Archive for September, 2005
Posted by chika under
Uncategorized Okay..aku nak nangis.I’m going to cry… hope i won’t. Ok..now, i’m crying…… (but still i do smile). Apa jenis perbuatan ni? Menangis sambil senyum.Seyum kesedihan….
Aku dalam ‘cinema’.Tapi harini bilik kecik ni tak berfungsi sbg cinema.Terlalu sebok dengan design sampai tak ada yg berani nak buat aktiviti biasa.Harini semua luar biasa. Waktu yg luar biasa, hari yg luarbiasa,kesihatan yg luar biasa, perasaan jugak sangat luarbiasa.
Dari pagi tadi aku tak duduk kat tempat aku.Farah je yg dok tempat aku sepanjang harini.Aku tak ada rasa nak tgk keadaan studio yg sgt la hectic harini.Semua sebok dgn design termasuk aku.Tp aku nyorokkan diri dalam bilik kecik ni.Sambil online, layan mp3, design, menung dan currently….nangis.
Sedih pertama dtg sbb aku tensen.Keje melambak.Sedih kedua bila tgk orang lain cam sgt maju ngan apa yg dorang buat.Walopon hampir semua design kena kutuk, kena hentam, kena ubah 100% ngan lecturer, tapi aku rasa cam tetap tak puas ati sbb dorang dah langkah sgt jauh ke depan.Aku terkedek-kedek lagi.Blur lagi ngan character Kitaro yg aku pilih. Betul kata lecturer… klu pilih musician, mmg payah la nak kupas character.Dan sekarang sememangnya betul.
Sedih lain, cam biasa la.Aku terima kritikan lecturer, tapi aku sensitif.Haih, aku selalu je emosi lebih ngan apa yg aku buat skang.Mungkin ke sbb aku sgt suka course ni atau pon sbb aku taknak org underestimate aku.hmm..dua-dua sbb tu betul aku rasa.
Dah byk idea aku direject.Tp tak patut aku rasa damn down la, sbb klu nak ikutkan, budak boys lagi hebat perkasa design dorang.Siap ngan model. Lecturer hentam, conteng plan, conteng model, suh ubah hampir keseluruhan…. hmm…dorang pon kena apa yg aku kena. This is normal in architecture.But this is oso normal for me to be too emotional and sensitive. Everything sounds normal but it don’t.
Dan kesedihan sampingan yg muncul tak pasal-pasal. My playlist! Time aku dok tekan-tekan otak aku supaya pikirkan sesuatu ttg shelter ni, lagu Kita- SO7 kuar.Tingat kat Wanie.Lama tak nyanyi sama dgn dia.Then kuar pulak lagu Marc Anthony – Love Is All. Membuatkan aku teringat balik apa yg aku lakukan mlm td lepas kelas TITAS. Yup! Ke tapak pesta konvo ngan Farah, Syikin and Alif. Entah pesal aku rasa cam meluat tgk couple yg ada. Bukan sikit, tapi hampir semua manusia mlm tadi ada couple.
“Nurul…cantiknya bunga tu!,” tiba2 Farah teruja nampak bunga hidup.Bau mmg wangi… naik aura!
“Hmm…tak ada nilai kalau beli tuk diri sendiri,” kata aku.Ntah macam mana aku leh terkeluarkan ayat tu.
“Nurul…cantiknya…” Farah tunjuk2 barang yg ada kat kedai souvenir.
“Tak ada nilai kalau beli tuk diri sendiri,” sekali lagi ayat tu terlepas.Aku tak suh pon ayat tu terhambur kuar.Tui la! Naper smlm ntah.Aku rasa cam gila betol.Tak penah aku rasa segila tu. Meluat, menyampah dan tak suka nak pandang couple yg ada.Aku jeles ke apa?
