Archive for June, 2005

Selamat Pagi… (kisah pagi yg tertunda)

Posted by chika under Uncategorized
Morning, wahai Cik Chika Chikita!
Perasankah anda? ekekeke… perasan tak, tiap kali aku bangun tido awal mesti aku cam bangga gila. Entah haper-haper je. Bangun pagi yg tak seberapa pon nak riak. Tu lah namanya aku ni mmg jakun sket bila boleh bernyawa di waktu pagi.Ternyata bangun pagi sgt baik tuk aku.Sbb aku akan jadi lebih segar, bersemangat dan mood pon agak baik. Ye ke? Iyer… tapi ngan syarat, aku bangun ngan kerelaan hati aku sendiri. Kalau aku bangun disebabkan faktor2 lain spt takutkan pintu bilik aku roboh kena ketuk ngan ma, ataupon takut telinga aku kebas kena basuh ngan ma sampai malam karang, dah sah mood aku jd sangat buas.
Tapi pagi ni aku bangun ngan senang hati.Datang dari naluri aku sendiri tuk bangun awal. Sangat jakun dan bangga.Maunya tak bangga. Malam tadi aku tdo kul 3 lebih.Penangan Kuch Kuch Hota Hai la nih. Ha, kelawar pon kalah, man! Mmg sesuai aku jadi suri rumah tuk Incik Batman.Kihkih… malangnya aku tak ada hati kat Batman. Hatiku pada Superman. Tapi dah dirampas oleh Incik F. Wakakaka…. (adey, lama tak sebut nama Incik F)
MENTOR
Entah program apa tah yg TV3 ni nak buat.Poyo tau tak poyo? Aku tak suka tgk Mentor. Bukan tak suka sbb apa, tapi aku meluat bila dlm satu rancangan tu ada banyak pompuan yg lebih-lebih. Aku rasa pompuan ni mmg tak sesuai klu nak menggeledik. Aku slalu perasan, bila dlm program camtu pompuan lah yg lebih emosinya dari lelaki. Nak nangis la, terkinja sana-sini. Buat malu je. Kalau akulah yg buat perangai camtu, dah lama aku tak boleh berbintikan ayah aku. Dah lama jugak gamaknya aku kena lempang. Bukan nak kritik orang, tapi kenapalah taknak behave diri dorang.Muda-muda ni lah kena ada hala tuju hidup.ececeh…
Aku tak suka bila org kata, zaman remaja kena enjoy sakan. Hell lah! Muda-muda ni kena belajar sebenarnya.Bukan maksudnya belajar Kimia, Fizik, Account atau subjek2 sekolah.Tapi belajar tentang apa2 je dalam hidup ni termasuklah belajar membentuk diri. Eh, ni ayat aku ke, ayat curi? Yes la.. ayat curi. Ayat yg aku adaptasikan dari ayah aku. Huhuhu.. Aku selalu disimbolkan sbg orang yg konservatif. Biarlah, asalkan gembira.Sbb semua org ada gaya hidup dia sendiri. Aku tak akan jadi orang lain. Aku tak kesah klu sifat konservatif tu jadi sebahagian dari aku.
Sudah! Jgn nak beremosi di pagi hari.Aku sebut pasal Mentor tadi tu, sebab aku nak puji NABIL. Eekeke… ( dia ni gila ke haper? Tadi kata Mentor poyo. Then kutuk peserta pompuan.Peserta lelaki puji plak.) wakaka… Aku jarang tgk Mentor.Ntah camner pagi tadi aku on je tv, kuarlah si NABIL tu tgh nyanyi lagu yg dia compose sendiri. Kagum aku sbb lagu tu sgt lah nice. Tajuk dia klu tak silap aku, Di Hati.Sambil main guitar, dia nyanyi. Sempoi abis.Aku suka tgk lelaki (note : LELAKI shj) main guitar. Dan nyanyi lagu2 yg agak syahdu. Pheww… Tapi bila dah depa start layan rock, aku akan cabut dulu. Aku mmg anti rock yg menggila ni. Telinga aku tak boleh bagi respon yg baik.Tapi aku tak kesah klu ada org yg minat muzik ni sbb music has no compromise. Sgt subjektif utk diterima oleh masing2.Slow rock is okay… Telinga aku masih boleh tolak ansur.Weih, ini blog aku yang punya! Apa yg keluar ini adalah pendapat peribadi yg tak bertujuan mengacau orang. Ngeh ngeh…
KUCH KUCH HOTA HAI
Punyalah aku bersengkang mata demi KKHH.Satu-satunya filem yg aku sanggup tgk sehari sepuluh kali. Tapi belom penah aku buat camtu.Tak berhati perut tul TV3 dok tayang filem tu lambat2 sangat.Tayanglah kul 8 malam ke. Kan?Tak ada lah mengganggu waktu tido orang terutamanya yg bukan spesis kelawar. ahak… aphal la aku ni asyik nak tembak TV3 je. Dak aih… sekadar ayat hiburan tanpa ada tujuan tertentu jauh sekali mengecam TV3.
“Sesuatu berlaku…dan awak tak faham…”
:: Finally, perang dingin dgn Haikal berakhir.Alhamdulillah. Aku tau dia terasa susah tuk hidup normal tanpa ada interaksi ngan aku. Yuhuu… Haikal sgt la poyo.Ahak… Tapi dgn berbaiknya aku ngan dia, umah ni jadi lebih gempak! Sebab dua otak yang incomplete ini telah cuba menjadi lebih complete dalam misi melaksanakan aktiviti indoor kitorang.Peace, brader!::

