Archive for September, 2005
Posted by chika under
Uncategorized Phew…here we go…
Kdg2 aku rasa taklah sedahsyat mana sindrom kuat tido aku.Sbb dikala org lain selalu berlengah-lengah nak bangkit bila alarm berbunyi,aku pantas ja dah membangkitkan diri.Bunyi je alarm aku terus bangun.Tak suka snooze cam yg dilakukan oleh kebanyakkan org termasuklah rumet aku kat KMJ dulu.Har…har…har…
Aku ckp camtu sbb harini aku tak pasal2 kena bangun kul 6 pagi.Kagum aku. Mana tak kagum, time aku bgn, lom ada budak floor aku ni dah bgn.Toilet lengang. Aku pn cecepat mandi, sembahyang subuh, dan terus je tarik keluar baju kurung kuning.Uhuh… arini pakai baju kurung deh!Bukan pasai pa… tp sbb pepagi td ada xm Tamadun Islam dan Kenegaraan.Sbbkan xm ni la aku terpaksa tunda dua hari kepulangan aku ke umah terchenta.Bengang perkasa aku rasakan bila Encik Mazlan mai studio hari khamis aritu tuk bg tau yg isnin ngan selasa student JSB cuti.Ada seminar apa tah,Tui lah! Klu tak disebabka xm, kan aku dah dpt cuti 5 hari.Tp tak baik aku merungut ngan xm sbb utk apa aku study klu tak ada xm.Ye dak?
EXAM
Exam was.. was… was… was har har har… wakakak… Imagine la aku menjawap soklan yg aku tak baca satu haper pon.Maklum la,setiap isnin malam, kitorang (student fac engine) kena lah ke Kompleks Bestari tuk TITAS.Malangnya kami x timbul kesedaran tuk belajar sebaliknya berpesta kat row paling belakang.Duk satu geng ngan klasmet.Mmg satu haper tak dengar apa lecturer ajar.Lagi2 campur aduk ngan budak boys yg mmg pemalas tahap perkasa.Bila masuk bab kawin, bab chenta, bab nikah, bab TUT TUT… ha!Itu time baru la kitorang tumpu bebetul.Siap ulang balik apa lecturer cakap.Lg sedih, leh plak kitorang yg bijak bestari ni bg nama baru tuk kelas Tamadun Islam tu sbg Kursus Perkahwinan.Melalak Ustaz Salam klu dengar.Mmg ja tak supan.
Kesimpulannya, aku mmg hebat sbb walopon tak baca, aku dpt menjawap ngan tenang (sbb aku bantai ja!) Ngeh ngeh… Siap kuar awal tu.Memula Kirk kuar, then Kak Fatmi, pastu aku tgk Adiyan dan ramai bebudak Architecture da kuar.Aku mula cuak.Eh, tak hebat ke aku sbb tak siap-siap??? Makin aku rasa cuak dan rasa sgt tak hebat bila tgk Faiz ngan Arul pon dah kuar.Uish..manaleh jadi!Memalukan klu aku tak kuar gak.Bila ja Jane kuar, aku terus bangkit.Ada 3 soklan aku tak jwp sbb mmg camtu.Dah dinasihatkn oleh lec, klu teragak-agak jgn jwp sbb paper tu guna scheme tolak markah klu salah.Tp klu tak jwp dia cuma tak bg markah tanpa tolak markah. Faham dak?Aku pon blur ngan sceme tu tp aku ikut ja.
” Fuh, Nurul!Kompom 100!, ” tetiba Shida mai ngan terkejutnya tgk aku dah sudah.” Kompom!,” aku pon beroyo-poyoan dalam kekebuluran.Lapar gila.
“4 flat ar!,” Dtg lak Nisa. ” Kompom!,” aku pon jwp camtu.
“Jane…jom mkn,” aku dah kebulur gile sbb x breakfast lg.Time tu dlm kul 10 pg. “sekejap la.Tggu dorang.Din ni dah pengsan ke tak kuar2?,” Tanya Jane kat Adiyan.
“Ha ah kot.Tak dpt jwp sampai pengsan,” kuwang supan ja mulut Adiyan.
