Archive for May, 2005
Posted by chika under
Uncategorized 
Reunion - dah pon dilangsungkan ngan maju jayanya di Mc D Pandan Mewah petang tadi.Sangat best!Tahniah utk aku dan Aizar.Setelah byk membazir tenaga utk marah, menjerit,menengking dan melontar-lontar bahser berpuaka kat semua orang, akhirnya kami dah bley senyum lebar.HArini dah jadi satu kejutan buat aku dan aiza.Mmg hebat! (Gadis Terhebat)
Bgn tido, dupdapdupdap aku rasa.Takut.Byk soklan kuar masuk kat kepala.Jadi tak reunion?Jadi camana ye?Ramai tak dtg?Cukup tak collection?Lancar tak?Sapa nak support?Memikirkan tu,aku call aiza lekas2 supaya aku takyah tanggung beban sorang2.Sama2 organise,sama2 mereng lah, baru fair!Ahaha…Aiza pon dah kalut.Maka aku pon jadi operator main2 ngan tepon pg tadi.Call sana sini.Alhamdulillah…mendengarkn yg Fauzie,Hasif Mak Yong ngan Nadia confirm nak pegi, terus aku rasa bersemangat waja.
Yes!Dipendekkan senario reunion ni…kami berjaya kumpul 26 orang.Mmg lah tembak tak kena.Tembak 50,kena 26 je.Setengah,babeh!Tapi tu pon aku dah syukur byk2 kat AllahSWT.
Terima kasih bagi yang dtg.Mmmuahh…sgt sporting.Aku, Aizar, ani, Mimi,Astri,Nadia (yeay~!kaum kerabatku yang lama tak berkumpul tuk bergosipan,merapu,mengata dulang paku serpih,dan gelak2 tanpa ujung pangkal)Sangat best dan terharu dapat kumpul semua.Arfah and the gang,Azimah and the gang termasuk Alia…yang lelaki ada 6 ketul je yang agak memahami naluri persahabatan.Ketul?Ececeh..lelaki skang menggunakan kata bilangan ‘ketul’.Kurang sopan benar mulut aku ni.Tapi 6 ‘ketul’ yang ada tuh, mmg lah aku hargai.Jullian (sentiasa je sporting),Firdaus (finally dtg), Fauzie(yeay…Fauzie yang baik budi pekerti =p),Hasif MY(sporting melampau), Mizi (xde pendirian tapi sib baik mai),Aznur (ditaja sepenuhnya oleh Alia), Idham (sanggup keje half-day).Jugak Sharifah, Hairul, Akma, Shara, Shazni, Alia, Hikmah, Arfah, Asmah, Dayah, Ajie.. (ada tinggal tak???)
Game.Game disediakan oleh McD lah.Kak Asliza yang chumey lagi havoc dan dushdushdush sgt kecoh tu bawak kitorang men sebijik cam kat playground.Bising jgn cakap ar.Sampai bebudak kecik kat luar bisu seribu bahser tak kata per.Game apa ar? Ada tiga dan tiga-tiga game aku…KALAH.Mmg kecewa.Aizar pon kalah tapi Men letup belon dia menang ngan Hani.Hani sesungguhnya pemain terbaik yg menang hampir semua game.Siap dapat lipstick (padahal eraser sebnarnya) from Barbie Doll.Jeles…naik jeling2 ujung mata aku kat Hani.KuangKuang~Tapi time men rebut chair (music chair) Hani ditewaskan oleh Azimah.Bangga gak jd Azimah kan?Kalah sumer 6 ‘ketul’ yang ada dan member2 perempuan yg lain.

Yeha..Mizi kena denda melafazkan kata2 cinta kat dinding McD.Cam tak betul sket.Toing~Toing~Mizi siap warning Mimi jgn amek gambar dia tapi tada!Tgk lah, betapa aku ngan riak dan bangganya tayang gambar ang kat sinih.