Tak de MoOd, NO ENTRY !

Posted by chika under Uncategorized

Image hosted by Photobucket.com

N o t . I n . T h e . M o o d

[Aku]

  • tak de mood
  • rasa nak hangin satu badan
  • tak bermaya, penat, letih, tak larat
  • malas nak bersuara
  • sakit
  • malas yg amat
  • mengalami perasaan benci jangka masa pendek kat ramai orang
  • tak nak diganggu
  • tak perlukan lawak bodoh at this moment
  • no discussion!no explanation! tak nak berunding apa-apa. Kalau nak kena lempang, meh la sinih!
  • mulut aku sgt berpuaka. Kalau teringin nak kena hamun, meh la carik pasal ngan aku.

Seriously aku menganggap orang yg Buzz ataupon msg aku time aku letak sign NO ENTRY kat status YM aku adalah kurang ajar.Dah banyak kali aku rasa aku beritahu benda ni. Sbb mmg sgt tak ada mood walau skit pon, so tak ada tolak ansur. Samada aku akan buat bodoh (ni kira baik lah) atau aku akan katakan reply “tanak chat.Buta ke? kan da ada sign NO ENTRY” haaa… then, jangan salahkan aku sbb Yahoo Messenger punya management sendiri sediakan kemudahan tersebut. Once again, No Entry means NO ENTRY! Unless u are stupid, then anda dimaafkan dgn syarat, sila nyatakan kebodohan anda.