Bila je Din kuar, apalagi! Menyerbu ke bakery apa tah kat Pusanika.Bakery tu Jane yg perkenalkan.Tak penah aku tau ada bakery wujud kat situ.Agak best jugak breakfast kat situ.RM7 aku breakfast pg td.Cam hilang pertimbangan je aku.Jane plak teruja abis ngan bakery tu sbb dia kata dia ske suasana situ.Mmg la sepuloh kali lg nyaman berbanding cafe Zaaba atau Fac. Aku suka gak bakery tu tp taklah sesuka Jane.
Pas mkn, sesi bergambar!Yehuu.. Adiyan mmg klassss..Siap bawa kamera time exam.Mmg menggembirakan. Kitorang 4 orang pn bergambar sakan kat Pusanika.Mmg biol.Lagi2 dlm bas on da way balik Zaaba, si Jane leh nak candid gambar driver bus.Salah mulut aku gak sbb bg idea kat dia.Tp mmg memalukn sbb dlm bas yg cam sardin tu, Jane ngn tak malunya dok tala kamera depan2 ngan driver bus. Bebudak lain dah pandang semacam je. Uhuhuhu… mmg kisah pagi yg gila.Ngan xm yg tah kemana, tp kitorang tp bergembira.By the way, xm ni bukan sket punya jauh.Kat FSSK.Jauh dr area kehidupan kitorang yg tau dok melilau sekitar lingkaran dua je.
Gembira? =Tak..
Bermula minggu depan, kehidupan tonggang langgang akan bermula.Sbb projek kedua dah start.Buat shelter lak kali ni.Dan aku pilih karakter Kitaro.Kenalah aku bertungkus lumus wat shelter supaya bila once lec tgk, dia leh tau that the shelter was designed tuk Kitaro. Fuh, susah tuh!
Tuk presentation board, aku adalah golongan pertama yg siapkan dan org pertama yg submit,Huk oloh.. mmg semangat je aku.Bukan susah, sumer guna komputer.Yg payahnya nak print A3 size sbb 2 jam aku bertapa kat office jabatan nak print.Hangin gak tp alhamdulillah, at least Encik Mazlan puji gak aku nyer presentation board.Dia kata kagum gak sbb dia ingatkn aku taklah tahap guna photoshop.ayyoh, ini namanya underestimate!Wakakaka..
Pas dah siap aku nyer, aku buat keje amal membantu student lain.Naik pitam aku ngan layer.Jugak aku naik hangin bila ada yg cuba nak ajar aku canner guna photoshop.
Buta IT? Bukan aku…
Aku bukan buta IT! So please la weih! Aku suka belajar and tanya klu aku tak tau.suka gak org beritahu aku spy aku tau dan leh improve.But behave la skit bila nak ajar aku.Sbb aku tak suka dilayan as seorang yg bodoh.Sbb bg aku perkara plg hina ialah disifatkn sbg bodoh.Aku tak suka org tunjuk hebat sbb dia ingat aku tak tau.Come on la! Aku marah btol aritu sbb terlalu byk suggestion yg annoying dan aku rasa tak membantu tapi cuba nak bodohkan aku.Setakat hal ehwal computer, aku rasa aku tak sebodoh mana. Even aku puas sbb terbukti klu aku bodoh pon, dia lebih skit bodohnya ari aku
Ok…tanak emotional. Just that to say.. my mouth is dangerous. My words are triple dangerous.Sorry atas ke’laser’an aku yg lepas.Kritikan bodoh should be ignored.Aku pon satu…dok layan pasai pa..
presentation board aku. Taklah hebat. Tapi aku puas hati sbb ni keje satu malam.Mmg berbaloi ngan perangai aku yg wat keje last minute. Dan alhamdulillah gak dpt pujian dr Encik Mazlan. Sempat la berbangga kejap kat office aritu.


