Archive for January, 2005

Satu Hari Di AidilAdha

Posted by chika under Uncategorized

Aidil Adha dah lepas dah pon.Sonok je.Aku rasa sonok.Aku rasa sayup.Aku rasa terfikir-fikir, aku rasa bahagia dan aku rasa macam macam.Macam-macam ada…

Seronok - first time tgk org sembelih lembu depan mata.Horror engkau!Camner aku tak tgk.Satu, abah aku yg buat korban tu tuk kitorang sekeluarga.Keduanya, aku yg jd kameraman time tuh. Naik semput aku gayat kalau-kalau lembu tu mengamuk lalu menerkam aku yg sibuk mengangkut handycam.

Sayup - satu lagi hari bermakna tanpa arwah opah.

Terfikir-fikir - dah besar ke kami semua?Aku, adik-adik dan saudara mara.Semua dah beranak pinak.Dah ada keluarga sendiri padahal dulu…kitorang main kejar-kejar keliling rumah sampai aki bawak rotan nak sesah sorang2 barulah kitorang dok diam.Sekarang?

Bahagia - masih bersatu keluarga aku.Masih sihat aki dan maktok.Masih seronok bersama ma, abah dan adik-adik

Macam-macam- jeng..jeng..jeng..

Jln jam teruk gila.Pusing-pusing paler aku.Bayangkan…kuar umah kul 11 malam, kul 5 pagi baru sampai Johor.Perjalanan yang cukup hebat sempena musim perayaan.Aku tak rasa nak tulis banyak pasal raya sbb klu nak tulih, kebas lah jari-jemari aku.Yang aku nak cakap, raya ni best!

Satu mlm (hari pembakaran sate sekampung)… sedara mara belah aki pon mai lah umah aki. Depa dok terkejutlah tgk sumer sibuk mendukung baby, riuh layan anak piak menangis dan berbagai-bagai aksi supermum.Tup tup…sorang nenek ni dgn anak dia jeling2 kat aku.Ma pon sengih gak…

yang ni umur berapa?” tanya dorang

nak dekat 19“, jawap aku yg payah sgt nak mengaku umur aku 19.

Uish..dah ada calon ke?Bila lagi?,” tanya org tua tu dgn susunan ayat-ayat tatabahasanya yg lancar dan lengkap.

Mak ai!Aku silap kasi umur ke, atau dia silap dengar?Umur aku 19 daa! Bukan 29 atau 39. Belom mau kawin.Belum!Belum!Seriau gila.

Huh, aku dah tak larat.Sambung nanti…

Nite all…

main Merry-Go-Round di KL…

Posted by chika under Uncategorized

Main?Main merry-go-round?Di KL?

Entah kepala akal sapa yang bijak pandai aritu kat YM Conference dok berkobar-kobar nak pegi midvalley.Midvalley la kunun…janji arini nak pegi midvalley pagi-pagi.Sudahnya aku juga yang tercampak indah ke tido valley yang ghairah sungguh.

Kring-kring! pakat tekejot aku yang tengah syok tido pagi tadi.Aizar bodyguard aku yang curang telah call aku pukul 10.00 pagi tepat.Busuk betol..kul 10 baru nak kejut aku.Curang melampau, beb!

“Woi…nak kuar tak?,”sora bodyguard itu terserlah kecurangannya.Huuuwikk.. :D

“Hah?…per?….kuar…aaarr…nak..tapi pukul baper ni?,”sora seksi

“10 tiga minit!,”kata jam yang boleh bercakap…ahak! [mesti aizar sakit ati neh]

“per??!,”aku buat-buat tekejut.Penuh aksi dan gaya

“nak pegi tak?Astri ok je,” sora sumbang tu terus ganggu aku yang mamai.

“nak…eh,ntah!boleh gak.Tapi kena pegi dekat2 skit.Midvalley…mmg tak bley dah, kang nak balik kul baper,” kata aku.Aku sebnarnya nak tanak je tadi.Sbb aku nak tido!!

