Archive for May, 2005
Posted by chika under
Uncategorized Ain, rumet aku time matrix kat Johor dulu pernah cerita kat aku.Budak praktikum dia (perempuan),baru je hilang boifren.Aku tanya hilang pi mana? Meninggal…accident.Tu jwp Ain.Terdiam aku.Terus aku duduk kat desk aku, pikir sesuatu….
-
Apa rasanya hilang tak kembali?
-
Apa nak buat bila tgk gambar2 dia ngan kita?
-
Apa rasanya bila berhadapan dgn keluarga dia?
-
Camner ngan sms2 yg dia pernah bagi?
-
Camana tanpa dia yg akan call kita tepat jam 10 mlm setiap hari?
-
Sanggup ke nak delete nama dia dari phonebook?
Dan soalan ke-6 buat aku tak semena-mena menitiskan air mata.
Eh,eh!Macam aku pulak kematian kekasih.Kekasih? [perkataan paling tak digemari] Geli pulak rasanya.Entah camana otak aku boleh proses perkataan kekasih sedangkan byk lagi perkataan lain boleh replace perkataan ni.Ish… Tapi sesungguhnya…aku sgt simpati dengan cerita Ain tu.Aku terus terkedu lagi2 bila otak aku yang bijak bestari ni terlintaskan soalan no-6… tak boleh kata banyak..aku tak pernah menceburkan diri dalam industri per’couple’an
Hari aku – cam biasa.Online dan berasmaradana ngan Sang PC dari pagi sampai lah ke pagi seterusnya.Mak Yang pulak ada kat rumah.Semua kami adik-beradik pun naik lemak.Mulalah mengader nak itu ini.Ngan ma..jangan harap ma nak layan.Ngan Mak Yang, kitorang sumer akan jd makhluk kudung.Nak suap nasi sendiri pon tak boleh.Makan je nak bersuap.Eii, ngadernyer! [included me lah] Dan masuk harini dah masuk 5 hari kot tak nampak si Aiza.Rindu sama lu…
Aku terasa nak berhenti.
Posted by chika under
Uncategorized
Telah kumungkiri janjiku lagi…
Walau seribu kali kuulang sendiri…
Aku takkan tempuh lagi…
Apakah Kau terima cintaku lagi…
Setelah kuberpaling dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku…
Mengapa cintaMu tak pernah hadir…
Subur dalam jiwaku agarku tetap bahagia..
Tanpa cintaMu tetaplah Kau di sana..
Aku tanpa cintaMu…
Bagai layang2 terputus talinya…
Masihkah ada sekelumit belas…
Mengemis kasihMu Tuhan…
Utkku berpaut dan bersandar..
Aku di sini kan ttp terus mencuba
Tuk beroleh cintaMu …
Walau ranjaunya menusuk pedih
Sejak first time aku dengar lagu
Aku Tanpa CintaMu nyanyian
Mirwana ft
JayJay kat IKIM, aku terus jatoh chenta bergolek-golek.Ckp pon tak guna sbb aku mahsyuk betul ngan lagu ni.Ngan sora depa yang best, mmg seriau satu bdn bila pekena lagu ni tgh2 mlm buta.Sebenarnya pon aku mmg minat nasyid.Lately, selain lagu ni aku dah mula taksub ngan lagu
Destinasi Cinta.
“…Destinasi cinta yang kucari…sebenarnya terlalu hampir…” lirik yang sgt memerlukan penghayatan.Lagu nasyid tanpa penghayatan… baik toksah dengar.Buat berat telinga je.Tapi nak kata aku ni mmg menghayati, tak adalah.Tapi at least aku tercengang gak lah bila tiap kali layan lagu2 nasyid jiwang camni.Kat kesempatan ni, aku nak promotelah kat semua orang : Dengarlah
IKIM.fm. Dengar online lagi bagus.
s a h a b a t – part 2
Aku blom puas hati dgn kisah Sahabat aku semalam.Tergerak hati nak continue.Aku takkan rasa nak create part 2 klu tak kisah ni mendapat perhatian beberapa org kawan baik aku.
komen aiza (my besfren 4eva) about my last post:

chat wif Mizi.Ere is my edited msg wif Mizi.Pjg sebenarnya tapi byk tapisan dah dibuat.Tu je layak ditayangkan.Selebihnya hak peribadi.

