
Betol ke ma air milo nih?

Betolla tu.Tgk la… kan boleh agak

Ishk..susah la buat Milo

Ko tau buat nescafe jek

Dah nescafe senang

Tak de mananya susah buat air!Nanti dah kawen, tak minum air panas la suami ko jawapnya….

Air suam baik tok kesihatan

Hmm…kenalah jadi kaya. Sbb nak kena pakai orang gaji.

Itu dah tentu

Jgn nanti orang gaji tu bukan jaga umah ko je, ngan laki-laki ko skali dia jaga

Ma pon terus angkat dulang.Air milo yg aku buat tadi dihangkut ke depan nak bagi tetamu minum.Mudah-mudahan Milo buatan tgn aku terasa seperti MILO yg sebenar.

Sehari Bersama Aku

Posted by chika under Uncategorized
Knock…knock..
boleh?, terdengar suara abah kejap ni panggil.
“boleh,”aku jwp.
hmm..ok,”abah nyata bersuara kecewa.

apa yg boleh?fuh, lap peloh la brader! Abah aku ni da kejenya tiap2 mlm hangkut laptop aku masuk bilik dia.Bukan pasai dia nak buat keja atau nak surf apa-apa.Dia nak men game! Bukan counter strike heh!Dulu abah gila main Solitaire.Skang sudah up! Dah gila men Spider Solitaire. Klu tgk ranking, highest tu mmg sah abah la. Dah hebat benar ayahanda ku itu.(hebat jugak ma jeling-jeling meluat tgk abah men game)

Seblom aku mulakan rancangan Sehari Bersama Aku, aku nak buat satu statement dulu. Statement ni bertujuan membidas Encik Nashrex! Nash…o nashh…! Bukan Mozilla la yg tak support blogger, Opera! Btolla apa yg aku cakap. *yes, aku menang 1-0* Entah pehal aku ni keje nak menang je.

Ok.memandangkan aku menjadi sgt pasif dlm musim cuti-cuti semester ni, otak aku pon takla berkembang sgt.Oleh sbb tu, aku pon tatau nak citer apa.Dlm keterpaksaan, aku pon nak tulis pasal HARI AKU.

Baik kamu (sejak Salman berkamu-kamu ngan aku, aku pon dah sedap nak berkamu-kamu) baca bebetol entry aku ni.Sbb pasni kamu leh selidik sendiri sapakah aku yg sebnarnya.

Adakah aku sorang serigala ganas?
Atau perompak?
Atau pembunuh kejam?
Mungkin jugak sorang wanita berjiwa lembut dan tabah?
Atau aku juga mungkin seorang Dewa Kemalasan?

Kamu nilai la dari tabiat harian aku.

Di sini kita pegi! (here we go!)
Cam biasa, aku bgn tdo jam… jam…jambo! uhuh…jam 11.30 pagi (note : pagi). Memandangkan aku ni secara nature nya mmg bkan manusia pagi (morning person), tabiat bgn lambat tu agak normal la.Aku kagum ngan org yg leh jadi hyper-aktif pas sembahyang subuh. Sampai skang aku masih kagum ngan Athirah yg kehidupannya bermula jam 5 pagi dan berakhir jam 12 tgh mlm.Paling lambat pon kehidupan dia bermula pas sembahyang subuh.

Compare ngan aku.Kehidupan aku bermula paling cepat 11 pagi dan berakhir basically by 3am. Syukur aku ni seorang Islam.Nak tanak aku bangkit g tok sembahyang subuh.Tu pon kekadang aku sendiri tak sure sempurna ke tak ibadah aku sbb aku lakukan dlm kengantukkan. Masyaallah….but still, alhamdullillah i’m a muslim then Allah gives me extra semangat for Subuh praying.

Back to my kisah. Turun2 je bawah, sambil towel trsidai kat bahu, ada sora dok menyapa aku. Fuh, terkejot!
“hye anak dara! baru bangun?,” uncle aku daa. Owh, dah mai nak amek Nina balik. Jadinya aku mandi, pastu terpacak sat dpn tv tgk Melodi.Ada citer pasal Mawi. Hek eleh… da mula la tu org nak dengki ngan dia. Biarla Mawi tu…. jgn kaco idop dia. Aku sonok tgk rezeki dia melimpah-ruah.Kalau aku jadik tunang dia, lekas2 aku ajak kawen.Takot melepass… (merepek)