Tak reti aku nak show off kat sini camner.Sbb payah nak adjust jd kecik memandangkn size asal dia A3. Nak kecikkan image tadi, aku malas pulak nak bukak balik photoshop aku sbb punyalah lembab En Photoshop aku ni.
Posted by chika under
Uncategorized Aku ni dah kenapalah agaknya….
okay.Sebelum tu, ni aku kat studio.First time la update kat studio guna laptop aku ni.Lain macam ja rasa.Malas nak mukadimah panjang2 memandangkan angin aku amatla tak baik pagi ni.
Baru abis kelas teknologi bahan dan gunaan ngan En Mazlan.Pagi tadi aku ok je.Tp spt yg selalu aku bitau ka ramai orang, mood aku ni ukan boleh dijankakan.Klu aku tengah riang ia gembira tergelak sana sini pon, jgn lah aspect aku akan terus ngan mood camtu sbb biasanya aku leh jd buas bila2 masa termasuklah pagi ni.
Abis ja kelas teknologi, kitorag turun studio sbb kelas sejarah tak ada.Masuk2 je studio, bermulalah angin aku yg bukan skit2 punya dasatnya.Tak adalah sbb apa sgt.Tp nak j aku teln semua ornag.Aku sedar, satu studio ni pandang aku semacam.Tak kiralah apa dorang nak kata.Nak kata aku ni kaki angin ke, kepala angin ke, aku apa susah?
Apa yg buat aku angin halnya kecik je.Sbb entah sapa dok extra rajin susun balik meja kitorang dlm studio.Dahla group meja yg lapan dah separate jd 4.Then aku punya locker yg ada 2 dah tinggal satu.Yg lagi satu dah ilang ke meja org lain.Punyalah berbulu aku rasa nak meletup! Sbb barang aku termasuk telekung ada kat locker lg satu.
“weih, sapa susun ni?pandai-pandai je…aku tak suka org usik barang aku!,”aku yg jenis tak reti simpan marah ni pon mula naik angin.Kesian plak Anuar.Terus je dtg kat tmpt aku, kelam kabut tarik balik locker aku kat tempat aku.Tp dia cam pelik gak sbb org pakai satu locker, aku pakai dua.Sukati aku lah!
Tu je yg buat aku mood tak baik arini.Mmg rasa angin nak mati.Ishkk..kenapalah aku ni.Smlm pon aku dah mula nak bergadoh ngan sorang ni.Pon sbb au angin ngan ayat dia.So, one thin aku nak luahkan. Tolonglah jgn kurang ajar sgt ngan aku sbb aku ni boleh jadi 10 kali leih kurang ajar dr tu. Once peoples hurt me, i’ll hurt them twice! Got meh?
-shit!-
Posted by chika under
Uncategorized Terus kepada cerita…
Kisah Satu : Melawat Tapak Pembinaan.
Semalam (Jumaat) Farah, Ainul ngan Shida tunggu aku kat depan Restoren mamak Mydina yg x jauh dari KLCC tu.Bukan nak pi makan, tapi nak pi lawat site project yg still under construction.
Fuh.. *lap peluh*.Aku rasa macam-macam perasaan muncul time tu.rasa cam dah besar, cam seorang yang profesional, cam budak mentah pon ada. Jugak kelampian yg tak bertepi.Aku rasa sgt ajaib situasinya bila kitorang yg baru umur setahun jagung ni dok lawat site.Pertama kali dlm idop dapat pakai topi keselamatan.Nampak agak hebat jugak.
Aku sangat sangat hargai pengalaman semalam.Tak tau nak kata camner.Bukan tempat tuk berseronok, tapi tempat tuk dapatkan sesuatu.Maksud aku ilmu.