Sebenarnya aku tak jeles.Tapi aku rasa sayup.Aku tak suka buat diri aku rasa cam terhumban kat celah org ramai.Aku tingat kat seseorang tibatiba je.Sejak seminggu ni aku ingat kat orang tu je.Gila betol. Aku benci bila aku ingat kat dia.Aku tak benci dia.Tapi mengingat dia buat aku rasa cam sgt dasyat.Aku rasa cam sgt terkilan atas…atas… atas.. *tak dpt dinyatakan*
Sesungguhnya aku ingat dia lagi rupanya.Tak sedar pulak.Sbb aku rasa dah lama sgt aku abaikan ingatan aku kat dia.Cam kepala aku tak pernah terisi ngan dia.Tapi sejak semalam, aku tersedar yg kepala aku sarat dgn kisah bersama dia.Bersama? hmmm…cam pnggunaan perkataan yg salah.
Mesti dia tak tau dia tu bg kesan besar dalam idop aku.Lepas dia, tak munul-muncul apa-apa objek tuk buangkan dia.Lepas dia, semuanya kosong.Mesti dia tak tau! Klu tau pon dia takkan percaya. Ya Allah… aku bukan nak mengeluh.Tapi aku tak tahu macam mana leh terjebak ngan dia.Dah la sekuat ni.
Sekali lagi.KENAPA SEJAK SEMINGGU ni aku rasa balik apa yg aku rasa setahun dulu??? Sebelom ni aku ok je.Kenapa? Kenapa? Yg aku tahu… dia sgt bahagia sekarang. aku pulak cam manusia yg tiba-tiba kena sumpahan keramat sejak mlm semalam. Rindu kat dia.
Kalau ada peluang, aku nak tanya dia : kita kawan lagi tak?
Kalau jawapan dia : Ye
Aku nak kata : Owh…
Kalau jawapan dia : Tak
Aku nak kata : Owh..
Sbb aku tau aku dah tak boleh nak kata apa kat dia.Aku dah tak reti nak bercakap ngan dia macam mana.Aku dah lupa jugak camner nak bercakap ngan selamba kat dia. Sbb tu jugak aku dah tak pernah contact ngan dia walopon ka ym.Aku betul-betul dah lupa macam mana nak bercakap dgn dia.aku dah tak kenal dia…. Terpikir aku macam mana aku boleh keluar ngan dia sedangkan waktu ni aku nak sebut satu perkataan pon tak tau.
=) ….. Senyuman kesedihan.
“Bila aku anggap semuanya kurang baik dari dia.. dan bila aku anggap dia adalah paling baik…”
mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
UNIC – Demi inta Suci
Posted by chika under
Uncategorized Huahhhh… mengeliat sangat nikmat. Baru abis nonton filem ketiga tayangan ‘cinema gelap’ kami. Aku, Ainul ngan Farah. Kali ni tgk Ice Princess yang Farah bawak. Ada bawak 30 Hari Mencari Cinta. Tp simpan tuk tayangan esok.
Fuh, dah kul 1.50 ptg. Projek shelter tak sentuh. Harus kuar dari bilik ni dan ke meja tuk buat keje.
“woi, tgk apa?,” aku terdengar ka luar tu sora bebudak boys menyoal farah ngan ainul.
“Ice Princes….besttt!,” jawap Ainul.
Gila la kehidupan camni. Aih, nampaknya prestasi boleh turun klu ari-ari camni.Mmg ja tak supan. Tp enjoy ttp enjoy!
Buat keje! study! byk esemen kena buat.mm pakat pengsan la kami sumer akbita bebanan keje yg tak tertanggung.Salah diri sendiri jugak sbb tak ada disiplin. Suka tangguh keje…… Oret, perlu gunakan masa di studio ngan baik. Agak keji perbuatan membuang masa seperti ini… Ngeh ngeh..
Posted by chika under
Uncategorized (Kesah rentetan pengajaran semalam)
Apa kaitan lelaki dan sastera?
Lelaki hebat ilmu sastera
Bila hebatnya?Ye ke? Yer?Yerh?Yerhhh?
Bukan dalam kelas dia hebat.Time xm pon hancus ja selalu sastera dorang ni (kunun malas berbunga bahser).Tapi time ngayat awek bukan main lagi.Best student aliran Sastera lah!
Kenapa mesti cerita pasal ni?
Sbb harini bosan ja. Sebab arini aku dah ter’tahu sesuatu.
Al-ceritanya….