Akhirnya sekarang mmg sah! Tinggalkan aku dengan aiza.Astri? Hmm.. sorilah Astri kalau kau baca entry aku kali ni.Aku bkn nak ketepikan kau.Tapi mmg betul pon, sepanjang cuti ni aku langsung tak jumpa kau lagi.Tapi bukan sbb kau tak nak jumpa aku (aku harap camtulah), tapi sbb kau balik Indon.Aku hrp kau tak menyisih.Dan aku tau, selalunya tiap kali cuti kau mmg akan carik aku.At least kau akan msg aku sungguhpun ntah apa2 je bunyinyer msg kau.Thanx ingat kat aku.Mizi pon sama.Since this around few days, aku dah jadi biasa pulak kongsi cerita dgn dia.Terima kasih.Sesungguhnya betul cam telahan aku.Yang nak pergi, silakan pergi.Aku ada lagi kawan yg lain.Aizar pon ada ngan aku.Dan honestly…komen yg aizar hantar td buat aku rasa bertambah sayu.
Aku ingat lagi, aku penah beritahu Hani…”Sekarang ni, bila dah besar, aku dah belaja satu lagi benda.Benda ni aku belaja masa aku kat Johor. Persahabatn tu penting.Dan betapalah kita kena buat sesuatu utk pertahankan persahabatan sbb ia bukan senang.Susah berkawan sebenarnya…,” itu yg aku bgtau Hani.Time tu kitorang tgh tggu LRT kat Cempaka.Betul… part plg susah dlm persahabatan ialah utk mempertahankannya.Aih… (mati kata)
S a h a b a t part 3
Seorang sahabat bernama Kamal.Kamal…apa ye tentang Kamal.Dia kwn aku.Aku kwn Kamal.Lagi?Hmm..bukan nak cerita Tentang Kamal.Tapi nak kabarkan aje, td aku sempat borak pjg kat Frenster Chat ngan Kamal. Terharu aku sbb afta almost a year tak jumpa, dia leh anggap aku as fren and kitorang akhirnya simpulkan..”frens foreva yeah!”… Byk yg diperkatakan tadi…Aku terharu sebenarnya sbb dia nak kongsikan sesuatu ngan aku.Ala..kisah2 hidup sepanjang kitorang tak jumpa.Yes, satu lg persahabatan berjaya aku pertahankan.
“saja..aku kan ingat kwn,” aku reply sms Faiz camtu.Tp dia tak caya aku sibuk ingat kwn skang ni.Sesungguhnya betul!Aku tengah berusaha sgt2 utk pertahankan sisa2 persahabatan yg ada.Inilah kali pertama aku lakukannya sbb slama ni ego aku bukan skit punya tinggi tahapnya.Dan Alhamdulillah… setelah setahun juga, aku kembali ada Faiz as my fren.Juga kembali detect Zulfadhli secara tak sengaja.Tak mau ego lagi.Aku add him up kat frenster hanya nak tunjukkan betapa aku dalam usaha mempertahankan semua persahabatan yg pernah ada walaupun sikit.Taklah riak sgt kiranya aku kata.. i’m naturally nice! Eheh… (akhirnya kesyahduan aku berkurang…)
sms of the week
“ai cyg..huhu..lama x dgr cite….tido eh…” – Sharil
“oit geng…amcm idop?Ko mintak ape?,” -astri.. (betapalah akhirnya aku leh tarik nafas lega ngan sms astri ni.Baru smpai KL dari Indon ptg tadi. Astri!!! Mish u, u noe?)
-harap tak perlu continue babak sahabat tuk part yang seterusnya. Jemu!-
Posted by chika under
Uncategorized aku : berada di bwh suhu 22 darjah celcius.Sejuk.Berstokin hitam belang-belang,bersweater,rambut tak berikat tapi berklip,memanjakan telinga dgn IKIM.fm.
