Archive for June, 2005
Posted by chika under
Uncategorized
Tengok! Incik Fahrin Saya Ensem Di Dapur!
Aku tak peduli samada para pembaca sekelian muak atau tak asyik disogok ngan wajah Fahrin Ahmad ini. (baca : disogok! )
Aku simpati kalau kalian rasa cam jemu dan segala mcm rasa lagi lah.Tapi sorry, guys! Aku tak bley bantu at this time bcoz its true. I’m falling in love with Fahrin! Sangat sewel toing!Sewel tak sewel, perasaan kan… nak wat camner.Ayyoyo Incik Fahrin! Apa yg sedara dah buat ni kat saya sampai asyik angau tak tentu pasal kat ang?Apa yg sedara buat? Aper? Aper?? (aku sebenarnya yg memperlakukan diri aku sendiri seangau ini =D)
Oh, lelaki idaman!
memang kamu tak ada yg lain…
semua gambaran idola..
segalanya ada padamu..
Aih…1st time ni aku ada lelaki idaman.Tak penah la aku terasa nak ada pelakon poojaan.Dan kali ni, adey! Gedebuk…! Sapa pon tak leh tolong dah.Melampau! Penangan apakah ini? ekekeke…
g o g o . g i r l s
Esok aku ngan Aiza Miss Impiana tu dah ada rancangan peribadi yang sangat mahsyuk.Plan dan perancangan dah disusun ngan begitu teliti supaya jam-jam yg akan dilalui esok hari menjadi sgt berkualiti.Kami dah tekad, hari esok akan diisi ngan penuh gaya, kualiti, excellent ! Ececeh… ntah haper la kejenyer esok yer? Tak per… esok je aku bitau.Yang pasti, kerja-kerja penaklukan mesti dilakukan ngan gerek sekali… yaawww!
s h e i l a . o n . 7 – k i t a
Kalau nak diambik kira perasaan aku kat Sheila On 7, statusnya bukan lagi minat. Bukan juga suka. Bukan bukan bukan juga kagum. Tapi dah capai status Teruja Giler. Mencapai excited state la kalau diikut dari syllabus chemistry bab hybridization. Kes..kes..kes… Tapi dalam keterujaan yg tak menentu tu, ada gak lagu Sheila On 7 aku tercicir dgr. Seperti lagu yg bertajuk KITA. Sib baik ada Sedara Zul (Curseshadow) dok kenalkan aku ngan lagu ni.First time dengar teruih suka la.. Jadinya pepagi buta tadi. (tipuu…! Arini aku bangun pas matahari pon dah hilang)..eheh.. Tak de, jadinya ptg tadi aku lekas2 dload kat Limewire lagu KITA. Best. Dan kegilaan aku terhadap Jikustik mula menjadi-jadi balik.Aih…memang tak boleh dibantu ngan perasaan aku kebelakangan ni. Terlalu mudah teruja ngan sesuatu yg aku berkenan. Just like in Fahrin Crush case…
Bantulah aku.Bantulah aku menjadi normal dan kurang teruja. Erkk…? Tapi bukan ke lebih baik korang bantu aku mendapatkan Fahrin? kuang kuang kuang…. * Burrrffftt *
Posted by chika under
Uncategorized Yeah, buat julung2 kalinya aku betol2 lampi.Satu haper pon tak terlintas dlm kepala aku.Terbukti aku telah dicop ngan cop BLUR! *chopp!* (bertanda dahi aku)
Aiza : Aku ada gosip (ceh, gosip lagi!)
Aku : Apa? Apa? (ghairah nak tau)
Aiza : Aku da tau dah TUT* tu pi reunion nak usha sapa.
Aku : Sapa? Sapa? (2 kali ganda lebih ghairah)
Aiza : Usha TUT* (cukup bertauliah gaya Aiza…)
Aku jadi GOLF* kejap (GOLF adalah perkataan peberet time sekolah yg digunakan sbg salah satu bahser alien aku ngan kengkawan). Aiza dok perati aku, tunggu reaksi aku yg cam surprise la kunun.Tapi mmg seriously surprise! Apa lagi, mengekek ar aku ngan Aiza ptg tadi.