Kat satu webpage ni, (nama dirahsiakan demi kepentingan diri aku sendiri), aku terbaca satu kenyataan.Orang tu… atau pun aku nak simbolkan dia as BURGER (berdasarkan sejarah), dah ada sepesel dah! Opps… aku tak jeles. Come on! Aku cuma nak tepuk tangan kuat-kuat.Nak gelak besar-besar.Nak sms dia dan jerit kuat-kuat…”Awak, tahniah!,” tapi aku tak buat semua tu kecuali sengih sorang-sorang dan lekas2 bitau ma.
Cam biasa, kongsi citer ngan ma satu kemestian.Ma kata.. “hmm.. mmg takleh percaya dia tu.Tapi cute heh,” dush! awatla…
Aku tak la rasa apa2 ngan cerita tu.Lagipon aku jugak yg paksa dia jgn tunggu-tunggu lagi.Aku gak dok warning dia byk kali, nak kawan ja ngan dia dan tak akan sesekali lebih.Cuma tiba2 aku terpikirkan satu ideologi baru.Lelaki ni mmg camtu ke? Semua/Segelintir *garis yg tidak benar* Hmm.. tak semua.Tapi malang bagi aku sbb selalu terlibat ngan yang camtu.Tak pernah aku frust atau terasa apa ngan benda camni cuma terkilan. Kenapalah mesti semuanya yg mai kat aku lagu nih.Psikologinya mengganggu perasaan aku tuk percaya bukan je kat BURGER tapi jugak kat encik-encik lain.
“Awak…sy nak tunggu awk gak.Tak kira sampai bila.Sampai hati awk terbuka” bukan sket punya perkasa ayat.Aku dengar pon naik segala aura dlm bdn.Telinga pon rasa kebas tak sanggup dengar.
“Jangan…” cam biasa aku suka sgt main tolak-tolak. Entah kenapa ngan aku ni.Tapi buat masa ni aku rasa, aku normal ngan perasaan aku.Menolak bukan sbb tak normal.Cuma sbb yg aku tak tau apa bendanya.
“Nak tunggu jugak…” fuh, degil!
Tup tup….hmm..tak sampai la berapa hari dah ja berdesing pasal awek lain dah dicekupnya.Tak ke itu memualkan? Bukan jeles… (note : BUKAN) Tapi aku cukup-cukup rasa… aww!
Kes lain plak.
“Awk tunggu saya heh,” muka ngan intonasi penuh dramatis.Mmg klu sesapa dengar pon sanggup angkat sumpah kat mahkamah tinggi betapalah dia boleh dipercayai.
Sekali daa….
“Awak…sorry,” minta maaf sambil tunjuk2 ada awek baru kat seblah. Ceh, aku tembak perut kang. Pon tak jeles.Aku tak pernah tunggu pon.Tapi menyesal tak muntah depan dia masa dia sebok buat ayat dulu.
Kes seterusnya…
“Nanti satu hari awk lupa saya jugak,” <– ni ayat yg biasa aku gunalah. Sbb aku ni bila bab INI mmg tak ada modal lain nak ckp dah.
“Tak akan…akan ingat jugak sampai bila-bila.Susah wak…nak lupa camner???,” yor yor ja.Kunun nak melupakan tu satu azab.Tetiba….
Eh..
Eh…
Hmm..senyap je tak dengar berita dah.Dulu bukan main lagi sms setiap 20 saat.Tetiba cam dah jadi halimunan.Hmmm…Byk Encik-Encik yg berkelakuan camni.mmg aktiviti favourite lelaki kot. Si Encik Bagus, Encik Hebat, Encik Sempurna, Encik Cincai… (dan nama-nama Encik yg tak tersenarai)
Aku tak bercerita ttg org yg sama.Aku bercerita ttg org yg berbeza.Juga aku bercerita tentang aku yang malang.Tapi syukur jugak malang aku bukan ‘malang abis’.Sib baik aku tak tergolek dog kat mereka ni.Sib baik aku selalu main tolak-tolak.Sib baik aku suka tangguh-tangguh.Sib baik aku pandai main lari-lari.Walaupun suka, aku takkan sesekali mengaku cepat.Sbb aku tau dah!!!! Ayat sastera lelaki ni mmg tahap kelas atasan.Dorang ni suka nak test sastera dorang kat kita.Huk oloh…. jgn na wei camni.Aku ngeri lah.