Kitorang gak pastu bley masuk kitchen McD.Serupa tak cayer je.Kitchen dia cam nampak hebat gak.Kitorang pon ntah la ye nak kata betul2 jakun atau pun buat2 jakun.Tapi aku ngan Hani mmg muka tak malu yang kunun2 jakun tak penah tgk keju.Muka yg surprise gila tgk keju yang kuning menangkap nafsu makan.
Aku terharu
Setelah 2 tahun tak merasa berasmaradana ngan kengkawan camni.Dulu aku pernah bayangkan bersama ngan dorang semua.Bila abis sekolah,nak buat reunion.Waktu tu semua dah besar.Bukan bdk2 sekolah lagi.Mesti kitorang act as adult yang lebih matang lagi.Then berkongsi cerita sepanjang tak bersama.Tapi, definitely TAK!
Keadaan tak berubah.Tiada sapa yg matang.Aku?Dah tentu tidak!Aizar?Hani?Mimi?Astri?Nadia?Fuh…sama je!Keadaan masih cam dulu.Kitorang masih ngan sikap kanak2 riang ria disney yang tak abis2 ngan lawak ntah apa2.Masih membualkan topik2 ‘jijik’,sewel, dan hal ehwal bebudak.Aku ingatkan kitorang akan nyanyi lagu2 evergreen yg diminati oleh golongan yg educated, tapi tak!Kitorang still nyanyi lagu kanak2 sperti twinkle2 little star,lagu sekolah,lagu kolej,even Hani ada jugak sebut pasal lagu Marilah Bergoyang.Sounds poyo but cool, really!Aku suka keadaan tak berubah camni.Biarlah tak ada sikit pon kematangan antara kitorang,asalkan gembira bersama.Tapi Marlia langsung tak join…betapalah aku dah mati kata utk itu…

Gambar waktu mula2 sampai. Nampak bersih,teratur…Look at that guys!What are they doing actually?Time ni aku tgh kecut perut ngan Aiza sbb ramai lagi tak sampai.Astri ngan penumpang2nya pon tak sampai2.

At the end…Dah kotorSian Kak Asliza kena kemasMimi plak sipa kena mandi ngan coke.Hikmah tumpahkan coke atas Mimi.

"377" />


Dan aku yang sangat letih mahu beristirehat… Aku puas! Woi, korang! Tgk lah sapa jd organizer??Tgk lah..tgklah.. (cam riak) -HABIS-
Posted by chika under
Uncategorized Dimana akhirnya Percintaan kita
Yang pernah kau belai Bersama dengan ku
Pernahkah kau tahu Hatiku pada mu
Kasih yang menghilang Dalam dakapan mesra mu
Adakah ini hanya ilusiku Nyanyian merdu
Membuaikan diri Impi lena ku sendiri
Apalah dayaku tanpa dirimu Menghukum kalbu
Mendambakan kebahagiaan
Dan biarlah ku disini Yang pernah mencintai mu
Ruang hati Sepi tanpa disinari
Haruskah ia terjadi Mengharapkan kau disisi
Tuk kembali bersama dipangkuan
Segalanya pasti Andai kau mengerti
Kasih ku yang pernah dikau kusayangi
Pernahkah kau tahu Hatiku pada mu
Kasih yang menghilang Dalam dakapan mesra mu
Sebuah Lagu - Di matrix ketika tu.Mendengarkan lagu ni buat aku syahdu sendiri.Sebab muzik dia kot.Tak pasal2 aku minat lagu ni.Lagu Vince.Ma pelik aku suka lagu Vince.Ma pelik aku nyanyi lagu Vince.Ma tak pelik kalau aku suka lagu nasyid je.Ma tak pelik kalau aku nyanyi lagu nasyid je.Aku pon pelik jugak kenapa aku suka lagu ni.Cinta ‘pandang’ pertama.Sebut pasal Cinta Pandang Pertama, sekarang aku tengah baca novel Cinta Pertama milik Norhayati Berahim.Aku rasa ni novel ketiga dia yang aku pernah baca selepas Egois dan Untukmu Segalanya.