Sbg kawan yg baik dan mengambil berat, aku mmg rajin lawat Aiza kat umah dia. Ececeh.. padahal aku pi tadi ada hajat.Saja nak merisik. Dush dush! Merisik khabar la… Tak pasal2, aku dah dapat satu beg mengkuang yg dia beli time dia balik Perak aritu.Chumey, warna biru. Thanx byk la kakakku Aiza yg juga bodyguard aku yang sgt perkasa. Mmg baguih la dapat kwn sehebat Aiza.
Bila aku blur…
Bila aku blur…aku garang.Bila aku blur, aku naik hangin. Bila aku dah hangin, aku da tak pedulikan alam fana ni lagi.Mulut aku yg satu ni akan jadi sgt bisa.Bisa yg tak ada bomoh siam mau pon bomoh2 suku kaum mana pon bley ubati bisanya.Aku mengaku aku ni mmg ada penyakit kepala hangin yang kronik.Aku akan sebut penyakit kronik aku ni sbg Sindrom Kepala Angin. Sindrom ni aku warisi sejak kecik lagi.Tapi bila aku mula mengalami revolusi mental dan fizikal (ayat saintifik yang agak kusam) aku pon berusaha gigih tuk buang perangai tak berfaedah ni. Akhirnya…cam terbuang gak la.Tapi tak buang abis la.Buang sket2 je, tapi dah cukup bangga sbb dah tak kepala angin ngan terok sangat.
Punyalah payah aku nak buang perangai terkutuk ni, tgk2 bila aku dok asrama, time matrix dulu, perangai ni mai ngan tak malunya. Ishk, aku pon tak tau nak kata per.Susah hati aku ngan perangai aku yang camni.Abah dah ingatkan aku berjuta-juta kali jgn dok asyik pikir kepala angin aku je.Tapi ayyoyo..! Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. (aku sebenarnya nak sgt guna peribahasa ni)
Incik Fahrin.
Ahak.. sah! Ada yg dah meremang. Ada gak yg dah nak termuntah dgr nama lelaki idaman tak sudah aku ni.Blog ni dah jadi cam bilik pameran nama Fahrin lak aku rasa. Tak abis-abis ngan Fahrin. Cukup hebat penangan Fahrin Ahmad membolosi jantong aku.Aku dah berjaya….! Berjaya apa nyerh? Berjaya menambat hati Fahrin lah… Oh, tidak!Aku dah berjaya buat semua orang muak ngan nama Fahrin sebenarnya. Ekekek… apapon korang punya reaksi, terpulanglah.Jangan dengkikan aku sudah. Ececeh…

(inilah erti CHUMEY yang sebenar.Ngehngeh..)
Aih… (sambil mengelap peluh)… tak ke ensem camni? Chumey nyerh! Chumey! Chumey… Kelu lidah dah. Adey…pas satu-satu penyakit aku dapat sepanjang aku cuti ni.Aku pon dah rasa haru-biru benar hidup aku sejak dua menjak ni. Asyik Fahrin, Fahrin, Fahrin. Mak aku pon dah tak leh kata apa. Tinggal dia sengih je bila aku terkedu tiap kali tgk Fahrin. “Ye la tuh, ensem…” kata mak aku.
Tapi ternyata ramai cuba nak merampas Incik Fahrin aku. Amboih, masing2 dok ngaku bekas bini lah, bekas gilpren la, semua jenis bekaslah dah kuar. Abih, aku ni tinggal jadi bekas apa?
Nama-nama wanita yang cuba mengganggu kebahgiaan saya dan Fahrin (ayat tak siuman)
-
Cik Arina (adledash)
-
Cik Pda
-
Cik Jihan Adlina
Jaga lah angpa.Aku mai ganyang kang baru tau. Dan sesungguhnya Cik Pda sgt berani orgnya.Siap bg aku alamat umah.Sgt bersedia menanti serangan aku.Kekekeke…. (jgn amik hati)
Uhuhu… cerita di atas sekadar pemenuh ruang saja.Aku blur… Tapi hep! Jgn berani usik Incik Fahrin ku. The Boy Is Mine.
PERINGATAN! : Cerita sekadar rekaan dan sbg bahan hiburan yg tak berfaedah saja. Tetapi perasaanku terhadap Incik Fahrin adalah benar belaka. Toing~
Minta maaf.
