Archive for February, 2005
Posted by chika under
Uncategorized Aku kat cyber remaja kolej aku.First time dok post entry bukan dari bilik tidur kat umah aku. Entah pesal aku boleh melencong ke library hari ni aku pon tak tau.Ikut kaki…bukan ikut hati. Kalau ikut hati, dah tentu aku lama balik room, tido lagi baik.
Aku demam.
Aku flu yang sangat teruk
Aku batuk
Aku sakit tekak
Aku rasa nak mati….Ya, Allah….
Tak boleh nak membebel banyak, kang kena sound ngan akak penjaga room ni.Akak tu stock garang memanjang.Entah naper la orang2 kat library kolej aku ni spesis2 anak rimau. Nyampah gila.Tengok muka akak tu time aku nak guna tadi pon aku rasa cam nak sembur dia ngan air.Sakit ati deh…
Posted by chika under
Uncategorized ada sesuatu yang tak boleh diungkapkan dengan perkataan.Biarpon berjuta-juta patah kata, belom tentu boleh buat orang faham.Itu lah perasaan sebenarnya….
aku nak balik kolej harini.Ini post akhir untuk bulan ni.Insyaallah update bila ada kesempatan.Mungkin tak balik Mac nanti.Mungkin juga balik.Final makin dekat.Aku taknak hampakan ma dan abah.Biarlah aku lemas camana pon, aku tetap kena usaha tuk final ni.Doakan aku…
To all frens…study pepandai naa.Nanti leh hidup lenang lenang goyang kaki ari-ari.Aizar, thanx datang umah tadi.Astri, take care heh.Lain macam je ko nih.Emo tak sudah.Eheh. To hani, sorry tak dapat shopping spree dan jajah sumer shopping complex sesama.Sangat sedey.I miss u…for sure.Marlia… aku ingat as my besfren eva.Harap takde apa yg berubah dlm frenship kita.Ingat tak.. kawan hingga hujung nyawa.Tapi…mana dia?Kenapa diam??…(baik jgn sebut lagi). Dear Mimi…marilah kita sama-sama pulang ke Johor tuk berjuang study sampai lebam.=D…
Kembalilah aku jd sorang perindu….
Posted by chika under
Uncategorized Sebaiknya aku ucap selamat menyambut awal muharram…
Azam…azam lagik! Perlu ke berazam?Azam-azam aku ni tak ubah cam objek-objek yang selayaknya dok kat muzeum, buat pameran.Sebab azam aku memang melambak-lambak banyak.Sebahagian besarnya adalah ‘azam tak sampai’.Sebab aku sendiri tak berusaha nak capai azam tu.
Sebenarnya aku selalu percaya, setiap hari adalah azam baru.Bila celikkan biji mata pagi, kat situ lagi hati kita dah ada azam.Tiap kali bangkit dari tidur, semestinya ada terlintas sesuatu kat kepala.Tapi kepala aku ni lain macam skit spesisnya.Benda pertama aku fikirkan bila terjaga dari tidur : bila nak malam lagi? Lepas tu, barulah bermulanya azam hari baru.Aku mengaku, hari-hari aku niatkan dalam hati supaya hari yg aku lalui tu lebih gemilang dan cemerlang.Maka, tak perlulah azam.Setiap insan hidup tentunya ada azam harian.Tu lebih baik dari mencipta azam berapi-api tiap kali tiba tarikh atau hari penting.Smoga aku menjadi muslimah yang sejati…insyaallah.
Hari Air Mata datang lagik
esok balik kolej.Cakap banyak pon tak guna, tetap je kena balik.Malas arr citer benda sedeh camni.Menaikkan mood huru hara je.Aku marah tau bila aku kena balik hostel.Marah nih. Erhhh…Errhh… (bunyi tahan marah)
Kawan aku yang ngokngek ni senang hati je minta tolong aku uruskan blog dia.Tapi dia ntah pi mana.Sakit plak hati aku.Aizar!!!! Mana kau ha?Panas jiwa aku bila aku buzz dia juta-juta kali tak reply pon.Aku malas arr nak tolong.Bila aku jadi baik, ko kerek heh.Ha, mulalah aku punya adegan bebel. (ui, garang la aku).Dah la tipu aku tiap-tiap hari.Kata bersemangat nak datang umah aku.Tak datang-datang sampai esok aku nak balik.Aku lastik kang cam aku lastik kelawar masa kecik-kecik baru tau.Ekekekeke… aizar…(memanggil dgn manja) cepatlah hantar code tagboard tu kat aku.Aku dah panas berbahang dah ni…
yang tengah berdukalara,
CHIKA Dior
“killing me softly…,”
Posted by chika under
Uncategorized Lagu nasyid as permulaan…
“…sekiranya kumendapat pengganti…
ku harapkan insan…seperti mu oh kasih…
banyak membantu dan mendorongku…
menjadi hamba yang taat kepadaNya…” -D’Hearty, Inspirasi Hati
Bismillah…
Diary hari ni : bangun pagi (sebetulnya pagi).Ma kejutkan sebab harini aki ada kat umah.Kenalah aku berdrama yg aku ni sikit sebanyak cucu kebanggaan yg jenis bangun pagi.Crazy me!
