Archive for May, 2005
Posted by chika under
Uncategorized
Photo : Ma Bonda
Lokasi : Home Sweet Home
Tentang Photo : Ini dia bonda aku yang aku panggil Ma.Ni la dia insan yang lahirkan aku, yang aku paling sayang….Sengaja letak gambar ma kat sini.Sbb aku ske tgk muka mak aku.Nanti kalau tiap kali aku masuk sini,leh la aku nampak wajah ibuku yang terchenta.
“bukak pintu tgk sapa dtg.Ma nak sembahyang ni,”waktu Maghrib tadi ada org dtg umah aku.Tgk2 ateh, adik mak aku.Ui, sangat rindu kat dia.Tapi mmm.. alahai…awatnya kurus sgt la ni.Kesian yg amat aku tgkkan dia.Ngan anaknya yang dah 3.Plak tu kecik-kecik sumer.Aku dok terkejut tgk dia kurus sekeping,dia dok terkejut plak tgk aku bukan main SEHAT WALAFIAT lagi… Dan anak bongsunya yang lelaki tu sungguh la chomey.Lelaki..wajahnya lembut.Matanya bulat tapi ayu.Camner plak bley kuar baby boy yang ayu neh?Sib baik badan dia cam gagah sket…ngeh..ngeh..
“Ko tak de rasa nak kurus skit ke?,”tanya ateh aku time kitorang borak2.“huh?hmm…ada gak..tapi tak
reti arr..,”jawap aku ala-ala ke’blur’an.Tup2 sepupu aku budak kecik bernama Ezwa dok menyampok…“Diet la!.”jerit bdk kecik berambut ikal mayang tuh.(yg digelarkan sbg rambut mee maggie cpt dimasak sedap dimakan oleh adik2 lelaki aku)
Gulp!
Aku pon serupa x caya bdk kecik boleh sarankan aku utk berdiet.Owh, tidak!Aku tak suka diet.Klu ada aku menyebut tentang diet,itu cuma ckp kosong aku je sbb sepanjang yg aku sedar,aku tak pernah ada hasrat nak berdiet.Program diet adalah program yg menyakitkan psikologi bagi aku.Tapi kalau diambil dari istilah diet yg betul, iaitu mengambil makanan dgn nutrien yg betul,tu elok lah sgt diikut.Tapi masalahnya skang, aku merujuk maksud diet sbg TIDAK MAKAN atau TAHAN MAKAN.Sama sekali aku tidak akan berlaku kejam terhadap perut kesayangan yang satu ini.
Hanya satu semangat yg terus inspired aku utk jaga sket bdn aku.Apakah semangat itu? ABAH.Abah dah berkali-kali sound aku. “jgn sampai gemuk…,” dan aku mula perasan yg ayat “jgn sampai gemuk…”ni dah jd ayat paling glamer abah tujukan kat aku ngan mak aku.
Last word : Fuh…
Posted by chika under
Uncategorized
Asyik keje tukar layout je aku heh.Tu menunjukkan aku sungguh free. Kat seblah ni,ialah gambar first skali aku guna as header blog aku.Aku suka gambar ni.Tapi cam tak sopan lak aku taruk gambar sexy-sexy camni tuk renungan byk mata.
Diary : hari ni,aku masih lagi bergelar aku dengan perangai yang sama.Perangai yang aku maksudkan ialah ‘ketidakupayaan bgn pagi’.Apa nak buatkan, sumer orang ada kekurangannya tersendiri.Jangan salahkan aku.Sebab mengikut pengetahuan Biologi aku,hormon jugak memainkan peranan dalam menentukan kadar kemalasan. ngeh..ngeh..ngeh…
Semalam : Kuar makan ngan family kat area Bandar Baru Ampang sana.Dahlah service bukan skit punya lambat.Dari lapar jadi kenyang aku menunggu.Sementara bosan tunggu order tu, Dek Kal bukaklah cerita pasal pagi semalam.Kisahnya adik aku yg dua orang ni (Dek Kal ngan Ijat) kena serang ngan sorang mak budak Indon ni.Heran gak aku kalau-kalau ada Indon berani dtg umah aku nak buat serangan.Ahak…kebetulan pulak Dek Kal tengah basuh motor.Dengar je orang bising2 kat luar pagar, adik aku mula panas telinga.Disergahnya mak cik tu…lari terus tak cukup jalan.Mana tak nyer, adik aku dok sound dia… “woi, apa bising-bising?Jangan cerita banyak, balik ajar anak dulu, pastu baru dtg sini bawak parang ke, senapang ke.Kalau ada bom bawak sekali,” jerit si Dek Kal.Adik aku yang bernma Haikal ni memang hangin punya kaki.Lagipon anak makcik tu yg carik pasal,dok baling adik aku tak pasai-pasai.Apalagi,sarapan pagi makan penampar adik aku lah (penampar Ijat)Dengarkan citer tu, aku gelak je la.Persoalannya, dimanakah aku ketika itu? Jawapan : aku belum bangun tido! yes lah!
