sembunyi-sembunyi
Posted by chika under UncategorizedHampir subuh
aku masih segar
secocok betol kalau aku dinikahkan dgn spiderman
mesti meriah…
aku nak tidur sekarang jugak!
aku nak tidur sekarang jugak!
aiza buat open ous semalam. Byk nyerh makanan! gelojoh perot aku.Aku tau perot aku ni mesti ketawa terbahak-bahak tgk makanan yg banyak.Tapi tidak tidak tidak! aku sayangkan perutku.Aku tak mahu dia menjadi huduh.Jadinya aku control makan aku walopon aksi makan astri yg hebat ada jugak mengganggu psikologi aku.Berbulu tgk aksi makan dia! Ko tak sayang perut heh??
Cam dalam hikayat zaman purba kala, bila kami-kami golongan mak nenek ni bertemu, CNN pon leh jatoh muflis! MUFLISSSSS! HAHAHA… Dari isu-isu kecik sampai ke isu-isu dunia, semua kami ulas sampai abes.
Aku suka sesi bertemu sahabat ni.Tapi aku tak suka kumpul dosa.Mulut murai sungguh. Alah, cam makcik2 kawasan perumahan yg suka bertandang pas beli ikan. Tinggal lagi kami ni maknenek-maknenek educated yg cuba ubah isu mengumpat menjadi lebih mulia.Kami taklah menokok-tambah cerita.Cuma kami ulas dan canangkan kembali hanya sebagai satu saluran informasi. Erkkk?
Aiza cam biasa lah! Sehebat-hebat aku bergosipan, ada masanya aku masih katak di bwh tempurong.Tapi bodigad aku nih tak penahnya dok bwh tempurong.Sentiasa up to date CERITA nyerh.Dgn adanya kami nih, makin sensasi cerita. Aku, Mimi, Marlia, Astri ni ala-la paparazi lah.Tukang sensasikan cerita yg selekeh jd lebih bergaya.
Yg bestnyer, Umrah ngan Faizah mai. Amboih, macam pendidik harapan negara btol si Umrah. Moga2 generasi bakal anak-anak aku nanti dididik sebaiknya oleh bakal-bakal guru cam Umrah. Wallah…
Isu Aku & Faizah
AKU SI MULUT LASER : Kampus KL burok kan? Tak best kan? Shian ko dok UKM KL
FAIZAH SI KECIK YG AKUR : Ha ah, memang! Tapi UKM Bangi bangunan burok!
AKU SI MULUT LASER : (srurrrup! sukati ja mulot ko!) Manader! Tu bangunan depan2 area DECTAR.Kat belakang2, bangunan baru lawa2 sumer.
FAIZAH SI KECIK YG AKUR : Owh, ko fac mana? Kat ner fac ko?
AKU SI MULUT LASER : Aku KEJUT.Kat Lingkaran 2.Kat tasek UKM yg indah lawa… (aku bermegah-megah)
FAIZAH SI KECIK YG AKUR : owh.. (semakin akur dan termakan dek kata-kata aku)
kami pon makan bersama. Bergambar bersama…berbual-bual bersama..
Dan aku kembali mensensasikan suasana.
AKU SI MULUT LASER : Budak Medic berlagak weh! Nyampah aku time orientasi dulu. Bila pakai je tag UKM KL, mula nak tinggi idong. (siap muka-muka aku bercakap)
FAIZAH SI KECIK YG AKUR : Ha ah…. mmg! Bebudak Dentistry pon sama.
Kali ni aku diam puas hati. AHAHAHA…. aku saja jerh nak mencetuskan panorama yg kekununnya bebudak ARCHI ni best-best.Tp bila aku pikir dua kali, aku sebnarnya cam bagitau kat sumer kengkawan aku yg budak ARCHI ni mulut laser.Jahat nak mati! AHAHAHA…. (actually, the laser2 one ha…is me.Jgn streotype okeh!)
AKU & AIZAR
Sehati dan sejiwa btol. Sama-sama kita menjadi Cik Siti Wan Kembang-Kembangan. Mmg kami berdua tak ubah macam bunga mawar Queen Size yg sedang berkembang di taman tasek titiwangsa. Wakakaka… Nice kain ha, aiza! Mana beli? Wakakakak… “Kita serupa…” sambil aku menyanyi riang.
AKU & ASTRI
Kami nak penyek-penyek idong kamu! Wahahaha….!
Kami nak kopek-kopek tumbuhan menumpang kat idong kamu!
AKU, MARLIA & MIMI.