Selamat Berjuang
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu Tiada berhenti
Oh syahdunya…Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan Penuh onak dan cabalan
Bersama teman – teman … Arungi kehidupan
Oh indahnya… Berat rasanya didalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina…Diakan selamanya…
Slamat berjuang sahabatku…
Semoga Alloh berkatimu….
Kenangan indah bersamamu….
Takkan kubiar ia berlalu…
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita…
Hati ini sayu mengenangkan…
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan …
Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Kita main sama-sama.Dari seronok dengan Barbie Doll,dewasa kita gemar pula bermain UNO.Kita nyanyi sama-sama.Dari zaman lagu ‘anak itik tok wi’, dewasa kita suka pula lagu2 cinta indonesia.Kita lakukan semuanya sama-sama.Waktu kecik dulu,kita ke sekolah sama-sama.Dewasa sikit, kita keluar shopping sama-sama sambil bergosip isu2 semasa di Secret Recipe.Semuanya bersama.Hinggalah satu masa….
Kita masing2 ada haluan sendiri.Kita tak lagi memerlukan satu sama lain. Ye ke begitu?Dah sampai ke masanya kita saling tak memerlukan lagi?Bukan ke kita ada angan2 utk terus bersama?Kita sesama kita melihat masing2 punyai keluarga sendiri,punyai anak2…dan seterusnya redahi usia bersama-sama. SAMA-SAMA? Sama-sama yang dulunya slalu kita sebutkan sekarang dah jelas..hanyalah satu angan-angan.
Aku tak tahu sama ada aku masih punyai mereka.Mmg perpisahan hanya waktu.Tapi waktu tu penentu sebenarnya.Seorang kawan yg pernah aku ada dalam sejarah dunia ni, dah mula menampakkan tompok2 kelainan.Betul awak dah berubah.Kenapa,wak? 1 Julai 2003 , kita buat perjanjian. “apapon selepas ni…kehidupan kita ttp bersama.Semua rahsia milik kita sama-sama” itulah perjanjian yg aku dan sahabat baik aku tu buat.Waktu tu kitorang tingkatan 5.Saat ni,detik ni,sewaktu aku menaip semula intipati perjanjian tu aku rasa mual.Aku rasa meluat.Meluat dgn janji yg tak pasal-pasal dicipta tu. Mungkin bukan salah kami yg mencipta, tapi salah masa.Waktu tu masing2 berjiwa kanak2.Sekarang jiwa tu dah dewasa.Kedewasaan barangkali buat dia pergi jauh dari aku dan kawan2 yg lain.
Bukan dia sorang!Yang lain pun berubah.Aku benci perubahan yang jadi.Mencari atau diam buat bodoh?Aku tak rasa diri aku perlu terhegeh-hegeh mencari kawan yang hilang.Dari aku susah payah mencari yang hilang, lebih baik aku ajar je diri aku untuk terima insan2 baru yang datang pada masa akan datang.Mungkin persahabatan boleh berakhir.Sekarang aku betul2 yakin… persahabatan boleh berakhir bila2 masa je.Dan aku…langsung tak kesah dah.
Semoga semua sahabat, bekas-bekas sahabat yang pernah menjadi sahabat dan bakal-bakal sahabat aku bahagia selalu.Selamat berjuang… Malang bagi kita sbb tak sempat berjuang bersama.Sbb istilah ‘sama-sama’ tak wujud lagi… Semoga kita semua boleh menjadi kuat walaupon hanya dengan istilah ‘masing-masing’.
“aku syg persahabatan kita semua….”
dearest
-
aizar (thanx masih bergelar sahabat)
-
hani (juga masih bergelar sahabat)
-
mimi (we need to reunite)
-
marlia (awk dah terlalu jauh dr kitorang semua… pliz sedar!)