Tapi aku ingat pesan … (pesan sapa, aku dah lupa)
Masih byk lelaki baik kat luar sana.
*(masih byk jugak yg jahat)
Masih byk yg ikhlas
*(masih byk jugak yg berlakon ikhlas)
masih byk yg memahami
*(masih byk jugak yg tak difahami)
(*) – monolog aku
kepada semua lelaki yg pernah singgah kejap dan pastu pergi terus tak balik-balik… berhati-hati ngan ilmu sastera anda.
saya : gembira, slow and steady, tak tergugat.
Posted by chika under
Uncategorized Eyeza: ader tak lagu soundtrack filem my best frens wedding?i say u a litle prayer?
“Lama kita tak hang out kat mall kan?,” ini jawapan aku kepada soklan aizar.Mmg tak menjawap soklan.Tapi tu yg aku rasa harini sejak pagi tadi.
Bangun je pagi, aku terasa nakkkkk sangat call aiza.At least hang out kat Secret Recipe Leisure Mall.Atau desperate sgt, bantai ja JJ Maluri.Tapi aku batalkan atas 3 sebab.
-
Masa sgt pendek.Kitorang hanya balik weekend. Nak bermesra ngan family.
-
Zalimnya klu aku berpesta kat mall sedangkan projek tak sentuh. Sgt tak menghormati kerja dan tak berdisiplin
-
Aku demam.Suara pon over sexy.
Aku rindu sgt kat aiza walaupun last week dia mai umah aku.Borak sampai Isyak.Tapi aku nak hang out ngan dia!!! Sambil mata meliar pandang sekeliling. Kritik apa yg patut dan cuba bangkitkan isu semasa seperti gosip kengkawan.Paling best ialah mengumpul pointer dan jerit kuat-kuat. (3 ponints!) yehaaa… Aiza, we missed lotsa points la weih! Ish… drop pointer aku.
Lama jugak tak menikmati Justea Kuning sambil menunggu ketibaan train. Tiap2 ari aku minum air kotak justea tapi sorang2. Rasanya agak tak sedap pulak. I think u make it taste better walopon tak la sedap mana sebnarnya.
Hmmm…nak hang out ngan Hani, Mimi, Astri, dan Marlia. Okay, okay… forget bout the bigger event.Baik aku berangan event kecil-kecilan je seperti bergosipan dgn aiza di SR sambil memerhati kedai Girls. Share Chocolate Banana dan mata melilau carik panorama yg best! Aih… sebok sangat ke aku? Atau aku buat-buat sebok? Ke aku banyak sgt menyebok? Ntah la… tapi aku serius rasa sgt sebok. (Tapi heran yek. Aku selalu jugak rasa bosan dan tanya-tanya kat diri aku… nak buat apa nih? tak de benda nak buat, bosann!)
I think i’m a typical girl yang selalu ilang pertimbangan.
pelajaran hari ini : bahser lelaki adalah bahser sastera yg sgt tinggi nilainya hingga kita (perempuan) selalu tak faham dan tak menyangka simboliknya. Bila lelaki kata sanggup tunggup, baik keep in ur mind, sebnarnya dia nak beritahu, “okay,babeh! i go and get another girl!,” and tahniah neway kat YOU, man! YOU are great! ekekekke… dah ada gf rupanya si YOU tu. *tumpang gembira*
Posted by chika under
Uncategorized Semalam rasa tak nak bangun pagi pegi kelas.Tp memikirkan tu kelas Encik Abdul Halim, kelas komunikasi yg sgt strict, aku bangun gak walopon rasa nak tumbang je.Mamai semacam.Melayang satu badan.Nak kata feeling, feeling apanya kalau dah sakit.Malang…aku ingatkan Farah tinggaikan aku, rupa-rupanya aku yg tinggalkan Farah.Sian Farah, terlambat sket.Abis takleh masuk kelas sbb dah kena kunci. =(
Jadinya kat studio semalam aku tak buat apa.Aku merengek je menyusahkan telinga orang.Sib baik ada A’ai.Dia yg tlg picit-picitkan aku.Entah pehal semalam semuanya nak sakit.Sib baik hati tak sakit.Nak je aku balik hostel cecepat tp sbb ptg ada krit tuk projek, aku kena jugak tggu.