Aizar Hilang! - Pengumuman…sahabat saya bernama Nurul Aizar Azman telah hilang tanpa dapat dikesan selama lebih dari 24 jam.Silalah bantu saya mencarinya di semua pelosok hutan banat seluruh negara.Sebab saya yakin dia hilang kat salah satu hutan banat yang tebal kat Msia ni.
Aiza..di manakah kau hilang harini?Aku dah naik buntu.Aku call, tak dapat.Aku sms, tak reply.Aku taulah kau pegi umah sedara, tapi cam pegi hutan rimba je.Langsung tak dpt dihubungi.Maka, gilalah aku seharian kat bumi Cheras ni memikirkan camner nak buat ngan reunion esok.Tapi alhamdulillah…aku dah settle semuanya termasuklah deposit and bla…bla.. shit la weih! Aku tanak sebut pasal reunion lagi.Tolonglah wahai otak kesayangan, jangan proses perkara yg related ngan reunion.Aku akan jadi ‘buas’ mengenangkan reunion yang bongok ni.
Jumpa Orang - Ye, aku jumpa orang-orang.Uhuhu.. aku jumpa orang.Sapa kah orang itu?Semangat ingin tau aku sangat tinggi tadi.Kat Mc D Pandan Mewah.Aku pegi lepas sembahyang maghrib tadi.Ma dgn abah temankan untuk aku bayar deposit dan reserve tempat tuk esok.Woi!! Ckp pasal reunion lagik.Fuh…maka aku pon try lah jenguk2 kan kepala nak usha sorang budak yg keje kat kitchen Mc D tuh.Bukan sket punya susah lagi aku nak usha.Tapi nak jugak usha!Aku tgk mata dia sekali imbas aku cam kenal plak.Ececeh.. tgk mata dah kenal…! Tapi aku tak puas hati.Dah la org ramai.Dinner pon kat Mc D.Sesungguhnya warga Msia mmg kaya.Kaya campur Raya.
Dari celah2, aku usha lagi.Nampak hidung dia plak.Sah! Aku rasa tu dia! Hidung mancung, mata bersinar-sinar naik berpinar aku tgk mata dia.Then nampak seluruh muka dia, tapi sekejap je pastu dia lesap.Maka sengih la aku sbb ramalan aku mmg betul.Dialah…. Si ***.Tapi tak de kena mengena ngan aku lah.Ceritanya berkaitan ngan kawan baik aku time tu.Dia masih chumey… aku harap dia dah sujud kesyukuran kat Allah SWT sbb dia masih chumey sungguhpun dia cuba lari dari anugerah yang murni yang Allah dah berikan.Erkk?? Keje rajin-rajin ye, dek… (sbb dia muda setahun dr aku).Suh blajar memain…skang jgn memain kat kitchen Mc D tu sudah.Nanti naik senduk atas kepala.
Tak main la paksa-paksa, brader! - meluat betul ngan orang yg suka memaksa.Bila dia minta, kenalah bagi.Bila dia nak, mesti dapatkan. Aku debik kang… Tu satu kes.Kes yang lain yang buat aku bengang nak mati… smlm ada sorang lelaki muncul dlm idop aku.(ayat sastera =p).Mula-mula elok je soklan2 dia.Pastu mula terasa kegatalannya.Lama-lama gatal bertukar jadi miang dan akhirnya… msg dia jadi camni
“so u r single for me…can we chat on YM…any contact no?? “ - Miang
“not giving you “ - aku
“as u wish…..so wanna be my gf???? u can call me or sms me 016*******” - Miang
“gf is okay…but ‘GIRLFREN’ is not ok” - aku
“i mean special gf lah..wanna be in relation with me? “ - Miang
“no thanx… we can be fren” - aku
“sorry i dun want…bf or nuthing bye “ - Miang
“ok…NOTHING!” - aku
hek eleh..!Cam aku heran je.Nothing tak nothing…xde aku hingin kat orang yang tak sabar-sabar camtu.Love needs time, right?Aku tak sangka byk orang jenis camni wujud dlm alam fana ni.Patutnya pindah je ke alam barzakh cepat2.Seriously aku mmg marah bila ada orang yg gatal camni.Sebab orang2 camni menakutkan dan jadi satu ancaman buat perempuan.Masalahnya, aku marah betul bila dia bagi kata dua camtu.Memang DESPERADO agaknya. Tap
i one thing yang aku takkan buat ialah melenting atau maki hamun orang2 gatal walaupon dorang gatal.Buat selamba je….