-
astri (susah nak faham)
-
nadia (tolong jgn hilang)
-
…dan nama2 yg tak tersebut…
Currently on IKIM : Rabiatul Adawiyah (In-Team)
“….Rabiatul Adawiyah Serikandi yang tercipta..Sungguh agung pengabdianmu..Kau berjaya menjadi iktibar..Asmaramu dihampar suci..Pintalan dari awanan putih..Membuahkan titisan rahmatMenyuburkan mawar yang layu…”

[ ni lah namanya kenangan 'sama-sama']
Posted by chika under
Uncategorized
“Ni,nak kena aku siapkan kompang ke haper?,”tanya aku kat Aizar smlm bila aku dah mula rasa lama gak aku terpacak kat TUT* ngan Aizar.Kitorang sesungguhnya mmg marah dan menjadi sgt buas smlm.Tak mesra alam langsung bila terpaksa berdepan ngan seseorang.
Sapa?
Aku takkan sebut walau sekalipon nama dia kat sini sbb bermula dari semalam,aku dah dpt tetapkan status dia dlm kepala aku.Status dia pada aku adalah ‘Benci’.Status : benci.Meluat yang amat ngan sorang ‘lelaki tulen of the world‘ ni.Aku tau lelaki mmg ego.Tapi ego yang lelaki ni ada adalah ego tanpa kawalan.Sib baik mood aku baik semalam.Kalau tak mau perang lagi.Perang lagi?Yes…aku pernah gak perang dingin ngan dia beberapa tahun yg lalu.Dan kali ni aku terasa nak sgt perang lagi.Aku marah tau..Aizar pon marah.Terus terang aku declare : smlm mmg aku mengutuk kau lah sedara ego!Aku minta maaf lah sbb kau mmg selayaknya terima semua madah2 puaka lagi2 dari Aizar.Aku tau mmg aku dah kumpul byk dosa.Tapi kau dosa jugak sbb buat aku terasa.Buat Aizar terasa.Even buat besfren kau sendiri terasa.Dem lah!
Sementara menunggu sambil mengutuk-ngutuk, aku ngan Aizar
buatlah aktiviti peberet iaitu mengambil gmbr ngan pose2 yg perasan.Sgt gembira..lalala… Sejak kebelakangan ni, Aiza lah segala-galanya bg aku.Dia dok lepak bilik aku, aku dok lepak bilik dia.Betul2 dah hilang pertimbangan setelah kami sama-sama menerima nasib yg sama iatu kehilangan kwn.Geng kitorang yg dulunya bersepah sumer dah hilang tanpa boleh dikesan lagi.Dan akhirnya aku dan aizar dah buat keputusan tuk hidup bersama.Huhuhu….”…ku bahagia…”
Istimewa buat Mizi : kau mmg classss lah.Caya betullah lu brader \m/ Sememengnya member yg bley dipercayai walaupon hampir2 diberi mkn kasut size 9 oleh Aizar.Aizar mmg takde keje lain.Asyik nak bg org makan kasut saiz 9 dia je kejenya.Sib baik ada aku jadi tukang kesiankan kau.
Harini : Meredah satu Semenyih,Kajang,Rinching dan semualah area yang sewaktu ngan nyer.Abah la nak bawak kitorang mkn bukan skit punya jauh.Akhirnya tak jumpa kedai yg dicari, nak makan nasi ayam kat satu kedai ni.Aisey, abah…mkn nasi ayam punyalah jauh.Sungguh mencabar aktiviti pemli kita harini.Dan oyeah… mata aku yg hebat dan berkualiti ni sempat menangkap satu ayat best yg tertulis kat satu kain rentang.Ni kat Semenyih tau… Dan ingatan aku yang makin pulih ni dapat ingat ngan tepat apa yg aku baca kat kain rentang tu…
“Terima kasih kerana mengundi BN.Kerana undi andalah, harga minyak naik..Terima kasih…”
[mungkin lain sket susunan ayat]
Yes lah…Aku no komen.Tapi best bunyinya.Dan abah pon tersengih bila aku membacanya ngan lancar sekali……………….. -end-
Posted by chika under
Uncategorized “Aku ske playground.Yeay, taman menan best!,” mesti tu aku bitau kat org kalau ditanya apa tempat aku ske.Dlm usia yg dah 19 tahun,dah besar lebar (kata miss vasanthi) elok ke klu aku pi main kat taman menan?Mesti cam budak sewel kan?