“astri pon cakap camtu.Naik kete weih,”lebih kurang camtulah dialog Aiza.Aku bangkang!Aku tammo naik kete.Bukan aku yang tammo tapi ma gerenti tak kuarkan permisinya ya buk! Lagi2 naik ngan astri yg bawak kete cam bawak kete terbang.Biaq betoi ang neh!

pendekkan citer yang pjg…akhirnya aku pujok rayu merayu-rayu kat ma yang kununnya si astri fadhilah sahabat sejati budiman aku tu bawak kete beradab supan.Siap bongkok badan tanda hormat bila lalu dpn traffic light.[eh, manader aku ckp camtu kat mak aku]. Tapi betollah..aku yakinkan ma.Lastly…amik kau, ma kasi!Tapi pesan dia bukan skit punya lebaq. “cakap kat astri jgn drive laju2.Pelan-pelan pon tak pe.Apsal tak naik Kancil je, naik Waja plak dia ni. Ni lagi risau..,”risau bondaku tak pernah surut biarpon ombak ada pasang surutnya… wahaa..

Durjana tahap dewa dewi betul.Kengkawan budiman aku yang dua orang ni mmg dah awal-awal plan nak kenakan aku.Dorang memang tak kira aku nak ke idak, mmg dorang nak drive trus sampai Sungei Wang.Klu ikut ayat astri…”kitorang memang nak bawak lari ko!,” haa..camtu arr dia kata tadi.Bunyik menyakitkan hati aku je.Tapi memandangkan aku dah berbulan tak jumpa dia, aizar plak dah hampir 8 bulan aku tak nampak, aku sabar je la.Member punya hal.Tapi nak je aku duku paler sorang2.Huhuhuwawawa…. [gelak nakal penuh dendam kesumat]

Maka…tengah hari yang panas terik tadi, wujudlah 3 orang budak ngokngek kat tengah-tengah BB Plaza.Main merry-go-round tak kira panas terik hujan badai..ttp tegoh pusing2 cam main kat taman menan.Si Astri yang sibok carik beg.Kunun2 nak yang bukak tanpa bunyi…nak yang sunyi sepi…pathetic poyo! Aizar plak bukan main berangan nak rujuk balik jd bodyguard aku tp aku sebnarnya bodyguard depa.Aku jugak yang strong menjaga bdk 2 org tu drp disembelih tuk raya aji yang bakal menjelma ni.Berbekalkan raket Yonex yg ada kat tgn aku, aku rasa dah cukup berkuasa tuk bantai mana2 mata gatai yang try nak menggatai kat kami bertiga. Eheh, hebat la aku….cam sailormoon.

Mula-mula pi isi perut.Astri gatai nak pi Secret Recipe.Aku ikut je.Soal makan2 ni..aku x kira kat mana pon,asalkan aku kenyang aku hepi.Aizar heaven gila,dok makan lahap mana pon, oghang support dia.Uish, sapa support dia?Ada la romeo tu.Ihik..dak aih.Astri bayar makan dia, aku byr air dia.Sbb kunun2 hadiah besdey la tuh.Pasni klu dia tuntut hadiah besdey aku penggal paler dia.Wowweee…mesti aiza dah meremang bulu roma.Cerita pasal makan, kitorang mkn la kat restoran yg ada brader budget chumey dengan aksi-aksi kunun2 chumey itu.Aku rasa nak terbatok time tgk brader tu main tata-tata.Apa kesss? Ingat ini taman menan kat sekolah tadika?Tapi boleh arr…kesian jugak kalau aku kutuk dia.Aku order satu food.Seabass, yang memula aku daif tuk kenalpasti keikanannya.Aizar pon satu order.Tiba-tiba astri..jeng jeng jeng…dua order!Siap tala cheesecake yang ada boh kerisik ( aizar kata kerisik ). Kuang kuang! Kek taruk ketisik?Tu la lawak gadis-gadis tak betol siang tadi.Semuanya…RM74.40. Makan ke mentah darah ni??Tapi best je bila dapat isi perut.Cam dunia aku yang punya…

Beli apa hek?

-raket (budak gila mana tah beli raket.Bley buat main hayun-hayun)

-bangle (kaler ijau ngan oren…ahaha!Aizar x muat pakai.Herann…)

-air kat McD. (air pembunuh bersiri)

-komik….

