:: Belum Tidur ::

Nite dear…
tadi : explore dgn hati riang ria bagai nak ghak bila terjumpa balik fail-fail lama yang aku simpan dalam pc ni sebelum diformat balik aritu.Pc ni nak kata tua, muda lagi.Tapi dah sakit-sakit.Aku tak heran setakat sakit, tapi jangan mati dulu heh.
sekarang : aku nak conteng blog. [sungguhpun blog ni aku tak berapa suka] tapi aku nak conteng jugak!
karang : manalah aku tau apa akan jadi karang.Tapi dah tentu aku nak tidur pasni.

cerita hari ni.

Sebijik cam apa yang aku dah tulis pada entry sebelum ni,aku bangun pagi dengan maju jayanya. [semakin maju kelewatanku].Terkejut bukan main aku tadi.*keluh*.Aku serius bila aku kata aku nak bangun pagi.Tapi apakan daya…bukan salah aku sepenuhnya.Mata yang tak sporting.Mata yang tak nak bekerjasama dengan keinginan dan semangat aku.Salah juga alarm handset aku yang tak cukup POWER bunyinya.
Jam-jam hari Selasa aku berlalu camtu je.Aku tak buat tutorial langsung.Aku tak kemas bilik sedangkan tu yang aku asyik ingat tak abis-abis.Mentang-mentangla waktu-waktu berlalu secara percuma.
Petang keluar ngan ma.Shopping la konon.
Beli apa?
- handbeg
- kaset VE (VE For You) , Dewa (Dewa *****), SheilaOnSeven (Pria Terhebat)
- Cushion PowerPuffGirl kaler hijau.
- Cushion Kerusi
- McD. [2 burger prosperity yg adik tak suka, tapi adik tetap abiskan]
Tak jadi beli…
- kaset Hijjaz , KRU, Eiffel I’m In Love dan Ruffedge
- Kasut kat Vincci. [ketat aih...tak da saiz]
- Cardigan hitam [seksi sangat]
- KFC [penuh]
Tutup cerita siang.Cerita malam pulak.
Malam aku cuma duduk kat bilik, baca Utusan [lama tak dapat Utusan...kolej kasi NST je]. Konon-konon nak kemas bilik, tapi aku tambah sepah adalah.Chat kejab dengan Yatty, Yusri, Bobo dan Trex.
Ni tadi baru sat Shahril short call [main-main 3 second kegemaran golongan muda-mudi kat kolej aku dan kolej-kolej lain jugak kot]….. hanya nak ucap… “nite”. Aku pon shortcall balik.. “nite”.Habis.
Rasa cam nak tidur je.

Recent Entries

3 Responses to “:: Belum Tidur ::”

  1. Anonymous Says:

    This is very interesting site… » » »

  2. Anonymous Says:

    Looking for information and found it at this great site… »

  3. Anonymous Says:

    Best regards from NY! »

Leave a Reply