(suka naik benda alah ni.Cam naik lif yg open..lalala)
Kitorang dibawa oleh Encik Jeffry, yg tugasnya di bahagian C&S (Civil and System klu x silap aku).Uhuhu… belajar wall system, slab system, then banyaklah soklan-soklan bodoh yg kami ajukan.Pada yg pro, mungkin soklan tu bunyinya bodoh, tapi bg kitorang yg tak tau apa sangat ni, soklan tu sgt perlu tuk diajukan.Bodoh tak bodoh, kitorang ttp ngan prinsip ‘malu bertanya sesat jalan’.
“Weih…aku dah tanak naik!!! Aku gayat laa!…” pertama kali dalam hidup aku baru tersedar yg aku ni penggayat orangnya.Mau tak gayat.Kena naik tangga yg dorang construct guna besi-besi and konkrit tu.Naik sampai tingkat 8 camtu tanpa tangga yg selamat.Terpikir dalam kepala otak aku.. “ni kalau jatuh ni, mmg tak idop”. Sepanjang kat tapak tu, aku mmg alert gila soal keselamatan.Sayang nyawa, oi!Dah la berlubang sana sini. Takut… serius takut! Gayat tahap perkasa.

Ni la tangganya yg aku amek gambar dr atas.Dari tingkat 8.Ni sebenarnya apartment 35 tingkat.Tp baru sampai tingkat ke-8 binaan.Maknyanya ada byk lagi keje-keje yg belom selesai kat situ.Jadinya nak study roof pon tak dapatla memandangkan roof building ni hanya akan dibina setelah sampai ke tingkat 35.Hmm…
Pas dah abis semua, kami duduk semeja ngan kontraktornya, arkiteknya, dan entah apa macam org yg terlibat dlm binaan apartment tu lagi.Bukan main pelik aku rasa sbb usia aku terlalu muda tuk tu.Encik Jeffry belanja minum.Best jugak borak ngan dorang sampai petang.Byk yg aku dapat termasuklah rasa tensen akibat dihentam oleh mereka.Tapi setakat hentam-hentam aku dah lali.Tiap2 ari pon kena hentam kat studio ngan lecturer. This is nothing, man!


(bakal arkitek malaysia yang suka main! )
laporan : Ar Nurul Haizum Zainodin
Kisah Dua : Hari Kantin Seraya.
Pagi2 tadi Jullian mai ngan Kelisa maroonnya yg chumey menjemput aku.Huhu… sampai Astri naik berbulu. Biasalah, kata Datin.Mesti ada yg menjemput.Ekekeke… Tq la Jullian sbb rajin je hangkut aku.Dah banyak kali kena amek hantar aku.Byk songeh tol aku.
Ramai jugak ex-klasmet aku yg dtg tapi yg pastinyak, Astri ngna Aiza ada! Yuhuu…rindu sgt ngan depa.Sib baik da jumpa.Lama tau tak nampak btg idong iaitu since aku masuk ukm.
Ok.Cam yg aku jangkakan.Semua cikgu ingat aku dan menyambut kedatngan aku ngan penuh kekaguman.Sumer sgt surprise dan memeluk aku ngan begitu teruja.Aku rasa spt superstar yg masih berkilau sinarannya.Ekekekek… (ayat apakah ini?).Tapi malangnya semua lebih surprise ngan pertkembangan aku yg sgt UP dari segi perkembangan badan. Aku punyalah nak melalak.
“Ada junior awk dtg jumpa sy.Tanya sy kenapa awk dah berisi.Tapi kata dia still cun lagi.Jd x peru risau.Berisau ada cutting tak ada hal,”kata cikgu Salina yg tak abis-abis promote aku kat seisi sekolah.Ke nak jaga hati aku??Mmg femes aku rasa arini.
“Uikk…dah lebar ni…”bebudak chinese klasmet aku dulu dok komplen.
“Biarlah camni.Skang dah okay.Kurus tak sedap peluk maa…,” meng kuan.
“Klu kamu amek average kami dulu dgn sekarang lagi ok.Tu yg terbaik sy rasa,” Chai
“Hei, ni dah okay.Jgn nak kurus-kurus.Cikgu tak suka. This one is very nice.Takkan nak kurus kering cam tak cukup makan.This is sexy, Haizum… selagi ada cutting its okay,”teacher hayati
“haizum..kamu ni dah kenapa la.Yang lain maintain je sy tgk.Kamu sorang yg bukan main naik lagi,” cikgu hayati (cikgu bio yg cun +bestt!)
“What happen to you?Senang hati heh?Uiii… bukan main naik lagi,”teacher marziah yg vogue.
“ni petanda awal ni…”puan noraini. (petanda awal apa aku pon tak tau)
“kak haizum…berisinya…”sana sini bebudak tu mengata aku.Tinga aku dah naik nipis.
“betullah…dah berisi sgt…” pudin aka saifuddin
“apsal aku maintain je kurus korang ni naik gemuk?,”tak sayang mulut punya adib.Nak je aku lesing dia.
kui kui…tapi ttp enjoy walopon makanan yg ada tak best langsong.Poyo! Dah la byk band perform tapi hampess ja.Yg gempak betul2 band adek mimi. Amir, Alias (adek salman)… uhuhu… sumer adik2 kwn aku.