Kes 1 : air kat McD

Ni sumer dibiayai penuh oleh aizar.Aku minum coke,peberet tradisi aku.Astri air oren,aizar aiskrem.Yang aku nak marah,dah la aku kena hangkut air si astri.Pulak tu dia bley tukar coke aku ngan air dia.Last-last dia suh aku sedut dedua sampai abis.Nasib tak meletup perut aku. Kalau meletup,jail la korang dua!Serius,aku rasa nak mati time aku menyedut kedua-dua straw sekaligus.Amalan gila tuk orang gila cam aku.Ngam sangat…nak pendekkan usia gamaknya.

Kes 2 : Komik

Ada je sora-sora dewa dewi yang jahat sebut pasal komik padahal aku dah tekad aku tanak beli komik sekarang ni.Baik aku baca buku Raymond Chang ke, Mastering Physics ke daripada komik2 berantu yang telan byk duit aku.Dulu ingat jarang beli novel boleh la budget skit.Tapi tadi…punah ranap usaha aku.Geliga je otak si astri merasuk aku beli komik.Ha, tiga skali!Amek ko!

- Sehabis Bicara Cinta (Kyoichi Katayama)

- Alam Sekolah ( Mizuhaera Kenji)

- Cinta Tunggal (novel Fakhrul Anour)

Puih…bunyi tajuk cam lentuk sakan.Memang lentuk.Geli je tajuk dia kan?Tapi isi dia best je.Lukisan dia comey, cam bola-bola api.Aku belom mula baca lagi…

Kul 5 lebih, balik daa…driver pon memandu dengan ghairah….

Skit lagi pasal arini.

Kemas bilik dengan bersih.Bersih abis la kunun.Pastu masakkan abah apa yg aku bley goreng kat dlm peti sejuk.Ceh, aku masak sumer mentah.Tangan tak bertauliah betol.Ma plak komplen-komplen…panas ati aku.Tu pasai la aku maleh nak usik dapur.Gerenti tak sedap.Gerenti kena kutuk, terkutuk dan dikutuk.Hina rasanya…

Mlm…chat ngan Aizar cam orang gila tak ingat dunia.Sesi persidangan gatai pon bermula.

Eyeza: weh..fauzi dah putih, jeles gile aku

Eyeza: pas2 kan die sombonk nga aku

NuRuL: kim slm skit

Eyeza: kim slm hape nyer..die tego mak aku jer

Eyeza: aku yg jerit kat die

Eyeza: aku rase muke die mesti pakai whitening la..

NuRuL: mak aih

NuRuL: x baik menuduh lelaki yg baik sedemikian rupa.wahahahah

NuRuL: gila ke hapa ko.ingat dia tu ratu cantek nak pakai produk susah payah neh>

Eyeza: ko baking la die..

Eyeza: xde la muke die lawa gile..+putih dr biase

NuRuL: mmg kulit dia cantek arr

NuRuL: kulit budget leh jd model simpanan Loreal ganti Camelia

Eyeza: dah la rajin plak tuh.mmg anak kebanggaan mak la.boleh jd calon menantu

Eyeza: kulit die mmg bersih dr pimples tp skrang cam putih gilerrrrrr

NuRuL: calon menantu?

NuRuL: aku pon berkenan dia jd menantu aku

NuRuL: aku cop dulu!

NuRuL: aku cop!

Eyeza: ahahhaha.. gile hapenyer..

Eyeza: mau jauh gile..ko nak die panggey ko mak mertua kee??hahaha

NuRuL: boleh je…tadak hal. aku pon dah lama teringin dipanggil ibuNuRuL: ahahaha….muahahahaha…

NuRuL: bertambah chumey la dia heh.ni yg buat aku makin berspirit nak main badminton sok ajak dia

NuRuL: mesti dia leh jd tukang beli air.dia kan baik lg beradab

Eyeza: baguih cadangan mu itu.btol2..kalau kne buli pon diam jerk.xpenah la nak melawan.xpenah wal;au sekali aku tgk die naik angin.

Eyeza: die xpenah sakit hati ke?xpenh marah ke?PELIK aku

Eyeza: esok??