“Itut la abang nah (abg ngah) balik.Angah ekal itut abang nah”adli afiq , budak kecik yg ensem tapi sgt pelat ajak aku ikut dia balik umah.
“tanak la.Umah abang nah ada swimming pool ke?Klu ada ayong ikut,” kata aku lak
“tak ada… tp abang nah nak pegi mandi kolam kat depo. ada gelongco. Feouww… gelongcor laju. Conokkk…,”siap buat aksi gelongsor lg.aku da naik heran tak fhm apa yg dimaksudkan ngan depo.Tertanya-tanya gak aku, ada tempat ke nama Depo.
“kat mana?” aku tanya lg tak puas ati
“Depo,” kali ni dia ckp kuat sket.
“Depo?,” aku da plik sakan.
“Tesco…,” sib baik Nina fhm bahser pelat adek dia tu.Abis gelak satu umah. Canner la Tesco leh jadi Depo.Pastu aku saja gelak kuat-kuat kat tinga dia, kasi dia bengang.
“Abang nah Tomoi kang,” tiba2 dia buat aksi Tomoi. Bertempiaran lari. Sbb tingat kata mama dia. Dia kalau hentam, dia bukan kira org.Main redah je.Takot gak aku ngan penangan bdk kecik

Nina da balik.Aku sedih.Adek, dek kal ngan Ijat ikut sama pi umah Nina kat Klang.Umah jd sangat sunyi dan aku jadi sgt blur.Turun bwh, naik atas, tak nampak sesapa. Biasanya bebudak ni berkeliaran kat dlm umah.Ishkk….

Zirul ngan Nazrul ada kat umah.Zirul tu nak spm, tak leh la ikut pi Klang. aku lak tinggal berdua ngan ma.Bergosip dan bersidang sakan kitorang dua sampai ke ptg.Ingat nak merayap sat ptg tadi, tapi tak jadi sbb battery kete abah leh lak weng! entah apa kena.

Mlm aku cam biasa la.Asmaradana ngan encik pc. Tetiba tgh2 surf, pc aku auto restart.Ntah sapa suh tah dia restart.Memandai je.Akhirnya langsong weng!Aku pon apalagi, capai enset, call abang is.(penasihat peribadi hal ehwal komputer aku). Bla..bla… dia suh buat apa yg dia suh tp tak berjaya sbb pc aku officially sudah tidak bernyawa lagik. Sib baik ada laptop. Connection pon da okay sbb aku dah serang 1-300-88-95-15.
“trima kaseh cik nurul kerana menghubungi tm net.sila hubungi kami jika ada sebarang masalah slps ni,” naik hapal aku semua ayat skema operator2 tmnet ni.

Image hosted by Photobucket.com

Hari ni aku…

  1. borak sakan ngan ma
  2. baca novel “Manisnya Cinta” tak abes satu page pon.
  3. miskol Dila ngan aqilah. (sbg tanda aku tak sombong kt dorang)
  4. call abang is
  5. tgk citer P.Ramlee utk jangka masa yg lama dlm record peribadi aku – 15 minit.
  6. Nyanyi lagu Radja tak henti-henti
  7. call aki kat kampong
  8. berebut laptop ngan abah
  9. naik tangga turun tangga
  10. tepon tm net
  11. surf hampir kesemua blog yg ada dlm link aku. *lawatan mesra*
  12. chat ngan Aiza

note : btol pon Radja selekeh.Tak stylo cam Ruffedge atau VE.Tp suara best, lagu best. Jadi, dengarlah lagu mereka, tak payahlah tgk clip video mereka.Nanti kamu tak berkenan. *aku terpengaruh ngan nash* —-> skali lagi nash dipersalahkan.

Hijau – warna tradisi

Posted by chika under Uncategorized
Bismillah…

Entah apa cuba aku buktikan dgn meletak “Hijau- warna tradisi” tu. Bolehla dikatakan tradisi jugak kot since abah pon suka hijau. (Tingat aku kat koleksi baju abah yg kebanyakkannya hijau.Sampai ma perli….”cam pakai baju yg sama setiap hari”.sejak tu abah mula jadi multi-color dlm soal pilih baju).Ijat pon suka hijau.(masa kecik dia suka kata dia adalah Power Rangers Hijau) Dan tahun ni, hijau sangat gemilang dlm hidup aku sbb klasmet aku majoriti suka hijau.Tak penah dlm sejarah hidup aku jumpa manusia gila hijau cam aku.Tapi kat studio tu, cam hijau dah jadi tema kitorang.