*betul, man! aku tgh tak de mood.*

Bersamamu

Posted by chika under Uncategorized

Wajah
Lagu tema program BERSAMAMU TV3

Kali pertama dengar lagu ni, aku terus jatoh chenta. Lagu kegemaran aku dgn ma. Terasa sgt sedih. Melahirkan macam2 rasa. Sedih, insaf, syukur dan terasa mcm hidup kita ni satu pentas di mana kita bersuka-ria tak sedar diri. Sedangkn ada pemerhati di bwh yg sangat daif. Hurmm…
Da lama aku nak letak klip lagu ni.Tapi malangnya TV3 hanya sediakan video dalam format wvx.So, aku tak dapat nak tayang video klip sebenar lagu ni.Tadi pon puas aku usahakan tapi tak berjaya sbb HTML aku error. Mood tuk bercoding-codingan pon tak ada. Klu tgk video yg sebenar yg jugak slalu ditayangkan kat TV3, mesti terasa kesedihan lagu ni.Tapi kalau ada yg perasan, aku pernah gunakan lagu ni as background music utk sehari kat blog ni.But then aku remove sbb bunyi dia teramatlah sumbang.Merosakkan mood sebak, jadi mood durjana. Agaga… Honestly, aku jarang tgk BERSAMAMU atas sebab aku tak boleh tahan sebak. Camtu jugak ngan rancangan MISTERI NUSANTARA yg takkan aku tgk sbb aku takut. Serius…
Penyanyi: Jaclyn Victor
Komposer: Othman Mohamad
Penulis lirik: Habsah Hassan
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur
Engkaulah perwira Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira
Silalah surf website TV3-BERSAMAMU. Aku tolong TV3 promote. Free. TV3 tak bayar pon. Takpe, jadinya aku berjasa kat TV3. Maka, terciplah satu kata-kata….
“Jangan ditanya apakah jasa TV3 kepadaku, tetapi tanyalah diriku… apakah jasaku terhadap TV3, “
Ngeh ngeh…. Woi, TV3 Malaysia! Jasaku dikenang olehmu lantaran promosi BERSAMAMU percuma ini. FOC!
Old skewlgurl with her old skewl.
Yehaa…akhirnya aku ke sekolah ptg tadi teman ma amik report card Ijat. Adoilah.. betapa aku amat surprise bila cikgu kelas Ijat tu panggil aku suh masuk sama ikut mak aku.Rupa-rupanya dia masih mengenali aku yg femes ini. Toingg!
“Nurul Haizum…! Ni adik kamu ke?,” ternyata cikgu tu sgt terperanjat. Aku cam berdebar gak sbb dia ingat nama aku sedangkan aku sebijik apa tak ingat nama dia.Yang aku tau, dia mmg cikgu sekolah aku yg aku slalu jumpa sambil aku lalu lalang menghangatkan suasana.
“Saya ingat kamu ni.Dulu kan kamu Setiausaha Kelab TUT*. Saya yg handle club tu.Then slalu nampak kamu naik pentas sekolah amik hadiah itu ini.Sampaikan waktu tu dulu kamu je lah yg kontrol pentas sek kita.Slalu jadi MC utk semua event sekolah.Sy ingat lagi,” kata cikgu tersebut. Berderau jantong aku. Dush dush! Kantoi sat. Ayyo, cekguku! Gwe ngak ingat sama kamu deh…
“Ha ah..saya ingat lagi.Saya pon ingat gak kat cikgu.Dulu tiap2 hari jumpa cikgu sbb kelab,” ceh! Akhirnya aku terpaksa berbohong sambil mempamerkan wajah manis. Saja bermanis muka, dan berbelit kata. Ekekeke… Aku sesungguhnya mmg lupa kat cikgu tu.Tapi takkan aku nak kata ” Alahai cikgu… cikgu telah dilupakan. Saya tak ingat langsung pasal cikgu jadi guru kelab kitorang. Saya tak ingat! tidak..!,” Kan? Kurang supan benar plak kalau aku buat camtu. Maka, aku pon menipu dlm keterpaksaan.
“Heh, apa punya student! Cikgu yg ingat student, apa kes?,” tanya mak aku time dlm kete nak balik umah. Aku gelak je ar. Adakah aku kacang lupakan kulit? Tak… aku tak pernah lupa.Cuma biasalah, otak ni kadang2 bukannya sempurna sgt. Tapi aku terharu ngan sikap cekgu tu yg masih ingat aku ngan sgt complete.
Perfume
Ma beli perfume JLo! Tapi aku tak minat sgt bau dia. Then biar je la ma pakai.Lagipon aku dah ada Christian Dior yg dah lama aku idam-idamkan.. Walaupon bukan Jador, tapi aku ttp ske yg ma belikan itu. Hynotic Poison.Yeah! Chris
tian Dior menyempurnakan kehidupanku… Maklumlah, kompeni aku ngan kompeni Christian Dior tu apalah sgt bezanya.Keturunan Dior gak… Pheewittt… (ahak!)