Kepada sesapa yg mendapat layanan paling dasat dalam sejarah dunia dari aku since beberapa masa yg lampau ni, aku minta maaf banyak2. Aku betul2 tgh meluat ngan apa2 bahan bermesej spt henpon, surat, email, maupon YM dan MSN.Tak berminat ngan sumer tu. SMS yg melambak tak berjawap, aku minta maap.Orang yg rasa bosan dan rasa cam chatting ngan tunggul kayu pon, aku minta maaf gak.Aku ni lebih kurang cam orang tengah mabuk la kunun. Org pompuan tgh mabuk pregnant kan kekadang anti ngan suami sendiri. Tapi kes aku ni taklah kes mabuk pregnant.Entah mabuk apa tah.Mabuk kepala angin je.Dan mangsanya ialah orang awam. Sekian.
Posted by chika under
Uncategorized Cerita ni disampaikan oleh ateh (adik mak aku). Ini adalah antara perbualan ateh aku ngan ucu ( adik mak aku yg bongsu).
Seblom tu, beberapa kata ganti nama digunakan.
*Ayong – aku
*Adik – ucu aku
*Kak Sal – ma bunda
Ateh : Org pegi umah Kak Sal. Ayong bukan main berisi lagi, dik.
Ucu : ye ke? boleh plak berisi bdk tuh. Lama tak jumpa dia.
Ateh : Mmg berisi betol. Abih baju-baju dia sumer dia pegi bagi orang.
Ucu : Ye ke? Mesti banyak yang dia da tak muatkan? Ish… baju lawa-lawa kasi orang.. (agak memberontak)
Ateh : Aritu akak tgk… byk dia kuarkan da tak muat
Ucu : Jom pegi umah dia lepas ni. Bley sapu bersih-bersih apa yg tak muat tu.
Ateh : Ishk..orang baru balik dari umah dia la ni.
Mendengarkan sitcom tersebut, aku pon ketawa. Bukan aku je ketawa… ma ngan ateh pon ketawa gak. Jadinya persidangan mengutuk tabiat ucu aku pon bermula… Kehkeh.. tak abis-abis dia nak dengkikan baju aku. Sanggup dia ajak ateh aku dtg umah semata-mata nak sapu baju aku. Masih ngokngek makcik ku itu walaupon dah anak 2. Gila fesyen… sangat gila fesyen… Teringat kembali pada selipar idaman aku yang dia kata nak pinjam, tup tup amik teruih. Uuuu… mmg bahyer betol dia ni. Tapi terasa rindu gak kat dia. Tapi setakat dtg bukan sbb rindukan aku, tapi nak sapu baju aku baik tok sah.. kim salam!
Puteri & Qisty
Yeay! Tadi ateh mai bawak anak dia 2 orang tuh.Best! Si Lelaki berwajah ayu itu sungguh chumey…. Mmmuah.. Dan sempatlah bergosip sat ngan ateh aku yang sangat lawa tu. Memula gosip pasai ucu aku ar. Then masuk plak isu2 sapa kurus sapa gemok. Tapi seriously, ateh sgt kurus skang ni.Ucu plak katanya cam dulu gak. Masih bangga ngan badan dia yang kecik molek walaupon dah anak 2. Kunun la lagi slim dari aku. Ish… sangat sensitif ngan isu sapa slim sapa berisi nih!
Pujuk diri – eleh, Nurul…sabar je. Bukan gemuk pon.Berisi je. Tu namanya cukup makan. Nanti lagi sebulan kuruslah tu bila dah dok asrama balik… *sigh*
Kenduri kahwin + kenduri arwah
Semalam heboh kat kawasan umah aku pasal ada orang meninggal. Innalillah… Dengar ceritanya nenek ni mmg sakit dah lama. Sama-sama sakit ngan arwah opah aku lagi.Tapi arwah opah dah pegi lebih dari setahun lamanya. Kebetulan hari tu kat umah dia buat kenduri sambut menantu.Tak disangka-sangka.. kuasa Allah SWT, kenduri yang dibuat bukan utk sambut menantu semata-mata tapi utk jenazah dia jugak sekaligus. Apalah agaknya perasaan ahli keluarga. Dan apa pulak perasaan pasangan pengantin?
Hari persandingan = Hari Air Mata
Walallahualam.
Fikir : Bila hari persandingan aku? Bila pulak hari kematian aku?
Posted by chika under
Uncategorized 
(gambar sekadar perhiasan)
Satu gambar yang kabur ‘untuk dikenang’.