Breakfast - disorong nasi lemak lauk sotong.I say no!Sotong cam catalyst yg mempercepatkan tindak balas alergik.Gatai naa…Aku makan nasi lemak rendang ayam.Aku suka nasi lemak.Sangat suka nasi lemak.Sangat sangat suka nasik lemak.Kalau tak,tak delah aku sanggup bersengkang mata bangun pepagi hari sabtu n ahad bila kat hostel.Semata-mata nak mkn nasi lemak.Pas makan nasi lemak, gerenti main ‘pengsan-pengsan’ sampai ke petang.’Streamyx’ abis! Lagipon lidah melayu aku ni, cam tak ori sangat.Lidah melayu yg tak leh kena pedas.Mau meraung aku…jadinya aku takkan sesekali sentuh makanan pedas walaupon pedas sikit.Maka, aku terkenal kat cafe kolej as student yg slalu order menu ‘TPL’ (Tak Pedas Langsung).Abang Mail sangat memahami sanubari dan selera makan aku.Tsttt… =D
Sebelum waktu Zohor aku dengan adik ikut ma pegi lawat Mak Cik Salmi ngan Cik Ida yang baru pas dapat baby gurl! Eii…dapat baby! Oyeyeah…jadi bonda. Boleh jadi supermom!Waktu beli-beli hadiah tuk baby-baby tersebut, aku rasa terangsang gila.Bukan terangsang apa daa…terangsang tengok baju baby.Kalau aku ada anak, musti aku blanja sampai pengsan laki aku tuk shopping barang baby.Wakaka…(sian future husband aku).Tapinya aku ni sebenarnya TAK SUKA BABY! Huh???!Apa kesss?? Kata president kelab Superbonda.Ekeke…aku memang bukan jenis yg pandai layan-layan baby.Aku pon nyampah ada adik kecik.Aku tammo adik baby lagik!Sbb aku tak pernah ada pengalaman jaga adik yg masih baby.Last aku ada adik time aku 7 tahun.Waktu tuh, aku pon air liur meleleh lagi, camner nak jaga adik.
Tak bermaksud aku tak nak anak.Nak….nak..nakkk!!Anak sendiri lain kes. Buat kata ma.Bila dah namanya anak kita tu,naluri keibuan tu buat kita sayang sesayang-sayangnya.Wachaaa…!Aku ni maternity psycho ke apa?Ke mmg dah buang tebiat asyik pikir pasal bonda and baby.Okay…tanak cakap dah pasal cita-cita menjadi supermom.
Anak cik salmi.Comey.Kecik molek.Nama Balkis.Cam nama anak Cik Nizam je.Anak cik ida pulak nama dia…oh, lala!Otak tak boleh proses data.Tak ingat.Nama panjang berjela-jela.Aku rasa nama panggilan dia Izwa.Ops, ni cam nama sepupu aku laks.Apa-apa la.
tamat diary harini.
Cerita kosong.
Dapat hobi baru.Kepala aku ni asyik teringat Ali Cafe je.Tiap kali ingat Ali Cafe, aku ingat adik del.Then aku ingat ‘jari pusing-pusing’ (trademark Ali Cafe). Pastu ingat Anuar Zain ngan Farah.Ali Cafe!
Gembiralah main pusing-pusing jari sambil sebut Ali Cafe.Mula-mula aku taklah ghairah sangat ngan benda alah ni.Tapi bila aku jumpa adik del time cuti ni, dia tak sudah-sudah ajak aku buat camtu.Dah jadi sronok plak.Gembiralah… Ali Cafe!Pulak tu adik aku yg dua orang ni, yg spesis kekanak riang ria disney ni ajar aku test power ‘mamak-mamak’ kat kedai mamak.
Ijat pernah skali test power sorang mamak tu.Time jalan depan satu kedai mamak, nampaklah sorang mamak ni tengah layang roti canai.Layang? Layang ke? Layang-layang…uhuhu..bukan daa… Correction : mamak tengah tebar roti canai.Ijat Dut Dut pon lekas-lekas memulakan aktiviti test power mamak tuh.Dia pon ‘main pusing-pusing jari’ cam yg Anuar Zain ngan Farah buat dalam iklan tv. First-first dorang evaluate mamak tu lampi.Then dia pon kata mamak tu fail. Tak cukup power.Tetiba mamak tu geleng kepala dan jerit…“tarak..tarak..!,” apalagi, mengekek besar lah adik aku tuh.Ceh, ternyata mamak tu educated gak.Paham pon dia simbol Ali Cafe…..
Ali Cafe!!!!
Aku - leteh
Aku - nak santai
Aku - nak baca komik (miss impiana punya)
Aku - nak berenti tulis
-abis-
Posted by chika under
Uncategorized First, ma i love u so much, hingga hujung nyawa.U are so special, so kind, so luvly… my inspiration to be a SuperBonda one day!Thanks ma…i’ll grow up to be just like u.A mum like u i mean…Pegang kata-kata ma tadi… “sbg ibubapa, tak boleh kedekut dgn anak.Semuanya untuk anak, tu prinsip ma.Semua…,” Ma… ! Aku tak boleh nak luahkan how i love my mum.