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Rujukan
Kelab TUT* = Kelab Taekwondo

Buat malu je aku nak mengaku aku pernah join Taekwondo. Setiausaha kelab plak tuh. Ishk.. tujuh keturunan akan tanggung malunya. Wakakaka… (dediam sudahlah). *don’t comment about this section* =D

Saya Tak Jumpa Tajuk! =

Posted by chika under Uncategorized

borangs.jpg

Borang-borang nampak begitu indah menghiasi tilamku.Spt sebuah longgokan pulau yg mengharu-birukan pikiran.Huwaaa…Gambar kat atas tu ialah gambar terkawal yg dah aku reduce situasi tongkang pecahnya.Ngeh ngeh… Tapi Alhamdulillah. Medical check up dah buat kat Hospital Pantai.Pegi ngan parents la.Then adik ikut skali.Ngekor je dia.Siap pow aku beli milo.

Sinar X
Sinar X ialah salah satu jenis gelombang yang… yang… umak aih,buku rujukan fizik aku sgt tebal.Aku takkan bersusah payah nk recall ilmu fizik aku.Tak der masa! Dah la,aku ni nak citer sket je pasal X-ray tadi.Laporannya…sumer clear la ngan tulang temulang aku.Nampak sgt chumey rusukku. Ahak…! Clear je saluran yg ada tuh.Nampak spt satu laluan sempit yg bersih dan nyaman. Ngee… begitulah ibaratnya keadaan rusuk aku melalui X-ray tadi. Dan aku bangga menjadi pemilik tulang rusuk yg bersih damai ini. Alhamdulillah.

“Bukak tudung, bukan baju, bukak TUT, masuk dlm, kunci pintu, pakai baju tu!,” kata sorang staf hospital yg akn jalankn keje2 mengX-ray aku.Telan air liur aku.Bukak tudung leh tahan ar. Bukak baju tu pon biasa la kan.Kata nak X-ray. Tapi bukak.. hurm.. tu… aduss…

Teringat aku waktu first time aku pi x-ray.Masa tu aku form 1 atau form2. Tak ingat. Yg aku serius tak leh lupa tu, org yg jalankan x-ray kat aku ialah sorang lelaki.Mau je aku cabut kejab tu jugak bila dia dtg kat aku then bg arahan2 spt yg aku tuliskan kat atas. Tp aku akur je.Aku tau dia anggap aku bebudak tp hell lah man! Aku pompuan.Dia lelaki.Sib baik tak lama tu dua org staf pompuan kuar.Barulah aku lapang dada.Lega…

Sumer dah aku bereskan.Hampir 85% settle borang aku. Yehaaaa! Dan satu dialog kelakar aku dapat dengar arini.Ni cerita time aku jumpa abah nak suh dapatkan pengesahan pihak2 yg tertentu (dan tak tentu hala).

“Aisey…ni nak suh sapa sahkan ni?,” tanya abah agak celaru ngan hal remeh temeh ni.

“Suruh je Nik Aziz.Kalau Arwah hidup lagi la.Tapi takpe la. Hadi Awang pon boleh…” tup-tup aku leh wat sketsa komidi kat situ.Abah sengih.Member abah, Pak Cik Bob pon sengih gak.


“Ko suruhlah Hadi Awang… Bukan kau dapat biasiswa nanti, tapi dapat zakat,” spontan kata Pak Cik Bob. Mengekek aku ngan abah gelak. Wakakaka… kalau lah aku boleh meletakkan nama Hadi Awang sbg waris selain parents aku, dah lama aku taruk. Tapi… (sambil berfikir tajam)… lebih baik aku taruk Ustaz Akil. Chumey… Ahak…Ustaz pooojaan hatiku. (Dan Athirah)