Peristiwa jadi kabur bila namanya bukan lagi peristiwa,
Peristiwa akan makin kabur bila dah bernama Kenangan,
Dan apa yang kita sentiasa ada hanyalah kenangan…
Selama mana je ingatan kita ni tajam tentang sesuatu?Sehari? Dua ? Tiga? Empat? Dan kiraan nombor seterusnya… tapi mesti ada hujungnya. Detik ni aku teringatkan sesuatu.Sesuatu yang boleh disifatkan sbg peristiwa paling hebat pernah terjadi dalam hidup aku. Aih..sangat lama aku simpan peristiwa kabur ni. Mcm gambar kabur kat atas tu. Dah tinggal sbg gambar cuma. Nampak terang, nampak nyata dengan sengihan lebar masing-masing.Tapi tuk apalah menatap gambar terang yg nyatanya tipu belaka. Satu hari detik sebenar gambar tu kabur juga dlm ingatan aku. Elok aku kaburkan je dulu gmbr tu sbg lambang betapa aku tak nak menipu harini.
Merepek ke aku? Biarlah merepek ke apa.. sbb hidup ni sendiri merepek-repek je kisahnya.Dan semua perihal merepek ni aku dapat sejak mlm semalam. Sebelom tido, aku merepek dgn perasaan aku sendiri. Bangun tido, ternyata perasaan aku sudah respon dgn baik untuk menjadi lebih merepek sepanjang hari ni.
Sepanjang hari aku fikirkan macamana nak dapatkan satu ending paling hebat tentang sesuatu ni. Dan akhirnya lepas berkompromi ngan begitu licik skali ngan semua sistem badan termasuk perasaan marah, dendam dan kasihankan diri sendiri… keseluruhan diri aku dah tekad. Tinggalkan semua Untuk Dikenang. Kesian kat diri sendiri.Letih aku cuba mengajar diri yang konon-kononnya kenangan akan tetap berseri. Konon-kononnya kenangan akan berulang lagi bergelar peristiwa. Tipu ar! Kenangan tu akan kabur juga… sebelum menjadi sangat kabur, elok aku ajar diri aku utk memandang dari sudut yang kabur. Ye, berlatihlah wahai perasaan dan sekelian kaum kerabatmu…
Penutup kisah musim dulu : Tinggalkan je ‘untuk dikenang’. Akan aku kenang ia sbg satu peristiwa paling indah yang sekarangnya dah jadi kenangan paling bisa yang patut aku pijak ngan tapak kaki aku sendiri. Hiaah! You’ve been kicked out…. [ but....]
*sekiranya tak difahami, baguslah sbb aku menulis utk kefahaman aku sendiri*
Rahsia dari poket orang, simpan dalam poket sendiri.
Yehaaaa…. since dulu aku dapat rasa aku ni cam selalu je bernasib baik. Tapi seblom tu, betul ke aku suka bergosipan? jawapan : ye, saya suka! Suka atau sangat suka? Jawapan : hurmmm…. Atau Sangat-sangat suka? jawapan : hurm.. bukan sangat-sangat suka.Suka-suka je. Tapi sbg gadis normal yg tak suka berpeleseran, aku memilih gaya hidup normal golongan muda-mudi. Itulah gaya hidup bergosipan. Eleh, come on la babeh! Sapa tak bergosip kat sekolah dulu? Sapa? Sapa? Temberang la tak gosip… Jadinya gosip adalah sebahgian dari aktiviti luar ko-kurikulum yg amat digemari oleh muda mudi terutamanya gadis-gadis.
Aktiviti gosip ni adakalanya mencabar.Sbb bukan senang nak dapat gosip super duper hot n spicy. Tapi bg aku, aktiviti gosip aku sgt mudah dan mmg tak mencabar langsung. Sebabnya ada 2.
-
Aku dapat gosip secara tak langsung atau lebih tepat dinamakan sbg bulan jatoh ke riba. Rezeki yang datang bergolek tanpa aku sangka akan diberi. Pemberi jugak biasanya memberi kpd aku tanpa disengajakan. Jadinya aku x yah la kerja keras tuk menjadi orang-kaya-gosip.Si Pemberi yang biasanya terlepas kata maka terbuktilah bidalan melayu… terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.
-
Gosip tak sengaja yang aku dapat tu biasanya disusuli ngan warning keras dek pemberi-pemberi yg teraniaya. Warning tu biasalah… warning aku jgn bitau orang. Aku plak bila dah kena warning, aku rasa cam uih… kena simpan leklok nih.