Adoi, sejuk! -TITIK-
Posted by chika under
Uncategorized Ahahaha…Kali ni aku nak mulakan dengan gelak.Aduh, sakit perut aku! Geli hati ngan apa yg Kamal bitau aku.Ceh…jahat punya kaki!Buat malu aku je Kamal…Malu ar weih!
Baru lepas call Kamal.Borak sket ngan dia.Niat aku nak ajak dia join reunion, tapi at the end dia bitau aku benda yang klakar plak.(sebenarnya kelakar campur campur malu sket).Aku sebok ar cerita camana payahnya nak buat reunion sedangkan dorang yang beriya-iya suruh, tapi akhirnya dorang yg lempar alasan tak boleh pegi.Sakit hati aku.Hangin toksah cakap arr.Memang sengal…marahnyerh!Kamal plak cam dia yang dulu ar..ske cakap sambil gelak2. Hepi je memanjang brader tu…”tau…tau…aku dah terkena…,” kata Kamal bila aku kata yang aku bengang sbb dorang akhirnya tak support reunion yang pada dasarnya bertunjangkan permintaan dorang sendiri.Tapi dia cakap gelak-gelak.Cam tak marah je…tapi aku bukan main marah lagi.Bengang..rasa nak tampar laju-laju muka dorang.
Borak..borak…bla..bla…cakap pasal reunion.Kamal minta maaf tak dapat datang sbb tengah exam.Then Isnin ada klas.” kau jangan ingat aku tak mo dtg plak…” Kamal kunun2 cam serba salah. “eh, aku tak ingat apa-apa pon..” kata aku.Kamal gelak lagi.Aku leh bayangkan camana dia yang tak abis2 ngan gelak.
Bila aku nak end up conversation je, dia pon ngan begitu gah memberitahu aku…” ehehe…aritu aku baca blog kau…,” dia gelak lagi. Aku? Umak aih… cam rasa panas muka.Darah naik…malu! “oh, ye ke? wat pe la kau baca…,” aku kata ngan selambanyer walaupun dah malu.Rasa nak nyorok belakang pintu. Cakkk…!
“..ahah…ada nama aku! Kau tulis pasal aku…hahaa..abis aku gelak sorang-sorang” sesedap rasa Kamal bitau aku.Aku pon berlagak selamba lagi.. “sib baik kau gelak sorang-sorang,” kata aku.Brader tu terus gelak dan gelak…akhirnya aku letak tepon.Uih…pandai heh skang masuk blog aku??? Buat malu aku je.. (ditujukan buat kamal sekiranya kau menceroboh lagi) Ahahaha…tapi tak la aku peduli sgt…Cuma aku malas ar bagi member aku baca aku merapu-rapu kat sini.Sib baik aku tak kutuk dia.Kalau tak….mmg mati…
Faiz pulak.
Ni lagi satu.Aizar call dia tadi.Dia leh dengan tenangnya kata tak tau…tak tau… tak tau…mmg la lelaki ni menyusahkan jiwa.Sesak nafas aku ngan aizar pagi tadi.Sib baik umur panjang lagi.Pulak tu boleh si Faiz dok sms aizar ngan ayat yang super duper BAGOS!