adikswim.jpgAdik men air! Sakit perut aku gelak ptg smlm. Dia jejalan kat tepi kolam. Then sambil tu menyampok-nyampok aku ngan ma borak.Ma pon sound la.. “adik ni busy body btol.Bukan hal adik la,” Dia pon sengih. “dah terdengar nak buat camana,” menjawap lak tu. Tak sampai seminit pastu, BUMMM! Dia tergelincir, terus-menerus masuk dlm kolam.Tak agak-agak.Dah la baru isi air. Sib baik gak.Klu kolan tu kering lagi bahana. Aku ngan mak aku apalagi, tepok tgn ngan gemuruhnya. Haa… tu la akibat menyampok tak bg salam. Ekekeke… tapi serius lawak bila dia tgh cakap2 then terdiam sbb tanpa disangka-sangka dah terjun dlm air. Mmg adegan lucu yg bermutu. Blekkkk

Fuyyo! Harini aku cam baik hati gak. Sehari suntuk aku kasi muka kat adik-adik aku guna pc aku.Sbb pc dorang lom pasang kabel streamyx. Router nyer da beli.Esok pasang kot.

Yg aku geramnya, aku terpaksalah berbungkus diri buat-buat tdo bila 4 bebudak lelaki dah serbu main game kat bilik aku. Abah lak dok usha banyak kali sbb biasalah. Abah punya rules, seblom kul 10 atau 11 semua kena tdo.

Adik ar ni punya pasal. Buat babak airmata kat ma lak dia tadi. Tgh aku tgk Top Host, time tu la dia memekak nak main game. Nak main pakai je takut. Dah tu memekak kat telingan aku.Aku tengking skali, terdiam. Then aku tgk2 dah berlinang air mata. Kesian lak aku tgk. Aku pon ngan lagak garang dan penuh dramatik kasilah dia guna. Tup tup dia hangkut abang2 dia semua. Pitam paler aku. Main pool ngan rakusnya. Adey…

ilmu aku dapat berdasarkan pendidikan kehidupan hari ini :
love is stupid but frenship is extremely stupid”

Song of the day : Biarlah Bulan Bicara (Broery Marantika)
Aphal lak layan Broery? Sbb aku lebih respon ngan lagu2 syahdu time ni.Sempat gak nyanyi-nyanyi ngan aiza. Berduet online. Skali lg YM dieksploitasikan sbg sebuah pusat karaoke.Dari lagu nasyid… tgk last2 aku ngan aiza dah layan nyanyi lagu Marc Anthony. Kegilaanmu kegilaanku.Ekeke..

m a m m a m i a !