“nanti pada suatu hari, ada projek pembinaan baru.
Architect = Nurul Haizum Zainodin.
Landscape Architect = Siti Syamimi Omar.
Interior Designer = Marlia Ramli”
Kami berangan bersama-sama. But i’m not really go into their (Mimi and Marlia) conversation.Sbb aku made in UKM. Depa made in UiTM. UKM tetap chenta hatiku. Kami (bakal arkitek UKM) sgt berbangga sbb tiada jurusan lain yg boleh ganggu populariti kami.
AKU & JULLIAN
aku dapat kegeramarn baru sejak 2, 3 hari ni.Malas mandi! Eii..selekeh! So, aku pon decide nak bermalas-malas dan mandi kul 5.15ptg. Pi umah aiza 5.45ptg. Tapi Jullian memusnahkan plan-plan baik tersebut.
“i sampai ur place at 5 sharp ok? see ya there”
cecepat aku mandi! tak sempat nak mekap sakan cam model Shu Uemura. (tak kuaserr!) Tgh2 siap Jullian dah miskol.Mesti da tunggu tuh.Manalah tau, Jullian buat hal plak. Hilang pertimbangan ke, lalu dia meninggalkan aku, tak ke naya aku kena susah payah carik owang hanta aku. ekekek… so, aku pon siap ngan ekspres nyerh. (cepat tak?) uhuhu… Balik pon Jullian hanta. TQ! sgt baik! You sgt baik… thats why i missssss you owiz .And thats why la i owiz remember u. ahahaha… (bley percaya ker??) But really, thanks for owiz be so sporting.Jom panjat KLCC! AKU & IRWAN aku taula ko ni antara jutaan peminat fanatik aku kat luar sana.Tapi toksah la ditunjuk-tunjukkan sgt. Nanti abes jd kontroversi, jatoh la populariti aku.Takleh carik makan ar.Ehehe… Terbukti ko curang! ko sorang boipren yg tak setia dan main kayu tiga, buat cinta tiga segi, cinta 3 musim, semua tiga! cinta ko berharga 3 posen! miahaha.. (aku acah jerh!) Irwan baikla… Nananana…. Kim salam sama awek kesayangan yg bernama Wani tu heh. FAUZIE & KATA-KATA AZIMATNYA AKU YG SUKA SAKAT ORANG : Cekgu Fauzie….makanlah! AKU & ANAS Panorama : aku tetap sowang budak yg sudah GEMOK. AIZAR pon MEMBESAR bersama aku.ASTRI teros dgn perkembangan yg SEHAT.MARLIA ngan MIMI cam biasa jerk. Kuruih jugak.UMRAH sudah berjaya membuang sampah-sampah lemak yg tak diperlukan. FAIZAH cam tak mengalami pembesaran.Maseh chumey.POJIE terus menjadi sahabt yg paling bersupan-santun hingga memikat hati ibu-ibu.JULLIAN maseh memegang anugerah ON TIME. IRWAN sudah maju dan kini bergelar KEKASIH YANG CURANG. Wek wek…. Aku bahagia!
SEMUA ORANG : (Gelak sakan)
FAUZI BAKAL CEKGU KIMIA : Heh, nanti student aku, aku tak kasi panggil aku cikgu. Dorang kena panggil aku abang Fauzie.
SEMUA ORANG : (tercengang kejap.Cuba tampar2 muka, cubit-cubit tangan.Betolke Poji yg ckp nieh?)
SEMUA ORANG : HAHAHAHAHAHAHAHA!
Anas, if u read this. Sori kalau aku seperti menghalimunankan kamu. Aku sedar kehadiran kamu.Tapi apakan daya.Dalam kekepohan aku, aku ttp ada sifat malu-malu ayam. Jugak sikap tak reti beramah mesra ngan org yg aku tak penah jumpa. But really, nice meeting you since kamu pon pandai posing gak heh????? Hmm.. tak sangka. Ketemu jugak kita ye kat umah Cik Aiza Wan Kembang.
semalam cerita pasal lesbian.
srurrp!
emosi aku melonjak naik ngan gelojoh.
selain cepat teruja dgn sesuatu,
aku gelojoh btol!
sikap buruk yg tetap ada kelebihannya.
entahkan alamat tak baik apa yg dtg, aku tatau!
ko tau?
*sambil si TROPICANA geleng2 kebodohan*
melayang ajer aku rasa kepala hotak aku ni.
cam si burung merpati yg tgh mimpikan kekasih,
lalu merpati itu terbang dua sejoli.
ecececeh….
