Satu Hari Di AidilAdha

Aidil Adha dah lepas dah pon.Sonok je.Aku rasa sonok.Aku rasa sayup.Aku rasa terfikir-fikir, aku rasa bahagia dan aku rasa macam macam.Macam-macam ada…

Seronok – first time tgk org sembelih lembu depan mata.Horror engkau!Camner aku tak tgk.Satu, abah aku yg buat korban tu tuk kitorang sekeluarga.Keduanya, aku yg jd kameraman time tuh. Naik semput aku gayat kalau-kalau lembu tu mengamuk lalu menerkam aku yg sibuk mengangkut handycam.

Sayup – satu lagi hari bermakna tanpa arwah opah.

Terfikir-fikir – dah besar ke kami semua?Aku, adik-adik dan saudara mara.Semua dah beranak pinak.Dah ada keluarga sendiri padahal dulu…kitorang main kejar-kejar keliling rumah sampai aki bawak rotan nak sesah sorang2 barulah kitorang dok diam.Sekarang?

Bahagia – masih bersatu keluarga aku.Masih sihat aki dan maktok.Masih seronok bersama ma, abah dan adik-adik

Macam-macam- jeng..jeng..jeng..

Jln jam teruk gila.Pusing-pusing paler aku.Bayangkan…kuar umah kul 11 malam, kul 5 pagi baru sampai Johor.Perjalanan yang cukup hebat sempena musim perayaan.Aku tak rasa nak tulis banyak pasal raya sbb klu nak tulih, kebas lah jari-jemari aku.Yang aku nak cakap, raya ni best!

Satu mlm (hari pembakaran sate sekampung)… sedara mara belah aki pon mai lah umah aki. Depa dok terkejutlah tgk sumer sibuk mendukung baby, riuh layan anak piak menangis dan berbagai-bagai aksi supermum.Tup tup…sorang nenek ni dgn anak dia jeling2 kat aku.Ma pon sengih gak…

yang ni umur berapa?” tanya dorang

nak dekat 19“, jawap aku yg payah sgt nak mengaku umur aku 19.

Uish..dah ada calon ke?Bila lagi?,” tanya org tua tu dgn susunan ayat-ayat tatabahasanya yg lancar dan lengkap.

Mak ai!Aku silap kasi umur ke, atau dia silap dengar?Umur aku 19 daa! Bukan 29 atau 39. Belom mau kawin.Belum!Belum!Seriau gila.

Huh, aku dah tak larat.Sambung nanti…

Nite all…

Recent Entries

One Response to “Satu Hari Di AidilAdha”

  1. ilovebudu Says:

    kawan xbalik raya nie..sedih

Leave a Reply