Posted by chika under Uncategorized
Adik ! jom buat iklan aiskrim! (aku jadi cekgu yg mengajar keje tak berfaedah time menikmati aiskrim ptg tadi)
Mmmuah… Mam.Ma.Mi.A… Mammamia! (spontan adik buat aksi-aksi model aiskrim ngan begitu gediknya)
Kih kih kih… (kitorang pon gelak)
Ma…Ma… (adik jerit panggil ma bila ma dtg kat kitorang.Ma pon pandang)
Ma…Ma… Mammamia! (skali lg adik buat aksi dan kali ni ma gelak)
Maka, start dari ptg tadi iaitu waktu aku ngan ma teman adik berenang-renang di muara (ekekekek)… aku pon dah sedap mulut asyik nak sebut MAMMAMIA! Huhuhu… aku pon satu.Kadang2 kepala pon leh tahan gilanya melayan aksi adik.Mammamia!
Surat Chenta dari Pegawai Pendaftaran UKM telah pon aku terima semalam. Berbesar hati aku menerimanya.Kebahgiaan yg melimpah ruah.Adey, tiap2 tahun aku kena buat benda yg sama.Apply UPU ngan ghairahnya.Then kena isi-isi borang tak tentu hujung pangkal.Ni lah dia babak paling aku malas nak layan.Tapi demi UNIVERSITI, aku buat gak.
Afdzal call smlm.
“Akum, Haizum!,” shhhiuww! terus ja sore dia menyumpat kat tinga aku.
“Wsalam.Hey…!,” aku cam a bit excited.Klasmet kat KMJ la katakan.
“Ko dpt mana?…bla..bla…,” dia soal.Aku jawap.Then borak kejab je.Ciput gila. Biasa la.Dlm hal-ehwal yg membabitkan kredit ni mmg manusia berkira sket.Ekekeke…Then dia continue ngan sms.
Afdzal is my ex-practicummate in JMC.At the beginning of the sem, punyalah annoying dia tu.Keje nak protes aku je.Pandang aku cam haper je.When things are going about me,mesti dia meluat.Sampai aku rasa dia mmg bencikan aku tanpa sbb.Mungkin tu namanya Hatred At The First Sight. Maunyer tak, since aku masuk je praktikum F21, dia langsung x berckp ngan aku.Sindir2 aku ada la lg.Tau la aku bdk baru.Maklumlah, aku ni ngan bersungguh-sungguh wat rayuan kat HEP nak tukar course.Dari Hayat ke Fizikal.Tp aku kacau dia ke? Hurmm..mungkin jugak muka aku ni buat dia rasa cam azab kot.We neva know!Tapi at last baik gak ngan aku.Ngeh ngeh. Semuanya sbb aku jd ketua group Chemistry dia.
Ok, about his call.Kejab je call.Then dia sms. Meluahkan perasaan gerun dia. Skang dia kat Alor Staq.Aku tak tau nak kata nama tempat dia study tu apa.Kem tu dia amik bidang memandu pesawat la.Pilot meh? Entah heh… I can’t find my best description about that.Dia pegi kem tu since blom pon abis matrix.
Afdzal tu sebnarnya dok risau sbb turn dia tuk ujipandu pesawat dah dekat.Aku yakin you guys tau pasal pesawat terhempas kat Sabah tu. Kata Afdzal smlm, the guy yg terkorban sbb gagal kawal pesawat tu ialah senior dia. Dan dorang kat kem tu asyik diberi briefing pasal insiden tu.Dia pulak dah makin kecut perut.
Afdzal - Aku takut la weih.Aku lom kawin lagi
Aku - Ishk..insyaallah ok.Lagipon kau yg pilih bidang ni.Doa byk2. Ingat Allah.
Afdzal - Tapi aku takut tak sempat kawin.Kau je la kawin ngan aku.Kaya tuh keje aku ni.
Aku - Okey okey.Tapi kau jadi kaya dulu la, baru aku nak.
Afdzal - Eleh, kawin la dulu.Kang aku da masuk kubur dulu kang tak sempat lak.
Aku - Ishk, kau ni! Apa la ckp camtu.Tak baik arr… Ingatla yg baik-baik.Ingat yg bukan-bukan lak.
Dan akhirnya dia send sms terakhir dia.Aku baca, then aku slide off henpon aku.Aku da ngantuk time tu.Aku tak reply dah pastu.
Aku harap semuanya baik tuk dia.Insyaallah, Allah akan lindungi dia.
Mammamia! Kebahagian yg melimpah ruah aku rasakan. And lately la, apa aku nak mesti dapat.Abah menjadi lebih pemurah.Ma jgn cakaplah. All time long sikap pemurahnya. Yuhuuu… LOVE MY FAMILY SO MUCH.
This is what Athirah wrote about me in her blog. Gonna miss you one day. Get well soon. Its quite jealousy when u got MC from joining the orientation. Haih… is that ok if I say… I wanna get injured too.Tammo orientasi! Tammo!
“haizum Zdein..hehe..gonna miss her…gonna miss the midnite chats..the crying and the sobbing..The funniest jokes we used to crack n laugh until our stomach screams in pain…just realised i shared a lot of stuffs wit her..we bcame good frens in 2nd sem…hahaa..thanx to ain karim la kan..haizum..???kalo tak i guess till now kiter tak rapat sgt eventho we r rummates…me gonna mis those time she used to bully me..angkat barang die yg besar2 gedabak..still rmmber haizum??..gonna miss the time we had our meal 2gther..playing badminton 2gether..we are g8t in playing bad kan?..huahuahua…a lot of things which i guess tak muat kalo nak mention those things kat sini..only for 6 months..i get to know sumone who is absolutely wonderful n get to know a lot of things bout her..bout her past..her crush..family n frens..yada yada yada..thank god ..i got the chance to know you….gonna miss ya..xoxoxoxoxoxoxoxo…” -a t h i r a h-