Tgk!
ayat aku semua wallah! harini,
menandakan apa tu?
menandakan aku angau tak sudah!
nak kena ketok agaknya kepala ni,
kasi cepat sedar
geli je main angau-angau
haper kejadahnyer aktiviti angau-mengangau?
naik bulu tengguk aku.
seriau, babeh!
-aku tidur sambil buttercup dan spongebob menjaga mlm aku-
Kalau ko tgk dua jantina berasmaradana,
Ko heran tak?
aku heran…
Tp heran aku naik pangkat bila tgk jantina sejenis berasmadana…
Astaghfirullahhala’zim…..
Rasa nak panggil otomen taro tolong fire kedua-dua mereka.
Ishk, Nurul…
sensitif ko isu nih.
Baiklah!
aku pon x nak masok campo hal mereka yg idop menongkat langit.
Ye la, aku ni idop ada usia.
Bila usia aku dah expired nanti,
jgn kan kata langit,
semua objek alam pon tak tertongkat dek aku.
aku marah tau!
aku rasa nak cili-cili mulut mereka yg pernah kata aku ni ‘les’
ko penah nampak ye aku flirt ngan gadis-gadis dunia nih?
ko penah tgk ngan mata kepala lutut ko aku berpoya-poya ngan gadis-gadis?
tabaik mulut ko…
drp ko mengumpat aku ni lesbian,
aku cadangankan ko pegi je bunuh orang ramai.
sbb dosanya sama je.
malah lg puas ati perot ko drp memfitnah aku.
Bila aku tak kuar ngan lelaki,bukan sbb aku suka pompuan.
bila aku suka bermanja-manja ngan kengkwn pompuan,
bukan sbb aku tak mo lelaki.
bila aku tak suka borak ngan lelaki,
bukan sbb aku gila pompuan!
bila aku kata ‘alicia keys’ cantek,
bukan maksudnya aku tak rasa Tom Cruise ensem.
weh, aku normal weh!
aku tau Tom Cruise ensem
aku tau Enrique Iglesias sexy
aku tau David Beckham tu romantik
aku cair cam ‘Smarties yg masuk dlm mulut’ bila tgk Fahrin Ahmad.
aku sanggup bersengkang mata demi One Tree Hill demi jejaka2 ensemnyer.
Sah kan?
aku ni gadis normal…
huwaa… aku rasa cam awan-gemawan menghempap bumi bila kena tuduh camni.Katala aku apa je.Tp bila dituduh camni aku rasa sgt sedih.Terharu pon ada.sbb lelaki tu gila sgt kot kat aku sampai dah tak tau nak buat apa.Dia pon tuduh aku les. Wakakaka…
Kalau dah rasa aku ni les,
jgn la terhegeh-hegeh lagi
les hanya memilih pompuan,
kamu kan lelaki,
angkat kaki carik wanita sejati lah!
aku :
- takkan lupa peristiwa sms ngan lesbo. gamat satu room dibuatnya. (ingat tak athirah?)
- takkan maafkan lelaki-lelaki yg penah kata aku camtu
- takkan lupa suara sumbang yg menjerit kuat-kuat kata aku seterok ni masa balik dr kuliah malam.
- takkan amponkan semua tuduhan bodoh nih!
Abes dgn open ous smlm.Semuanya bg aku ok kecuali beberapa perkara yg merunsingkn dan memarahkan iaitu seblom dan slps.
aku bengang kat sorang member yg skang aku rasa tanak pggl dia member dah. aku marah kat org2 yang mulanya lebih sudu dr kuah.aku bengang kat NURUL AIZAR AZMAN. dan aku runsing ngan diri aku yg tersalah ‘konsep’
Dearest ‘member yg tanak digelar member lg’,
Sms kamu sungguh biadab. Aku kesal menjempot. Itu jempotan terakhir aku. Tunggu aku sejuk hati, baru aku maafkan kamu. Sekali lagi, bahser kamu sungguh biadab. Dan aku terasa spt kamu membenam jarum peniti tajam ke jantng saya. Sekali lagi.Kamu biadab.
Dearest ’sudu2 yg lebih dr kuah’,
Lenkali jgn beriya-iya suh aku membuka rumah aku kalau kamu yg lategori ’sudu-sudu murahan’ ni tau nak bagi alasan je tanak dtg. membazir masa, tenaga dan hingit mesya ibubapa aku.aku hepi tanpa ’sudu-sudu’ ini. tak apa la…at least ’sudu-sudu’ ini tak sebiadab ‘member yg tanak digelar member lagi’
Dearest NURUL AIZAR AZMAN,
Ko tak dtg,
ko tak bitau,
Ko tak call,
Ko tak sms,
aku marah!
aku sdg tunggu ko meminta maaf.