Oleh itu aku dah pun modify hobi aku yg agak aneh ini.Aku skang lebih cenderung masuk shopping mall,pusing2 carik kedai menan plak.Tengok Barbie Doll,meleleh air liur.Tgk Powerpuff Girl,terkedu terus.Tengok Spongebob….mak aih!Teruja aku.Gambar kt seblah ni gambar kat kedai menan di SOGO.Time ni aku ngan Hani.Aku memeluk Putera Raja Katak yg tak muncul2 menjadi putera yg kacak walopon aku dah cium dia byk2 kali.
Hari ni plak aku masuk Kedai Menan kat KLCC.Sumer kedai menan yg ada kat KLCC aku redah termasuklah yg kat Isetan.Gmbr kat sebalah ni pon gambar kat Kedai Menan.Nama kedai tu Toy City.Yehaa!Memang aku ngan Aiza dah ilang pertimbangan.Dah naik rosak akhlak kami berdua akibat ghairah nak shopping.Tapi malang dan kesiannya,harini ongkos kurang baik.Aku ada RM150 je.Apa barang nk shopping ngan RM150.Sudahnya duit disalurkan utk kempen Mari Membaca.Yes lah..beli 2 komik ngan 2 novel. Manisnya Cinta (Anis Ayuni), Sehangat Asmara (Aisya Sofea), Eighty Degree Celcius (komik) dan Naive (komik).Amek ko!Maka kenyanglah perut Kinokuniya lunch ngan duit aku dan Aiza.Saluran seterusnya ialah untuk perut terchenta.Makan kat food court.Sib baik x ramai org.Eh,aku lupa nak mention yg Jullian pon ikut sama.Kesian dia, sampai mula naik muka bosan dia ngan telatah aku dan aiza yg teruja ke sana ke sini tak sedar diri.Jullian tu sememangnya typical boy.Ahak..ahak..
Saluran ketiga?Meluncur laju duit2 aku yg seterusnya ditelan dek Romp.Kedai baju yg besh.Tapi sempat sambar suar je.Sib baik ongkosnya ngak baik…klu tak,mesti aku dah beli beberapa perkara idaman.Nampaknya senarai IDAMAN aku akan menjadi bertambah panjang.
-
Beg pink kat GIRLS (Ngigau beg la aku mlm ni..)
-
T-Shirt Tropicana Life
-
Kasut Hijau yg sexy kat KICKERS
-
Bangle kat GIRLS
-
Patung Elmo kat ISETAN
-
Dior Addict (hidung aku cam dah gila ngan bau nyerh)
-
Chocolate banana kat SECRET RECIPE
-
T-Shirt Mickey Mouse kat Three Point Six
-
Bedsheet Barbie Doll kat ISETAN
-
Long sleeve ROMP
-
Novel dan Komik (nak beli semua yg ada kat rak buku Kinokuniya)
Aku ngan bodyguard aku Si Aiza tu dah tanam niat dlm hati.Next time pegi mesti dapatkan barang2 idaman.At least beg pink yg akan jadi igauan sepanjang zaman.Mesti dapatkan.Beg lawa kat SOGO tgk ngan hani aritu pon lom sempat beli lagi padahal ma dah kasi green light dah.Yes lah, ma!
3 things….
Ada TIGA benda yg aku mesti ingat untuk peristiwa harini.
- time aku, aiza ngan Jullian berjln meredah panas terik carik restoran mamak dpn KLCC tu,Aiza bley plak kuarkan kata yg menyakitkan hati aku. “haizum…kalau aku silap jalan kau marah tak?” pantas aku menjawap ngan lembut tp penuh ancaman “marah…” Maunya tak marah!Naik cair kepala aku jln kat panas.