Kalau aku dah jadi superbonda nanti.Okay, let say impian aku dah tercapai.Aku akan warisi prinsip ma.[Tak boleh kedekut dengan anak] [Semua untuk anak]
Ma memang tak pernah berkira dengan kitorang.Thousands of respect…janji ma memang JANJI.tak pernah sekali pon ma atau abah tak kotakan janji.Dari aku kecik lagi.
Aku ingat dulu masa kecik-kecik dek ekal minta play station, along nak bola sepak branded.Aku minta game boy, ijat pula tak abis-abis nak satu menan raksasa yang sangat gah.Pastu nak kasut roda skali.Eheh.Abah tak beli.Abah kata nanti abah beli.Kitorang pon asyik merungut-rungut je.Time tu adik Del baby lagik. So, tak minta apa-apa arr sungguhpon sekarang dialah Dewa Besar yang kuat demand.Tiba-tiba one day,abah balik keje, bawak banyak gila hadiah dah bungkus-bungkus.Banyak gila!Banyak!Sampai ma terkejut.Pastu abah bagi-bagikan.tetengok, masing2 dapat apa yg kitorang minta.Ijat yg minta sekali dua benda tu, dapat dedua skali.Woh, itu jam kami pon berpesta ria lah dalam umah.
Bulan puasa dua tahun lepas pulak, abah balik bawak kete menan yg pakai remote control tu.Abah bawak 4 bijik!Rupa-rupanya sorang sebijik (aku taklah!).Then malam kitorang pi Bukit Jalil main kete.Uhuhuhu… aku rasakan, adik beradik aku mmg kuat main.Abah pon ske je layan kitorang main.Time tgh gila main kete kontrol dulu ( aku pon gila sama),tiap2 malam kitorang satu family merayap keliling kl cari port nak main.Kat Bukit Jalil,Putrajaya,Tasik Permaisuri…banyak arr tempat termasuklah kat hentian highway.Memang gila. Dek Ekal lah kepala orang gila tuh!
Sebut pasal dek ekal, tak berhati perut betul adik aku tuh.Suka suki je ikut Mak Ju picnic pepagi buta semalam.Esok baru balik.Dahla tak kasi tau aku.Aku pon tunggu je batang idung dia muncul nak suh dia buat sesuatu.Then ma bagitau dia ikut Mak Ju.Owh, bermandi-manda heh.Bahagialah tu.Gembira abis bila dia jumpa Lukman, sepupu sekepala ngan dia.Eloklah tu.Ada-ada je projek usahasama dorang.Ni aku tak suka neh!!!Dorang dua kalau jumpa memang macam-macam bencana leh jadi.Termasuklah dulu kes curik-curik bawak moto sowang bdk kampong ni.Ni kes waktu dorang dua tinggal kat kampong.Mati akal aki dibuatnya.
Okeh….
aku sangat gembira.
Akhirnya aku dapat enpon baru.Enpon dulu?Ma kata ma nak guna.Ececeh… guna skali dua plak ibuku itu.Memula ma suruh aku pakai dedua.Tapi memikirkan persepsi orang, lagi2 budak kolej aku yg jenis ske buat terbeliak bijik mata, aku malas la nak pakai dua.Aku tinggalkan kat umah.
Samsung lagik!
Dulu A-800.Skang E-800.Ni kira cam jatoh chenta pandang pertama lah.Bila lalu kat highway,nampak signboard samsung ni mesti hati aku meronta nak enpon tuh.Tiap-tiap kali tu lah aku cakap kat ma ngan abah. “nak enpon tuh!,” kata aku sambil tuding jari kat signboard besar.Bila abah kata… “alah,yg tu pon okey lagik,” mesti aku muncung-muncung.Ma plak janji nak beli tiap kali aku kata aku nak.At the end…beli gak atas budi baik ma.Abah?Dia sengih je tadi.Best nyerhh!Sukanya!!! Sukinyerr!! Ada gak camera phone.Dan gambar pertama aku amik ialah gambar abah.Cheeseee…. =D
———————–>> 
kesimpulan : ma sangat baik.ma sangat sayangkan aku.aku pon sangat sangat sangat sayangkan ma.
Posted by chika under
Uncategorized ATTENTION!!!
Gambar yang cun kat sebelah tu bukan gambar aku yerk kengkawan dan sidang pembaca sekelian.Kang ada yang terjatoh chenta kang…terus jadi realiti mimpiku mau jadi itu SUPERSTAR.
Aku sebenarnya paling tak berkenan tayang-tayang gambar untuk tontonan umum.Memandangkan hampir sebulan aku dah letak gambar muka aku kat weblog ni, aku nak hentikanlah sekarang keje-keje tak berfaedah tu sekarang.Oleh itu, tataplah pulak gambar Carly Pope tu.Aku rasa dia lawo…
Aku nak titikkan entry kali ni. TITIK .
ChikaDior so much for my happy ending…