gambar ngan pudin.Junior aku yg chumey.ekeke… tq la sbb mengajak aku bergambar.Sbb aku sgt suka bergambar.Ekekek….Astri poyo mempersoalkan kenapa mesti budak ni ajak aku amek gambar dua orang. Gila punya astri. Pheww… aku suka amek gambar!!!

aku suke bergambar!!!

Ok.I hate this one sbb sgt obvious ketembaman aku.But what to say la kan. Aku malas nak pikir soal kurus gemuk ni.Asalkan aku gembira…lalalla….and i dont have any problem to show it off to others.Ekekek… (kuat
semangat aku)

yeay!tgh jalan2 ternampak Ilani.Aku pon meluru ke ilani tetiba… “Yannnn….!” aku jerit agak kuat, “Aaaaa..!!!,”Yan jerit lebih kuat.Mmg teruja jumpa Izyan.Da bertahun tahun tak jumpa.Rasanya sejak dia pindah MRSM, then pindah lak Putrajaya mmg dah tak jumpa.

cikgu Salina. (cikgu peberet selain cikgu fazidah), aku, astri, saifuddin (berdiri)

ngan Astri Fadhilah yg amat dichentai… (kete waja ko hebat la.Leh hangkut aku yg datin nih…ekekek)

Mizi (daddy ikan), aiza, aku, Adib (encik miskol)
Kesimpulan : situasi bosan tapi best jumpa member.
“haizum, u nak kurus ke?pegi duduk Spore la.Sana makanan tak best.Yg best sgt mahal,” kata Kum yg skang study kat Spore.
“ye ke? baik untuk diet program sy kan?,” kata aku
“tak lah. Aku rasa haizum ttp akan berisi sbb dia akan beli jugak makanan yg mahal tu,”aiza menyampuk. Dan semua gelak ngan riangnya… aku jugak yg berdesing lagik.
Posted by chika under
Uncategorized [Bicara Pada Bintang] – Tajuk lagu Rossa.
Yeah…aku dah jadi sedap nak sumbatkan lirik lagu kat blog.Bukan utk tujuan memanjangkan entry, tapi utk diri aku sendiri.
“bilaku merindu…bicara saja…bintangkan mendengar…”
Aku tahu bintang TAKKAN dengar.Bulan takkan jadi saksi spt mana dalam ayat yg terkeluar dari madah cinta manusia yg tgh mabuk kepayang.Tapi aku percaya, unsur alam boleh dijadikan satu kekuatan.Ada orang suka pandang kat langit, suka tgk bintang, ada jugak suka tgk bulan.Aku suka tak? Hmmm… tak sedar plak aku suka ke tak.Tapi rasanya aku jarang buat keje2 blues ni. Paling blues pon aku dengar lagu sampai tahap perkasa melayan lagu tu.
Masa aku kecik aku tak suka sgt tgk bulan.Sbb aku sangat suka baca bedtime stories.Banyak cerita dongeng barat yg mengisahkan perempuan sihir naik penyapu sampai ke bulan.Sbb tu aku benci gila nak tgk bulan mengambang malam-malam.Aku rasa cam betul je nanti nampak nenek sihir naik penyapu.Tapi skang aku dah tak sebodoh tu nak percaya. Cuma ada satu benda yg aku masih percaya sampai skang.
Kalau aku tido, aku mesti nak tutup telinga.Tak kiralah dgn apa pon, telinga mesti kena tutup.Sbb aku cam percaya sangat nanti ada benda datang bisik-bisik.Aku tau tak sepatutnya aku jadi sepenakut tu.
Har har har…aku dah tergelincir dari landasan.Apa ke halnya aku bukak cerita nenek kebayan ni sumer.Uhuhu…
Esemen infiniti.
Tak pernahnya nak sudah.Baru rasa nak bernafas pas siap present projek satu, dah pulak masuk projek dua.Dua minggu tuk siapkan presentation character. Aku pilih Kitaro sbg character pilihan aku.Tapi tak sure lagi.Rasa cam nak buat Christian Dior.Bergantunglah pada info yg aku dapat collect dalam dua tiga hari ni.