Disebabkan 2 alasan ni, jadinya tak hebatlah kuasa gosip aku. Sbbnya, aku dapat gosip percuma tanpa melalui apa2 cabaran dan aku kena simpan sendiri gosip tu tanpa boleh dicanang menjadi gosip yang lebih liar.
Apa yang aku nak sampaikan sikit je.Yang meleret-leret tu hanyalah sebahgian dari aku. Aku mmg sukakan mukadimah sebenarnya.
Objektif aku nak beritahu yang aku ni selalu je dapat tahu rahsia orang ngan cara yang tak disangka-sangka. Contohnya dalam kes Kamal.
Aku : Ko ngan sapa skang kat kolej kau? (maksud aku sapa member dia kat sana kalau-kalau aku kenal)
Kamal : aku ngan **** la…
Tak pasal-pasal dia da sebut nama awek dia.Fuh, free2 aku tau dari A sampai hampir Z cerita dia ngan si ****. Hahaha… sedangkan aku tak berniat nak tau.
Banyak ar kes lagi yang aku dah kumpul nak tulis kat sini tapi tiba-tiba aku rasa malas. Tak leh buat apa arr…
Cumanya, smlm bergosipan ngan Anaz tentang tada~~ (masakan aku nak canangkan gosip free kat sini). Dan lagi satu gosip liar yg amat memeranjatkan. Irwan nak bertunang? Ish.. Anaz! Cakap biar waras deh… Tapi alhamdlillah..amin! Taklah aku ketinggalan cerita2 hebat camni.
note : kenapa aku merapu lebih-lebih kali ni?Aku pon tak musykil apa sebnarnya aku tulis ketika ni……
Posted by chika under
Uncategorized 
[Gambar] : Athirah & Nurul.Time annual dinner.Jadi golongan2 akhir yg turun sbb sebok dok layan kerenah Athirah ngan tudungnya… Sangat rindu kat Athirah. Sangat simpati gak ngan keadaan dia skang. Keadaan yg tak boleh dituliskan kat sini sbb awal2 lagi dah kena warning ngan dia. “awak jgn bitau orang!“. Memandangkan aku ni kawan yg baik, aku takkan bitau sesapa. Tapi aku terperanjat mendengar kisah sedih (klakar pon ada gak) pasal kwn @ pakar kesihatan sy time kat JMC dulu.
[Khamis & Jumaat] : balik Johor jumpa aki ngan maktok!Sangat best. Balik tanpa plan sangat klakar rupanya.Abah dah cancel plan balik kg sbb tiba2 atok aku dok turun KL plak dah ada meeting persatuan.Apa lagi, kitorang pon ubah plan nak pi holiday.Sblm tu, singgah kat KL International Hotel jumpa aki ngan maktok.Tiba2 aki suh balik kg gak ikut dia skali.Yuhuuu… kitorang pon ngan bahagia skali ikut la balik Johor. Singgah Simpang Renggam umah sorang nenek yg baik ni.Adus… sukanyer aku ngan nenek tu. Baik betol.Lembut. Atok pon baik jugak.Time singgah sat kat umah dia, dia kasilah aku pkok kaktus. Ececeh..sungguh terharu aku rasa. Tetiba akal aku yg sangat bergeliga ni terpikirkan sesuatu.
Aku harap kalau aku ada mak mentua nanti, biarlah lembut penyayang cam nenek ni.Sbb aku dgr citer, dulu dia bela menantu dia bukan sket punya baik. Dia sayang sgt kat menantu dia sampaikan bila menantu dia meninggal dunia, dia punyalah sedih.Ada lagi rupanya mak mentua camtu pada zaman serba kejam dan ganaih ni heh? Minta-minta aku dapat satu yg camtu. Amin~
Astri lagi.
Kan aku dah kata Astri ni ske hantar sms pelik kat aku. Dia hilang hilang hilang, tup2 muncul ngan sms yg sangat tak difahami. Ekeke… dua hari lepas dia sms tanya plak aku bas 848 sampai JJ tak? Kerut dahi aku sbb setahu aku dia cukup gembira ke sana ke sini ngan ketenyer itu.
Aku : Sian kau…stimiks dah rosak
Astri : Kete ada! (nada gembira) Bleh pegi sana sini, tadak hal
Aku pon akur sbb dia mmg pakar jalanan yg tak ada tolok bandingnya lagi. Sebnarnya aku rasa dah lama sgt tak borak ngan dia cam dulu2.Time reunion tu pon, aku sempat tegur2 dia camtu je.