“apsal buat Isnin?kenapa tak buat harini je?,”… naik segala aura dalam sistem tubuh badan aku.Memang la nak kena si Faiz.Time aku tanya dia apsal tanak pegi, dia leh cakap kat aku balik.. “laa… apsal? apsal plak…” sesungguhnya sah! Berkomunikasi atau berinteraksi ngan lelaki boleh memendekkan nyawa manusia.Haih…terdidik jugak kesabaran aku.Mizi pon mula buat hal.Oh, dah pandai heh skang nak belot…
Aku : dah penat.
Posted by chika under
Uncategorized Dgn nama Allah SWT…aku mula tulis…
Setelah sekian lama aku berstatuskan ‘invisible’, harini aku kembali berstatus jelas tak menipu.Lama aku rasa aku menipu.Menipu yang konon2nya aku offline.Sebab aku sangat tak ada mood.Runsing aih…
Currently status : “Not in the mood to talk bout the reunion.Shut all the mouths up!” - rasa marah bila ada yg menyoal lg pasal reunion.Kenapa hari Isnin, tak sabtu? Kenapa kat situ, tak sini?Kenapa camtu, tak camni? Kenapa bayar byk tu, tak byk ni? Kenapa ni…kenapa tu…nasib baik berhubung atas wayar.Klu berdepanlah, mmg ada yg makan penampar aku.Tolonglah jgn cakap dan soal lagi pasal reunion tu.Aku minta harini je.Sbb aku betul2 dalam kerunsingan.Hati perut aku tak sedap rasa.
Semalam, aku pagi2 buta lagi dah keluar dgn Aizar.Dia jemput aku kul 10 lebih terus ke Pandan Mewah.Try tanya camner nak buat reservation tuk reunion kitorang.Then direct ke rumah Aizar sampai ke petang.Sehari suntuk pikirkan plan reunion.Bukan aku semangat liplap liplap.Kejap semangat tinggi, kejap ilang semangat.Serius aku mmg bersungguh-sungguh semalam tapi lepas balik dari umah Aizar, time aku tgh makan, ma bagitau aku satu berita.
Pakcik aku, (adik ma) yang aku gelarkan sbg Cik Men masuk hospital.Berderau jantung aku.Baru minggu lepas dtg umah aku.Mmg nampak kurus, tak bermaya.Tapi doktor kata dia cuma lemah.Kena masuk air.
Tiba-tiba semalam pulak, isteri dia (Cik Zura) call meraung-raung yang pak cik aku tu dah dimasukkan ke ICU.Ishk.. maknanya dah serius.Aku betul2 tak boleh terima.Sbb kitorang sgt rapat.Dah tak tentu arah aku jadinya mlm semalam.Dorang plak tak henti2 sms tanya tu ini pasal reunion.Siap nak againts apa yg aku dah plan.Tanya itu ini nak protes tarikhla, tempatlah.. Memang aku naik hangin.Sampai aku hampir2 nak sms semua jemputan dan maklumkan …”go to hell with the reunion!Go to hell with all you guys!”… tolonglah faham betapa aku takut dgn keadaan pakcik aku sekarang.
Aizar pulak online2 je cakap pasal reunion lagi pagi tadi.Mmg buat aku tensen.But its okay…sorry atas sikap aku yg ‘buas’ pagi ni.Lagipon aku rasa sgt letih.Pukul 12 lebih mlm tadi, terus aku ikut parents aku ke Selangor Medical Center.Tgk keadaan pakcik aku, aku rasa sgt sayup.Menitis air mata.Sbb dia jenis yg periang abis.Baru rasanya dia datang umah aku dan kitorang saling bertekak sapa lagi bagus.Ada jugak dia mengusik-ngusik aku yang kononnya tak lama lagi kawinlah, ada anaklah…And he is only 33. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.Lebih kesian Cik Zura dgn anak-anaknya. Sempat berjumpa Adli Afiq je semalam.Love u sooo much cutie pie!Adik Lana dgn Nina dah balik Klang.Kitorang kuar dari hospital lebih kurang pukul 3 dan sampai umah dekat kul 4 pagi.Maunya tak letih harini… dgn sebak lagi.