Hari Isnin lepas sgt dahsyat.Pagi tu satu studio main lepak-lepak.Borak sakan, siap berpesta dalam studio kununnya nak release tensen pas dua minggu gila ngan projek pertama.
“Bosan arr tak de keje nak buat,” aku leh merungut camtu kat kwn2 aku.
“ha ah kan…kita ni kalau busy, busy gila.Kalau tak ada keje tu, mmg free abis sampai naik bosan dok dlm studio ni,”kata Farah lak.
“Ye la tu bosan, kang En. Azimin suh sketch tuk esemen komunikasi… tau lah korang!Meeting pon lom discuss,” Ainul plak tetiba mengingatkan yg sebenarnya kitorang ada byk keje tertangguh.
Tetiba dalam kul 1 camtu, entah sapa tah inform kat satu kelas yg kitorang kena kumpul kat Tun Sri Lanang kul 2pm.Nak ja aku meraung time tu.Sbb aku dah kompom!Sure kitorang akan bermati-matian kena buat sketching sampai ke tgh malam.Silap-silap sampai 2 ke 3 pagi.
Sah! Betul pon tekaan aku.Kena buat life sketching laju-laju dlm masa yg terhad.Then kena submit sblm kul 10 pagi esoknya.Dah tu kena submit ngan sketching yg kitorang wat kat Melaka dulu.Mati!Aku dah la tak siap. Tapi at least aku ni rajin gak.Nak kata pemalas, tak la sampai tahap pemalas gila.Sbb life sketching kat Melaka tu, aku tinggal satu je lagi tak siap.
Dari TSL, kena plak lukis blok Aminuddin Baki.Dah la kena memanjat tinggi. Then kelam kabut buat….tak siap! Tambah plak sketch kat Pusanika tuk interior.Nak je aku melalak time tu.Masing-masing dah tertekan.Last kena lukis bangunan silinder TNEC.And finally…tak siap! Ingat balik studio nak siapkan …tiba-tiba… Encik Azimin ngan wajah sgt releks… “Okay, kamu balik fac, kamu pegi kat Solar House, sketch solar house tu.Esok sebelom 10 submit ngan melaka skali,”
berdesing tinga kami sumer.Aku ngan Farah kelam kabut balik Zaa’ba sbb aku ada problem plak.Berlaku tragedi *TUT* yg mengganggu mood aku.Sumernya Arul ngan Faiz punya pasal! Pastu gelakkan aku.Mmg hangin satu badan.
Akhirnya aku ngan Farah mengadap Solar House sampai Maghrib.Then masuk fac, sembahyang, dan sambung sketch kat studio sampai 10 malam.Balik je hostel, aku continue lagi sampai kul 2 pagi.Sesungguhnya itu adalah hari paling sengsara.
Aku suka melukis.Tapi since aku join architecture ni, aku rasa nak termuntah ngan lukisan.Nak tercabut kepala aku rasa.Maunya tak.Mata dah mmg tak leh nak bukak, tapi tgn aku paksa gak melukis.
Miza rumet aku tu plak hilang tak balik-balik.Rupa2nya dah balik Tganu ada emergency.Ceh, takut nak mati aku dua mlm tdo sorang2.Fuh, perjalanan malam yg sgt mencabar.
IKLAN
Uhuhu…blog aku telah diiklankan secara percuma oleh ENCIK KUMPRINX ngeh ngeh.Terima kasih atas iklan.Nak ja luruh jantung aku terkena kejutan bila aku masuk2 je blog dia, terpampang ngan chumeynya iklan blogku.Wakakaka….Pegilah tgk…pegilah tgk… *wink*
NOTE : sesapa yg nak iklankan aku, silakan.Aku tak kesah.Sila..sila.. =D