Memandangkan aku tak tau nak conteng apa lagi, aku rasa sebaiknya aku berenti je.Sebelom tu, aku nak bitau skali lagi… Aku dah semakin angau kat Incik Fahrin. Sangat biol + bukan-bukan.Biarlah… asalkan gembira.
Extra
Kak Zuril – jangan risau.Zaman tergolek-golek kat Zizan dah berlalu dah. Ekekeke… amik la Zizan tu sepenuhnya… ahak
Aiza – Saya dah balik dah, lalink… Saya nak amik kamera sy kat awk…
Hani – Uhuhuhu…MMU sangat kedekut! MMU dah amik honey saya balik!
Kamal – Yo! Sudah bahagia….baguih… ternyata prinsip dan nasihat aku tak betol… agagaga…
Terakhir utk Incik Fahrin – wa sulah angau maaa!…

- angau mode-
Posted by chika under
Uncategorized
Tengoklah apakah namanya bencana yg berlaku ini? Akhirnya Nurul telah pon jatoh chenta bergolek-golek.Ish, bukan salah aku kalau aku jadi camni. (aku mmg tak suka mengaku salah). Salah Fahrin Ahmad sbb chumey sgt. Ha.. tu dia! Lagu ni lah punya ghupa aku bekenan.Sekali dia sengih, abih lebur hati aku.Dua kali dia sengih, mmg teghebang teruih la hati dengan jantong2 skali.mmg hebat ar penangan Farin Ahmad ni dlm hidop aku. Aih.. memanjangkan lagi je plot angan-angan aku.Dah la episod angan-angan aku tak pernah abih. Kununlah ada wartawan mai sua mikrofon kat aku dan soal itu ini mcm aku ni superstar kan…
Wartawan : Dah berapa lama kenal ngan Farin?
Aku : Saya tak kenal Farin.Farin yg kenal saya…
Wartawan : Suka Farin?
Aku : Farin suka saya
Wartawan : Baik, apa yg buat awk ‘perasan’ Farin suka awk
Aku : Dia slalu senyum kat saya menampakkan barisan giginyer yg cantik. Mmg sasau la bila skali dia sengih.Chumey…
Wartawan : Smoga bahagia ke anak cucu…
Ngeh ngeh…musim kegilaan aku dah mai dah. Tak de la..aku bosan. Aku tak tau nak conteng apa kat sini.Cumanya harini aki ngan maktok dtg pagi tadi.Woah, aku skali lagi dilontarkan ngan kata2 paling bisa… “apsal berisi sgt kau ni mak tok tgk?,” tanya maktok tanpa rasa bersalah. Aku hanya mampu senyum spt seorang cucu yg baik.
YM + MSN + AOL + ICQ + (segala jenis messenger) = Zango.
Benda alah ni aku baru je terjumpa tadi kat satu forum ni.Mungkin aku yg ketinggalan zaman atau mungkin juga benda alah ni mmg tak femes. Sbb tak pernah ada pon orang bitau mahupon sebut benda alah ni kat telinga aku.Jadinya, sama ada korang dah tau ke blom, aku nak jugak taruk link benda alah ni.
Aku dah try dah download.Tak lah best.Something like poyo or wuteva.. Tapi agak bagos jugak sbb berupaya menyatukan semua msgr yg slalu digunakan oleh pengguna internet.Dari segi penggunaan, aku rasa mmg tak gerek. (gerek tu apa yer ,anyway?) Benda alah ni agak slow, kecik dan tak seronok untuk dibanggakan. Aku guna kejab je tadi.Pas download aku try la. Then automatic YM aku ngan MSN aku sign out. Huk oloh… tak timbul perasaan suka… maka aku pon sign out Incik Zango tu dan sign in balik YM ngan MSN aku.Dan aku dah decide, aku akan berbahagia ngan YM dan MSN aku tanpa menyatukan kedua-duanya. Bak bermadulah… sesungguhnya bukan idea yang baik dari Zango utk memadukan YM dan MSN.Tapi elok jugak mentry test…
haa..direct link lagi aku kasi.
Akhirya aku menuju ke arah ketidaksedaran… Sudah mengantuk. Berakhirlah kehidupan aku untuk hari ini dan semoga hari esok lebih gemilang utk aku. Dan semua org. -tido-