Dgn mata yg cam bengkak sbb menangis tak tahan sakit, aku pi hangkut model aku masuk bilik Encik Mazlan.Aku nak dia krit cepat sket sbb aku nak balik.Tup tup dia leh ajar sket-sket technical drawing tengah aku sakit camtu.Berlenang air mata aku.
“Student perempuan, tu la satu. Masalah.Kena tegur sket, sensitif lebih,” kata encik Azimin time dia continue ajar technical drawing dlm studio.Aku terasa sungguh.Sbb mesti dia nak kata aku.Ayyo, encik! Saya nangis bukan sbb model kena reject (sbb over advance + over rajin), tapi aku nangis sbb aku sakit. Dush… malu betol!
Eiffel I’m In Love!
Prinsip aku, tgh2 sebok dan tensen, happy tetap happy! Disebabkan aku berpegang ngan prinsip tu, aku pon ngan senang hatinya bawak vcd Eiffel I’m In Love masuk studio.Tgh2 sebok bertungkus lumus buat model, si Farah bagi idea best!
“Nurul, jom tgk movie,” ajak si Farah
“Jom!,” aku klu diajak berpesta mmg nak ja.
Kitorang pon angkut board, angkut cutting mat ngan cutter, bawak masuk bilik gelap kecik yg ada belakang tempat group aku. Tapi bilik tu dah naik taraf jadi ‘cinema‘.
Dgn menggunakan laptop Farah, kitorang pon berhibur nonton Eiffel I’m In Love buat kali yg entah ke berapa ratus kali (tak de la beratus pon! acah je!). Tiba-tiba Ainul muncul nak join.Dah nak abis cerita tu, Sha ngan Nisa lak join. Bilik kecik yg sempit makin sempit! Dah la gelap si Ainul tutup lampu. Saja nak bangkitkan mood cinema.
Mmg mahsyuk abis tgk ngan bebudak ni.Tgk filem romantik, cam tgk filem aksi.Siap jerit-jerit bila tgk babak yg syahdu. Uhuhuhu….
“Hoi, angpa buat pa nih?,” si Alias mamat Kedah mai pulak.
“Nonton!,” jawap aku.
Lama gila dok dlm ‘cinema‘.Keje langsung tak buat.Kuar-kuar je semua pandang semacam.Siap pelik citer apa kitorang tgk sampai bising nak mati dlm bilik tu. Woh, nikmat! Tersedarlah aku betapa sonoknya jadi student architecture. Walopon tertekan, tapi ttp ada byk ruang tuk berpesta lova-lova.
Arini aku ponteng kelas Technical Drawing Puan Akmal sbb aku demam teruk. Walopon arini ngan esok ada kelas, aku ttp balik umah ngan tenangnya. Lantaklah itu sumer….
Posted by chika under
Uncategorized Aduh, semalam dgn ari ini gwe nonton 30 Hari Mencari Cinta ! Ayuh, nonton ! Tapi rasanya aku mungkin dah ketinggalan zaman memandangkan ini bukan cerita baru.Tak kesah la tu, asalkan aku gembira betul ngan citer tu setelah filem2 yg aku tgk kebelakangan ni tak memuaskan hati aku.
Komedi Romantis…. Mmg serius kelakar.Aku ngan adek sgt suka citer ni.Adik aku nonton pagi2 buta tadi. Fuh, hebat!
Okay….yang boleh aku kata, lepas nonton filem ni, aku dapat satu lagi mind set baru. Cinta akan datang sendiri tanpa perlu kita paksa-paksa kedatangannya. Kalau kita memaksa, waktu tu yg akan dtg bukan cinta tapi penganiayaan perasaan. Hidup ttp boleh gembira dan diteruskan tanpa cinta. Ada masanya kita lebih memerlukan kawan-kawan lebih dari kita memerlukan seorang kekasih.
:: 30 Hari Mencari Cinta :: satu tragedi yang takkan berlaku dlm agenda hidup aku. Cool, babeh cool!
“di saat kita bersama… di waktu kita tertawa menangis merenung oleh cinta….”