Alhamdulillah….pagi tadi Cik Zura call, semuanya dah ok.Pak cik aku yang mulanya suspect kena denggi atau kepialu disahkan tak ada apa-apa.Cuma tekanan darah yang sangat rendah.Insyaallah..semuanya akan baik.
Aku : tensen, sebak, tak senang hati, runsing, and feel less wanted……
Posted by chika under
Uncategorized
Novel : Bisikan Rindu
Penulis : Mimie Afinie
Sumber : Pinjam Aizar
Smlm aku tido pukul 3 pagi.Lepas off pc,aku terus capai novel Bisikan Rindu.Beberapa hari aku habiskan tuk baca novel ni.Sangat sedih.Jadi satu keje pulak aku meraung meronta-ronta (taklah camtu).Hampir jam 3 pagi, pada babak2 akhir cerita, aku lekas-lekas tutup buku.Tak sanggup tahan sebak.Aku bangunkan badan dari baringan.Tengok cermin, mak aih.. bukan main nagis lagi aku.Entah bila aku mula menangis, aku tak sedar.Tau-tau aku dah hasilkan byk air mata.Tapi aku bukak balik novel tu dan continue baca ngan air mata yg berjurai-jurai…
Sepanjang baca novel tu,jantung aku berdebar-debar.(sounds stupid).Aku sgt sygkan watak hero cerita ni yang bernama Ikhwan.Aphal lak aku nak syg?Entah..tapi aku sgt sayang lelaki yang bergelar peguam hebat tu.Dlm cerita ni,dia asyik outstation,drive ke JB,Alor Setar dan beberapa tempat lagi yg aku tak ingat.Tiap kali aku baca je dia nak gi outstation, aku mula panik!Aku mula berdebar dan kadar degupan jantung jd sgt aggresif.Aku rasa camtu sebab aku dah dpt agak jln cerita novel ni.Mesti ada accident.MESTI! Tapi… makin aku baca..makin aku gelabah.Tapi sikit accident pon tak jadi sampailah satu hari..time Si Ikhwan (eceh, Si Ikhwan kunun!) pi outstation kat Tganu kot, dia lambat sampai KL.Sah, dia accident!Teka aku dan…betol pon dia accident. Aku apalagi, meneruskan keje2 menangis aku yang tak ada ujung pangkal.
Aku baca…baca…baca…sampailah ke muka surat 434.Cerita tamat dengan hepi ending di mana Ikhwan yg accident dan lumpuh dah boleh jalan.Kawin dah ngan gadis terchenta.Aku pon tutup buku.Novel dah tamat, tapi yg aku heran.. awat aku nangih lagi?Rupa-rupanya aku continue babak2 novel tuh dalam plot angan-angan aku plak.Bengong betol aku.
Habis je baca novel tu, aku tgk jam.Uish, 3 pagi dah! Aku tarik blanket hijau aku yg tebal tu kasi tutup satu badan termasuk kepala aku sekali.Dalam selimut tu,aku celikkan mata…fikir balik pasal cerita yg sedih tu.Biasalah, otak aku yg super duper rajin ni pon mula berputar laju-laju.Terkeluarlah soalan-soalan dalam kepala aku…
-
camner nih kalau Ikhwan tu boifren aku?ensem…tapi tiba-tiba lumpuh.Aku nak dia lagi tak?
-
Ikhwan halau aku, gerenti aku nangis tak ingat alam fana lagi dah.Tapi apa aku buat pastu?Aku larikan diri tak cam yg Dina (watak utama cerita ni) buat?
-
Pilunya pulangkan cincin pertunangan balik pada Ikhwan..boleh tak putus, tapi cincin aku simpan.Leh tak?Leh tak,Ikhwan?