Tengah cerita2 tu,aku ternampaklah pulak sorang mamat ni.Eh, cam kenal.Aku tengok lak mamat satu lagi yang dok sebelah dia.Eh, cam kenal gak.Aku tengok pulak bdk pompuan yang mkn semeja ngan dia.Uuuu…Lala…sememangnya kenal.Budak sekolah aku dolu-dolu.Klasmet Aiza.Woah.. bercouple rupanya bdk 2 orang tuh.(Aizar yg bitau)Alahai…
“semakin dekat kita dengan perempuan, semakin jauh kita dengan Allah” Ini adalah kata2 sorang budak lelaki yg tak aku kenali.Cerita ni aku dengar dari Athirah.Dengarnya budak lelaki ni kunun2 tak ske nak dekati perempuan. Tak salah gak klu aku kata dia ni cam ANTI PEREMPUAN. Aku tak puas ati betul bila ada pertubuhan anti perempuan ke,anti lelaki ke…Tak payah nak beranti-anti.Buang karen.Disebabkan aku betul2 tak puas ati, aku akhirnya dah dpt jawapan terbaik tuk aku jawap balik prinsip lelaki tersebut.Bila aku tanya abah pasal kata-kaa tu, abah terus je jawap.. “semakin lelaki itu menjauhi perempuan, semakin dia menjauhi nabi.Sebab nabi bersabda,mereka yg tidak mahu mendirikan rumah tangga itu bukan umat baginda” Dan akhirnya aku lega… Dan aku harap aku ada peluang tuk menjawap kata-kata tu.
Posted by chika under
Uncategorized 
bayangkan aku skang tak de keje lain…
maka mak aku tiap-tiap hari membebel kat aku….
ma : pegi la shopping!
aku : malas arr! Asyik shopping je.Semalam shopping, arini shopping…naik jemu.Naik muak..naik meluat dah! tak mo!
ma : jangan degey!Amek duit ni shopping sakan.Pi shopping sesakan mana pon kau nak.
aku : ye arr (ngan beratnya aku terpaksa gak amek duit tu tuk bershopping sakan)
TAMAT
Kisah tersebut malangnya adalah situasi dalam imaginasi aku.Kan best kalau aku takde keje lain dan mak aku asyik paksa aku pegi shopping je.Alangkah indahnya dunia.Owh, alangkah….
Posted by chika under
Uncategorized Yeay!
is back!Aku akan main conteng2 balik.Byk nak aku tulis tp kdg2,simpan peristiwa yg berlaku dlm ingatan lagi sempurna dari cuba terjemahkan semua sbg tulisan.Lagipon byk sgt yg dah berlaku.Aku tak percaya klu aku boleh plak tuliskan semua yg berlaku selama tempoh 3 atau 4 bulan.
Tata KMJ…
16 Apr 05 – finally…that was the day to say good bye to college.Aku tau mmg aku taklah sepenuhnya enjoy diriku dok kat Johor sana.Tapi deep down inside aku sungguh2 sedih nak tinggalkan kolej.Aku pon sampai hari ni x caya macam mana perasaan sedih tu boleh muncul.Ye…mestilah sedih.At least sikit kan…tapi masalahnya sedih aku cam tahap yang agak hebat jugak.Akulah org paling byk kuarkan airmata pagi tu.Bila tiap kali je ada member yg parents dah sampai nak bawak dorang balik, tiap kali tu la aku nangis.Dan akhirnya semua dah balik…dan sampai harini, aku tak jumpa-jumpa lagi dgn semua insan yg selama setahun sebelumni jd insan yg plg dekat dgn hidup aku.Rindu rumet aku…Minnysh…Ain…Trex.. Trex? Rindu ke?Tak ah… =)) Sbb aku ada jumpa Trex aritu.
Blog wajah baru.
Entah macam apa pon aku tak tau nak kata.Serius cakap..aku tak puas hati langsung dengan rupa baru blog aku ni.Tapi aku dah penat nak mengesahkan benda remeh temeh camni.Aku dah tawar hati nak layan internet n komputer lagi.Bulan ni je, beratus-ratus spend duit tuk repair pc degil aku ni.Aku cam dah tak de perasaan kat pc ni.Sorry la komputerku… aku dah tak sayang kat kau lagi!Sbb kau ni cam mesin telan duit ko tau?! Aku marah tau.. (nada sexy). Streamyx pon dah tak mahsyuk dah.Err…bosannya…..
latest fav song : Cahaya Kris Dayanti
“jalannya cinta menodai hati…“