- Sebaik je masuk kedai kasut NOSE kat Suria KLCC,aku ngan aiza (Jullian dan balik),lalu seblah satu couple ni.Aiza sebok ckp pasal kasut kat telinga aku.Telinga aku plak sebok curik dgr apa yg brader tu nak kata kat awek dia… “awak, awak tak suka ke kasut yg cam..cam bertutup ke..,” suara brader tu slow, tanak kasi org dgr tapi aku dengar! Yes lah!Aku terus citer kat aiza kejap tu jugak dan kami pon gelak terburai.On da spot aiza kata aku mmg telinga hebat.Ada ke brader tu tanya style poyo camtu.Apa da…
- Lalu depan cermin yg panjang,nampaklah aku ngan aiza punya bdn dari atas sampai bwh.Maka bersuaralah aku.. “nyampahnya nak tgk, cam tembam je, cam gemuk je,” komplen aku ttg saiz kitorang 2.Aiza ngan bestnya menjawap… “biarlah gemuk ke, tembam ke, asalkan gembira…” best lah!Aku suka jawapan tuh.Jawapan org optimis.
Tiga point arini sempat aku dan aiza kumpulkan.Apanya 3 point?Pointer exam ke?Dak aih..point…point…ish, malulah nak cakap.Lenkalilah cakap.Atau maybe aiza yg tak malu tu dah mention kat blog dia….[ BACA ]
Posted by chika under
Uncategorized Dimulakan dengan Bismillah..
Entah berapa kali aku dongak kat langit harini.Tiap kali kuar umah,aku dongak ke langit.Sengaja dok perhati kalau2 ada burung yg terbang kat langit.Jgn kata yang terbang, yang bertenggek kat dahan pokok ataupun wayar telefon pon tak ada.Terus aku perhatikan…dan yeslah! Ada.. ada kapal terbang je.Persoalannya, di manakah burung terbang?Adakah burung2 telah digantikan dengan burung teknologi yang perutnya boleh mengisi ratusan penumpang?Sebab sepanjang yg aku perhatikan, ada 2 ke 3 bijik kapai teghebang dok lalu lalang ataih paler.Bersoaljawap la aku ngan kepala aku sendiri
Mana burung weih?
Apsal?
Tak de per
Sejak bila ske tgk burung?
Sejak bila2 pon tak
abeh tuh?
aku heran je…kalau bukan kat langit,ada port lain ke yg lagi mahsyuk burung dok lepak [terbang]?
manalah aku tau…
Tak puaih ati tol.Aku bukan kempunan ke, mengidam ke haper nak tgk burung,cuma terdetik hati..kenapa tak lagi nampak burung terbang kat langit.Lama tau dak,aku buat pemerhatian.Sampai keje aku harini kuar masuk umah nak tgk langit….-end-
The Cousins
Ateh akhirnya tadi dah dihangkut balik oleh husbandnya setelah tido satu mlm kat umah aku.Sgt sedih tgk lambaian sepupu2 aku… Si ikal mayang Ezwa yang kuat potpetpotpet, Adik Puteri yang digelarkan sbg Si Kecik Kerek, dan Si mata bulat, si wajah ayu adik Qisty,Chumey…. cayanggg sama kekanak chumey ini sumer.
Ateh, u deserve life better than this.Can hardly understand your situation.Dengan anak yg dah 3, campur lagi ngan 2 anak tiri… life must be dem! Kesian kat makcik terchenta tuh.Sayup hati aku tgk anak2 dia.Tapi perasaan dalaman yang aku rasa ni tak terzahirkan.Sesungguhnya, love you ateh and all 3 cutie cousins,really.Sometimes…marriage means Unfortunate Event .Nasib seseorang….
Adik Qisty sgt chumey.My cutie cutie pie Qisty.Wajah baby boy yg ayu.Tententeng…Dasat betul, best borak @ lepak ngan si Kecik Kerek 2 years baby girl tu.Baru 2 tahun,style ckp cam makcik umur 32 tahun.Mahsyuk deh borak ngan Puteri Si Kecik Kerek tuh.Muka tak nak kalah.Penuh ngan aksi-aksi nak menang selalu.Cayanggg….~
Last : ini kali kedua aku menaip benda yg sama.Daya ingatan aku makin baik.Aku boleh menaip semula isi entry kali ni ngan ayat2 yg hampir 98% sama.Tahniah utk aku.Kenapa aku taip 2 kali? Sebab 2 kali lagi baik cam minyak seri murni. Bukan…sebab tadi blackout.Hidup tanpa bekalan letrik, umpama hidup dlm gua zaman purba kala.Chaww…kit road!