Dearest diriku yg tersalah konsep,
Aku sepatotnya cepat menjempot Farah dan Adian di Cempaka,
aku seharusnya cpt ambik Shah kat Puteri Park.
aku seharusnya tau ada byk orang nak menikah mlm semalam!
dan tak sepatotnya ajak Jullian lalu kat lorong2 pernikahan.
aku patotnya lebih tau mendengar ckp orang tua.
i’m done with open ous!
aku tak tau apa masalahnya dgn pompuan-pompuan yg aku jempot. Sebok uruskan rumah tangga agaknya sampai SENGAJA tak memenuhi jemputan aku.Mungkin jugak nak main ‘Ada ubi ada batas’ dgn aku. Sbb aku x dtg open ous dorang, maka open ous aku pon tak didatangi.
Tapi utk kengkawan baik yg sgt dichentai, Hani, Mimi dan As3, terima kasih infiniti.
Tp sebenarnya ramai jugak yg dtg.Bebudak lelaki sgt senang.Ckp je dah dtg.Jullian jd org 1st yg sampai, dek Iqwan, Asmadi, Nik, Fauzie, Ami Zaim, Budin, (ada sorang lelaki yg aku tak tau nama), Irwan, Hasif. Menjadikan kengkwn aku yg dtg 17 org. Bley ar. Sib baik kengkawan adek aku memenohkan. Then ptg tu kwn ma ada mai. Mlm tu plak sedara-mara mai. Kalau Haikal ada kat sinih, mau roboh umah aku.

Cam minggu lepas.
Ma, kwn dek kal nak dtg.Masak sket ma.
Berapa orang?
Dlm dua tiga org
aku tak sangka adek aku tak reti mengira.Dua tiga orang yg dimaksudkan sebnarnya adalah 2, 3 puloh orang. Pengshan-pengshan mak aku terkejot.
aku tau page lambat load bila byk gambar. Tapi memandangkan ni blog aku, tempat aku menulis, tempat aku membuang sisa-sisa muntahan perasaan, tempat aku simpan crita dan kenangan, aku tak kira! aku ttp nk campakkan byk gambar kat sini. Sbb aku tak ada masalah load page. Utk mood aku ketika ni, aku mmg tak mahu memikirkan org lain. Aku hanya pikirkan aku.

(milik siapakah leher ini? - teka dan menang!)

(filem baru : “Bila Bulan Mengambang“)
Fast note:
Bismillah….

“Bley la ekal guna,” smlm jumpa Dek Kal kat Klang.Ingat nak amek dia ngan sumer bebudak tu blk cheras tp boshan je.Adek sorang yg ikut balik. Alkesahnya adekku Haikal yg gatal itu telah terjatoh chenta(chenta pura-pura yg tak pernah berhujung pangkal) ngan jiran pak cik aku kat Klang sana.
Kisah aku dan astri!
Pagi td astri sms. Pagi ker?Aku pon tak tau la pagi ke ptg, yg aku tau aku tgh tdo lagi time tu. Punyalah berat mata aku nak baca sms tu sbb mengantuk sgt.Entah apa tah yg astri tanya.Yg aku perasan, pas maghrib tadi time chatting ngan astri, aku pon dok belek enset aku. Aku tgk kat sent item aku. Ceh! Apakah ertinya ini?
“Mlm.paswmaghrb”
Soklan untuk Astri. (sila jawap)
Aku blur btol waktu itu.Tetapi aku sempat mendelete sms kwn aku tu walopon aku mengantuk.Skang aku cam mati punca ngan apa yg aku jwp tu.
Open house umah Budin aku tak pegi mlm ni tadi.Sbbnya astri terpaksa ke airport jempot ayahandanyer.Maaf la encik saifuddin. Nampaknya kita tak ada rezeki nak berjumpa.Jumpa di lain waktu ye.
OPEN HOUSE
Umah aku akn dibuka seluas-luasnya esok.Pas maghrib.Kamu berminat? Kamu bolehla menjejak masuk ke rumah aku yg dibuka itu.Perlukan alamat? Owh, aku tak rasa kamu berminat. Tapi sbg memenuhi adat melayu, aku menjempot kamu-kamu yg membaca nih, datangla ke rumah sempena menyambut ariraya yg tinggal ke penghujung ni. Minuman dan makanan disediakan. Duit raya terkecuali. Terima kaseh.