Aku cerita pasal hijau sbb skang ni blog aku dah hijau. Lebih mesra alam kot.Tapi aku tak sure dia mesra pengguna atau tak.Sbb sepanjang yg aku tgk tadi, kat IE ngan Opera, dia cam suam-suam mesra gak la (ada ye suam-suam mesra?).Tapi nak kata tahap bermesraan blom kot.Sbb ada jugak yg tak kena ngan layout aku. Aku pon bukan bijak pandai menglayout-layout ni.Ni pon kalau aku teruskan, mau mati sel-sel otak aku.

Blog ni makin mengharukan.Lintang-pukang je rupa.Sidebar tu tak berapa infomatif. Cam golongan baru-baru berblog plak aku rasa.Cam serba kekurangan.Alahai… saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan. Yacks… geli! Tak kesah la tu.Layout lama yg purple tu dok lingkup.Kalau tak lingkup, sampai ke anak cucu agaknya aku terus ngan layout yg sama.Ada baiknya juga dia lingkup.

Link aku tu da kurang.Aku tahu byk blog aku tak re-link.aku cuma link yg sempat dan yg aku perasan je.Bagi blog-blog yg tak ada dlm link aku, silalah maklumkan. Bagi yg nak blognya di-link-kan pon, jgn malu-malu ayam bitau aku. Bab link-link ni aku tak ada hal punya. Selagi blog tu bukan blog tak senonoh, selagi tu aku sudi drop by. Jadinya, jangan ar buat blog yg tak senonoh. (bila aku jadi ustazah….)

Hmmm…malam ni Nina tdo ngan aku.Ada ni ha seblah aku da tido pon. Tapi cam tak lena.Kejap-kejap bangun merengek.Sejuk sangat kot. Biasalah, bilik aku ni kira cam Antartik part 2 la.Ekeke…Tgk dia tdo, kesian lak rasa.Siang tak sudah-sudah kena marah ngan aku.Aku ni cam mak aku gak.Kuat membebel, tapi hati tak sampai.Samalah cam insiden aku tampal note kat ice box aritu. Walopon aku warning takleh makan coklat, tak leh makan ais krim, tapi aku gak yg dok bli coklat 4 bar besar semalam.

“Kita makan coklat banyak-banyak!,” aku ajak plak bebudak ni mkn coklat. Uish… mmg aku tak sampai hati.Dorang ni bukan org lain.Sepupu aku gak. Cayang cangat…..!

Hmm..arini baper syawal heh? aku tak penah kira pon. Puasa 6 lom start lagi nih.Ishk..apa nak jadik?Sbb aku tak rasa pon skang ni tgh raya. Baik ke aku ckp camtu? tapi nak ckp camner lagi kalau da mmg camtu yg aku rasa.Nak kata umah aku x dikunjungi…uiks! setiap mlm meriah sakan umah aku. Nak kata aku tak pi beraya…. pegi jugak umah sedara-mara.Cuma umah kengkawan tu sebijik pon tak pegi lg.

Aih… tak ada apa rupanya nak aku tulis. Tapi aku boleh buat entry terpanjang dalam dunia dlm keadaan camni sekalipon.Sbb aku adalah sorang story-teller yg berjaya. Sungguh… tak caya u can try me. Cerita aku tak penah abis. But i better stop before i keep crappin.

Promosi Radja Part 2
dengarla “TAKKAN MELUPAKANMU”….. ye kengkawan!. Radja tu best la. Tapi buat kata Totin, da berlapok da pon Radja tu kat Indon. Lembab tol encik-encik Radja ni nak sampai Mesya. Tapi nak wat lagu mana sih… gwe tetep kepingin bangat mau dengarin semua musik depa! *ahaha… indon mix kedah @ indon utagha* (^_-)

Budak-Budak

Posted by chika under Uncategorized

Jujur – Radja

duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

* buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama

reff: jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku

jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

Skang… aku tengah suka ngan lagu ini. Menepati halwa telinga aku. Dan skang, aku tengah dilanda bencana alam MAWI. ekekeke… akulah sebahagian dari peminat MAWI yang melambak kat luar sana. Kenapa aku suka MAWI? Sbb muka dia meraih simpati aku…. dan seolah-olah meminta supaya aku meminatinya, *Alasan jenis tak beretika*. Puaih la aku dok belaja nyanyi Aduh Saliha.