Eyeza: ko nak main badminton esok ke??

Eyeza: uish2..semangat la ko

NuRuL: ayo! bukan esok ke

Eyeza: aku ingat nak main hari isnin

Eyeza: esok aku bz seh

Eyeza: org nak raye

NuRuL: mlm esok aku blk kg halaman yg jauh di mata dekat di ati jiran2 tetangga ku…

NuRuL: [gila ke apa]

Eyeza: MEMANG GILE

NuRuL: jab

NuRuL: reply msg

Eyeza: sile2

NuRuL: mamat ni nak takotkan aku

NuRuL: aku kan romeo

NuRuL: mana main takot2 ni

NuRuL: ada yg mkn penampar plak kang

NuRuL: tamparan romeo

NuRuL: x main arr tamparan wanita

Eyeza: ahahaha

Eyeza: semangat nak main ngan romeo tuh

NuRuL: aisey….

NuRuL: brader ni sms aku…nak tanya sumthin la kunun.maka aku sbg konter pertanyaan pun menjwab…”sila…sila…”

Eyeza: ish2…

selebihnya aku kena tapis.Bukan tuk tontonan.Lebih seram,sensasi dan peribadi. K la.. aku akhiri dengan…buhbye!

:: Belum Tidur ::

Posted by chika under Uncategorized
Nite dear…
tadi : explore dgn hati riang ria bagai nak ghak bila terjumpa balik fail-fail lama yang aku simpan dalam pc ni sebelum diformat balik aritu.Pc ni nak kata tua, muda lagi.Tapi dah sakit-sakit.Aku tak heran setakat sakit, tapi jangan mati dulu heh.
sekarang : aku nak conteng blog. [sungguhpun blog ni aku tak berapa suka] tapi aku nak conteng jugak!
karang : manalah aku tau apa akan jadi karang.Tapi dah tentu aku nak tidur pasni.

cerita hari ni.

Sebijik cam apa yang aku dah tulis pada entry sebelum ni,aku bangun pagi dengan maju jayanya. [semakin maju kelewatanku].Terkejut bukan main aku tadi.*keluh*.Aku serius bila aku kata aku nak bangun pagi.Tapi apakan daya…bukan salah aku sepenuhnya.Mata yang tak sporting.Mata yang tak nak bekerjasama dengan keinginan dan semangat aku.Salah juga alarm handset aku yang tak cukup POWER bunyinya.
Jam-jam hari Selasa aku berlalu camtu je.Aku tak buat tutorial langsung.Aku tak kemas bilik sedangkan tu yang aku asyik ingat tak abis-abis.Mentang-mentangla waktu-waktu berlalu secara percuma.
Petang keluar ngan ma.Shopping la konon.
Beli apa?
- handbeg
- kaset VE (VE For You) , Dewa (Dewa *****), SheilaOnSeven (Pria Terhebat)
- Cushion PowerPuffGirl kaler hijau.
- Cushion Kerusi
- McD. [2 burger prosperity yg adik tak suka, tapi adik tetap abiskan]
Tak jadi beli…
- kaset Hijjaz , KRU, Eiffel I’m In Love dan Ruffedge
- Kasut kat Vincci. [ketat aih...tak da saiz]
- Cardigan hitam [seksi sangat]
- KFC [penuh]
Tutup cerita siang.Cerita malam pulak.
Malam aku cuma duduk kat bilik, baca Utusan [lama tak dapat Utusan...kolej kasi NST je]. Konon-konon nak kemas bilik, tapi aku tambah sepah adalah.Chat kejab dengan Yatty, Yusri, Bobo dan Trex.
Ni tadi baru sat Shahril short call [main-main 3 second kegemaran golongan muda-mudi kat kolej aku dan kolej-kolej lain jugak kot]….. hanya nak ucap… “nite”. Aku pon shortcall balik.. “nite”.Habis.
Rasa cam nak tidur je.