C . U . D . I . P . T

Posted by chika under Uncategorized

Gembira.Tu istilah plg tepat mewakili aku buat masa ni. I mean, sejak lebih kurang kul 1.30 pagi semalam. Fuh, layan conference Incik Nashrex yang huru-hara gila.Orang gila pon tak huru-hara camtuh.Sapa nak join Akademi Fantasia + Malaysian Idol edisi huru-hara sdn bhd, bley la minta Incik Nashrex invite anda ke conference tersebut.Kesian Yahoo! punya management klu dorang tau ada golongan muda-mudi yg buat Yahoo Conference tu cam night club.Siap karaoke sumer.Mahsyuk abih.Aku ni dah beberapa hari ni asyik gementar tunggu result UPU, then tambah lak ngan susah hati problem ngan Haikal…Tu la pasalnya aku join je la dorang buat huru-hara sket.Tapi aku taklah penyumbang huru-hara.Aku penyeri suasana je.Ngess..ngess…

Yehaaa!

Okay…pi balik pasai UPU.Alhamdulillah.Result yg aku tggu2 tu seperti kat atas. Tu aku dapat dari website UKM sendiri.Maunya aku tak teruja-uja cam orang hilang akal.Sebab keterujaan :

  1. The university is UKM.Heaven la hidup aku sepanjang buat degree ni. Dekat, leh ulang-alik.Takkan homesick yg boleh bawak maut lagi. Ma dgn abah boleh lawat anytime.
  2. Yuhuu! Architecture, babeh!Aih… (bersinar-sinar mata aku)… pintu keramat tuk capai cita-cita aku nak jadi arkitek dah terbukak. Tapi still… rezeki Allah SWT tentukan.Tapi aku syukur sbb at least ada harapan.
  3. Tak adalah menyusahkan abah lagi.Kena drive jauh-jauh cam time aku buat matrix.Everytime aku nak balik, penat abah kena ambik.Then kena hantar pulak.Kali ni tak adalah drive jauh-jauh.
  4. Abidah kat UKM gak!!!(member paling besh sbb slalu je tak tolak bila aku suh dia belanja.Klu suh bayarkan pon dia tak kesah. Klu ajak teman pi mana2 pon dia nak. Then bila jumpa aku je kat room,mesti bawakkan coklat ngan Nips).
  5. Ain pon kat UKM!!!! Jumpa lagi ngan kwn seiya-sekata itu. (Ain ialah rumet aku.Dok seblah katil aku time kat matrix)
  6. Semua member dapat apa yg dorang nak. Glad to know that. Tumpang bangga.
  7. UKM - Sains Seni Bina adalah my 1st choice.Betapalah bertuah dan betapalah rezeki Allah bagi tuk aku.Dan member lain gak.

Big thanx memula tuk Incik Nashrex.Klu bukan sbb dia, mesti aku akan terlambat sket tuk memiliki kegembiraan dan keterujaan.Sbb pas conference, aku ingat nak tdo.Lgpon sakit rahang aku gelak2 ngan suara-suara Nash and the gang.Nyanyi tak ingat dunia. Peterpan dengar pon leh tido seratus tahun akibat kesedihan.Wakakaka… Then Nash msg aku bg url website utm tuk check result.Neway Nash, thanx ar!

Thanx gak kat Aiza. Dia org first tau pasal ni sbb kebetulan aku on voice chat kat YM.Bila aku jerit mengalahkan anak tarzan sesat, aizar pon bergaung la dok dengar aku dok teghiak-teghiak. Mmg hilang pertimbangan.Cam org tak sedar diri dah aku. Aku jerit bukan sket punya halus.Vibration pon tinggi. Amplitude naik… frekuensi pon naik gak! Pepagi waktu org tgh membuta aku dok teghiak.