“nanti…ada gak orang sanggup taruk nama anak dia Saliha.Walopon nama dulu2 demi MAwi…. mesti ada gak yg sanggup,” boleh lak ma terpikirkan benda alah ni time tgk semi final muzik-muzik.

Sebut pasal Muzik2… wallah..aku ngan mak aku dok vote mawi!rugged tak kami? inilah kali pertama aku buat keje-keje tak berpaedah ni.Merugikan kredit, tapi menguntungkan jiwa aku. Sbb Mawi dapat masuk final! Eleh, aku nyer vote tu x hantar pon tak apa.Sah, Mawi ttp akan menang.Byk lagi jari-jemari tak reti dok diam asyik nak vote encik mawi tu. Aduh…….Saliha! uikkks….

Semalam aku mengamuk kat bebudak yg ada kat umah ni.Biasala, umah aku ni destinasi peberet sepupu-sepupu time cuti sekolah.Walopon dorang gerenti akan kena tengking 24 jam sehari ngan aku, tp ttp jugak berkenan nk dok kat umah aku.

Semalam aku mengamuk.Rasa nak telan sorang2.Nina mmg dah nak nangis time aku tengking dia.Nazrul plak mmg aku rasa nak baham je semalam. Dorang dok sepah kan umah, makan tak reti nak kemas, makan ais krem tak henti2. Sudahnya aku tampal note besar2 kat ice box.

JANGAN MAKAN AIS KRIM

JANGAN MINUM AIR!

Jadinya dah 2 hari ni x de sorang pon berani mkn ais krim.Ma tak kata apa aku buat camtu.Bila ada yg nak makan ais krim je, ma pulak dok ingatkan kat dorang.. “ha..nanti ayong ko ngamuk lagi…,”

Disebabkan aku mengamuk sepanjang hari semalam, budak2 ni langsung takot ngan aku.Bila nampak je aku, dorang mula tak sennag duduk.Selalu bukan main byk cerita si Nina tu.Dah 2 hari ni takut-takut je nak ckp ngan aku.

Bila hati aku dah sejuk, aku koyak note tu pagi tadi.Bila aku kenang balik kes aku mengamuk pagi semalm, aku rasa terkilan pulak.Sayup hati aku.Kesian pulak kat bebudak ni kena marah.Sampaikan nak makan apa2 pon dorang dah takot.

Aku bukan marah dorang makan.Aku marah sbb dorang sepahkan plastik ngan pembalut makanan kat atas lantai.Bila aku tanya sapa yang punya perangai buat camtu, tak ngaku.Sib baik aku tak piat-piat telinga dorang.

Moralnya dari cerita ni, ibubapa tak seharusnya menghantar anak-anak di bawah penjagaan aku. Gerenti akan dilayan secara kasar dan tak memuaskan.

Tapi serius tau.Aku sayup bila tgk bebudak ni asyik kena marah ngan aku. Sedih plak bila ingat camner aku tergamak tampal note kat ice box. Sebnarnya aku geram pon ada.Si Nina tu, nasik sikit pon tanak makan. Tapi kalau ais krim, coklat, gula-gula ngan keropok, bukan mian lagi.MAkan tak henti-henti.Aku masa kecik dulu, mana berani mkn keropok. Mmg kena marah ngan ma kalau ma tau aku beli keropok kat sekolah.

Sayang kat korang.Tapi tolonglah jgn runsingkan aku sbb bila aku runsing, aku dah tak kira alam dah. Lagipon aku tak biasa hidop ngan bebudak kecik.Ditambah plak ngan tangan aku ni yg suka melepuk, suka cubit, pastu mulut aku ni kuat membebel. Buat kata dek kal, “kwn dek kal pon tak jd dtg klu ayong ada. Takot,” uhuhuhu….

memandangkan Opera tak fully support blogger.com ni, aku rasa nyampah nak tulis lagi. Biasanya aku guna IE.Tapi entah pesal mengada-ngada plak IE aku malam ni.Dah terencat akal kot.Slow sangat.Tak pon IE aku kena parkinson. Pc ni pulak slow cam kena down sindrom. Ha, amek ko!Sumer penyakit da kuar.Kenapa la wahai Encik SyncMaster 151s? Encik? ternyata pc aku ni berjantina lelaki. ekekeke…. saya sayang kamu, encik pc.Tapi apsal slow sangat??? Nak guna laptop, dah pulak nak connect internet bukan skit punya payah. Sumer pakat nak mereng.