- Entry ini tiada tajuk -
lalu dipelukku….
Balik-balik cerita ttg diri sendiri.Sbb aku tak ada cerita lain.Aku hanya peduli ttg hal aku. Kadang-kadang je aku bukak mata dan pandang hal ehwal alam fana ni.Sbb kebanyakkan masa, aku lagi suka pikirkan ttg hal aku sendiri. Sampai aku rasa aku ni sangat sebok.Sebok berputar-belit dgn diri aku sendiri.
-
Sepatutnya aku tau bertanggungjawap atas semua kelakuan, perbuatan, tingkah laku dan tindakkan. Tapi tak lah!
-
Aku perlu pupuk sikap sukakan kanak-kanak.
-
Aku tak boleh jadi pelari pecut negara bila aku nampak kucing. Ni simbol ketakutan yg sangat ketara.
-
Perlu jadi lebih mesra ngan ramai orang. Lupakan dasar ‘pergaulan tertutup’
-
Tak boleh asyik naik angin. Tak elok dalam masyarakat (ayat apakah ini?) dan tak elok untuk kesihatan.
-
Tak payah jadi pemimpi di siang hari. Tak elok mimpi siang-siang. Mimpi malam-malam?
Aku rasa aku sangat-sangat banyak kekurangan. Untuk mengatasi kekurangan adalah dengan kelebihan.Tapi kelebihan apa yg melebihi kekurangan? Semua benda yang aku jumpa dlm diri aku ni majoritinya kekurangan je.
TAPI! Masalahnya aku ni selalu hilang pertimbangan. Aku sedar aku byk kekurangan dan kekurangan tu problem bagi aku. TAPI! Aku tetap bahagia. Aku tetap gembira dan aku tetap suka dengan kehidupan camni. Tak sepatutnya aku gembira sedangkan aku ni tak reti bertanggungjawap. Hmmm.. aku rasa.. aku jadi seorang yg sentiasa gembira sbb aku ni tak bertanggungjawap. (apa sebenar aku tulis ni?????)
Lantak ah…Pedulikkan boleh tak?
Cerita lain pulak.
Aku sangat suka muzik. Aku cam dah gila muzik sejak dua menjak ni.Kegilaan apakah yang dah merasuk nih? Lepas satu-satu penyakit gila aku ni. Masalahnya, bila aku dah obsess kat satu-satu lagu tu, aku sanggup dengar berulang kali. Sampai berpuluh-puluh kali pon aku sanggup.
Berjumpa dengan mu belum ku suka,
Sedikit pun rasa cinta tak ada,
Melamunkan saja, aku tak sudi,
Di mata ku kau yah, biasa saja.
Makin lama dekat, ada yang beda,
Bersama dirimu tenang hati ku,
Getar cinta ini baru terasa,
Kini ku tak ingin jauh darimu.
Kau dan aku satu,
Terikat dalam kisah cinta,
Sepertinya dunia hanya milik kita berdunia,
Kunantikan waktu, yg membawa aku padamu,
Jangan ada ragu pasti ku bahagiakanmu.
Dunia Milik Berdunia : Lagu ni jadi besfren aku bila aku stay up.Menyebabkan, ilmu yg aku baca masuk sikit je dalam kepala, tapi lagu ni bukan main aku fokus lagi. (Kan aku dah cakap… aku makin hilang pertimbangan)






October 22nd, 2005 at 5:45 pm
Kau perlu mimpi di siang hari. Baru dapat banyak ilham.
October 23rd, 2005 at 7:07 am
cuba ko gi check kat pakar psikiatri… hoho
October 25th, 2005 at 10:37 pm
As a matter of fact, kalau kamu masih manusia normal .. perasaan bertanggungjawab itu akan datang juga. mgkn dlm beberapa tahun ni. Insya Allah.
Mgkn agak keterlaluan, but i used to think the same thinking as u experienced now. and that’s why in my profile you can see a pic of “me” holding a baby in my hand (huhu pengakuan jujur ikhlas neh)
Btw, kalau manusia hyperbola, pakcik pun tatau nak kate ape keskeskes ..
October 26th, 2005 at 12:15 pm
same la kite. kalo dah suke satu lagu tu..dgr berpuluh2 kali..hehhe
-azurin-
October 27th, 2005 at 6:28 am
ermm…kopnfius sebenarnya aku baca entry ko ni…neway,selamad hari raya..makan rendang ngan ketupat leklok..
October 28th, 2005 at 11:36 pm
Selamat hari raya dari saya :)
October 29th, 2005 at 2:18 am
selamat ari raya deq chikaaaaaaaaaaaa
lebiuuuuuuuuuuuuuu
kekekekke
October 29th, 2005 at 1:59 pm
Hello, I am a korean visitor, good to see you.
I am sure that your blog page looks great to me which mean looking crowded so, I would like to let everybodies know korea information official site korea.net same as Dynamic korea – contains all about korea news and informations, please let me introducel this cool site. Dynamic korea offer korea travel, culture, food, arts and government info exactly what you want to knowkorean restaurant san jose california. You better check it out some time.
October 31st, 2005 at 3:48 am
Knock! Knock! Salam Aidilfitri buat tuan rumah..drive safely & stay aliveā¦
November 8th, 2005 at 11:38 pm
Sya rasa begini. Manusia itu walaupun orang sekeliling kata sudah cukup umur untuk belajar tentang sesuatu perkara (misalnya tanggungjawab), dia sebenarnya masih lagi harus belajar. Kalau akak pernah dengar kata-kata orang bijak pandai : Ilmu kita hanyalah setitik air di lautan berbanding ilmu Allah. Jadi, cari masa dan belajarlah semua itu. Satu persatu. Nanti jangan merindu hidup tanpa tanggungjawab terhadap orang lain pula! Jadi, hargailah masa ini.
Muzik juga penyembuh sengsara hati. Damaikanlah hati dengan muzik. Tentunya dengan muzik yang ‘mendamaikan’ dan bukannya yang hiruk-pikuk. :)
March 1st, 2007 at 12:44 pm
Very nice site! » » »