Aku teruih lari pi bilik ma.Ma ngan abah lom tdo.Dengar ceramah agama kat vcd. Yg dramatik nyerh, aku ketuk pintu bilik ma cam nak roboh.Siap jerit-jerit tak tentu hala. Bukak2 je pintu, abih kena marah ngan abah.

“Lain kali jgn buat camtu. Ingatkan ada emergency case la tadi,” abih kena sound ngan abah.But few seconds later pas aku bitau ngan sora yg gila punya extrem, abah ngan ma senyum. Nampak hepi abih la muka parents aku.Hepili eva afta…. (blek..blek… :P)

Terbukti Aiza lah yg share gembira ngan aku sepanjang mlm.Sampai takleh tdo kitorang smlm.Kul 4 pagi pon aku lom bley lelap.Punyalah hepi, sampai aku terlupa nak pakai stokin time tdo.Menggigil rasa cam nak keras satu badan.

Pagi tadi lak Trex call.Borak lama-lama.Sonok ar dpt borak sakan pg tadi. Dia pon hepi. Congratz…. Tapi tak sama U dah pasni. Sedih la.Aku harap gak dapat sama ngan Trex lagi. Aih…hancurlah empire MonMon Association aku sbb sumer ahli dah berpecah. sob..sob…

Setakat ni, aku dapat tau pasal kengkawan aku sikit je.

  • Athirah Trex - UTM Skudai ( Petroleum Engin)
  • Adi - UTM Skudai (Mechanical Engin)
  • Badrul - USM (Bahan)
  • Baqlish - UNIMAS (Medic)
  • Imah - UPM (tapi Trex kata ada tawaran under JPA)
  • Abidah - UKM (BioChem Engin)
  • Aqilah - UTM
  • Fauzie - UPSI (cekgu Fauzie meh???)
  • Asmah - UTM Skudai (Engin)
  • Yazmin - UTM Skudai (Architecture)
  • Duen - UTP
  • Anis - KUKTEM (Civil Engin)
  • Ain Karim - UKM (Statistic)
  • Hidayah - UM (pharmacy)

Yazmin mmg sgt ntah apa-apa. Ngeh ngeh… tak menyempat-nyempat UPU kuar, dia rembat MMU dulu.Kunun la tak konfiden ngan interview kat UTM. Aku pon tak konfiden gak.Tapi tu bkn 1st choice aku la. Tup-tup dia dapat UTM. Ha… abih terpinga-pinga skang serba-salah. Nak tinggaikan MMU sayang… tapi minat plak nak wat architecture. Dan peluangnya dah ada. UTM lagi tuh!… Huhu…indecisive!Pity Yazmin…

Syukur pada Allah SWT yg bagi aku rezeki dpt apa yg aku inginkan. Akan study leklok.I know this course quite tough.Quite??? Nope! The course is really tough. Espeseli for me, sorang “anak perempuan” yg sgt jelas “anak perempuan” nyer. Kena compete ngan student lelaki yg mmg monopoli course ni.Then kena capai tahap imaginasi setinggi lelaki.Aku akui, sehebat-hebat wanita, akan kalah ngan lelaki when things are going bout creativity.Buat kata abah, perempuan ni sorang pekerja yg tekun. Akan buat semua keja yg diberi ngan LURUS. Takkan buat pulak yg tak disuruh.Berlainan bg lelaki. Kaum yg bukan kaum aku ni, dorang tak tekun.Akan buat tanpa kesungguhan. Tapi ttp buat dan akan buat jugak keje2 yg tak disuruh.Sbb lelaki lag
i suka nak amik tau berbanding pompuan yg lebih suka fokus kat sesuatu.

Haaa… aku da mula malas nak tulis.Memandangkan aku tak ske seksa badan aku, so tata lah…!