-tak de tajuk-

Posted by chika under Uncategorized

Pu..pu…pu…punah!Punah lagi daa impian aku nak bangkit awal harini.Jangan kata awal, pukul 1 lebih baru aku tersedar.Tu pon sebab tiba-tiba tengah sedap membuta tengah-tengah hari buta, terdengar suara ma teriak-teriak panggil aku.Takut la pulak.Bondaku itu…anak daranya yang satu ini kalau bangun lambat, memang pantang besar.Takutla….

Maka, turunlah aku ke bawah nak ngadap bonda aku yang tengah bising-bising.Muka aku… sangat horror.Wajah pagi…(pagi ke?) Kepala pon cam biol sikit, tapi aku buat-buat fresh.Kang ma tengok aku yang lemah longlai lagu tu karang, mau pengsan aku kena bebel.

Aku ni kan…maklumlah, jarang-jarang jumpa ma.Ma pon agaknya bila dia pikir, dia jarang jumpa anak solehah dia ni, dia pon takde la freak sangat garangnya.Dia bebel tahap kontrol marah.Tapi kalaulah bukan dek sbb aku ni dah dok terpelanting jauh kat Johor sana, mesti sampai petang ni pon belom abis lagi aku kena basuh dan dibilas bersih-bersih.Itu sudah tentu.

Aku nak kuar.Ma ajak teman dia kuar.Masalah aku : Semua seluar aku dah tak muat.Sendat semacam. Ekekeke….Terpaksalah aku tukar style kena pakai skirt slalu. Aku pon terpaksa tukar style dalam keterpaksaan memandangkan seluar bukan lagi pilihan yang baik dengan badan aku yang makin lagi dan lagi dan lagi membesar….

Yang tak boleh dijangka…

Posted by chika under Uncategorized
“…seperti yang kujangka terjadi…tewas sekali lagi..menambahkan luka yang sedia ada…”
Little diary….
Diary?Owh, yer?Diary yang terbuka luas tuk semua mata pandang dan baca? Hmmm… aku belum tidur.Layan conference si Aizar.Dengan Astri and sepupu Aizar, Adam.Adam Kasturi da… yang baru ditukar namanya oleh Cik Dilah menjadi Adam Kemboja.Dan akhirnya aku cuba tukar pulak menjadi Adam Cambodia…apa-apalah…yang pastinya aku memang abis seronok bila dapat usik orang.
Jumaat (14 Jan 05) - malam tu kuar makan kat Maluri.Chicken Chop yang…boleh la. Bukan sedap sangat, tapi at least boleh bawak tekak aku lari dari aroma rasa masakan cafe kolej yang pedas-pedas nak cili mulut aku.Sampai pernah satu hari tu aku menangis dalam kuliah tak tahan sakit perut.Aku call ma…dengan air mata yang berjurai-jurai cam kanak-kanak mengadu sakit perut kat mak dia.Abih kena gelak dengan Siti BaaBaa Black Sheep.Disebabkan aku menangis sebab hal tu, abis pulak aku diejek ‘cili yang baru dipetik dari ladang’. Menimbulkan kemarahan.

Pada Suatu Hari…

Posted by chika under Uncategorized

….akhirnya aku redah satu hari lagi bernama hari Isnin.Aku masih bukan budak yang bangun pagi-pagi.Hari ni hari biasa.Makan untuk isi perut.Minum tuk support sistem badan.Berjalan ke hulu ke hilir dalam rumah sebagai satu interaksi dan bercakap dengan banyaknya sebagai satu komunikasi.Tak kira apa pon aku buat harini…aku senang hati.

Nikmat hari ni : Limau Bali yang mai dari Perak.Mengingatkan aku zaman aku kecik-kecik. Sungguh sedap makan buah ni.Memancut-mancut air isi buah ni…sampai baju aku kotor… (masa kecik).

Nikmat kedua : Jerawat jerawat yang smakin maju d an terus mara kat permukaan muka aku dah mula kering.Baguih…naik susah hati perut aku bila aku bangun pagi semalam, jerawat aku bermaharajalela kat muka.Semuanya angkara produk buang jerawat yang ma beli tuk Dek Kal. Memandangkan Dek Kal pakai, elok je muka dia…aku pun cubalah jugak.Tengok-tengok abis lecur kulit aku.Malang betul…