Aih..pagi tadi aku bangun tido ngan perasaan yg sangat dahsyat dan pelik.Kelakar pon ada.Aku perasan cam Ikhwan tu boifren aku plak, dan aku adalah Dina. (erk… soalan : adakah saya sasau?) Mata aku bengkak pagi tadi sbb nangiskan Ikhwan.Ikhwan, oh Ikhwan…. malangnya Ikhwan tu adalah watak novel yg tak bernyawa….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Diari
Aiza muncul tiba2 depan bilik aku.Aiseh..aku lupa aku janji ngan dia nak wat projek arini.Skali dah janji plak ngan ma nak teman kuar beli barang.Nampaknya ada overlap janji daaa.Tak pasai2 aku hangkut aiza skali teman ma beli barang.
Then dah terlanjur kuar tu,singgah tmpt Hani keje.Woah..buat kejutan la konon kat Hani.. “kak, sy nak beli kasut boleh tak?,” terkuar soklan poyo tu.Hani slow2 pusing, dan akhirnya terserlah wajah bengang Hani bile tgk aku ngan Aiza mai lawat dia keje.Huhuhu…rindu kat Hani pon terlerai…
Malam- Sembahyang jemaah Isyak ngan abah.Tapi ada aku, ma ngan abah je.Adik2 kuar ikut Pak Haji.Abis solat,baca yaasin.Pas baca Yaasin, continue ngan solat hajat pulak.Time solat hajat, dah penuh satu bilik sembahayng sebab semua dah balik.Bagus… Abah rajin buat solat hajat.Kata abah, supaya anak2 dengar kata,terang hati, lembut jiwa,dan yang penting semua jauh dari sebarang penyakit.Insyaallah…
Adi msg tak lama tadi.Rindu gak kat dia.
“hi, dah tdo ke?rindu arr..” - adi.Aku pon ngaku je lah rindu kat dia.Mmg mula rasa rindu.Bukan kat dia ajer, kat semua objek yg ada kat KMJ termasuklah pokok2, lalang2 dan batu-batan yg ada.Badrul, sangat lama tak msg.Ishk.. apalah Bad nih…!
Baiklah Sang Blog.Aku dah menguap byk2 kali ni.Aiza pon dah hantar msg samat mlm kat aku menandakan dia nak offline dah.Aku plak ngan Aiza cam dah kena gam gajah kebelakangan ni.Kembar siam agaknya.. Asyik senaluri je.Eh, tak senonohnya ayat… aarr…tak larat… Zzzzz…
Posted by chika under
Uncategorized
Frenster yang sewel telah menghantar notification kat mail box aku.Aku yang mmg tgh goyang kaki tak de keje ni pon mengheret ‘tikus belaan’ aku direct ke address frenster.com.Bila aku enter msg,KOSONG. Memang sah frenster ni dah tak betul.Dah nyanyok kot.Takkan aku baru guna 2 tahun dah nyanyok.
Ni, kat seblah ni aku terjumpa kat frenster.Ntah pesal aku boleh layan horoscope plak.Yg pastinya, energy meter aku tak pernahnya baik.Asyik low ajer.Tapi tak kisahlah sebab aku tak perlu nak ikut benda2 ni.Untuk main2 apa salahnya kan…
Aktiviti baru yang aku dan aiza discover mlm ni :
Naik tanduk 2!
Yeah, masuk IKIM.fm punya online radio.Ada chatterbox.Aku tak suka layan orang chat sebenarnya lagi2 yang aku tak kenal.Tapi entah kenapa cam naik tanduk dua kat paler aku.Aku pon hoi! orang2 yang ada.Pastu ada sorang ni tanya umur aku berapa?Tak pasal2 aku mengaku umur aku 30 tahun.Anak dua.Husband outstation JB.Si aiza pon ikut sama naik tanduk dua bila aku bitau dia pasal keje2 liar yg aku tgh buat tu.Lagi puaka bila dia join sbb dia siap menipu umur 33 tahun.Anak umur 2 tahun.Pulak tu husband kat overseas.Mmg sewel kami berdua.Sah! Peduli apa aku sewel tak sewel, asalkan gembira.Seronok jugak memperdayakan lelaki2 kat Mesya ni.Aih, termakan kata gak brader2 tu.Garing2 kena goreng ngan kitorang.Siap respect kat kitorang as supermom anak 2.Fuh…sgt geliga!
Soal hati.
Semalam,elok je aku off pc dan bersedia nak continue baca novel yg aku pinjam kat Aiza,enpon berbunyi-bunyi ngan riaknya.Ada sms.Dari? Dari…
Dia : awak…so, camner?
Aku : camner apa?
Dia : x de la…dh bukak ati awk utk sye?…hehe
Aku : [ ... akhirnya aku terpaksa berterus terang kat dia situasi dan serba sikit hal sebenar ttg aku ]
Dia : [...terus menyoal byk perkara ttg kisah yg aku ceritakan buat kali pertama kat dia tuh...]
Aku : harap awk faham situasi saya.jangan mengharap ye.
Dia : Oo…forget it.Wak, awk la gurl yg paling ssh sye nak tackle…tak tau pasal pe..ade ilmu itam eh..haha
Aku : Ya rabbi..ahak..ntah r.Sy ssh sket nak caya org.Sy ni wat org bosan je.Awk tak bosan ke?
Dia : Tak..sbb sy ske awk n awk plik drp gurl2 yg pnah sy knal..tp x tau ape yg pliknye..in fact,sy ske tgk awk…x tau nape
Aku : Tp sy tak jnji ngan awk apa2.xnak la awk ingat sy nak main2 plak.awk jgn tggu sy.Klu ada terbekenan kt someone tu,go 4 her.Sbb serba salah sy cam wat awk tggu
Dia : Ok..bt i’m waiting for u.Sbnarnya,sy dah serik ngan gurl2 yg biasa sy jmpa.Sy nak carik gurl yg plik2 sket,like u…
Aku : plik apanya…yg tak plik tu camner plak..? (sj aku try wat lawak mlm)
Dia : x tau r apa yg pliknya awk..tp klu yg x plik tu,cam suka mengikis, pastu nk enjoy je..
Aku : Sy pon bukan baik sgt.Sy kepala angin sket.Byk benda sy tak buat n x ske lak tu.Sy tak tgk wayang, x ske date, i hate clubbing n dirty words.Bosan yeah?
Dia : Owh..klu camtu,sy berenti clubbing…
Aku : jgn tggu sy ye…
Dia : Itz ok…i think that’s the reasons y i like u.You’re such a good gurl n can bring me to the rite way.Take care…gud nite.
Lama berbalas sms.Lama aku yakinkan dia supaya JANGAN tunggu aku.Buat apa dia tggu aku sedangkan aku sendiri tak leh lembutkan hati aku.Aku kesian kat dia.Buang byk masa utk aku.Aku taknak dia ingat aku nak main2 kan dia.Awak..tolong ar faham.Sy ske kwn ngan awk.
Mmg betul,time kita krisis tak bertegur lama kat kolej dlu,mmg saya yg carik awk balik.Tp sbb tu last day kita kat sana.Then sy tanak ending camtu sedangkan itz really great having u as my fren.Dlu masa dia mula2 nak kenal aku pon, alasan dia nak kwn…Awak..JANGAN tunggu!Tolong JANGAN tunggu.
Bukan aku tak suka dia.Tapi seriously aku tak reti nak berperasaan-perasaan dalam usia mentah camni.19.Aku slalu ingatkan diri aku.Aku hanya budak 19 tahun yg belum boleh buat sesuka hati.Jauh skali nak serius ngan sesapa. 19 tahun terlalu muda.Honestly…aku blom nak lagi.
Aih..aku rasa kecewa sbb terpaksa masukkan babak-babak perasaan dlm blog ni.Apakan daya…aku nak luah tak terluah.Aku nak sgt buat semua faham betapa keciknya usia 19 tahun tu.Aku tanak jd cam kawan2 aku. Muda2 dah mengidap sakit.Sakit perasaan.Huaarrghht….! Stop la weih, nurul!